Labels

Pages

Friday, June 18, 2010

Berat Sama Dipikul

Pada 7 & 8 Jun 2010 yang lalu, wakil kepimpinan HEWI PMRAM Pusat dan kepimpinan PMRAM cawangan Iskandariah telah bersama turun ke rumah ahli DPMI. Bertujuan untuk mengutip sumbangan bagi seorang bayi lelaki yang mempunyai masalah simptom komplikasi jantung yang memerlukan pembedahan yang cepat dan intensif.

Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.

Kerjasama yang diberikan oleh semua ahli samada dari pasangan yang berkeluarga ataupun akhawat, amat memberangsangkan. Jumlah kutipan sepanjang 2 hari jaulah ini berlangsung mencecah LE 3000. Syukran di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang sedikit ini, dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh saudara Ahmad Mufti Hamdani dan isteri.

Untuk terus menyalurkan sumbangan, sila berkunjung ke markaz PMRAM cawangan Iskandariah atau terus berhubung dengan Ketua Unit Kebajikan & Kemanusiaan DPMI (Ustazah Suhana Binti Idris).

No comments:

Post a Comment