Labels

Pages

Tuesday, December 27, 2011

Bagaimana Membuat Nota Yang Terbaik




Dalam meghadapi tempoh peperiksaan, persiapan yang rapi amat penting. Hal ini demikian, tanpa persiapan, kekalutan yang timbul akan menyebabkan mahasiswa hilang fokus bahkan lebih teruk gugup ketika di dalam dewan peperiksaan.

Antara persiapan yang patut diberikan perhatian yang lebih oleh mahasiswa ialah nota bagi peperiksaan. Ramai di kalangan mahasiswa yang merasakan mereka membuat nota peperiksaan namun sebaliknya adalah mereka tersilap.
Mahasiswa mengarang semula ayat serta isi penting dalam bentuk rangka nota namun akhirnya ia menjadi jemu untuk mengulangkaji akan nota tersebut. Konklusinya, ia bukanlah nota.

Nota peperiksaan yang menjadi alat penting di saat akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan adalah di antara alat penyelamat bagi mengimbas kembali segala pelajaran yang difahami serta dihafal supaya memori di dalam otak lebih kuat.

Justeru, dalam membuat nota peperiksaan, beberapa perkara yang mesti diambil perhatian oleh mahasiswa:-

- Tajuk Yang Jelas

Adalah amat penting dalam sesebuah nota supaya menjadikan tajuk atau bab sebagai 'header' nota serta pemisah di antara tajuk-tajuk yang lain. Mungkin ramai yang mahu menjadikan nota mereka yang paling ringkas sehingga setiap tajuk dalam satu subjek dicampur atau disempitkan dalam muka surat yang sama.

Perkara sebegini akan memberikan kesan yang besar terutama ketika mahasiswa gugup atau terluka apabila ingin menjawab di dalam dewan peperiksaan. Hasilnya, ingatan atau memori mahasiswa akan terkeliru dengan isi penting yang cuba diingati semula, namun tidak yakin isi tersebut bagi tajuk yang mana.

Nota peperiksaan yang ringkas, bukanlah ringkas semata-mata sehinggakan tidak penyusunan yang cantik dalam rangka nota tersebut. Justeru, pastikan setiap tajuk ditulis atau dilukis dengan jelas dan sebaik-baik menjadi pemisah antara isi-isi penting bagi setiap tajuk atau bab.

- Banyakkan Isi Penting, Bukan Syarahan

Tidak perlu di dalam nota peperiksaan yang dibuat, dimuatkan dengan contoh-contoh atau syarahan-syarahan serta huraian-huraian yang terdapat di dalam buku kuliah. Apa yang penting ialah isi penting sahaja. Huraian serta syarahan hanya perkara yang perlu difahami bukan hafalan. Sebab itu, huraian yang terbaik adalah berdasarkan daripada kefahaman yang berkait dengan isi penting.

Mahasiswa perlu kreatif iaitu tidak menjadikan contoh atau huraian adalah 100% sama sebagaimana di dalam buku kuliah. Bahkan semakin banyak syarahan yang mampu diolah sendiri menjadikan secara tidak langsung mahasiswa tadi mampu mengingati isi penting dengan baik dan kuat.

Tidak mengapa memperbanyakkan isi-isi penting di dalam nota. Itu yang terbaik. Hal ini demikian, isi penting menjadi pemarkahan asas, manakala huraian adalah pemarkahan yang subjektif yang terpulang kepada kesesuaian maksud dengan isi penting yang diberikan.

- Penggunaan ayat ringkasan atau simbol istimewa

Nota bukanlah sebagaimana buku catatan biasa. Nota yang terbaik ialah nota yang membantu menguatkan hafalan atau memudahkan ulangkaji walau di mana berada. Bagi memudahkan nota mudah untuk dibawa ke mana-mana dan mudah menjadi perangsang kepada imbasan memori, nota tersebut semesti menggunakan ayat yang paling ringkas dan juga terdapat padanya simbol-simbol istimewa yang menggambarkan sesuatu.

Penggunaan ringkasan dan simbol istimewa adalah sebagai tanda sahaja. Justeru, tidak memerlukan kepada pengamatan bagi satu-satu isi penting dengan tempoh yang panjang. Maka apabila kita melihat simbol istimewa tertentu dalam tempoh masa yang singkat, kita akan dapat mengingati isi penting yang terkandung. Begitu juga dengan penggunaan ringkasa.

Apabila begitu, nota yang dibuat tidaklah terlalu tebal atau besar sehingga menyukarkan kepada mahasiswa untuk bawa ke mana-mana dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengingati kesemua isi-isi penting.

Apa yang penting, penggunaan ringkasan atau simbol istimewa merupakan kata kunci bagi pembuat nota dalam memahami sesuatu yang penting dan panjang.

- Terangkan perkara yang difokuskan

Mungkin sesuatu tajuk mempunyai isi penting yang banyak, maka pembuat nota mestilah bijak memilih atau menyusun isi-isi penting yang menjadi prioriti utama yang mesti diingati. Mahasiswa mesti ada sasaran perkara apa yang ingin difokuskan dalam kebanyakkan isi-isi penting. Justeru, perlu ada teknik tersendiri bagaiamana ia dapat memberikan fokus yang lebih kepada perkara tersebut.

Bahkan, perkara yang perlu difokuskan boleh dilakukan dengan bantuan warna-warna yang tertentu digunakan ke atas isi-sis penting yang fokuskan. Begitu juga dengan tajuk-tajuk yang dirasakan paling penting atau yang perlu diulangi acap kali berbanding dengan yang lain. Maka gunakan warna-warna yang pelbagai yang telah ditetapkan penggunaannya dalam memberikan perhatian yang terang kepada mahasiswa apabila membaca nota.

- Jadikan nota itu cantik dan kemas

Perkara sebegini juga membantu kepada kuatnya ingatan apabila membaca nota. Nota yang tidak kemas serta kurang menarik akan menyebabkan sel-sel otak bagi pembaca tidak terangsang dengan lebih aktif.

Secara hakikatnya, sel-sel otak akan lebih mudah terangsang apabila sesuatu maklumat yang didapati, berada dalam keadaan yang menyenangkan pemandangan. Sebab itulah mata menjadi saluran utama kepada otak. Nota yang cantik dan kemas akan menimbulkan ketenangan atau rangsangan nyang lebih kepada pandangan mata

Justeru, di atas merupakan beberapa teknik untuk membuat nota yang terbaik. Hal ini penting walaupun ia nampak seakan remeh. Mahasiswa yang pintar semestinya mempunyai nota peperiksaan tersendiri bagi memudahkan ulangkaji dilakukan lebih kerap dan di mana sahaja ia berada. Semoga artikel ringkas ini dapat membantu mahasiswa untuk persiapan ke arah peperiksaan.

(sumber : pmram)

Saturday, December 24, 2011

Selamat Bersidang Kepada Kepimpinan PERSADA




KAHERAH, 22 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan selamat bersidang kepada Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA) yang menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari ini.

MAT yang dijalankan tersebut menjadi penutup tirai bagi kepimpinan PERSADA sesi 2010/2011 yang dipimpin oleh Saudara Mohd Firdaus Atan. Sekaligus akan menampilkan kepimpinan baru bagi sesi 2011/2012.

Keputusan bagi Presiden PERSADA sesi 2011/2012 masih belum diketahui kerana berlakunya pertandingan di peringkat pemilihan Presiden.

PERSADA merupakan salah satu anggota majlis SMATT (Solidariti Mahasiswa Timur Tengah) yang mewakili suara mahasiswa Islam di Arab Saudi.

"PMRAM selaku rakan seperjuangan dan juga Pengerusi SMATT bagi sesi 2011/2013 merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan PERSADA sesi lepas yang banyak mencurahkan jasa dan bakti untuk mahasiswa Malaysia di Arab Saudi. PMRAM juga mengharapkan agar kepimpinan PERSADA bagi sesi baru dapat menyambung perjuangan PERSADA ke arah mendidik mahasiswa Islam untuk berbakti kepada Islam. Selamat bermuhasabah kepada PERSADA," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman

(sumber : PMRAM)

Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan



Peperiksaan boleh diibaratkan seperti sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon.

Ianya menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, walaupun dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Sebelum Peperiksaan :

• Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.

• Kenali (ta’yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik.

• Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.

• Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala’ah dan muraja’ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula.

• Setkan (tathbit) target untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan target setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong.

• Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya.

• Bina komuniti (ijma’ wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.

• Ajar (ta’lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

• Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior dan kepada kawan-kawan yang lain.

• Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam’ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.

• Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma’thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.

• Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia terganggu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.

• Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.

• Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.

• Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan


Disediakan oleh :
Unit Pengkuliahan & Tutorial
Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

(sumber : PMRAM)

Wednesday, December 21, 2011

# MEMBURU REDHA ILAHI #




ISKANDARIAH 21 DISEMBER - PMRAM Cawangan Iskandariah, di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan telah menjayakan satu program yang dinamakan “MEMBURU REDHA ILAHI”. Program telah selamat berlangsung pada 24 Muharam 1433 H bersamaan 19 Disember 2011 M iaitu hari Isnin,bertempat di Dewan Zajlatul Abidah (Markaz DPMI).

Agenda menarik yang telah diisi semasa program adalah Ifthor Jamaie,Solat sunat hifzi,dan Qiamullail. Pihak penganjur telah mengundang imam muda yang dijemput khas dari Taakhi Zon B, BKAN Kelantan. Dua orang imam iaitu Al-fadhil ustaz Jamal Mohd Qurtubi bin Sulaiman dan sahabat beliau Al-fadhil Ustaz Mohd Hafizi bin Ramli. Kedua-duanya berasal dari negeri Kelantan dan masih menuntut di Shoubra dalam takhasus Qiraat. Pihak DPMI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka diatas kesudian memenuhi undangan tersebut.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajak sahabat-sahabat memburu redha Ilahi di celah kesibukan. Walaupun kini fatrah imtihan, masing-masing sibuk untuk ke kuliah, kelas tutorial, study group, mengulang kaji pelajaran dan sebagainya, DPMI mengambil inisiatif mengadakan program sebegini moga-moga dengan pengisian yang bermanfaat ini dapat membantu sahabat-sahabat seperjuangan memperolehi kecemerlangan yang hakiki baik di dunia mahupun di akhirat kelak dan secara tidak langsung dapat meribat ukhwah sesama mereka.

Alhamdulillah, kelangsungan program berjalan dengan lancar dan mendapat respon yang baik daripada ahli. InsyaAllah pengisian yang bermanfaat sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Pihak DPMI berharap agar kehadiran sahabat-sahabat pada majlis ini dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. “BERLUMBA-LUMBALAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN”.wallahu a’lam.

Yuran Markaz Bahasa : PMRAM Terus Berbincang Bersama WAAG




KAHERAH, 19 Dis - Isu pembayaran yuran matrikulasi yang meningkat secara mendadak mendapat perhatian yang serius dari pihak PMRAM.
Perkara ini berikutan daripada aduan pelajar yang mengutarakan tahap kemampuan begitu rendah bagi menjelaskan pembayaran yuran tersebut.

Pihak PMRAM dengan diwakili Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili b Saiman telah mengadakan pertemuan dengan Pengurus WAAG ( World Association of Al-Azhar Graduates ) Ustaz Ismail Haitham bagi membincangkan perkara ini pagi tadi.

Permasalahan berkenaan yuran tersebut akan menjejaskan permohonan visa pelajar untuk tinggal disini sekaligus pelajar terus dibelenggu kebimbangan mengenai status keberadaan mereka di Mesir.

Maka perkara ini adalah di antara isu diutarakan dalam pertemuan tersebut yang diadakan di pejabat WAAG.

Pihak PMRAM akan membawa suara mahasiswa berkenaan permasalahan yuran ini ke Parlimen Pelajar Asing yang akan diadakan dalam tarikh terdekat.

" PMRAM telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak-pihak tertentu agar masalah ini dapat diselesaika dengan sebaik mungkin dan PMRAM mengharapkan pelajar untuk terus memberi tumpuan pada pembelajaran agar tidak terganggu dengan isu ini " ujar Presiden PMRAM 2011 ketika dihubungi sebentar tadi.

( sumber : PMRAM )

Friday, December 16, 2011

TAHNIAH PMRAM! : SUARA MAHASISWA MASIH DIDENGARI



Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wa Barakatuh..Alhamdulillah, pertama-tama dan selama-lamanya setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Rabbul Izzati atas kurniaan nikmat yang tidak terhitung nilainya, masih lagi bernafas selaku hamba kepada Yang Maha Esa. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , para ahli keluarga Baginda, para sahabat , tabi’ tabi’in seterusnya seluruh penyambung risalah suci Islam di seluruh dunia.

Walaupun masa dan ruang begitu mencemburui, namun ianya bukanlah suatu halangan bagi persatuan induk yang menaungi anak-anak Melayu di bumi Mesir iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) untuk meneruskan tanggungjawab kepada ahli-ahli yang disayangi.
Ini jelas terbukti apabila pada 12 Disember 2011, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)yang diketuai saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM, bersama 4 orang Yang Di Pertua BKAN dan 4 orang Pengerusi DPM telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah iaitu TYT Dato’ Dr. Fakhruddin bin Abdul Mokti.

Menurut sumber , Badan Pengurus PMRAM yang turut serta dalam perjumpaan tersebut ialah Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden dan Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien, Naib Presiden II. Manakala wakil YDP BKAN yang terlibat ialah Johor, Perak, Melaka dan Selangor. Sementara DPM pula dihadiri oleh Pengerusi DPM Zaqaziq, Mansurah, Damanhur dan Tanta.

Kunjungan tersebut merupakan kunjungan kali pertama PMRAM bersama YDP dan Pengerusi sejak pertukaran tampuk kepimpinan peringkat BKAN mahupun DPM untuk sesi 2011/2012.

Antara perkara yang disuarakan dalam pertemuan tersebut adalah berkaitan dengan pembayaran yuran pelajar Markaz Bahasa Arab sebanyak LE 480 untuk satu mustawa yang dilihat membebankan para pelajar. Selain itu, Pihak PMRAM juga mengemukakan pandangan dan harapan para pelajar berhubung isu penghantaran semula pelajar-pelajar pengajian Islam ke cawangan-cawangan Al-Azhar di seluruh Mesir termasuk juga ke cawangan Iskandariah.

Dalam perjumpaan tersebut itu juga, beberapa orang YDP BKAN turut meminta penjelasan berkaitan isu pendaftaran persatuan dengan Education Malaysia of Egypt (EME) selain meminta pandangan TYT Dato’ Duta berhubung isu pengguguran Badan Kebajikan keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) daripada senarai persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah EME.

Pihak PMRAM menerusi ucapan Presiden, saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman merakamkan penghargaan kepada pihak TYT Dato’ Duta selaku wakil Kerajaan Malaysia di Mesir atas kesudian pihak kedutaan untuk berbincang dan mendengar luahan serta rungutan daripada para pelajar berkaitan permasalahan yang berlaku selain mengharapkan tindakan segera diambil bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Kami di barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah sesi 2011/2012 merakamkan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat dalam kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah iaitu TYT Dato’ Dr. Fakhruddin bin Abdul Mokti bagi mewakili seluruh ahli PMRAM di semua peringkat atas keberjayaan menjalankan tugas sebagai wadah kepada suara anak-anak Melayu di bumi Mesir. Semoga segala usaha yang dicurahkan dikira sebagai suatu ibadah oleh Allah S.W.T. Kami di PMRAM Cawangan Iskandariah akan terus komited menyokong dan mendokong usaha murni seperti ini demi menjamin kelangsungan survival PMRAM umumnya dan ISLAM khususnya.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
KESATUAN UKHUWWAH MANIFESTASI TARBIAH


SUMAIYAH BINTI ZAKARIA
PENGERUSI
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWI ISKANDARIAH
SESI 2011/2012

Wednesday, December 14, 2011

BAIT MITHALI YANG DITUNTUT


















1) Rumah Ilmu (بيت علم الشرعى)

Rumah ilmu ialah rumah yang sentiasa disuburi dengan pengajian-pengajian dan muzakarah ilmu saban hari dan minggu. Rumah tersebut hidup dengan pertemuan-pertemuan yang berdasarkan keilmuan seperti study group, kuliah Subuh dan Asar, perbincangan-perbincangan dan halakah-halakah tertentu yang mana ianya dapat mengumpulkan seluruh ahli bait untuk duduk sebilik atau semeja bagi tujuan tersebut.

2) RUMAH ZIKIR

Rumah zikir ialah rumah yang sentiasa bergema dengan alunan-alunan zikir, munajat, selawat, alunan ayat suci al Quran dan bentuk zikir yang dapat melembutkan dan melunakkan hati penghuninya.Rumah tersebut hidup subur dengan kalimat-kalimat suci dan sentiasa mengumandangkan saban waktu. Alangkah indahnya taman rumah ini di mana wujud di dalamnya bunga-bunga iman dan taqwa yang segar bugar. Hati penghuninya sentiasa berkembang mekar disirami gerimis-gerimis bisikan cinta buat Khaliqul Alam.

3)RUMAH SUNNAH

Rumah sunnah adalah rumah yang mana penghuninya dihiasi dengan sifat Qudwah Rasulullah s.a.w. Rumah ini hidup dengan tatatertib kehidupan yang dicontohi terus dari peninggalan Rasulullah dalam semua perbuatan seharian, bermula dari bangun tidur waktu Subuh sehingga mereka merebahkan kembali tubuh mereka pada waktu
malamnya.Makan minum, tutur bicara, bangun tidur bahkan segalanya seperti adab bersahabat, adab melayan tetamu, adab masuk tandas dan adab menuntut ilmu kesemuanya berlandaskan sunnah diiringi dengan doa-doa ma'thur yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita.

4 ) RUMAH SYURGA

Rumah yang indah dan cantik lagi kemas dan menarik. Rumah yang menyejukkan pandangan mata penghuni rumah dan pengunjungnya pada setiap sudut serta ruang dengan hiasan yang dibenarkan dan susunan perabot yang unik.Dapurnya tersusun rapi dan segala peralatan dapur kemas dan bersih. Begitu juga, tiada longokan sampah dan takungan air apatah lagi pinggan mangkuk yang tidak berbasuh.

5) RUMAH DAKWAH

Rumah dakwah adalah rumah yang mempunyai atau menjalani program-program dakwah samada terhadap penghuninya sendiri atau terhadap orang lain yang mengunjunginya. Ia merupakan tempat yang digunakan untuk tujuan-tujuan pengajian, pembelajaran, perbincangan dan sebagainya yang boleh disifatkan sebagai menara hidayah buat penghuninya.Sebagai azhariat, kita semestinya menyedari tanggungjawab sebagai pendakwah serta kewajipan menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Apa salahnya sekiranya kita menjadikan rumah kediaman kita sebagai markaz untuk tujuan-tujuan mulia seperti itu. Alangkah beruntungnya rumah mereka sentiasa dipayungi dengan lembayung rahmat serta kasih-sayang dari Allah.




DISEDIAKAN OLEH:

UNIT PERUMAHAN DPMI SESI 2011/2012

Iltiqa' Musyrifah Syaqah kali ke-3 DPMI Mencapai Hadaf

ISKANDARIAH, 14 DISEMBER 2011 – Iltiqa’ Musyrifah Syaqah (IMSAQ) kali ke-3 di bawah anjuran Unit Perumahan Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah sesi 2011/2012 telah diadakan bertempat di Dewan Zajlatul Abidah. Seawal jam 1.00 petang , kehadiran musyrifah atau wakil setiap rumah memenuhi Dewan Zajlatul Abidah. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Unit Perumahan, saudari Nor Azila binti Mamat.

Antara agenda menarik dalam IMSAQ kali ke-3 ini adalah seperti penerangan daripada Unit Hisbah Cawangan Iskandariah yang diwakili oleh saudari Nurul Bazilah Hussin serta Unit Biah Solehah Cawangan Iskandariah yang diwakili oleh saudari Sharifah Nasyitah binti Syed Hassan. Para hadirat yang hadir dilihat memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan yang mana sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian seorang muslimah dan mahasiswi Islam.

Majlis diteruskan lagi dengan membuka ruang perkongsian masalah yang dihadapi oleh setiap rumah diikuti dengan cadangan penyelesaian sama ada daripada pihak DPMI mahupun musyrifah lain yang hadir. Sebelum melabuhkan tirai, majlis diserikan dengan ucapan kalam azimat daripada Timbalan Pengerusi (Unit Perancang) , saudari Nur Amnani Faten binti Paiman yang mana menekankan berkenaan keselamatan mahasiswi sama ada di dalam mahupun di luar rumah serta nasihat agar sentiasa peka terhadap ahli bait masing-masing.

Penutup majlis disempurnakan oleh saudari Nor Azila binti Mamat sendiri selaku pengerusi majlis . Pihak DPMI merakamkan sekalung penghargaan buat semua musyrifah atau wakil setiap rumah atas kesudian memberikan komitmen dengan menghadiri IMSAQ kali ini walaupun masing-masing sibuk membuat persediaan menghadapi imtihan.

TIPS-TIPS MEMPERTAHANKAN DIRI

Untuk Panduan Mahasiswa dan Mahasiswi ketika berada di luar, di sini dilampirkan beberapa tips untuk mempertahankan diri ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan dan membahayakan. Moga-moga menjadi panduan yang bermanafaat untuk semua InsyaAllah:





















DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Tuesday, December 13, 2011

Tip-tip Cemerlang Di Dalam Pembelajaran




Kondisi sebagai mahasiswa/wi Islam di Mesir samada pengajian Islam atau perubatan, keberjayaan di dalam pembelajaran sudah tentu menjadi matlamat penting dalam kehidupannya. Hal ini demikian, mahasiswa/wi Islam yang sinonim dengan idealisme dalam mencetuskan pembaharuan, maka keberjayaannya di dalam pembelajaran menjadi pendangan awal bagi masyarakat.

Mahasiswa/wi Islam yang berjaya adalah mahasiswa/wi yang mampu mengimbangi segala aspek dari sudut pembelajaran, persatuan, pengurusan serta gerak kerja bermasyarakat.

Justeru, di peringkat PMRAM, pencapaian akademik menjadi satu subtajuk penting dalam ucapan dasar Presiden PMRAM 2010 iaitu "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama". Bahkan penekanan terhadap pembelajaran juga diberikan sejak awal permulaan pembelajaran di kuliah dan kemuncak ketika tempoh tawaqquf program.

Maka ketika itulah fokus menggerakkan suasana pembelajaran diperhebatkan agar mahasiswa/wi Islam tidak lalai dengan tanggungjawabnya dengan kecemerlangan akademik.

Namun, ramai mahasiswa/wi Islam yang masih kurang secara teknikal bagi meraih keberjayaan di dalam pembelajaran, mungkin disebabkan teknik pembelajaran yang tanpa berdisplin diamalkan di Malaysia menjadi kayu ukur untuk berjaya di peringkat universiti.

Apa yang pasti piawaian bagi teknikel pembelajaran adalah lebih tinggi di peringkat universiti, justeru memerlukan kepada displin pembelajaran yang baik dan teratur.

Dalam artikel ringkas ini akan dinyatakan beberapa tip-tip yang boleh digunakan bagi membantu teknik pembelajaran yang sudah sedia pakai. Antaranya ialah :-

1) Reading by eagle's eye

Ini satu kaedah paling awal digunakan dalam memulakan pembelajaran. Kaedah ini adalah untuk menerapkan minat kepada mahasiswa/wi Islam untuk membaca buku kuliah tersebut. Kaedah ini tidak memerlukan kepada kefahaman secara 100% dalam setiap patah perkataan, ia hanya untuk bagi mengetahui apakah isi yang ingin disampaikan oleh pensyarah universiti di dalam setiap perenggan.

Kaedah ini digunakan dengan cara mahasiswa/wi Islam membaca buku kuliah dari awal sehingga habis tanpa perlu berhenti mencari makna bagi setiap patah perkataan. Bahkan kaedah yang dipanggil bacaan menggunakan mata helang perlu digunakan dengan laju. Maksudnya mahasiswa/wi Islam membaca buku secara berterusan sehingga habis.

Kemudian menyimpulkan apakah isi kandungan penting yang ingin diterangkan di dalam buku tersebut. Secara tidak langsung, mahasiswa/wi Islam akan terasa minat untuk mendalami pemahaman dengan membacanya kali kedua dengan lebih teliti serta mendapat gambaran awal mengenai kandungan buku tersebut.

2) Learning point by summary

Peringkat ke-2 selepas pembacaan oleh mata helang iaitu sepintas lalu, kaedah yang boleh digunakan ialah memahami tajuk-tajuk yang dibentangkan berdasarkan kefahaman setiap perenggan. Iaitu meneliti apakah isi penyampaian bagi setiap perenggan. Hal ini demikian kerana bukan semula perenggan yang menerangkan isi penting.

Terdapat juga perenggan yang hanya menerangkan isi penting bagi perenggan yang sebelumnya. Justeru, dalam kaedah ini, mahasiswa/wi Islam perlu mengasingkan setiap perenggan dengan mencari apa isi penting dalam perenggan. Mungkin dalam 7 perenggan hanya 2 perenggan sahaja yang menerangkan isi-isi penting, berbaki ialah menerangkan atau syarahan kepada isi-isi tadi sahaja.

Maka dalam kaedah yang ke-2 ini iaitu learning point by summary ialah memahami isi penting secara kesimpulan. Iaitu dapatkan dahulu berapakah isi penting bagi satu-satu tajuk, kemudian dengan kefahaman awal yang telah digunakan melalui kaedah reading by eagle's eye akan membantu sedikit sebanyak apakah yang ingin disampaikan melalui isi-isi penting yang disampaikan dalam satu tajuk tersebut.

3) Schedule and target

Selepas itu, mahasiswa/wi Islam akan mendapati bagi setiap buku kuliah, manakah buku yang paling dia mendapat kefahaman yang paling sedikit selepas kaedah pertama dan ke-2 digunakan. Justeru, susun jadual untuk menetapkan baca buku kuliah mengikut kesukaran dalam mendapat kefahaman, maka letakkan buku kuliah tersebut untuk kerap dibaca walaupun sedikit. Hal ini demikian kerana buku kuliah yang susah untuk difahami mestilah dibaca dengan lebih kerap untuk tidak menjemukan mahasiswa/wi Islam untuk menghabiskan bacaan serta supaya tidak mudah hilang kefahaman apabila tidak kerap membaca.

Berbeza dengan buku yang senang mendapatkan kefahaman melalui kaedah pertama dan kedua, maka buku kuliah tersebut dijadualkan walaupun tidak kerap, tetapi banyakkan target muka surat yang ingin dihabiskan bagi setiap pembacaan. Hal ini demikian, biar buku yang mudah difahami dihabiskan lebih awal supaya boleh memberikan ruang yang banyak untuk tumpu buku kuliah yang agak sedikit payah untuk difahami.

Selain itu, buku kuliah yang mudah difahami perlu dihabiskan dengan lebih awal adalah supaya mahasiswa/wi Islam terus mendapatkan gambaran sepenuhnya terhadap subjek tersebut dan hanya perlu mengingati secara berulang-ulang apa yang telah dibaca dan difahami.

Maka kesimpulannya, buku yang susah difahami mestilah dijadualkan agar lebih kerap membaca walaupun sedikit target muka surat yang mesti dihabiskan bagi setiap bacaan. Manakala buku yang mudah difahami perlulah dihabiskan dengan segera dan setip kali pembacaan mestilah baca dengan lebih banyak supaya mendapat pemhaman dengan lebih banyak dalam satu-satu masa.

4) Study Group

Kaedah ini juga banyak membantu untuk lebih memahami serta menjimatkan masa. Belajar secara berkumpulan semestikan menjadikan tenaga pembelajaran lebih besar. Bahkan dapat membantu mahasiswa/wi Islam untuk menampung setiap kelemahan yang ada. Namun begitu, sebaik-baiknya mahasiswa/wi Islam sudah membaca dahulu buku kuliah tanpa mengharapkan untuk mula membaca dengan bermulanya pembelajaran secara berkumpulan.

Pembelajarn secara berkumpulan juga, adalah medium untuk memastikan apa yang kita faham melalui pembacaan secara individu kita adalah betul. Hal ini demikian kerana, segelintir mahasiswa/wi Islam yang belajar secara berseorangan merasakan apa yang difaham adalah begitu, namun hakikat yang sebenar adalah sebaliknya sehingga menyebabkan ia kecundang di dalam peperiksaan.

Pembelajaran secara berkumpulan yang terbaik juga adalah memastikan tempoh untuk menghabiskan semua kitab kuliah dengan tempoh yang lebih awal agar ulangkaji dapat dijalankan lebih awal.

5) Revision

Maka selepas habis pembacaan buku kuliah, mahasiswa/wi Islam mesti mengulangkaji semula apa yang telah difahami, isi-isi penting yang telah digariskan serta menguatkan hafalan mengenai apa yang dibentangkan di dalam buku tersebut.

Tempoh ulangkaji bukanlah apabila dekat dengan peperiksaan, namun ulangkaji yang terbaik ialah dilaksanakan selepas mempelajari dan membaca buku. Hal ini demikian kerana antara kesilapan mahasiswa/wi Islam iailah selepas tamat pembacaan, maka mereka akan berehat panjang dan melaksanakan ulangkaji apabila tempoh peperiksaan sudah tidak lama menjelang.

6) Examination's Note

Nota ringkas bagi peperiksaan juga adalah penting untuk memastikan mahasiswa/wi Islam dapat menghafal dengan lebih cepat serta dapat mengulangkaji subjek dengan lebih kerap. Nota ringkas ini boleh dilakukan samada ketika ulangkaji pertama dilakukan atau selepas selesai ulangkaji yang pertama.

Nota ringkas juga akan membantu mahasiswa/wi Islam mengingati isi-isi penting secara tidak langsung, kerana apabila ingin membuat nota ringkas maka tidak dapat tidak mahasiswa/wi Islam mesti membaca serta meneliti apa isi-isi penting yang sesuai diletakkan sebagai nota ringkas.

Bahkan nota ringkas amat penting bagi menjamin persediaan mahasiswa/wi Islam di saat akhir peperiksaan sebelm memasuki dewan peperiksaan.

Maka 6 kaedah yang telah dibentangkan di atas merupakah salah satu teknik pembelajaran secara berdisplin. Namun begitu, asas-asas penting dalam pembelajaran perlulah diperkasakan bagi menjamin keberjayaan di dalam pembelajaran. Antara asas-asas penting ialah:-

- menghadiri kuliah
- bertanya soalan kepada pensyarah serta rakan kelas
- mendapatkan motivasi yang dianjurkan oleh persatuan supaya menambahkan semangat untuk belajar
- berdoa kepada Allah agar diberikan keberkatan dalam pembelajaran dan kejayaan di dalam peperiksaan

Semoga apa yang dibentangkan di atas dapat membantu mahasiswa/wi Islam dalam mencapai kejayaan seterusnya menjayakan subtajuk "Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama".


" Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah "

Disediakan oleh :
Unit Pengkuliahan dan Tutorial
Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.

(SUMBER : PMRAM)

~Kerana Dirimu Begitu Berharga ~




Lebih 1400 tahun yang lalu, sebuah cara hidup bernama Al-Islam telah lahir lantas menobatkan manusia di tempat sewajarnya, tidak lagi dibelenggu Jahiliah, tidak lagi diseret ke makam terendah. Agama Islam telah meninggikan semula martabat golongan wanita, dan pernyataan ini bukanlah hakikat yang mampu ternafikan.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka.

Justeru, wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman Jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Bahkan lagi, sebagai salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda SAWN suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Lebih istimewa, apabila wanita solehah itu sendiri dianggap lebih baik daripada bidadari syurga. Kenalkah anda siapa bidadari syurga?

“Dan di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka ( penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.”- QS. Ar-Rahman : 56

“ Seakan-akan bidadari itu permata yaqut dan marjan” – QS. Ar-Rahman : 58

“ Sesungguhnya Kami menciptakan mereka ( bidadari-bidadari ) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya”- QS. Al-Waqiah : 35-37

Sabda Rasulullah SAW:

(...Seandainya salah seorang wanita penduduk syurga menengok penduduk bumi, nescaya dia akan menyinari keduanya ( penduduk syurga dan penduduk bumi ) dan akan memenihinya dengan bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya ) ( HR. Bukhari dari Anas bin Malik RA )

Jadi, percayakah anda, bahawa insan lemah bernama wanita, seandainya dialah wanita solehah, maka dia lebih unggul daripada bidadari syurga.

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): ( Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari? Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Demikianlah tingginya darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Maka, amat malang sekali seandainya wanita itu meletakkan dirinya kembali ke kancah Jahiliah, merendahkan martabat diri sendiri dengan meninggalkan saranan-saranan agama, sedangkan kelebihan mentaati agama itu jauh lebih istimewa daripada ketaatannya itu.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Baginda S.A.W bersabda lagi:

“Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Demikianlah, wahai wanita, kerana apa? Kerana dirimu begitu berharga!

Oleh :
Zakiatun Nazneen
Mahasiswi Universiti Al-Azhar Cawangan Iskandariah

(SUMBER : UBS PMRAM)

Iftor Jama’ie 10 MUHARRAM (HARI ASYURA)

05 DIS 2011- Isnin : Telah berlangsungnya sebuah majlis berbuka puasa beramai-ramai. Majlis diadakan di Dewan Zajlatul Abidah . Antara yang turut terlibat dalam menjayakan program adalah ahli DPMI, UMI dan pelajar perubatan . Program bermula seusai kelas Madrasah Imam Shafie. Agihan buah kurma kepada ahli bermula sementara menunggu azan Maghrib berkumandang. Beraneka juadah menjadi sajian buat semua yang hadir. Kuih-muih tradisional melayu menjadi tumpuan seperti buah melaka, ketayap,donut dan sebagainya. Kuih tradisonal arab juga tidak ketinggalan seperti manisan,fatirah bi sukar dan pencuci mulut menjadi penutup hidangan berbuka. Antara hadaf utama dalam program ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan ajkt. Solat hajat juga diadakan bersempena imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Solat maghrib dan solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Akli bin Ahmad.

Seusai solat hajat diiringi doa selamat, makanan mula diagihkan kepada ahli-ahli yang hadir. Hampir kesemua makanan yang dibawa dapat dirasai oleh semua yang hadir. Alhamdulillah, program yang dianjurkan pada kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari semua peringkat. Semoga dengan keberjayaan program kali ini dapat mengeratkan hubungan sesama ahli serta meningkatkan kesedaran ahli untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menghadapi imtihan yang bakal menjelang.


Disediakan oleh,
Unit Penerangan dan Penerbitan sesi 2011/2012

Saturday, December 3, 2011

Berusaha Dan Istiqamah, Pra Syarat Kemenangan




Dalam melaksanakan tuntutan agama Islam, cabaran yang paling utama ialah istiqamah dalam perlaksanaan yang dilakukan. Ramai di kalangan pejuang agama Islam yang kecundang di garisan akhir ekoran tidak berkeupayaan untuk meneruskan langkah yang telah disusun, dengan erti kata yang lain, tidak istiqamah atau tetap dalam perjuangan sehingga ke akhirnya.

Tuntutan Islam bukan sekadar mencapai objektif bahkan ia lebih daripada itu. Sebab itu, selaku mahasiswa Islam yang membawa agenda Islam perlu jelas akan objektif dan dasar. Perjuangan adalah untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan. Manakala objektif pula sesuatu perancangan dalam memastikan kejayaan untuk sesuatu tempoh bagi meneruskan kesinambungan agenda Islam yang menjadi dasar.

Sebagai contoh, keberadaan kita di Mesir untuk sebagai mahasiswa/wi Islam yang menuntut adalah untuk memperolehi kejayaan dan ijazah sebagai bukti kejayaan beserta ilmu yang dipelajari. Ini adalah objektif. Buktinya, adakah selepas kita memperolehi kesemua perkara tadi, kita sudah boleh melepaskan amanah sebagai khilafah Allah di muka bumi ini? Sudah tentu tidak. Perjuangan menegakkan Islam iaitu dasarnya kita meletakkan Islam dijulang mesti dilaksanakan walaupun kita sudah pulang ke Malaysia.

Maka apabila di Malaysia pula, objektif keberadaan kita pula adalah berbeza daripada objektif keberadaan kita di Mesir. Justeru, dapat difahami bahawa objektif adalah berbeza mengikut situasi realiti bagi mencapai kesinambungan serta kekuatan untuk terus melaksanakan dasar.

Manakala dasar, walau di mana pun jua atau situasi, ia mesti dilaksanakan. Di Mesir, kita mesti bekerja untuk Islam, di Malaysia juga kita mesti bekerja untuk Islam. Ketika kehidupan bujang, kita bekerja untuk Islam, maka apabila sudah berumah tangga juga kita mesti melaksanakan gerak kerja Islam.

Inilah dasar yang mesti kita jelas pemahaman ke atasnya. Ramai yang menjadikan objektif sebagai dasarnya sehingga menyebabkan segelintir yang hany tumpu pengajian sehingga mengabaikan gerak kerja Islam.

Tokoh gerakan Islam yang paling disegani mengungkapkan satu kalimah yang jelas berkenaan dengan 'tetap dalam perjuangan' iaitu :

"Seorang muslim berterusan melaksanakan gerak kerja yang bersungguhnya di jalan Allah, walaupun tempoh berjuang itu panjang dan bertahun-tahun sehingga dia mencapai kejayaan dengan salah satu daripada kejayaan Islam : samada dengan kemenangan Islam atau mati syahid"

Justeru, selaku mahasiswa Islam yang telah meletakkan diri dalam golongan yang memperjuangkan Islam mestilah pasakkan niat dalam gerak kerja iaitu memastikan kemenangan Islam atau mati syahid dalam berjuang. Hal ini demikian, umat Islam menyakini dengan janji Allah bahawa kemenangan itu milik Islam, hanya masa dan zaman bila, itu ditentukan oleh Allah.

Satu motivasi diberikan oleh seorang penulis, Dr Raghid As-Syarjani berkenaan dalam melaksanakan gerak kerja Islam ialah pra syarat dalam kemenangan iaitu "kita bantu agama Allah maka Allah akan memberikan kemenangan kepada kita".

Maka untuk mendapatkan pertolongan atau kemenangan daripada Allah, syarat utama ialah kita mesti berusaha terlebih dahulu. Usaha adalah persoalan pertama yang mesti diutarakan oleh seorang pejuang bukannya persoalan bilakah kemenangan akan datang.

Konsep yang sangat cantik ditetapkan melalui sunnatullah. Justeru, kita dapat lihat bagaimana kesungguhan para sahabat dalam peperangan Badar dalam membentuk perancangan untuk mengalahkan pihak musuh. Walaupun berada di pihak yang benar, Allah tetap mahu melihat para pejuang Islam melaksanakan usaha yang bersungguh.

Dalam peperangan Badar, para sahabat RA bermesyuarat dengan Rasulullah SAW untuk kedudukan posisi tentera Islam, samada di belakang lembah atau di hadapan lembah?

Ketika hijrah Nabi SAW bersama Abu Bakar As-Siddiq, Nabi SAW merancang keluar di kala waktu masyarakat arab Mekah tidak keluar rumah. Saidina Ali mengaburi pihak musuh dengan menggantikan Nabi SAW tidur di atas katil baginda SAW. Perjalanan Nabi SAW bersama Abu Bakar As-Siddiq melalui jalan yang jauh dan bukannya melalui jalan kebiasaan masyarakat arab ke Madinah.

Dalam peperangan Khandak, Nabi SAW dan para sahabat berbincang bagi strategi menghadapi pihak musuh yang datang menyerang Madinah. Akhirnya strategi menggali parit yang diutarakan oleh Salman Al-Farisi diterima.

Maka pra syarat bagi mencapai kemenangan adalah usaha kemudian istiqamah dalam usaha. 2 inilah yang menjadikan Islam terus dijulang dan diperjuangkan ke akhir, berdasarkan hadis Nabi SAW :

Akan ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa memperjuangkan kebenaran, dan mereka ini tidak akan berasa lemah dengan dugaan dan cabaran sehingga Allah menurunkan keputusan (sehingga hari kiamat).

Begitu juga Nabi SAW memberikan wasiat kepada sahabat iaitu :

Katakanlah aku telah beriman kemudian istiqamahlah.

Justeru, PMRAM menyeru kepada semua mahasiswa/wi Islam agar terus berusaha dan tetap dalam perjuangan yang dilakukan. Inilah rahsia PMRAM terus bertahan sehingga 81 tahun. Pendokong-pendokong yang berusaha dan terus istiqamah dalam perjuangan.

Penuhi 2 pra syarat kemenangan, Allah akan memberikan kemenangan kepada kita.

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011

(sumber : pmram.org)

Media Elektronik Medium Dakwah Interaktif




Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak hairan dengan kecanggihan yang wujud sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan maklumat terkini.

Penciptaan media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan.

Bahkan Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial medan.

Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsol permainan, komputer, telefon dan lain-lain. Media elektronik berlawanan dengan media cetak.

Kesempatan ini, pihak Unit Biah Solehah PMRAM sesi 2011 ini mengajak semua mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi Anbiya’ untuk memanfaatkan media elektronik iaitu salah satu objektif atau pembawakan UBS PMRAM pada kali ini. Supaya suasana Islamik masih boleh diteruskan walaupun dengan penggunaan media elektronik sahaja.

Mungkin pada peringkat awal, kita melihat kemudharatan penggunaan media elektronik itu lebih banyak daripada kebaikannya. Dan sebaliknya, penggunaan media elektronik banyak faedahnya seperti cepat untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai medium dakwah yang lebih interaktif.

Pada masa kini, facebook dan blog merupakan pendekatan terkini untuk menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Sebahagian masyarakat lebih senang dengan pendekatan seperti ini kerana tidak perlu bersua muka dan menjimat masa. Sekiranya ada persoalan, terus rujuk individu yang pakar tentang agama seperti AF Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.

Selain daripada itu, ia boleh menghubungkan dua belah pihak yang jauh dan sebagai contoh seorang anak yang melanjutkan pengajian di Bumi Mesir berhubung ahli keluarga di Malaysia. Dengan ada alat perhubungan seperti telefon, internet dan sebagainya, maka jalinan hubungan tersebut masih boleh diteruskan walaupun jauh di perantauan.

Secara kesimpulannya, memang benar kesemua jenis media ini berperanan untuk menyebarluaskan maklumat, untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita serta membantu dalam tugas dan kegiatan sehari-hari.

Dengan menggunakan alat media kita akan mengetahui apa sahaja maklumat-maklumat yang tidak kita ketahui sebelumnya. Di samping itu juga media berpengaruh kuat dalam menggugat keimanan seseorang jika disalahgunakan media tersebut. Firman Allah Taala dalam surah Al-Imran: 104 yang bermaksud:

“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekaitulahorang-orang yang beruntung.”

Oleh yang demikian, masyarakat memahami betapa kuatnya peranan media untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang disimpan dalam minda mereka.

Dalam dunia sejagat sekarang, kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah secara fizikal tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah kepada minda negara-negara yang disasarkan.

Demikian juga halnya maklumat yang diisi dan dimuatkan dalam komputer dan alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang memerlukan kepada penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh itu Allah SWT awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh membawa sesuatu berita, maka selidikilahuntuk menentukan kebenarannya supaya kamutidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

(SUMBER : UBS PMRAM)

SWAD : Medium menggarap kemahiran ahli HEWI




KAHERAH, 2 Dis – Bagi mencapai objektif penubuhan Skuad Wajadiri PMRAM (SWAD) dibawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM, SWAD siswi pada sesi ini telah berjaya mengadakan kelas taekwondo dan silat.

Kelas yang diadakan pada setiap minggu itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli siswi.

Bagi memberi laluan sepenuhnya kepada mahasiswa mahasisiwi lebih fokus terhadap akademik, kelas tersebut telah ditawaquf pada minggu lepas dan akan disambung selepas imtihan fasa satu nanti.

"Sebenarnya seni beladiri ini bukan sahaja untuk mengasah bakat, malahan sebagai satu ilmu tambah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan keadaan keselamatan sekarang yang amat memerlukan kepada ilmu mempertahankan diri lebih- lebih lagi bagi mahasiswi khususnya, ” ujar Saudari Nurul Arifah Hilmi selaku Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan.

Perkara ini sejajar dengan kehendak PMRAM yang mahukan ahlinya mantap dengan thaqafah dan pelbagai kemahiran dalam mengharungi mehnah hidup masyarakat disini dan di Malaysia kelak.

Semoga medan yang disediakan ini dapat diambil manfaat sepenuhnya oleh setiap mahasiswi yang merasakan pentingnya dalam menggarap kemahiran.

(SUMBER : HEWI PMRAM)

MUHARRAM 1433H : PERMULAAN MENCARI REDHA ALLAH



MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
3. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
4. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
5. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
6. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
7. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
8. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
9. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
10. Hari pertama Allah menciptakan alam.
11. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
12. Allah menjadikan 'Arasy.
13. Allah menjadikan Luh Mahfuz, alam dan Malaikat Jibril .
14. Nabi Isa diangkat ke langit.


AMALAN-AMALAN SUNAT :

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
• Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
• Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
• Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X .
• Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sunday, November 27, 2011

Selamat Berjuang Kepada Kepimpinan Baru GAMIS




KAHERAH, 26 Nov - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merakamkan ucapan tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru GAMIS yang diisytiharkan pada hari ini.

Pengisytiharan kepimpinan baru GAMIS itu dilakukan di dalam Muktamar GAMIS yang berlangsung semalam (25 November) dan berakhir pada petang hari ini (26 November), di Bangi, Selangor.

Kepimpinan baru GAMIS akan diterajui oleh Saudara Akram Ikrami Taib Azamuddin yang merupakan Presiden GAMIS sesi 2012.

"Tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru GAMIS yang menggalas amanah perjuangan mahasiswa Islam di Malaysia. PMRAM mengharap agar jalinan hubungan baik yang telah terbina antara PMRAM dan GAMIS akan berterusan dalam konteks pembangunan mahasiswa ke arah yang lebih baik," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

(sumber : pmram.org)

1433H : Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah




Pada hari Jumaat, 29 Zulhijjah 1432H bersamaan 25 November 2011M telah berlangsungnya sebuah forum atau Bicara Motivasi yang diadakan di Dewan Zajlatul Abidah, Iskandariah. Slot ini telah telah dikupas dengan begitu menarik sekali oleh 3 orang ahli panel yang begitu mantap. Antara ahli panel jemputan ialah Ustazah Wan Nurhidayah binti Wan Fadhil, Doktor Tengku Muhammad Fakhrudin bin Tengku Mohd Fauzi dan juga Ustaz Akli bin Ahmad. Manakala pengerusi slot ialah Ustazah Nik Nurul Nasuha binti Nik Asbullah.

Bertepatan dengan ketibaan awal Muharam tahun ini,tajuk yang diketengahkan iaitu “Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah “ , ahli panel pertama membuka tirai forum dengan memberi definisi hijrah itu sendiri. Forum kian hangat apabila ahli panel kedua mengupas sirah perjalanan Nabi junjungan mulia S.A.W. dan peristiwa yang berlaku ketika di zaman Baginda. Penerangan yang begitu mendalam meningkatkan motivasi di kalangan ahli. Menegakkan tamadun Islam antara isu yang dibawa oleh ahli panel yang ketiga yang mana menyentuh berkenaan realiti hijrah yang berlaku pada masa kini.
Forum melabuhkan tirainya apabila sesi penggulungan dibuat oleh ahli panel yang kedua, membuat kesimpulan tentang kepentingan masa yang mana harus diserap dalam kehidupan seharian kita selaku seorang muslim.

Sejurus selesainya forum , Pengerusi DPMI, Ustazah Sumaiyah binti Zakaria diiringi Timbalan Pengerusi menyampaikan hadiah kenang-kenangan kepada moderator serta ahli panel.
Majlis diserikan lagi dengan dendangan lagu dari kumpulan cilik UMI iaitu Wardatus Solehah yang mendendangkan selawat dan lagu Maal Hijrah. Seusai mendengar alunan si comel, roti canai ala mesir dan gulai ayam menjadi santapan buat mereka yang hadir. Dewan Zajlatul Abidah dipenuhi pengunjung dari kalangan ahli DPMI dan Perubatan. Semoga Bicara Motivasi di bawah tajuk ‘Hijrah Pemangkin Perubahan Ummah’ dapat memberi manfaat kepada semua.


Disediakan oleh,
UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN DPMI SESI 2011/2012.

Saturday, November 26, 2011

SEMPURNAKAN AGAMA DENGAN PERKAHWINAN



SABTU - 19 Nov 2011 bertempat di Dewan Zajlatul Abidah Iskandariah, telah berlangsungnya satu Majlis Keraian Ahli dan Pengantin Baru. Seramai 4 pasang pengantin baru diraikan dalam majlis tersebut. Antaranya Ustazah Nik Fatimah Az-zahra dan pasangannya iaitu Ustaz Habil, Ustazah Nabilah Ramli dan pasangannya Ustaz Ghazali, Ustazah Fatin Jamilah dan pasangannya Ustaz Khairul Anuar serta Ustazah Wan Nurul Hakimah dan pasangannya Ustaz Najib. Majlis yang julung-julung kali diadakan di bumi Madinatul Ahlan ini telah dihadiri oleh ahli DPMI, UMI dan PCI.



“Sempurnakan Agama Dengan Perkahwinan” menjadi tema bagi majlis kali ini. Majlis menjadi meriah apabila forum yang diadakan menggabungkan ahli panel dari Pengajian Islam dan juga Perubatan. Wakil Pengajian Islam menampilkan moderator, Ustazah Norhayati binti Abu Sopian, ahli panel pertama, Ustazah Fazilah binti Abdul Rashid dan ahli panel kedua, Ustaz Akli bin Ahmad. Manakala ahli panel dari Perubatan diwakili oleh Pengawai MARA iaitu Ustaz Ishak bin Othman. Antara isi yang dikupas dalam forum tersebut berkaitan kualiti masa serta pembahagian masa dengan bijak apabila mendirikan perkahwinan ketika belajar.

Kesimpulan yang dapat dibuat pada akhir forum ialah mengenai persediaan yang cukup dari segi mental dan fizikal setiap individu sebelum melangkah ke jinjang pelamin memainkan peranan yang amat penting bagi menjana kelangsungan bait muslim kerana apabila kedua-dua pihak masih belajar, mereka perlu menguruskan ekonomi dan masa dengan bijak.



Dalam majlis tersebut, Presiden PMRAM iaitu Ustaz Mohd Zuhaili bin Saiman yang merupakan Badan Pengurus Angkat DPMI turut hadir dan berkesempatan memberi ucapan di akhir program. Persembahan si cilik dari kumpulan Wardatus Solehah menggamit suasana dewan pada ketika itu yang mana menyampaikan lagu ‘Barakallah’ dengan begitu bersemangat. Seusai persembahan, para hadirin dihidangkan dengan jamuan ringan.

Semoga dengan majlis yang diadakan dapat mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli DPMI, UMI dan PCI .

Disediakan oleh,
UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN DPMI SESI 2011/2012.

Wednesday, November 9, 2011

RATNA 2011 : Perintis Kesatuan Mahasiswi Islam Asean




KAHERAH, 9 Nov - Agenda pembawakan HEWI PMRAM terus diperkukuhkan lagi dengan jalinan kerjasama WEHDAH PPMI dalam penganjuran sebuah program sempena E'dul Adha 1432H yang dikenali dengan RATNA 2011 (Rumah Terbuka Negara-negara Asean) .

Penganjuran RATNA 2011 juga mendapat kerjasama daripada negara-negara Asean yang berlangsung di Masjid Salam, Hayyu Asyir semalam.

Turut diundang wakil dari setiap wakil negara-negara Asean, PMRAM cawangan dan Indonesia. Kehadiran tetamu yang pelbagai latar belakang memeriahkan lagi suasana rumah terbuka ini.

Gandingan ucapan daripada 2 Presiden iaitu Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM dan Saudara Abu Nashar Al-Bukhari selaku Presiden PPMI menghangatkan lagi suasana program yang julung kali diadakan ini.

Pelbagai pengisian gabungan diantara Malaysia dan Indonesia telah disajikan kepada para tetamu yang hadir.

Majlis disempurnakan dengan bacaan doa penutupan oleh Saudari Nurul Hasanah binti Yahuza selaku Naib Pengerusi Hewi II (Unit Dakwah dan Pembangunan Insan) seterusnya diakhiri dengan jamuan makan yang disajikan dengan pelbagai menu hasil gabungan 2 Negara.

" RATNA 2011 membuktikan bahawa HEWI PMRAM terus merencanakan agenda pembawaan HEWI PMRAM sesi ini ' Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiah' agar ianya dapat dijayakan dengan semaksima mungkin sekaligus memperkukuhkan kerjasama yang sedia terjalin di antara negara-negara Asean, " ujar Saudari Nurlida Kelima selaku Timbalan Pengarah RATNA 2011.


(sumber : pmram.org)

BINGKISAN DIARI ( MEKAR 2011 )




ISKANDARIAH, 6 NOVEMBER- Dewan Mahasiswi Perwakilan Iskandariah (DPMI) dan Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) dengan kerjasama Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI) berjaya mengadakan sambutan Eiduladha pada tahun ini yang diberi nama Majlis Eiduladha dan Korban (MEKAR ’11).Majlis bermula pada hari pertama (10 Zulhijjah) dengan takbir raya seawal jam 7.30 pagi di Dewan Zajlatul Abidah.Kemudian disusuli dengan solat sunat eiduladha yang diimamkan oleh saudara Akli bin Ahmad.Setelah selesai solat,majlis diteruskan lagi dengan santapan rohani iaitu khutbah hari raya yang disampaikan oleh saudara Mohd Hafiz bin Omar.Antara intipati khutbah beliau ialah ibadat korban yang dilakukan adalah bertujuan menghampirkan diri kepada Allah taala dan mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain dengan ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.Susulan selepas itu,majlis diserikan dengan persembahan si cilik Iskandariah iaitu daripada kumpulan Wardah Solehah.Acara kemuncak pada hari pertama berakhir dengan jamuan ringkas sempena hari raya.
Sambutan MEKAR ’11 diteruskan lagi pada hari kedua seawall jam 7.00 pagi untuk aktiviti penyembelihan binatang korban.Pada tahun ini pihak DPMI, UMI dan PCI berjaya mengorbankan sebanyak 67 ekor ; 3 daripadanya adalah lembu dan selebihnya adalah kambing dan khoruf.Proses penyembelihan dibahagikan kepada dua tempat iaitu di Bait Mona (bagi DPMI dan UMI) dan di ladang Karamellah (PCI).Majlis berakhir pada sebelah petang dengan agihan daging korban kepada setiap rumah.
Majlis kemuncak MEKAR ’11 diteruskan untuk hari yang ketiga iaitu jamuan hari raya dan majlis tahlil.Majlis bermula jam 7.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong memasak yang diketuai oleh saudara Mohd Azizudin bin Abdullah selaku ketua unit masakan MEKAR ’11.Gotong-royong memasak selesai pada tengahari.Kemudian, pada jam 1.30 petang,majlis diteruskan dengan pembentangan oleh saudara Akli bin Ahmad yang bertajuk اداب الصحبة .Majlis dihadiri oleh mahasiswa/wi dari kalangan pengajian Islam dan Perubatan serta wakil badan pengurus PMRAM,Hewi PMRAM,taakhi dan ramai lagi. Setelah itu berlangsungnya majlis perasmian penutup MEKAR ’11 yang dirasmikan oleh saudara Mohd Faizuddin bin Ghazali merangkap Naib Presiden 1 (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan) PMRAM 2011 Kemeriahan majlis penutup MEKAR ’11 dengan persembahan mantap si cilik Iskandariah dariapada kumpulan wardah solehah.Majlis perasmian penutup diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada ahli kumpulan wardah solehah yang disempurnakan oleh saudara Mohd Faizuddin bin Ghazali disusuli dengan penyampaian cenderahati penghargaan daripada DPMI dan UMI kepada perasmi dan pendiskusi.Majlis ditangguhkan sementara untuk memberi laluan kepada solat asar. Usai solat,majlis diteruskan dengan majlis tahlil dan berakhir dengan jamuan hari raya.Majlis bersurai sebelum solat maghrib.
Kami pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua adhoc dan ajk yang bertungkus lumus menjayakan MEKAR ’11 dan tidak dilupakan kepada tetamu-tetamu jemputan yang hadir.Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli DPMI, UMI dan PCI yang turut sama hadir memeriahkan MEKAR ’11.Semoga objektif dan tema ;Menyelusuri Sirah Mematri Ukhuwah pada tahun ini tercapai.Siiru ala barakatillah.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
KESATUAN UKUWAH MANIFESTASI TARBIAH

Perkasa Agenda Melahirkan Pelapis




KAHERAH, 8 Nov - Agenda dalam melahirkan golongan pelapis atau jentera penggerak PMRAM masih tetap diteruskan lagi di bawah Pusat Sumber Tenaga PESAT PMRAM melalui keberjayaan Bengkel Pengurusan Kesetiausahaan yang telah diadakan baru-baru ini pada 5 November di Wisma Kelantan yang juga telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM Saudara Mohd Zuhaili Bin Saiman.

Keberjayaan agenda dalam melahirkan golongan pelapis PMRAM yang akan datang dapat dibuktikan melalui kehadiran peserta yang memberangsangkan di kalangan ahli iaitu seramai 60 orang yang juga telah melebihi sasaran seramai 50 orang pada awalnya.

Bengkel Pengurusan Kesetiausahaan tersebut telah diisi dengan pelbagai pengisian menarik yang mendapat sambutan dari kalangan peserta,antaranya ialah penerangan mengenai penggunaan Microsoft Word dan Excell, wacana yang bertajuk "Antara Peranan & Bebanan" dan pembentangan kertas kerja mengenai pengurusan organisasi yang baik.

"PMRAM sentiasa mengharapkan hasil yang sangat bernilai dan berkualiti daripada Bengkel Pengurusan ini dalam menyalurkan tenaga-tenaga yang mahir dalam semua bidang khususnya kesetiausahaan untuk membantu melicinkan gerak kerja PMRAM sekaligus menyumbangkan tenaga kepada agenda gerakan mahasiswa dibumi Mesir ini" ulas Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi selaku Naib Pengerusi HEWI I (Ketua Unit Perancang & Panitia PMRAM) ketika ditemui.

(sumber : pmram.org)

Sunday, October 30, 2011

Isu Akidah Dan Hudud : Resolusi SMATT




Solidariti Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) telah mengadakan satu perbincangan khusus ekoran isu semasa yang hangat diperbincangkan di Malaysia iaitu berkaitan isu akidah dan hukum hudud.

Hal ini berikutan, isu berkaitan yang diperbincangkan dilihat dari sudut agama bukan dari sudut politik. Justeru, SMATT merasa terpanggil untuk sama-sama berbincang dalam membawa suara Mahasiswa di Timur Tengah berkenaan dengan isu-isu yang berlaku.

Secara jelasnya, SMATT yang membawa suara Mahasiswa di Timur Tengah merasa amat bimbang dengan kajian yang dilaporkan berikutan Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 sehingga 2010.

Ia menunjukkan betapa rapuhnya akidah masyarakat Islam di Malaysia apabila kes yang dilaporkan begitu banyak.

Selain itu, berkaitan isu hudud, SMATT meminta agar semua pihak tidak menjadikan isu hudud dari sudut politik bahkan ia mesti diperbincangkan dari sudut agama agar tiada sensitiviti agama yang terusik.

Hal ini demikian apabila banyak pihak yang tidak sepatutnya yang sengaja menimbulkan isu hudud bahkan melontarkan pandangan yang bukan-bukan kepada hudud yang merupakan hukuman dalam Islam sehingga boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

Justeru, hasil perbincangan bersama, berkenaan isu akidah dan hudud, SMATT meletakkan beberapa perkara :-


1. Kerajaan mesti mewujudkan enakmen undang-undang khusus bagi mengatasi masalah murtad yang sangat parah.
2. Mencadangkan agar kerajaan mnganjurkan seminar dan majlis penerangan mengenai akidah dan undang-undang Islam.
3. Kerajaan mesti mengawal media yang berbentuk hiburan yang boleh menjejaskan akidah dan merosakkan sosial.
4. Kerajaan mesti melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh dalam masa terdekat selepas gerak kerja penerangan selesai dilaksanakan.
5. Memberikan penekanan terhadap silibus pengajian Islam di sekolah-sekolah bermula di sekolah rendah sehinggalah ke universiti.

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Mohammad Hussin Mohd Fauzi
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)

Muhammad Hazuanuddin Sofian
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS)

Muhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Morocco (PMMM)

Mohd Firdaus Hj Atan
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA)

Mohd Fazlii Shafiee
Presiden
Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan
(PMMS)

( sumber : pmram.org )

Gelombang Kepimpinan Setiap Cawangan Bukti Kebersamaan




KAHERAH, 26 Okt - Lajnah & Unit Perancang dan Panitia sekali lagi telah berjaya mengadakan satu program khusus bagi menghimpunkan seluruh pimpinan cawangan diperingkat BKAN dan DPM yang juga diberi nama program "Hari Pembentangan Etika PMRAM 2011".

Program tersebut diadakan di rumah Terengganu bagi AJKT ikhwah dan rumah Selangor bagi AJKT akhawat.

Program sulung selepas kenaikan pimpinan baru sesi 2011/2012 ini berobjektifkan penerapan nilai-nilai ukhuwah dan kebersamaan barisan kepimpinan dalam menyelaraskan gerak kerja diperingkat pusat dan cawangan.

Ini dapat dibuktikan melalui kehadiran yang hampir 100% AJKT bagi seluruh pimpinan PMRAM cawangan BKAN dan DPM.

Selain itu, komitmen serta respon yang diberikan dalam setiap agenda dan slot perbincangan amat membanggakan.

Antara agenda utama yang difokuskan ialah pembentangan etika bagi setiap portfolio.

Komitmen dan kerjasama yang baik dari seluruh pimpinan cawangan dapat dibuktikan didalam GKB melalui Ujian Pengukuhan Etika Gerak Kerja dimana soalan-soalan yang dihidangkan tidak tertumpu kepada portfolio masing-masing, bahkan soalan-soalan berbentuk etika gerak kerja untuk semua portfolio yang menjadi fokus utama.

Ini menzahirkan lagi kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin baik antara pimpinan.

" Pimpinan semestinya mempunyai sikap yang dapat dicontohi serta bersedia berubah kepada yang lebih baik dan mengaplikasikan sistem gerak kerja yang berkualiti. Bertepatan dengan kalam Dr Yusof al- Qardawi, 'Mengubah mentaliti itu lebih baik daripada mengubah sistem ", tegas Saudari Nurain Yaacob, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM dalam ucapan yang beliau semalam.

( sumber : pmram.org )

Saturday, October 22, 2011

Jelajah Roadshow Majlis Apresiasi Kecemerlangan

KAHERAH, 22 Okt - Bagi meneruskan kesinambungan agenda kebajikan PMRAM, penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan yang bakal diadakan tahun ini adalah sebagai menghargai kecemerlangan mahasiswa Islam di perlembahan Nil ini.
Roadshow Majlis Apresiasi Kecemerlangan hari ini akan menjelajah ke PMRAM Cawangan Iskandariah dan PMRANM Cawangan Tanta.

Antara objektif roadshow tersebut untuk memberi penerangan kepada seluruh ahli PMRAM dicawangan dan mendaftarkan diri sebelum tarikh tamat pendaftaran 24 Oktober ini.

Diharapkan agar semua mahasiswa dan mahasiswi dapat memberi kerjasama sepanjang roadshow ini berlangsung dan tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.

" PMRAM terus komited menghargai kejayaan mahasiswa Islam dan pembaharuan yang dibawa kali ini dengan membuka penyertaan graduan bermula dari tahun 2009 hingga 2011" ujar Saudara Firdauz bin Noh selaku pemantau Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2011 merangkap Setiausaha Agung PMRAM 2011.

(sumber : PMRAM)

Siri 1 : Pencerahan Isu Hukuman Hudud



Pencerahan Isu Hukuman Hudud Terhadap Non-Muslim Dan Perspektif Jenayah Zina, Minum Arak, Curi, Hirabah(Gangster Atau Samun)

Mukaddimah
Sejak belakangan ini isu berkaitan hudud telah dibangkitkan semula sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan hukum hudud. Semoga perbincangan ringkas terhadap beberapa jenayah yang membabitkan hudud dapat menjadi noktah awal ke arah kefahaman pelaksanaan hukum hudud yang membabitkan non Muslim.

1. ZINA (Bukan Rogol)

• Apabila non Muslim melakukan zina sama ada sesama mereka atau bersama orang Islam, para fuqahak berselisih pandangan dalam menentukan hukuman kepada penzina yang bukan beragama Islam:

• Perzinaan antara lelaki bukan Islam dengan wanita bukan Islam

- Menurut fuqahak hanafiyyah, Shafi‘iyyah dan hanbilah, non Muslim yang berzina sama ada lelaki atau perempuan akan dijatuhkan hukuman Hudud sekiranya mereka adalah Dzimmiyy. Sekiranya mereka adalah Harbiyy, mereka tidak dijatuhkan hukuman hudud (1).

- Menurut fuqahak Malikiyyah, non muslim yang berzina sama ada lelaki atau perempuan sama sekali tidak akan dijatuhkan hukuman hudud (2).

• Perzinaan antara non Islam dengan orang Islam

- Menurut fuqahak Malikiyyah, non Muslim yang berzina tidak akan dijatuhkan hukuman hudud sebaliknya mereka akan dijatuhkan hukuman yang keras berdasarkan kepercayaan agama mereka. Adapun wanita muslimah atau lelaki muslim yang rela berzina dengan non Muslim, orang Islam ini akan dijatuhkan hukuman
hudud.

- Menurut fuqahak Hanafiyyah, Syafi`iyyah dan Hanabilah, non muslim yang berzina dengan orang Islam sama ada lelaki atau perempuan akan dijatuhkan hukuman hudud sekiranya mereka adalah Dzimmiyy (3).

• Hukuman zina bagi penzina non Muslim

- Al-Malikiyyah berpandangan bahawa non Muslim yang berzina sama sekali tidak akan dijatuhkan hukuman hudud sebaliknya dikenakan hukuman berdasarkan agama mereka.

- Hanafiyyah berpandangan bahawa non Muslim yang berzina sama sekali tidak akan dijatuhkan hukuman rejam sebaliknya hanya akan dijatuhkan hukuman sebat seratus kali sama ada mereka telah berkahwin ataupun masih bujang.

- Al-Shafi‘iyyah dan al-Hanabilah berpandangan bahawa non muslim yang berstatus Dzimmiyy yang berzina adalah sama dengan orang Islam yang berzina dari sudut hukuman sebat bagi yang tidak pernah berkahwin dan hukuman rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin.(4)

• Pandangan kami :

- Kami berpandang bahawa non Muslim yang berzina sesama mereka tidak dijatuhkan hukuman Hudud dengan berpegang pada pandangan Malikiyyah bagi meraikan situasi non Muslim yang baru ingin berjinak-jinak dengan undang-undang Islam. Walau bagaimanapun demi menjaga maruah dan moral, non Muslim yang berzina perlu dijatuhkan hukuman yang difikirkan sesuai oleh agama dan adat resam mereka.

- Sekiranya non Muslim sama ada lelaki atau perempuan berzina dengan orang Islam, mereka perlu dijatuhkan hukuman hudud dengan berpegang pada pandangan Hanafiyyah. Ini kerana membabitkan orang Islam dan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan nasab dan pembunuhan bayi yang berstatus tidak sah. Kami tidak cenderung kepada pandangan Shafi‘iyyah dan ×anÉbilah kerana non Muslim di Malaysia masih terlalu asing dengan hukuman Hudud apatah lagi dengan pelaksanaan hukuman rejam sampai mati kepada penzina non Muslim yang telah berkahwin. Kami juga tidak cenderung kepada pandangan Malikiyyah kerana berkemungkinan hukuman yang bakal diputuskan oleh agama dan adat resam non Muslim tidak menghalangnya untuk berzina lagi dengan orang Islam.


2. ARAK


• Menurut pandangan sebahagian Hanafiyyah, non Muslim yang minum arak tidak dikenakan hukuman hudud (5). Malikiyyah, Shafi‘iyyah dan Hanabilah turut menyatakan bahawa non Muslim
yang minum arak tidak dijatuhkan hukuman hudud.(6)

• Pandangan kami:

- Non Muslim tidak dikenakan hukuman hudud apabila mereka minum arak.

- Non Muslim akan dikenakan hukuman Ta‘zir sekiranya tindakan mereka meminum arak mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Oleh itu, non Muslim yang didapati memandu dalam keadaan mabuk mesti diambil tindakan Ta‘zir.

- Non Muslim akan dikenakan hukuman Ta‘zir apabila mereka mengajak orang Islam minum arak.

3. Hirabah (Gangster atau Rompakan)

• Hanafiyyah dan Shafi‘iyyah menyatakan bahawa non Muslim yang berstatus Dzimmiyy apabila terlibat dalam jenayah rompakan akan dijatuhkan hukuman Hirabah (7). Malikiyyah juga secara zahirnya turut
berpandangan dengan pandangan yang sama apabila mereka tidak pula mensyaratkan bahawa penjenayah Hirabah hendaklah seorang muslim.

• Pandangan kami

- Non Muslim yang terlibat dalam jenayah Hirabah hendaklah dijatuhkan hukuman Hirabah (bergantung kepada jenis jenayah Hirabah yang dilakukan) agar keamanan negara dapat dicapai. Sekiranya non Muslim yang terbabit diberikan peluang undangundang sivil, berkemungkinan hukuman sivil tidak dapat menggerunkan penjenayah lalu mengakibatkan rentetan jenayah Hirabah yang terus mengganggu keamanan penduduk muslim dan non muslim.

- Ini bermakna sekiranya kumpulan penjenayah Hirabah terdiri daripada gabungan non Muslim dan orang Islam; dan mereka telah merompak atau membunuh atau kedua-duanya sekali, maka kesemua mereka hendaklah dijatuhkan hukuman hudud tanpa berkecuali.

- Sekiranya penjenayah Hirabah hanya menakut-nakutkan orang ramai tanpa ada sebarang jenayah samun atau bunuh atau keduaduanya sekali, maka mereka akan dijatuhkan hukuman Ta‘zir.

4. MENCURI

• Hanafiyyah, Malikiyyah, Shafi‘iyyah dan Hanabilah menyatakan bahawa non Muslim yang berstatus Dzimmiyy apabila mencuri akan dijatuhkan hukuman hudud (8).

• Pandangan kami :

- Berdasarkan pembacaan kami, kami tidak menemui sebarang pandangan fuqahak yang menyatakan bahawa non Muslim tidak dikenaan hukuman potong tangan apabila mencuri. Maka yang diwajibkan oleh Allah adalah pencuri daripada kalangan non Muslim hendaklah dipotong tangan.

- Walau bagaimanapun, kami merasakan non Muslim secara umumnya tidak akan bersetuju dengan kewajipan ini disebabkan mereka menganggap pemotongan tangan adalah tindakan yang tidak bersifat ketamadunan yang akan memburukkan lagi pandangan mereka terhadap Islam.

- Maka atas dasar meraikan kaedah ’Akhaff al-Dararayn (Kemudharatan yang paling ringan) kami mencadangkan agar dilaksanakan hukuman seperti berikut:

o Apabila jenayah curi berlaku sesama non Muslim, maka mereka diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan sistem perundangan Islam atau sivil

o Apabila pencuri adalah non Muslim manakala harta yang mdicuri adalah milik orang Islam, maka non Muslim tersebuthendaklah dibicarakan berasaskan undang-undang Jenayah Islam yang boleh membawa kepada hukuman potong tangan.

- Cadangan hukuman ini dijangkakan akan membawa kepada keamanan harta benda milik orang Islam. Kami menjangkakan sistem hukuman sivil yang tidak dapat mengurangkan kadar kecurian antara sesama non Muslim akan membuka mata non Muslim sendiri untuk memilih undang-undang jenayah Islam.

وصلى الله على سيدنا ومولانا محمد
وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
والحمد لله رب العالمين



Disediakan oleh :

Felo MANHAL PMRAM
1. Mohamad Hanif bin Haron
2. Hairul Nizam bin Mat Hussin
3. Ahmad Hakim bin Azizan
4. Moh Shafiq bin Sahimi

Bersama BPAP :
1. Ahmad Zamzami bin Che Daud


_______________________________________

Rujukan :

(1) Lihat Hashiyah al-Dusuqi beserta al-Sharh al-Kabir 4/313 dan Hashiyah al-‘Adawi beserta Kifayat al-Talib al-Rabbani 4/74.

(2)Lihat Sharh Fath al-Qadir 5/235, Hashiyah al-Bayjuri 2/338.

(3) Lihat Sharh Fath al-Qadir 5/226 dan Radd al-Mukhtar 6/5, 6/22.


(4) Fath al-Rahman m/s 893-894 dan Hashiyah al-Bayjuri 2/338.

(5) Lihat Radd al-Mukhtar 6/55

(6) Hashiyah al-Khurashi 8/342, Hashiyah al-Dusuki 4/353, Fath al-Rahman m/s 910, Hashiyah al-Bayjuri 2/349, Hashiyah al-Rawd al-Murbi‘ 7/341.
(7) Lihat Radd al-Mukhtar 6/184, Fath al-Rahman m/s 904-905, Hashiyah al-Bayjuri 2/361-362

(8) Radd al-Mukhtar 6/137, Hasyiyah al-Dusuqi 4/332, Hasyiyah al-Baijuri 2/355

Tuesday, October 18, 2011

HIMPUN : PMRAM Memberikan Sokongan Penuh



KAHERAH, 17 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memuji tindakan yang diambil oleh NGO-NGO Islam bagi melaksanakan satu himpunan besar-besaran yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) bagi menerangkan kepada masyarakat Malaysia khususnya umat Islam berkenaan mempertahankan akidah.


HIMPUN bakal diadakan pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam dan kini direkodkan lebih 30 NGO yang bersama-sama dengan Himpunan Sejuta Umat.

PMRAM mewakili suara anak-anak Malaysia di Mesir menyuarakan sokongan penuh terhadap HIMPUN kerana ia melibatkan isu yang penting dalam Islam iaitu akidah.

PMRAM turut menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar sama-sama melibatkan diri dalam HIMPUN yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini.

PMRAM melihat HIMPUN yang bakal diadakan ini sangat bertepatan dengan masa sekarang ekoran isu murtad yang amat meruncing di Malaysia apabila baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Jamil Khir memaklumkan bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 sehingga 2010.

Bahkan dilihat pada sejarah yang lalu apabila kes murtad antara kes Nor Aisyah Bukhari dan Mohamad Syazani Yusof merupakan satu petanda buruk kepada betapa goyahnya pegangan akidah bagi masyarakat Islam di Malaysia.

Begitu juga, apabila dilaporkan dalam akhbar bahawa terdapat guru yang menjadi agen kristianisasi kepada anak-anak murid di sekolah.

"PMRAM menyokong penuh terhadap HIMPUN bagi memberikan kesedaran terhadap mempertahankan akidah, lebih-lebih lagi apabila kita merujuk kes-kes murtad yang berlaku di Malaysia amat membimbangkan. Selain itu PMRAM turut berpandangan bahawa HIMPUN ini mesti diadakan berkala dan mesti memaksimumkan gerak kerja dalam isu akidah apabila kita melihat lebih 30 NGO boleh bersatu dalam HIMPUN," ujar Presiden PMRAM saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman .

"PMRAM turut menyeru kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya mahasiswa/wi Mesir yang sudah pulang ke Malaysia untuk bersama-sama menyertai HIMPUN pada 22 Oktober ini," respon beliau.

sumber:pmram.org

Hedonisme : Ummah Hilang Jati Diri



Konsert Jom Heboh, Raja Lawak, Maharaja Lawak, Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One In A Million, dan sebagainya .

Muzik, Lagu, Artis, Video, DVD, Majalah Hiburan, Blog Hiburan, Playstation, Pesta Keramaian, Konsert Artis-Artis, dan sebagainya.

Kesemuanya diatas ini pasti sinonim dengan anak-anak muda kita. Cuba perhatikan, kesemua diatas ini boleh kita kategorikan sebagai kelompok sosial yang dipanggil “Hedonisme”. Satu penyakit yang telah menyerang masyarakat kita pada hari ini.

Fenomena ini merupakan satu penyakit yang dibuat oleh musuh Islam sendiri untuk melemahkan kekuatan umat Islam yang pada hari ini berkiblatkan budaya-budaya barat dalam kehidupan.

Terlalu banyak contoh pemikiran Hedonisme ini menular dalam masyarakat terutamanya generasi muda. Saban hari, setiap masa, dari pagi ke petang, dari petang sehingga ke malam, begitu juga tidak kira dikalangan mereka tua mahupun muda, rakyat biasa atau pemimpin semuanya telah disuntik jarum yang cukup membahayakan oleh musuh Islam ini sehingga hiburan telah sebati dalam jiwa masyarakat yang menyebabkan keruntuhan moral dan kebejatan akhlak dikalangan anak muda mudi khususnya.

Usaha serangan pemikiran atau ghazwatul fikr ini telah diingatkan kepada umat Islam supaya berwaspada dengan permainan musuh Islam. Firman Allah SWT “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’, 4:89). Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan musuh Islam agar tidak mengikuti mereka dengan meniru cara budaya orang kafir.

Hiburan yang melampau batas yang menjauhkan umat dari agamanya adalah suatu perkara yang amat mendukacitakan apabila artis-artis dipuja, kehidupan artis dijadikan kayu ukur garis panduan dan ikutan serta bahan-bahan media hiburan dijadikan rujukan masyarakat. Semuanya kelihatan normal kerana digunakan atas nama kemodenan dan mengikut arus zaman.

Inilah pola pemikiran Hedonisme yang jelas menyeleweng tujuan dan matlamat hidup seseorang muslim sehingga berkiblatkan keseronokan semata-mata. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh fizikal, budaya, tutur kata percakapan, amalan dan tindakan anak-anak muda generasi hari ini.

Protokol Yahudi Menjahanamkan Umat

Bagi menjelaskan lagi tentang perancangan musuh Islam berkaitan Hedonisme ini, mari kita bongkar Protokol Yahudi yang ke-13 yang berkaitan dengan Hedonisme ini:-

“Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cendiakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka.

Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan & dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat”.

Realtinya hari ini, perancangan Yahudi-Zionis ini nyata berjaya apabila pelan perancangan dan pelaksanaan ini dirangka berjaya memasuki rumah kita tanpa disedari. Setiap protokol yang disusun mempunyai perancangan tersendiri bagi menguasai orang selain Yahudi serta menguasai dunia. 24 Protokol Yahudi itu atau dikenali ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ adalah pelaksanaan yang diketahui oleh orang-orang yang menganggotai Freemason dan Illuminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang sedang menguasai dunia hari ini yang berada digenggaman Zionis.

4S & 4F – Perancangan Teliti Musuh Islam

Perancangan mereka berdasarkan 8 perkara iaitu, 4S dan 4F yang boleh diterjemahkan (Songs-Lagu, Sex-Seks, Smoke-Rokok dan Sport-Sukan) – (Fun-Hiburan, Female-Wanita, Fashion-Fesyen, Food-Makanan). Kesemuanya ditujukan kepada anak-anak muda, remaja dan generasi pelapis. Perkara ini telah diterjemahkan dalam media massa serta penjajahan minda supaya budaya moden ini meresap dalam minda dan pemikiran masyarakat.

Percaya ataupun tidak, budaya Hedonisme ini sudah bertahun-tahun lamanya bertapak di bumi Malaysia. Kesan Protokol Yahudi ini berjaya menjadi urat nadi manusia, mempertuhankan sesama manusia, menjadikan nafsu dan maksiat bermaharajalela dimana-mana sahaja.

Amat mendukacitakan apabila melihat anak-anak muda hari ini mereka lebih mengenali keperibadian artis-artis berbanding keperibadian para ulama’ dan para Nabi. Bahkan hiburan di Malaysia setanding dengan hiburan di Negara barat. Kita telah menjadi mangsa fesyen oleh pihak barat sehinggakan tidak ada nilai ketimuran dan hilang jati diri akibat terlalu mengagungkan budaya barat. Filem-filem ditayangkan cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu, sehinggakan pembuat filem merasa bangga dengan babak seks kononnya menepati zaman moden. Untuk tidak nampak ketinggalan dan kolot, makanan-makanan barat dihidangkan. Arak diteguk dan rokok-rokok jenama barat dijual sana sini bagi melariskan produk mereka.

Jelas sekali budaya Hedonisme bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai paksi pemikiran.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?” (Al-An’am: 32).

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Firman Allah yang bermaksud:

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).”(Al-Qiamah: 20-21).

Solusi Ummat

Tidak salah untuk berhibur, berhiburlah selagi tidak melalaikan dan melanggari batas syariat. Islam sudah lama menyediakan jalan hiburan yang sesuai. Iaitu hiburan yang selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu dan melampaui batas.

Malah, di dalam hukum feqh Islam terdapat hukum-hukum permainan alat muzik yang dibenarkan oleh Islam. Ini jelas menunjukkan agama Islam memberikan ruang dan peluang kepada penganutnya untuk berhibur mahupun berkarya asalkan tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Justeru, cara terbaik bagi mengubati penyakit Hedonisme ini adalah mengubah dan berubah dengan mentarbiah diri sendiri, ahli-ahli keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat dan Negara supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Berubahlah dari kejahilan kepada ilmu dan berpengetahuan. Semoga kerisauan kita ini menyedarkan dan menyuntik kembali anak-anak muda kita supaya cintakan ilmu, kebenaran dan kebaikan.

Suburkanlah anak-anak muda dengan iman dan taqwa melalui didikan yang sempurna, jati diri yang kukuh, pemahaman ilmu dan pengetahuan agama yang tinggi. Lakukanlah perubahan. Berusahalah semoga Allah memberikan dan mengembalikan kekuatan kepada ummah hari ini.

Jauhkanlah anak-anak muda daripada hiburan dan sukan yang melalaikan. Jauhkanlah anak-anak muda daripada rokok, arak dan dadah. Binalah perkampungan muslim yang cintakan kepada kebaikan dan pemahaman ilmu. Ingatlah segala-gala yang ada dimuka bumi ini adalah keperluan dan bukanlah matlamat kita, matlamat yang sebenarnya adalah akhirat.

Maka tunggangilah dunia ini untuk akhirat demi kebaikan yang abadi dan selamat di akhirat sana.

Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2011

sumber:Biah Solehah