Labels

Pages

Friday, September 19, 2014

DIREKTORI AJKT DPMI 2014/2015

DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR 
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWI ISKANDARIAH SESI 2014/2015


Nawal Faiza Naim Binti Mahadzir
Pengerusi 
(Ketua Unit Perhubungan Luar & Perancang)
+20111 2053385


Nur Farahin Binti Hambali
Setiausaha  Agung
(Ketua Unit Penerangan & Penerbitan)
+20111 6787599


Siti Nur Hazimah Binti Mohamad Yaacob
Bendahari 
(Ketua Unit Ekonomi & Perumahan)
+20111 6226854


Sakinah Binti Ramli
Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan
(Ketua Unit Kebajikan & Kemanusiaan)   
+20112 2763083


Nur Hidayati Binti Suwarso
Ketua Unit Pengetahuan & Pendidikan
(Ketua Unit Sambutan & Rehlah, Ketua Unit Kebudayaan Kesenian & Kemasyarakatan)
+20114 8264731


Nur Atiqah Binti Azman 
Penasihat I
+20111 6455682


Jamaliah Binti Redzuan
Penasihat II
+20111 7281822


"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"KEUNGGULAN SYAKHSIAH TUNJANG WAHDAH"

Disediakan oleh :
Setiausaha Agung
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2014/2015

Friday, August 15, 2014





SERI'14 MERIAHKAN AIDILFITRI DI ISKANDARIAH



SELEKSI AIDILFITRI ISKANDARIAH 2014 (SERI’14)


Sabtu, 2 Ogos 2014: PMRAM Cawangan Iskandariah telah mengadakan rumah terbuka pada 6 Syawal yang diberi nama Seleksi Aidilfitri Iskandariah 2014 (SERI’14). Pada pukul 12.45 tengahari, DPMI menerima tetamu istimewa yang terdiri daripada barisan kepimpinan HEWI PMRAM 2014. Ahli-ahli PMRAM dari Kaherah juga turut hadir seperti PMRAM Cawangan Kelantan, PMRAM Cawangan Pulau Pinang,dan PMRAM Cawangan Shoubra yang juga merupakan taakhi PMRAM Cawangan Iskandariah. Turut memeriahkan majlis, DPMI juga menerima tetamu dari PMRAM Cawangan Perak dan PMRAM Cawangan Melaka. Tidak dilupakan juga ahli-ahli DPMI dan UMI. Aneka juadah dihidangkan kepada tetamu seperti nasi beriani dan ayam berempah, nasi himpit dan kuah kacang beserta rendang ayam, dan juga kuih raya. Pada pukul 7.00 petang, DPMI menerima tetamu istimewa terakhir iaitu barisan Badan Pengurus PMRAM beserta Presiden PMRAM 2014.

























PROGRAM DPMI SEPANJANG RAMADAN



PELANCARAN IHTIRAM’14
Isnin, 30 Jun 2014: PMRAM Cawangan Iskandariah telah melancarkan program IHTIRAM’14 bersempena menyambut bulan Ramadan yang bertempat di Dewan Zajlatul Abidah. Program bermula pada pukul 1.30 petang dengan diskusi kitab “Fadhail Ramadan Wa Ahkamuhu” yang disampaikan oleh saudara Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan, Ketua Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa PMRAM 2014. Selepas solat Asar, IHTIRAM’14 telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM 2014 saudara Hanifulfuad Bin Hussin.


 




















 














PROGRAM-PROGRAM DI BAWAH UNIT
4 & 17 Julai 2014: Di bawah Unit Sambutan & Rehlah (Unit Kebudayaan, Kesenian &  Kemasyarakatan) telah diadakan kelas kemahiran untuk akhawat PMRAM Cawangan Iskandariah iaitu Origami Class dan Kelas Latihan Menggunakan Alat Muzik. Kelas kemahiran tersebut diajar sendiri oleh ahli DPMI.



















10 Julai 2014: Di bawah Unit Penerangan & Penerbitan telah mengadakan Video Class ataupun dikenali juga sebagai VASS’14. Seramai 13 orang peserta telah mendaftar di dalam program tersebut. Tutorial Video Sony Vegas telah disampaikan oleh saudara Muhammad Mu’aaz Bin Ramli, Setiausaha Agung PMRAM 2014 dan dibantu oleh saudara Muhammad Mukhzin Bin Amran, Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan PMRAM 2014.

























 
KELAS TAFAQUH
Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMI 2013/2014 telah menganjurkan kelas tafaquh sepanjang Ramadan bagi memeriahkan IHTIRAM’14 di DPMI. Antara tenaga pengajar kelas tersebut adalah Ustaz Khairul Anuar Bin Mokhtar dan Ustaz Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri yang juga merupakan Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI).














ILTIQA’ MUSLIMAT RABBANI 2014 (ITQAN’14)
12 & 13 Julai 2014: Kesinambungan daripada ITQAN (Siri 1), Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMI 2013/2014 mengambil inisiatif meneruskan ITQAN’14 (Siri 2). Pelbagai program menarik diadakan antaranya diskusi kitab “Pemuda Islam Yang Berjuang” oleh saudara Ahmad Qutaibah Bin Mohamed, pembentangan kertas kerja “Ghazwatul Fikri” oleh Dr. Muhamad Afiq bin Muhamed Fahimy, dan ceramah “Penawar Hati” oleh saudara Rafizani Bin Ramli. ITQAN’14 juga diserikan dengan Talk Show “Muslimah Bergaya vs Muslimah Berkerjaya” yang disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu saudari Nur Farhana Binti Mokhtar dan Puan Fazilah Binti Abdul Rashid. Juga diadakan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) untuk peserta ITQAN’14.
















































NUZUL AL-QURAN 

16 Julai 2014: IHTIRAM’14 dirancakkan lagi dengan program Nuzul Al-Quran bersempena memperingati hari kebesaran Islam. Tazkirah Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh saudari Wan Nur Amirah Binti Wan Yusoff, Timbalan Setiausaha HEWI 2014  juga merupakan HEWI Angkat PMRAM Cawangan Iskandariah. Program diteruskan dengan iftar jamaie yang dihadiri oleh ahli DPMI beserta UMI. 



KHATAM AL-QURAN
22 & 23 Julai 2014: PMRAM Cawangan Iskandariah dengan kerjasama Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena penangguhan program IHTIRAM’14 peringkat PMRAM Cawangan Iskandariah. Pada 22 Julai telah diadakan Tadarus Al-Quran dan keesokan harinya Majlis Khatam Al-Quran dan iftar jamaie berlangsung pada pukul 5.00 petang.















Wednesday, August 13, 2014







MAT DPMI x22

Calon- calon Ahli Jawatankuasa Tadbir PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2014/2015...

Bantahan calon dibuka sehingga hari :
- Rabu
- 16 Syawal 1435H/ 13 Ogos 2014M
- Bait Marjan 2

'Bersih Cekap Telus'

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Keunggulan Syakhsiah Tunjang Wahdah"

"Belajar Dan Berbakti"
Satu Fikrah Satu Amal

KITA PMRAM!

Tuesday, May 6, 2014

PERTINGKATKAN KESELAMATAN DIRI

Amaran : Pengumuman Penting
Isnin | 06 Mei 2014 | 12.23 petang
Diminta seluruh warga Malaysia yang berada di Mesir untuk memperketatkan 
keselamatan masing-masing serta mengikut pekeliling yang telah ditetapkan 
oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar 
Malaysia Kaherah (KBMK).
Dengan bermulanya tempoh berkempen bagi Pilihanraya Presiden Mesir 03 Mei
sehingga 25 Mei ini, PMRAM menjangkakan pihak berkuasa akan melakukan 
pemeriksaan dan kawalan secara ketat untuk mengelakkan sebarang 
perhimpunan dan rusuhan diadakan. Justeru, kita PMRAM menasihati kepada 
warga Malaysia agar mematuhi beberapa langkah keselamatan seperti berikut :
1) Sentiasa membawa dokumen PENGENALAN DIRI sama ada salinan
 PASSPORT ataupun KAD PELAJAR (Kad PMRAM atau Kad Kuliah).

2) Elakkan pergi ke tempat perkumpulan awam dan kawasan yang menjadi   
tumpuan pentadbiran.

3) Tidak membawa barangan yang berharga ketika berada di luar premis.

4) Tidak digalakkan keluar pada waktu malam.

5) Patuhi segala peraturan yang dikeluarkan di peringkat cawangan masing-
masing.
Sentiasa berwaspada dengan faktor sekeliling terutama ketika berada di luar 
premis masing-masing. Sebarang kecemasan, sila hubungi Yang Dipertua
(YDP)BKAN cawangan masing-masing. Harap maklum.
P/S :

* Elakkan daripada menimbulkan suasana yang panik di alam maya.
"Keselamatan Anda Tanggungjawab Kami"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

Tuesday, April 22, 2014

Jom Cakna: Isu BKPJM

~Isu BKPJM: PMRAM Menggesa Pihak Berwajib Ke Arah Meja Perbincangan~

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memohon pihak berwajib mengkaji semula keputusan terhadap Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) berikutan surat yang telah diterima oleh Saudara Mohd Helmi bin Nor Isham, Yang Dipertua BKPJM berkenaan pengambilalihan pengurusan rumah Johor Hayyu Thamin. Ini dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar kerana tiada perbincangan dibuat terlebih dahulu.

BKPJM telah ditubuhkan oleh anak-anak jati Johor semenjak 1970 dengan nama asal Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) dan kemudiannya ditukar kepada Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) pada tahun 1982. Apabila disingkap kembali kronologi usaha dalam mendapatkan rumah khusus untuk anak-anak Johor, pada 1976 BKPJM terlebih dahulu berusaha untuk mendapatkannya melalui pungutan kewangan daripada ahli, masyarakat tanah air dan jemaah haji. Antara usaha besar TDPIJ ketika itu adalah membuat pertemuan dengan Menteri Besar Johor ketika itu, YAB Dato’ Abdul Ajid bin Ahmad.

PMRAM menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ke atas BKPJM adalah satu penganiayaan dan pencabulan hak mahasiswa. Sepatutnya sebagai pihak berwajib bukan mengeruhkan lagi keadaan tetapi mencari titik kesatuan untuk anak-anak Johor di Mesir.

PMRAM telah bertemu dengan barisan pimpinan BKPJM untuk memberikan sokongan moral dan sebagai tanda kebersamaan. Pada pertemuan itu juga Yang Dipertua BKPJM, Saudara Mohd Helmi bin Nor Isham telah menyerahkan Borang Aduan Hak Mahasiswa mewakili anak- anak Johor. 

Kita PMRAM mengharapkan supaya surat tersebut ditarik semula dan dibawa kepada meja perbincangan. 

Hanifulfuad bin Hussein
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2014

22 April 2014 Bersamaan 22 Jamadil Akhir 1435H

Kenali Virus Mers-Cov


Wednesday, April 9, 2014

Ribat DPMI Merapatkan Ukhuwah Antara Ahli & UMI

Di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMI 2013/2014 telah diadakan program Ribat DPMI pada 7 April 2014 bertempat di Dewan Zajlatul Abidah.Antara tentatifnya adalah ifthor jama'ie,bacaan Yaasin,solat hajat,tazkirah,dan qiamullail.

Gotong-royong memasak bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sebelum Asar.Ifthor jama'ie dimulakan dengan mengambil hidangan ringan iaitu kurma dan kuih-muih yang dibawa oleh ahli dan UMI.

Selesai solat Maghrib berjemaah,hidangan berat disediakan untuk ahli.Selepas bacaan Yasin,solat Isya' dan solat hajat berjemaah,program diteruskan lagi dengan penyampaikan tazkirah yang oleh Ustaz Muhammad Ammar Farhan b.Ramlan,Kuliah Al-Quran Tanta.

Pada pukul 3.30 pagi,telah diadakan qiamullail di kalangan akhawat sahaja dan diteruskan dengan solat Subuh berjemaah.
Program berakhir dengan tayangan kisah Syeikh Abdul Qodir Jailani sebagai santapan rohani.

Sakinah Binti Ramli,
Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan DPMI 13/14.


 

BEAUTIFUL DAY OF ALEXANDRIA (BEAUTY '14)



Beautiful Day of Alexandria (BEAUTY '14) adalah  aktiviti tahunan bagi PMRAM Cawangan Iskandariah  juga merupakan hari keluarga yang dilaksanakan bagi mengeratkan tali persaudaraan antara ahli. Program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Selasa,11 Mac dan berakhir pada Khamis,13 Mac 2014 ,bermula seawal jam  7.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang.Program ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Zajlatul Abidah dan Montaza.

Antara objektif pelaksanaan program adalah untuk membuka minda dan kesedaran mahasiswi ke arah peningkatan kemahiran , thaqafah dan organisasi,menyemarakkan kerjasama dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan serta mengukuhkan semangat persaudaraan dan kesukanan di kalangan mahasiswi.

Hampir 60  orang mahasiswi telah mendaftarkan diri seawal jam 7.00 pagi bagi menyertai program ini. Pada hari pertama jam 8:30 pagi bertempat di Dewan Zajlatul Abidah, majlis dimulakan dengan diskusi kitab yang telah disampaikan oleh saudara Mohamad Faroaq.Selepas berakhirnya diskusi kitab,majlis perasmian BEAUTY ’14 disempurnakan dengan didahului ucapan alu-aluan daripada pengarah program, saudari Jamaliah Binti Redzuan dan diteruskan dengan ucapan  perasmian oleh Pengerusi DPMI, Saudari Nur Atiqah Binti Azman.

Pada jam 12.00 tengahari , acara indoor game bermula dan berakhir pada jam 5.00 petang.Terdapat pelbagai acara menarik yang telah dijalankan bagi mahasiswi dan juga aktiviti untuk para ibu dan anak-anak mereka.Pada hari kedua,acara indoor BEAUTY ’14 telah berlangung di Montaza.Antara acara yang dijalankan adalah bola baling dan sukaneka.Program berakhir pada jam  5.00 petang.

Hari ketiga berlansung dengan pelbagai aktiviti persembahan pilihan  dan sesi BBQ telah  dijalankan.Sebelum bermulanya sesi BBQ,majlis penutup BEAUTY ‘14 telah disempurnakan oleh Penasihat 1 saudari Norliza binti Mat Salleh dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Selama 3 hari program BEAUTY ‘14 berlangsung,Unit Penerangan dan Penerbitan bersama Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah membuat pameran mengenai PMRAM Cawangan Iskandariah dan juga pameran kemanusiaan.
Jentera pelaksana BEAUTY ’14 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang  bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 

“Semarak Ukhuwwah , Inventasi Kesatuan”

Jamaliah binti Redzuan,
Pengarah Beautiful Day of Alexandria (BEAUTY '14)
PMRAM Cawangan  Iskandariah 2013/2014.