KAHERAH, 23 Julai – Bahang Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM semakin dirasai kehangatannya. Program tersebut menemui ahli pada bulan Ogos ini bakal menyaksikan detik bersejarah dalam sejarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Persekutuan Melayu itu yang telah ditubuh sejak tahun 1930 lagi telah menaungi 22 buah persatuan dibawahnya iaitu 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), 8 buah Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM), serta Persatuan Kebajikan Kemboja dan Singapura di Mesir.
Karnival yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini akan menyatukan seluruh anak-anak Melayu di bumi Mesir. Sehingga kini, pelbagai program telah dirancang dan disusun bagi merancakkan program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM.
“Setakat ini, 70% gerak kerja telah selesai bagi menghadapi Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM. Insya-Allah, sama-sama kita doakan perjalanan program KEKAL ini berjalan dengan baik dan lancar pada tahun ini. Kita juga berharap kerjasama yang baik dari semua pihak dalam menjayakan program mega ini.” ujar Saudara Mohd Solehuddin bin Safien, Pengarah Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM ketika ditemui petang tadi.
Antara program yang akan berlangsung sepanjang Karnival itu ialah Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Bazar, Pameran Unit-Unit Dibawah PMRAM, Aktiviti Indoor dan Outdoor, Hari Keluarga, Wacana 3 Presiden, Pertandingan Motor Tercantik, Konsert Artis Tanah Air, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM http://www.pmhkpmram.blogspot.com
Friday, July 30, 2010
APA ERTI 80 TAHUN PMRAM
Sedar atau sedar umur PMRAM sudah pun mencapai 80 tahun. Sekiranya PMRAM adalah seorang manusia, maka dia sudah tentu digambarkan dengan seorang yang amat tua yang tidak lagi mempunyai wajah yang menarik. Tetapi PMRAM bukanlah seorang manusia bahkan umur 80 tahun tersebut mencerminkan kematangan PMRAM sejak dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupannya untuk 'mengilangkan ' berpuluh puluh ribu graduan bumi kinanah ini supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama dan tanah air.
Jikalau PMRAM seorang manusia, PMRAM sudah tentu akan terlantar di katil hospital kerana ditimpa pelbagai penyakit dek umurnya yang terlalu tua. Namun, PMRAM tidak sama dengan manusia kerana angka 80 tahun semakin menzahirkan kegagahan dan keperkasaannya serta kehebatannya memberikan kebajikan dan perlindungan terbaik kepada masyarakat Melayu di bumi para nabi ini.
Sepanjang 80 tahun, PMRAM telah berjaya melahirkan para mujahid, para pendakwah, para ulama, para profesional, para pemikir, tokoh-tokoh kemerdekaan, tokoh-tokoh politik dan kalau mahu sebutlah apa jua bidang pun nescaya akan ada kaitannya dengan PMRAM kerana PMRAM-lah yang memberikan 'roh' kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh para ilmuan lepasan Mesir dan selainnya. Tanpa roh itu mereka akan gagal menjadi golongan yang memainkan peranan besar dalam membentuk corak pemikiran dan kesedaran sebagai khalifah Allah s.w.t dalam jiwa masyarakat.
Angka 80 tahun itu sebenarnya wajar mengangkat nama PMRAM sebagai GERAKAN MAHASISWA ISLAM PALING LAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA. Tidak usah kita berbangga dengan gerakan-gerakan Islam yang lain di dunia pada abad ini. Cukuplah PMRAM buat kita. Kalau tidak kerana kekangan politik atau lain-lain sebab nescaya PMRAM akan disenaraikan dalam world book of record kerana sejarahnya itu. Tetapi bukan itu yang PMRAM mahukan sebenarnya. PMRAM bukan gilakan nama. PMRAM hanya mahu melihat ahli-ahlinya menjadi seorang mahasiswa Islam yang tahu dan faham peranannya. Mahasiswa yang celik dan sedar akan tanggungjawab menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.
Moga-moga Allah s.w.t memanjangkan umur PMRAM tercinta. Semoga lebih ramai lagi anak-anaknya yang lahir sebagai 'insan' sebenar dan yang 'kamil' dengan didikannya. Semoga para penyokong dan pendokongnya diangkat amalan mereka seumpama amalan para mujahidin..Amin Ya Rabbal Alamin.
*Penulis merupakan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail. Rencana ini diambil dari blog beliau http://www.ibnubarqi.blogspot.com
Jikalau PMRAM seorang manusia, PMRAM sudah tentu akan terlantar di katil hospital kerana ditimpa pelbagai penyakit dek umurnya yang terlalu tua. Namun, PMRAM tidak sama dengan manusia kerana angka 80 tahun semakin menzahirkan kegagahan dan keperkasaannya serta kehebatannya memberikan kebajikan dan perlindungan terbaik kepada masyarakat Melayu di bumi para nabi ini.
Sepanjang 80 tahun, PMRAM telah berjaya melahirkan para mujahid, para pendakwah, para ulama, para profesional, para pemikir, tokoh-tokoh kemerdekaan, tokoh-tokoh politik dan kalau mahu sebutlah apa jua bidang pun nescaya akan ada kaitannya dengan PMRAM kerana PMRAM-lah yang memberikan 'roh' kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh para ilmuan lepasan Mesir dan selainnya. Tanpa roh itu mereka akan gagal menjadi golongan yang memainkan peranan besar dalam membentuk corak pemikiran dan kesedaran sebagai khalifah Allah s.w.t dalam jiwa masyarakat.
Angka 80 tahun itu sebenarnya wajar mengangkat nama PMRAM sebagai GERAKAN MAHASISWA ISLAM PALING LAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA. Tidak usah kita berbangga dengan gerakan-gerakan Islam yang lain di dunia pada abad ini. Cukuplah PMRAM buat kita. Kalau tidak kerana kekangan politik atau lain-lain sebab nescaya PMRAM akan disenaraikan dalam world book of record kerana sejarahnya itu. Tetapi bukan itu yang PMRAM mahukan sebenarnya. PMRAM bukan gilakan nama. PMRAM hanya mahu melihat ahli-ahlinya menjadi seorang mahasiswa Islam yang tahu dan faham peranannya. Mahasiswa yang celik dan sedar akan tanggungjawab menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.
Moga-moga Allah s.w.t memanjangkan umur PMRAM tercinta. Semoga lebih ramai lagi anak-anaknya yang lahir sebagai 'insan' sebenar dan yang 'kamil' dengan didikannya. Semoga para penyokong dan pendokongnya diangkat amalan mereka seumpama amalan para mujahidin..Amin Ya Rabbal Alamin.
*Penulis merupakan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail. Rencana ini diambil dari blog beliau http://www.ibnubarqi.blogspot.com
Wednesday, July 14, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Saturday, July 10, 2010
RONDAAN HISBAH ISKANDARIAH
1) ISKANDARIAH 8 JULAI. Satu rondaan Hisbah telah dijalankan sekitar Iskandariah pada malam jumaat kelmarin. Tugas ini telah disertai 11 orang pakdam yang terdiri daripada beberapa orang ahli jawatan kuasa Hisbah,pakdam-pakdam dan exco-exco UMI.
2) Sasaran rondaan ini khusus untuk akhwat Iskandariah sama ada Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura yang keluar malam tanpa musyrif.
3) Malam tersebut, Hisbah telah berjaya menjejaki akhwat yang keluar malam jumlah keseluruhannya adalah lebih kurang 10 orang. Mereka kebanyakkannya keluar tanpa musyif.
4) Tindakan Hisbah ketika itu menasihati mereka tentang faktor keselamatan yang melibatkan maruah dan sebagainya. SEWAJIBNYA kepada mereka tidak keluar selepas Maghrib atau sebelum Maghrib tetapi tidak diyakini dapat pulang ke rumah masing-masing sebelum Maghrib. Kalau difikirkan kembali, adakah keluarga di Malaysia membenarkan anak-anak gadis mereka keluar malam walaupun dalam berkumpulan dengan tanpa musyrif?
5) JAGALAH DIRIMU, WAHAI MUSLIMAH SEJATI DENGAN TIDAK KELUAR MALAM TANPA MUSYRIF. JANGANLAH BERLAGAK SOMBONG DENGAN MENGERASKAN KEPALA DAN HATI ANDA SEMUA. ANDA SEMUA BIJAK DAN TAHU TENTANG PELBAGAI KES-KES MERBAHAYA YANG TELAH BERLAKU DI KAHERAH DAN SEBAGAINYA. ROMPAK , CUBAAN MERABA DAN MEROGOL SERTA PELBAGAI BENTUK KEJAHATAN YANG KITA TIDAK UNDANG. ANDA TAHU DI MUSIM PANAS INI, SIANGNYA PANJANG ( MAGHRIB 8.10 MALAM). APA PERLU KELUAR MALAM?
6) JAGALAH DIRIMU, WAHAI MUSLIMAH SEJATI. DAN KEPADA AKHWAT YANG KELUAR DENGAN BERMUSYRIF YANG BUKAN TAULIAH IAITU MUNGKIN KEKASIHNYA ATAU ORANG LAIN YANG SANGGUP BERMUSAFIR JAUH HINGGA KE ISKANDARIAH WALAUPUN KELUAR BERSAMA DENGAN AKHWAT LAIN. APA PERLU MENGAMBIL MUSYRIF LUAR TANPA MEMPEDULIKAN MUSYRIF BERTAULIAH (PAKDAM-PAKDAM ALEX WALAUPUN KAMI DI SINI BERJUMLAH 39 PASANGAN). BERUSAHALAH UNTUK MENCARI JALAN KELUAR.
7) JAGALAH DIRIMU, WAHAI MUSLIMAH SEJATI. DAN KEPADA YANG BERCINTA SEPENUH JIWA KATAKAN ( YANG BELUM BERKAHWIN DAN YANG BELUM TETAP PENDIRIAN UNTUK KAHWIN). ADAKAH ANDA YAKIN DIA PASANGAN ANDA DI HARI PERKAHWINAN WALAUPUN BERATUS WANG TELAH DIHABISKAN, WALAUPUN TELAH KE HULU KE HILIR BERSAMA-SAMA DAN SEBAGAINYA. JAGALAH DIRIMU SEMUA DARIPADA TIPUDAYA NAFSU DAN SYAITAN. DAN BERMANJA-MANJA WALAUPUN ANDA TAHU BERTENTANGAN DENGAN APA YANG DIAJARKAN OLEH TUHAN DAN RASULMU DAN BERSEKONGKOL SEBENTAR DENGAN MAKSIAT YANG TOTALY WRONG.
8) InsyaAllah Hisbah akan mengetatkan rondaan secara langsung atau tidak untuk keselamatan dan kesejahteraan akhwat Iskandariah. Kerja Hisbah adalah kerja yang mulia di sisi Allah S.W.T walaupun ada manusia-manusia yang sensitif dengan perkataan HISBAH dan memandang rendah serta mencemuh Hisbah. Kami tidak peduli. Kami tidak dibayar gaji, hanya berkerja kerana ALLAH.
PMRAM Mengetuai Perbincangan Isu Perpindahan Muhafazah

KAHERAH, 2 Julai - Satu pertemuan telah diadakan oleh pihak PMRAM bersama-sama PPMI dan Persatuan induk bagi mahasiswa/wi Thailand bagi membincangkan isu perpindahan muhafazah. Perbincangan tersebut telah berlangsung di pejabat PMRAM pada jam 3.30 petang.
Perbincangan tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, serta turut terlibat daripada wakil PMRAM ialah Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Azlan Hj Alias. Turut terlibat sama Presiden PPMI, Saudara Taufik, Presiden Persatuan induk mahasiswa/wi Thailand, Saudara Fakhrulrazi bersama 2 pengiring.
Dalam perbincangan tersebut, pelbagai isu dan permasalahan yang berkaitan dengan isu perpindahan mahasiswa/wi ke Kaherah diutarakan hasil maklumat yang diterima oleh setiap wakil. Sehingga kini maklumat yang diterima adalah berbeza dan sekadar makluman secara lisan sahaja.
Keputusan yang diambil hasil daripada perbincangan tersebut, ketiga-tiga pihak secara sepakat kurang bersetuju dengan khabar berita akan perpindahan tersebut berdasarkan kesan negatif yang difikirkan bersama. Selain itu, usaha dalam mendapatkan kepastian secara jelas dan rasmi berikutan isu perpindahan ini akan dilakukan secepat yang mungkin. Beberapa gerak kerja telah disusun dan akan dijalankan bersama.
"Sehingga kini, qarar rasmi daripada pihak Al-Azhar masih belum kita dapat lagi. Apa yang kita dengar-dengar sebelum ini hanya sekadar makluman lisan sahaja. Kita harap mana-mana pihak tidak cepat melatah." jelas Saudara Azlan Hj Alias ketika dihubungi selepas perbincangan tersebut dilakukan.
"Pihak PMRAM memandang perkara ini sebagai satu isu bersama bagi mahasiswa/wi Asia Tenggara. Kita dari semasa ke semasa akan berbincang dan bertindak apa jua cara bagi menyelesaikan masalah ini bersama-sama.Dan kita harap ahli semua bertenang, dan serahkan kepada pimpinan. Segala maklumat terkini akan dimaklumkan kemudian" tambah saudara Muhamad Zuhaili Saiman.
Sumber:hewipmram55.blogspot.com
PROGRAM TAAKHI ZON B

1 Julai,ARWP,Kaherah; Unit Penerangan BKAWM bersama unit peneranan 5 taakhi BKAWM iaitu, unit penerangan BKAN P.Pinang, Kelantan, serta dua DPM iaitu Shoubra dan Iskandariah. Program yang berlangsung 1 julai lalu adalah program taakhi pertama yang dianjurkan serentak anjurannya lima taakhi ini (zon B). Program ini dinamakan
Friday, July 9, 2010
Saturday, July 3, 2010
IKLAN KOLOKIUM ILMUAN SEMI FINAL 09/1O
Wednesday, June 30, 2010
PERINGATAN AKHAWAT KELUAR MALAM TANPA MUSHRIF

ISKANDARIAH 29 MEI - Pelbagai laporan Hisbah Iskandariah telah diterima mengenai terdapat pelajar akhwat yang keluar malam tanpa musyif selepas peperiksaan yang telah tamat. Justeru itu, hisbah memperingatkan kepada akhwat keseluruhannya supaya menjaga keselamatan anda semua dan bersegera untuk pulang ke rumah sebelum Maghrib.
Untuk makluman tentang peraturan ini telah lama dipratikkan di seluruh muhafazah. Jadi perkara ini bukan isu baru. Jangan keraskan hati anda semua. Hisbah telah membuat kajian peratusan besar keluar malam adalah disebabkan pelbagai faktor .
Antaranya:
1) Membeli belah sempena untuk pulang ke tanah air.
2) Bersiar-siar dan melawat di kawasan bersejarah sekitar Iskandariah.
3) Rehlah dan jaulah.
Cadangan Hisbah :-
1) Keluar awal selepas zohor atau asar.
2) Mesti berada di rumah sebelum Maghrib.
3) Sekiranya melepasi waktu Maghrib, sila hubungi pakdam-pakdam terdekat.
Tindakan Hisbah :-
1) Ambil nama akhawat yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh DPMI dan UMI
2) Menegur dengan hikmah atau sebagainya walaupun kepada orang yang sama saja yang FLY.
3) Akan dihantar pulang ke rumah masing-masing oleh pakdam-pakdam yang ditaklifkan.
4) Tindakan lain yang munasabah dengan kesalahan tertentu.
Nasihat Hisbah :-
1) Jagalah keselamatan dan maruah anda semua. Ingatlah selalu kepada peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku kepada pelajar Malaysia.
2) Berjalan biarlah dalam berkumpulan.
3) DILARANG keluar malam terutamanya pergi ke CARREFOUR, GREEN PLAZA, MANSYIAH, QOL'AH, MUNTAZAH dan lain-lain di waktu malam.
4) DILARANG berdua-duan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tindakan tegas akan diambil oleh Hisbah.
5) Sila bersedia dengan alat bantu saat kecemasan seperti serbuk lada hitam dan sebagainya.
Ketika Kecemasan :-
1) Elakan keluar seorang diri walaupun keadaan terdesak
2) Jangan panic ketika keadaan kecemasan berlaku
3) Banyakan selawat tafrijiah dan lain-lain amalan agar kita tidak alpa
4) Sila hubungi Presiden ,Pengerusi PMRAM cawangan atau mana-mana wakil Hisbah dengan segera mengikut keadaan tempat.
Sumber:www.umi-pmram.blogspot
IKLAN BAZARIA (SUQ AL-AKALAAT AL-MAALIZIAH)

Bazar tahunan Iskandariah kembali menemui anda semua. Kami barisan AJKT dan Penasihat PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2009/2010 serta ad-hoc dan ajk mengalukan kedatangan seluruh ahli PMRAM cawangan Iskandariah, pasangan mutazawwijin, ahli PERUBATAN Iskandariah dan taakhi.
Program yang berlangsung selama 3 hari ini akan bermula pada :
TARIKH : 1, 2 & 3 SYA'BAN 1431 bersamaan 13, 14 & 15 JULAI 2010.
TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH.
HARI : SELASA, RABU & KHAMIS.
WAKTU BERMULA BAZAR : 9 PAGI - 6 PETANG.
Hadirlah beramai-ramai. Kami menanti kedatangan anda. Terima kasih.
Tuesday, June 29, 2010
Penawar Hati: Ruhiyah Menjadi kekuatan Berdakwah

Ruhiyah adalah bekal yang terbaik bagi setiap muslim, terutama bagi seorang da’i. Ruhiyah inilah yang akan memotivasi, menggerakkan dan kemudian menilai setiap perbuatan yang dilakukannya. Keberadaan ruhiyah yang baik dan stabil menentukan kualiti kejayaan hidup seseorang, begitu juga dengan dakwah. Sangat tepat ungkapan yang menyatakan, “Ar-Ruhiyah qablad dakwah kama Annal Ilma qablal qauli wal amal”. Ungkapan ini merupakan “iqtibas” dari salah satu judul bab dalam kitab shahih Al-Bukhari, “Berilmu sebelum berbicara dan beramal, demikian juga memiliki ruhiyah yang baik sebelum berdakwah dan berjuang”.
Dalam konteks dakwah, menjaga dan mempertahankan ruhiyah harus sentiasa ke atas daie sebelum terjun ke medan dakwah dan berhadapan dengan madu',selain berdakwah dengan cara hikmah,berdoa dan bertawakkal kepada Allah adalah satu pengharapan yang tidak boleh diabaikan.
Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kalian bersama-sama, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, kemudian lakukanlah amal kebaikan, dan berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad”. (Al-Hajj: 77-78)
Menurut susunannya, ayat di atas memuat perintah Allah kepada orang-orang yang beriman berdasarkan skala kepentingan; diawali dengan perintah menjaga dan memperbaiki kualiti ruhiyah yang tercermin dalam tiga perintah Allah: ruku’, sujud dan ibadah, kemudian diiringi dengan menerapkan dari ruhiyah tersebut dalam bentuk amal dan jihad yang benar. Yang diharapkan dari menjalankan perintah ayat ini sesuai dengan urutannya adalah agar kkita meraih kemenangan dan keberuntungan dalam seluruh aspek kehidupan, lebih-lebih lagi urusan yang kental dengan ruhiyah oaitu dakwah. Tentunya susunan ayat Al-Qur’an yang demikian bijak dan tepat bukan semata-mata hanya memenuhi aspek keindahan bahasa atau ketepatan makna, namun lebih dari itu, terdapat hikmah yang layak untuk digali kerana susunan ayat atau surah dalam Al-Qur’an memang bersifat “tauqifiy” (berdasarkan wahyu, bukan ijtihad).
Peri pentingnya ruhiyah dalam dakwah dapat difahami juga dari sejarah turunnya surah Al-Muzzammil. Surah ini secara hukum dapat dibagikan menjadi dua kelompok; kelompok yang pertama dari awal surah hingga ayat 19 yang berisi arahan kewajipan solat malam dan kelompok kedua yang berisi rukhshah dalam hukum qiyamullail menjadi sunnah mu’akkadah, iaitu pada ayat yang terakhir, ayat 20. Boleh dibayangkan satu tahun lamanya generasi terbaik dari umat ini melaksanakan kewajipan qiyamullail layaknya solat lima waktu semata-mata untuk mengisi dan memperkuat ruhiyah mereka sebelun segala sesuatunya. Baru di tahun berikutnya turun rukhshah dalam menjalankan solat malam yang merupakan inti dari aktiviti memperkuat ruhiyah. Hal ini dilakukan, kerana mereka memang dipersiapkan untuk mengemban amanah dakwah yang cukup berat dan berkesinambungan.
Pada tataran aplikasinya, kestabilan ruhiyah harus diuji dengan dua ujian sekaligus, iaitu ujian nikmat dan ujian cubaan atau musibah. Kerana boleh jadi seseorang mampu mempertahankan ruhiyahnya dalam keadaan susah dan banyak mengalami ujian dan cubaan, namun saat dalam keadaan lapang dan senang, mudah saja ia lengah dan lupa dengan tugas utamanya. Inilah yang dikhawatirkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya,
“Bukanlah kefaqiran yang sangat aku khwatirkan terjadi pada kalian, tetapi aku sangat khwatir jika (kemewahan, kesenangan) dunia dibentangkan luas atas kalian, kemudian kerananya kalian berlumba-lumba untuk meraihnya seperti yang pernah terjadi pada orang-orang sebelum kalian. Maka akhirnya kalian binasa sebagaimana mereka juga binasa kerananya”. (Bukhari dan Muslim).
Maka seorang mukmin yang kualiti ruhiyahnya baik adalah yang mampu mempertahankannya dalam dua keadaan sekaligus. Demikianlah yang pernah Rasulullah isyaratkan dalam sabdanya, “Sungguh mempesona keadaan orang beriman itu; jika ia mendapat anugerah nikmat ia bersyukur dan itu baik baginya. Namun jika ia ditimpa musibah ia bersabar dan itu juga baik baginya. Sikap sedemikian ini tidak akan muncul kecuali dari seorang mukmin”. (Al-Bukhari)
Dalam konteks ini, contoh yang sempurna adalah Nabi Muhammad saw. Beliau mampu memelihara kestabilan ruhiyahnya dalam keadaan apapun; dalam keadaan suka dan duka, senang dan sukar, ringan dan berat. Justeru, semakin besar nikmat yang diterima seseorang, semestinya semakin bertambah rasa syukurnya. Semakin besar rasa syukurnya, maka akan semakin tinggi voltan dakwahnya. Begitu seterusnya sehingga wajar jika Rasulullah tampil sebagai abdan syakuran. Kerana memang demikian jaminan Allah swt, “Barang siapa yang bersyukur, maka pada hakikatnya ia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya” (Luqman: 12). Orang yang bersyukur akan memperoleh hasil syukurnya, iaitu kenikmatan ruhiyah yang ditandai dengan hidup menjadi lebih bahagia, tenteram dan sejahtera. Kerana bersyukur hakikatnya adalah untuk dirinya sendiri.
Dan ternyata kejayaan dakwah Rasulullah saw yang diteruskan oleh para sahabatnya sangat ditentukan –selain dari pertolongan Allah- dengan kekuatan ruhiyahnya. Selain dari qiyamullail yang menjadi amalan rutin sepanjang masa, cahaya Al-Qur’an juga sentiasa menyinari hatinya. Allah swt menegaskan dalam firman-Nya, “Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ia dibawa turun oleh Ar-ruhul Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan”. (Asy-Syu’ara’: 192-194). Demikian persiapan Muhammad sebelum menjadi Rasul yang akan memberi peringatan yang merupakan tugas yang berat dan mengandung risiko adalah dengan dibekali Al-Qur’an yang akan sentiasa mengarahkan hatinya.
Dalam hal ini, Dr. Yusuf Al-Qaradawi pernah menyatakan dengan tegas rahsia kekuatan Al-Qur’an, “
القرآن روح رباني تحيا به القلوب والعقول
“Al-Qur’an adalah kekuatan Rabbani yang akan menghidupkan hati dan fikiran”. Al-Qur’an akan sentiasa memancarkan kekuatan Allah yang akan kembali menghidupkan hati dan fikiran yang sedang dirundung duka dan kemaksiatan. Kekuatan nabi Muhammad sendiri ada pada kekuatan hatinya yang sentiasa dicharge dengan cahaya Al-Qur’an. Dan demikian seharusnya, kekuatan dakwah seseorang ditentukan oleh kekuatan ruhiyahnya, bukan dengan aspek secondary dan formalitas lainnya.
Pada masa yang sama, agar ruhiyah tetap stabil terpelihara, maka harus dijaga dengan banyak beramal, meskipun hanya sedikit. Karena amal yang terbaik menurut Rasulullah saw adalah amal yang berkesinambungan, “Sebaik-baik amal adalah yang berkesinambungan meskipun sedikit demi sedikit”. (Tirmidzi). Dalam konteks ini, Inkonsistensi ruhiyah pernah ditegur oleh Rasulullah saw, “Janganlah kamu seperti si fulan; dahulu ia rajin qiyamul lail, kemudian ia tinggalkan”.
Penguatan aspek ruhiyah sebelum yang lainnya pada hakikatnya merupakan bentuk kewaspadaan seorang mukmin di hadapan musuh besarnya iaitu syaitan yang seringkali berganding bahu dengan manusia untuk melancarkan serangannya dan merealisasikan misinya. Tepat ungkapan Prof. Muhammad Mutawlli Asy-Sya’rawi:.
يأتى الشيطان من نقطة الضعف للانسان
“Syaitan akan sentiasa mengintai dan mencari titik lemah manusia”. Dengan licik dan komit, syaitan sentiasa mengincar kelemahan manusia tanpa henti, kerana ia tahu bahawa setiap manusia memiliki kelemahan dan oleh kerananya manusia diperintahkan untuk berlindung hanya kepada Allah dengan memperkuat aspek ruhiyahnya.
Demikianlah, aspek ruhiyah selalu menjadi potensi andalan para pemimpin dakwah yang telah menoreh tinta emas dalam sejarah dakwah ini. Mereka adalah orang-orang yang terbaik dalam kualiti ruhiyah dan amalnya. “Ruhbanun bil Lail wa Fursanun bin Nahar”. Ruhiyah ini menjadi benteng dan pendinding bagi pendokong agama Allah,kita kembali kepada sirah sahabat-sahabat nabi yang begitu kuat ruhiyah dan ubudiah kepada Allah sehingga mereka yang terpilih untuk berperang adalah mereka yang bangun malam.
Hubungan Dengan Israel Akan Pulih Dengan 4 Syarat -Erdogan-
Dalam wawancara dengan surat kabar Toronto Star, Perdana Menteri Erdogan, yang menghadiri KTT G-20 di kota Toronto Kanada, mengatakan, "hubungan dengan Israel akan tetap tegang sampai Israel memenuhi empat syarat:
1. Israel harus meminta maaf atas serangan pasukan komando mereka pada tanggal Mei 31 terhadap kapal Turki yang merupakan bagian dari armada kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza,
2. Israel harus membayar kompensasi kepada para keluarga dari 10 orang yang tewas dalam serangan itu, sembilan orang Turki dan satu warga Turki-Amerika,
3. Israel harus setuju untuk dilakukannya penyelidikan internasional, sebagaimana yang diminta oleh Sekretaris Jenderal PBBBan Ki Moon-atas insiden ini (bukan dengan penyelidikan yang dilakukan oleh Israel sendiri),
4. dan yang terakhir Israel harus mengangkat embargo atas Jalur Gaza.
Mengingatkan bahwa Israel telah mengumumkan pengurangan embargo, Erdogan mengatakan, "kami telah mendengar laporan itu tapi tidak ada langkah-langkah konkrit yang telah diambil Israel. Pernyataan tersebut serupa dengan yang pernah dilakukan israel di masa lalu."
Israel pekan lalu mengatakan mereka telah melonggarkan blokade di Jalur Gaza pada setelah kelompok-kelompok HAM dan dunia internasional sikap Israel yang telah menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah yang terkepung tersebut.
Erdogan juga mengatakan bahwa Turki sedang merencanakan untuk menuntut Israel atas nama para korban yang tewas maupun terluka oleh serangan brutal pasukan komando militer Israel.
Erdogan mengatakan armada bantuan ke Gaza diselenggarakan oleh organisasi-organisasi non-pemerintah, yang membawa relawan dari puluhan negara, bersama dengan bantuan kemanusiaan yang terdiri dari makanan, obat-obatan, mainan, dan bahan konstruksi.
"Armada itu diserang di perairan internasional, 72 mil dari perairan teritorial Israel Sayangnya, israel menggunakan senjata dan senapan dan peluru plastik untuk menyerang para relawan. Kami telah akrab dengan argumen Israel bahwa mereka berhak untuk mempertahankan diri. Tentu saja, Anda dapat melindungi perbatasan Anda terhadap orang-orang bersenjata atau melawan musuh militer, dan Anda dapat mempertimbangkan aksi tersebut dalam batas-batas negara anda sendiri. Tapi Anda tidak punya hak untuk melakukan itu di perairan internasional. Saya menafsirkan hal ini adalah sebagai teror negara."
Erdogan menegaskan beberapa orang yang mati telah ditembak dari jarak dekat, dari dada ke atas, dari belakang leher. "Jika tujuannya bukan untuk membunuh, peluru plastik bisa ditembakkan di bawah lutut, " katanya menegaskan. (fq/agenceies)
Sumber:www.ibnuirfadzil.blogspot.com
1. Israel harus meminta maaf atas serangan pasukan komando mereka pada tanggal Mei 31 terhadap kapal Turki yang merupakan bagian dari armada kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza,
2. Israel harus membayar kompensasi kepada para keluarga dari 10 orang yang tewas dalam serangan itu, sembilan orang Turki dan satu warga Turki-Amerika,
3. Israel harus setuju untuk dilakukannya penyelidikan internasional, sebagaimana yang diminta oleh Sekretaris Jenderal PBBBan Ki Moon-atas insiden ini (bukan dengan penyelidikan yang dilakukan oleh Israel sendiri),
4. dan yang terakhir Israel harus mengangkat embargo atas Jalur Gaza.
Mengingatkan bahwa Israel telah mengumumkan pengurangan embargo, Erdogan mengatakan, "kami telah mendengar laporan itu tapi tidak ada langkah-langkah konkrit yang telah diambil Israel. Pernyataan tersebut serupa dengan yang pernah dilakukan israel di masa lalu."
Israel pekan lalu mengatakan mereka telah melonggarkan blokade di Jalur Gaza pada setelah kelompok-kelompok HAM dan dunia internasional sikap Israel yang telah menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah yang terkepung tersebut.
Erdogan juga mengatakan bahwa Turki sedang merencanakan untuk menuntut Israel atas nama para korban yang tewas maupun terluka oleh serangan brutal pasukan komando militer Israel.
Erdogan mengatakan armada bantuan ke Gaza diselenggarakan oleh organisasi-organisasi non-pemerintah, yang membawa relawan dari puluhan negara, bersama dengan bantuan kemanusiaan yang terdiri dari makanan, obat-obatan, mainan, dan bahan konstruksi.
"Armada itu diserang di perairan internasional, 72 mil dari perairan teritorial Israel Sayangnya, israel menggunakan senjata dan senapan dan peluru plastik untuk menyerang para relawan. Kami telah akrab dengan argumen Israel bahwa mereka berhak untuk mempertahankan diri. Tentu saja, Anda dapat melindungi perbatasan Anda terhadap orang-orang bersenjata atau melawan musuh militer, dan Anda dapat mempertimbangkan aksi tersebut dalam batas-batas negara anda sendiri. Tapi Anda tidak punya hak untuk melakukan itu di perairan internasional. Saya menafsirkan hal ini adalah sebagai teror negara."
Erdogan menegaskan beberapa orang yang mati telah ditembak dari jarak dekat, dari dada ke atas, dari belakang leher. "Jika tujuannya bukan untuk membunuh, peluru plastik bisa ditembakkan di bawah lutut, " katanya menegaskan. (fq/agenceies)
Sumber:www.ibnuirfadzil.blogspot.com
Friday, June 25, 2010
Muslimat Dan Gerakan Mahasiswa

Era modenisasi dan globalisasi masakini telah membuktikan kepada sesebuah negara itu tidak dapat menafikan kepentingan gerakan mahasiswa bagi membentuk generasi yang mampu membawa perubahan yang baik kepada lebih baik untuk masa depan ummah yang cemerlang didunia dan akhirat.
Seperti yang kita maklumi mahasiswa merupakan golongan pelajar yang berpendidikan diperingkat tinggi di universiti sama ada dalam jurusan BA, Master atau PHD. Apa itu gerakan mahasiswa? Gerakan mahasiswa adalah satu unit sosial yang melibatkan mahasiswa dan berperanan dalam membawa agenda atau revolusi kebangkitan suara mahasiswa bagi membuat sesuatu perubahan kearah yang lebih positif dan realistik.
Oleh itu, mahasiswa kini telah membuktikan kebangkitan suara mereka dalam menegakkan kebenaran berdasarkan ilmu pengetahuan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kesedaran kefahaman Islam dan semangat yang kuat dapat membentuk jatidiri mahasiswa kearah yang lebih efektif dan rasional. Kebangkitan gerakan mahasiswa bukanlah semata -mata di atas desakan ekstrimis tetapi kerana kesedaran dalam membawa kefahaman Islam yang sebenar kepada diri, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.
Mahasiswa yang terdiri diantara lelaki dan perempuan merupakan aset modal insan yang amat penting bagi sesebuah negara dalam melahirkan generasi pemimpin rabbani yang bakal mejadi pemimpin masa depan negara dan mempunyai pemikiran Islam yang tulen tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pemikiran sekular, liberal dan sebagainya sepertimana yang telah dirancang oleh musuh-musuh Islam dalam merosakkan ummat Islam didunia ini.
Golongan lelaki (siswa) adalah ketua dan perempuan (siswi) pelengkap kepada lelaki bagi menjalankan tugas dan peranan masing -masing seperti yang telah ditetapkan dalam firman Allah Subhanahu wataala.
Muslimat (siswi) dalam gerakan mahasiswa masakini mempunyai peranan yang penting dalam membantu medan pergerakan ini supaya lebih seimbang antara dua genetik lelaki dan perempuan untuk mencapai tujuan dan matlamat yang sama tanpa ada perbezaan kedua-dua golongan ini.
Sejarah telah membuktikan kepentingan peranan muslimat dalam membantu perjuangan Rasulullah S.A.W seperti Saidatina Asma’ Abu Bakar membantu baginda, ayahnya dan sahabat yang lain dengan menghantar makanan kepada mereka ketika dalam perjalanan hijrah ke Mekah. Usianya ketika itu masih muda remaja dan berani dalam melaksanakan arahan dan perintah baginda S.A.W.
Awal sejarah kebangkitan Islam muslimat merupakan elemen yang penting dalam perjuangan yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sama seperti sejarah Islam yang lampau muslimat kini berperanan dalam gerakan mahasiswa seperti membantu dalam pengurusan organisasi, pemikiran, ideologi dan memberi kesedaran kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan hawa.
Kefahaman tersebut bukanlah hanya semata-mata teori tetapi sama-sama mempraktikkan dalam kehidupan seharian. seperti kata-kata Saidina Umar r.a “Perbaikilah diri kamu dan serulah kepada yang lain”.
Pendekatan muslimat lebih efisyen bagi kaum sejenis, kanak-kanak dan golongan tua dalam memberi kesedaran revolusi baru untuk membuat sesuatu perubahan yang lebih baik kerana wanita mempunyai sifat yang sinonim dengan kelembutan dan ketekunan dalam melakukan sesuatu.
Kisah sejarah srikandi Sumayyah dan keluarganya di bunuh oleh kaum musyrikin telah membuktikan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita yang mempertahankan aqidah hanya untuk mentauhidkan Allah yang Esa.
Justeru itu,beliau merupakan salah seorang srikandi Islam yang tercatat dalam sejarah Islam.Namun begitu,itulah hakikat yang menyatakan bahawa muslimat mampu untuk melakukan “Jangan disangka tangan yang lembut tidak mampu untuk menggoncang dunia”.
Selain itu, peranan muslimat dalam membawa organisasi politik kampus mahasiswa juga penting dalam membentuk dan melatih diri seorang muslimah untuk lebih tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran semasa.
Secara tidak langsung keterlibatan muslimat dalam berorganisasi samaada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti dan pelbagai peringkat yang lain dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amali dan lebih efisien berbanding cakap tak serba bikin.
Justeru, kita tidak boleh mempertikaikan bahawa muslimat tidak perlu berperanan dalam gerakan mahasiswa kerana kita merupakan mata rantai perjuangan yang akan membawa risalah Ad-Deen. Maka terbantutlah perjuangan tanpa muslimat kerana muslimat merupakan sayap kiri perjuangan, bukan sahaja di rumah malah di medan perang masa kini.
Saudari Ibtisam Mohamad,
Naib Pengerusi Hewi I
(Unit Perancang dan Panitia HEWI PMRAM 2010)
Sumber:www.pmram.org
Thursday, June 24, 2010
DPMI Sokong Siasatan Serangan Ke Atas Flotilla

Khamis, 24/06/2010 – Peristiwa 31 Mei yang lalu amat memberi kesan kepada jiwa-jiwa orang islam,serangan yang dilakukan oleh Rejim Zionis keatas Freedom Flotilla yang melibatkan banyak nyawa terkorban syahid itu masih meniti di bibir-bibir umat Islam.Berikutan peristiwa tersebut Majlis Hak Asasi Manusia yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah disahkan mendapat Suara Majoriti Selesa ke atas cadangan untuk membentuk suatu Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa
Dan berkatanya “Kempen Kesatuan Eropah Demi Memberhentikan Sekatan Ke Atas Gaza” iaitu salah satu daripada pertubuhan yang bergabung dengan Freedom Flotilla dan merupakan pertubuhan yang sering mengambil bahagian di dalam perjalanan Perjumpaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia : “Sesungguhnya Majlis Hak Asasi Manusia telah pun mengisytiharkan nama-nama untuk ke Misi Siasatan Antarabangsa iaitu pada hari Isnin (21/6) untuk menyiasat dan mengkaji segala fakta-fakta yang berkaitan untuk mengesahkan pencabulan Undang-Undang Antarabangsa yang berpunca daripada serangan Pihak Israel terhadap Kapal Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.
Dan pertubuhan tersebut menambah di dalam suatu kenyataan bertulis dan Pusat Informasi Palestin telah menerima satu salinan daripada kenyatan tersebut : “Sesungguhnya draf resolusi tersebut telah diutarakan oleh salah seorang daripada perwakilan Pakistan ( di atas nama Jemaah Perwakilan Bangsa Arab ) berdasarkan di atas permintaan Turki yang menjadi korban pada malam serangan tersebut yang mana telah mengorbankan 9 orang ahli konvoi warganya,dan draf resolusi tersebut telah dikeluarkan bersama-sama dengan nama-nama anggota suruhanjaya yang ditubuhkan itu,sambil memberitahu bahawa misi siasatan tersebut akan menggabungkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada : Dino Criciotbs yang merupakan seorang peguam bertaraf antarabangsa dari Zimbabwe yang sekarang ini bertugas di Jabatan Awam Undang-Undang Antarabangsa di University Nottingham di dalam jurusan undang-undang,Puan Singh yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Diskriminasi Terhadap Wanita dari India,dan Dmitry Rafik yang merupakan mantan Ahli Perwakilan Hak-Hak Asasi Manusia di Serbia,dan Anaguiborg Sólrún Zdzisladottir yang merupakan mantan Menteri Luar Iceland dan merupakan mantan Pegawai Tertinggi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Canada.
Rentetan dari serangan tersebut juga,kita selaku umat Islam harus menggembleng tenaga yang ada untuk menuntut hak kemanusiaan yang melibatkan nyawa saudara-saudara seislam kita,kesatuan umat Islam adalah senjata utama untuk membantu mereka.Ayuh!bangkit dan tanamkan sensitiviti terhadap isu-isu melibatkan hak dan maruah umat Islam.Moga usaha yang murni ini diiringi dengan doa yang tidak putus-putus mendapat nusrah.
Tuesday, June 22, 2010
Ceroboh,ratakan tanah di timur Gaza

Sumber peta, google map. Kedudukan Khan Yunus adalah di nombor 12 hijau, manakala Abbasan di nombor 1 dan 2. Kedudukan Qararah pula berada di anak panah berwarna kuning. Dinyatakan, 12 buah kereta kebal Israel keluar dari pos kawalan tentera Kissufim yang bernombor 57 warna biru.
KHAN YUNUS - Sumber melaporkan beberapa buah jentera perang tentera Israel telah menceroboh kawasan tanah pertanian pagi tadi di buah bandar kecil, Abbasan dan Qararah yang berada di timur dan timur laut Wilayah Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut agensi berita bahawa 12 buah jentera perang Israel, termasuk jentolak keluar dari pos kawalan tentera Kissufim. Enam buah dari jentera itu menghala ke kawasan Farahain di timur Abbasan serta menceroboh sejauh 400 meter. Lantas jentolak Israel meratakan tanah pertanian yang dimiliki penduduk Gaza.
Sebagaimana dilaporkan, Israel turut menceroboh ke kawasan Qararah sejauh 400 meter serta meratakan tanah pertanian penduduk. Di samping itu, tentera penjajah turut melepaskan tembakan secara putus-putus ke arah petani-petani dan rumah penduduk Palestin di kawasan terbabit. Sumber (08.26 pagi, Mesir/Palestin) 21/06/2010, web berita safa.ps
Sumber:MAP 2 STREET pmram
Penawar Hati:Wanita Seindah namamu

Sedar atau tidak tirai imtihan akan berlabuh meninggalkan kita di bumi anbia' ini,terkadang kita terlupa untuk mengkoreksi cukupkah nilai-nilai akhlak islam yang kita praktikkan dalam diri seorang azhari dan azhariah khususnya muslimah. Adakah setiap gerak-geri kita dan setiap penampilan kita mengikut norma-norma yang digariskan Islam atau mengikut telunjuk hati semata.Wanita adalah ciptaan Allah yang amat unik,menjadi fitrah setiap muslimah untuk kelihatan cantik dan anggun tapi bagaimana muslimahku?
TABARRUJ
Abu A'la Al-maududi berpendapat bahawa kalimat "tabarruj" apabila ditujukan kepada wanita mempunyai tiga makna:
1.Menampak kecantikan wajah dan bahagian-bahagian merangsang kepada lelaki yang bukan mahram
2.Menampakkan kecantikan,pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan mahram
3.Menampakkan diri sambil berjalan lenggang lenggok dan bergaya kepada lelaki yang bukan mahram
Kamus Lisan al-Arab,perhiasan(al-zinah) adalah segala benda yang menambahkan kecantikan dan kehebatan.Ia tidak terhad kepada barang dandanan atau solekan wanita atau pakaian semata-mata,bahkan perhiasan yang paling berharga kepada wanita adalahapa yang diciptakan Allah pada tubuh badannya daripada fitnah-fitnah.
Konsep TABARRUJ
Perhiasan dibahagikan kepada 2 jenis
1.Perhiasan semulajadi
merangkumi segala kecantikan semulajadi anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
2.Perhiasan buatan,umpamanya
pakaian
pewarna rambut
wangi-wangian
HUKUM BERHIAS
Situasi melibatkan lelaki yang bukan mahram
Menurut Abu a'la Al-maududi adalah haram menurut Al-quran,hadis dan ijma'
Firman Allah
"Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu"
Perkataan "mendedahkan diri" dalam ayat diatas bermakna kaum wanita yang memakai kain penutup diatas kepalanya tetapi tidak mengemaskannya,maka terlihat leher,anting-anting dan rantai lehernya
Sabda Nabi
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,maka apabila dia keluar dari rumah,syaitan mengunggul-unggulkannya(menampakkan kejelitaannya)
Situasi melibatkan suami
Sekiranya melibatkan suami,maka isteri diwajibkan berhias untuk menggambirakan hati suami selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak
Situasi melibatkan lelaki yang mahram
Perlu di jelaskan bahawa menampakkan perhiasan kepada lelaki yang mahram dengan syarat tidak timbul fitnah sekiranya perhiasan tersebut menyebabkan berlakunya zina,rogol maka haram
Al-Qurtubi pula telah memberikan tafsirannya tentang makna perhiasan yang diperintahkan Allah kepada muslimah agar tidak menampakkannya.Beliau berkata"Perhiasan itu ada dua,perhiasan semulajadi dan perhiasan buatan.Perhiasan semulajadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yang tercipta sejak manusia lahir.Perhiasan buatan adalah barang-barang yang dipakai oleh wanita untuk menambahkan kecantikan.
Tafsiran Al-Qartubi tidaklah bercanggah dengan tafsiran sebelum ini,Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat melarang wanita yang berhijab berhias dengan menimbulkan fitnah seperti bergaya dengan tudung dengan dibentuk dengan pelbagai sehingga tudung itu menjadi perhiasan kepada orang yang melihat.
Kesimpulannya,Allah melarang muslimah tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali muka dan tapak tangan
Monday, June 21, 2010
Gerakan Mahasiswa: Berani Atas Dasar Kefahaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan bagi sekalian makhluk. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
Keberanian merupakan akhlak yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai salah satu sifat orang mukmin. Berani yang dimaksudkan oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran serta berani untuk mencegah kebatilan.
Tetapi malangnya, sesetengah mahasiswa Islam tidak memahami konsep sebenar keberanian yang diajar oleh Islam. Mereka berani menyatakan kebenaran, tetapi tidak berani mencegah kebatilan yang berlaku di sekeliling. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan tarbiyah.
Mereka berani serta lantang untuk berhujah dan berdebat, tetapi tidak berani untuk melakukan dengan perbuatan. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan ilmuan. Inilah antara penyakit yang menimpa kelompok yang mengaku bahawa mereka adalah aktivis Islam.
Melihat kepada realiti syakhsiah mahasiswa Islam yang berlaku, PMRAM berusaha untuk mengembalikan identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2010, sifat berani yang ada pada mahasiswa Islam bukanlah berani yang kosong tetapi BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN.
Sebagai mahasiswa Islam, kita sepatutnya berani menyatakan kebenaran pada perkara yang hak serta berani mencegah kebatilan pada perkara yang salah. Allah SWT sengaja menjadikan sejarah terdahulu sebagai kamus panduan untuk membentuk corak kehidupan di masa hadapan.
ZAMAN RASULULLAH SAW
Jika kita mengimbau kembali sejarah di zaman penurunan wahyu, Nabi Muhammad SAW mengumpul kekuatan para sahabat seramai 313 orang untuk menuju ke Medan Badar demi untuk mengambil kembali harta umat Islam yang dirampas oleh kaum musyrikin Mekah ketika berlakunya penghijrahan.
Keberanian yang ditunjukkan oleh Baginda SAW serta para sahabat demi semata-mata menjaga hak umat Islam yang dirampas. Walaupun kekuatan tentera musyrikin seramai 1000 orang, namun perkara tersebut sedikit pun tidak melunturkan keberanian mereka untuk mendapatkan kembali hak umat Islam kerana mereka adalah golongan yang FAHAM.
PEMERINTAHAN KHULAFA' YANG PERTAMA
Dengan sifat berani dan tegas yang ada pada Saidiana Abu Bakar As-Siddiq RA, beliau memerangi golongan yang enggan membayar zakat dengan melaksanakan hukuman bunuh. Walaupun hukuman tersebut ditegur oleh Saidina Umar Al-Khattab RA, tetapi Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA tetap bertegas kerana beliau FAHAM tentang kehendak dan maksud sabda nabi SAW
"Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semua itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam dan hisab mereka terserah kepada Allah SWT." (Al-Bukhari dan Muslim)
Beliau melontarkan satu persoalan kepada Saidina Umar Al-Khattab RA sebagai jawapan bagi soalan yang ditanya. "Adakah kamu membezakan antara golongan yang murtad dengan mereka yang menafikan hukum pembayaran zakat?."
SELEPAS KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYAH
Keberanian dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebabkan kefahaman masyarakat tentang gerakan Islam semakin subur. Walaupun diuji dan ditimpa dengan pelbagai mehnah dan rintangan, tetapi beliau tetap istiqamah dalam meneruskan risalah Rasulullah SAW kerana FAHAM yang ada dalam diri beliau.
Kalaulah bukan dengan kefahaman yang jelas, keberanian yang membara di peringkat awal akan terpadam sedikit demi sedikit. Dan saya yakin, kefahaman yang tidak diterapkan dalam keberanian akan membuahkan hasil natijah yang tidak sempurna.
PENGALAMAN DIRI
Sehingga kini banyak kisah dan pengalaman yang saya lalui mengajar untuk sentiasa berwaspada dalam melakukan sebarang tindakan. Berapa ramai di kalangan rakan-rakan seperjuangan yang bersemangat dan berani suatu ketika dahulu, kini menyendiri tidak mahu terlibat dengan gerakan Islam atau gerakan mahasiswa.
Berapa ramai di kalangan abang-abang yang memberi tarbiyah kepada adik-adik, kini bersalahan dengan apa yang mereka ucapkan suatu ketika dahulu. Sifat berani seperti inilah yang PMRAM istilahkan sebagai 'berani kosong'.
Selaku mahasiswa Islam, sifat berani yang kita tonjolkan adalah berdasarkan kefahaman. Bukanlah hanya semangat semata-mata. Semangat kerja yang membara tanpa kefahaman akan tidak akan membuahkan istiqamah dalam tindakan. Akhirnya berputus asa dengan sifat berani yang ditunjukkan.
Kefahaman yang mendalam tanpa semangat bekerja tidak akan merubah keadaan mahasiswa sekitarnya. Bahkan golongan inilah yang seringkali mempertikai gerak kerja yang dilakukan oleh aktivis Islam. Sifat seperti ini akan menyebabkan timbulnya penyakit dalam gerakan mahasiswa.
Justeru sifat berani yang seringkali PMRAM laungkan adalah BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN kerana inilah sebenarnya identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasululllah SAW kepada umatnya. Inilah unsur yang akan melahirkan sifat istiqamah dalam jiwa aktivis Islam.
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Shahrizan bin Mohd Hazime
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
Friday, June 18, 2010
Berat Sama Dipikul
Pada 7 & 8 Jun 2010 yang lalu, wakil kepimpinan HEWI PMRAM Pusat dan kepimpinan PMRAM cawangan Iskandariah telah bersama turun ke rumah ahli DPMI. Bertujuan untuk mengutip sumbangan bagi seorang bayi lelaki yang mempunyai masalah simptom komplikasi jantung yang memerlukan pembedahan yang cepat dan intensif.
Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.
Kerjasama yang diberikan oleh semua ahli samada dari pasangan yang berkeluarga ataupun akhawat, amat memberangsangkan. Jumlah kutipan sepanjang 2 hari jaulah ini berlangsung mencecah LE 3000. Syukran di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang sedikit ini, dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh saudara Ahmad Mufti Hamdani dan isteri.
Untuk terus menyalurkan sumbangan, sila berkunjung ke markaz PMRAM cawangan Iskandariah atau terus berhubung dengan Ketua Unit Kebajikan & Kemanusiaan DPMI (Ustazah Suhana Binti Idris).
Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.
Kerjasama yang diberikan oleh semua ahli samada dari pasangan yang berkeluarga ataupun akhawat, amat memberangsangkan. Jumlah kutipan sepanjang 2 hari jaulah ini berlangsung mencecah LE 3000. Syukran di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang sedikit ini, dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh saudara Ahmad Mufti Hamdani dan isteri.
Untuk terus menyalurkan sumbangan, sila berkunjung ke markaz PMRAM cawangan Iskandariah atau terus berhubung dengan Ketua Unit Kebajikan & Kemanusiaan DPMI (Ustazah Suhana Binti Idris).
Subscribe to:
Posts (Atom)










