KAHERAH, 9 Feb - Pelbagai lapangan medium dewasa kini untuk menyebar
luaskan dakwah kepada masyarakat.
Penulisan adalah salah satu cara
terbaik menyampaikan dakwah kerana pendekatan ini sangat berkesan kepada
pelbagai lapisan masyarakat berbilang latar belakang.
Melihat keperluan ini, PMRAM telah
menganjurkan "Seminar Penulis Azhari" bersama Syarikat MUSTREAD Sdn
Bhd pada 7 Februari yang lepas.
Bertempat di Rumah Kelantan Baru
hampir 50 orang peserta menyertai program tersebut daripada pengajian Islam dan
perubatan.
Respon diterima oleh semua peserta
sepanjang program tersebut begitu memberangsangkan dengan aktiviti bengkel
dijalankan oleh pembentang.
Wakil Syarikat MUSTREAD dihadiri
oleh Tuan Mohamad Sharudin bin Dawam (Pengarah Urusan) ,Tuan Abdul Kahar Abd
Hamid (Pengarah Eksekutif) dan Tuan Zamri Mohamad ( Penulis Buku ).
Program yang dimulakan dengan
perasmian Seminar Penulis Azhari oleh Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.
Seterusnya pengisian pengenalan
beberapa kaedah antaranya Kaedah Adaptasi, Kaedah KJ Method dan latihan
intensif.
" Dalam melahirkan penulis
perlu disediakan satu medium terbaik sepertimana PMRAM telah mewujudkan Kem
Latihan Penulis (KELAP) bagi mencetuskan semangan dikalangan mahasiswa Islam
menerokai dunia penulisan" ujar Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
dalam ucapan perasmiannya.
" Harapan PMRAM agar peluang
terbaik ini tidak disia-siakan bahkan manfaatkan semaksima mungkin"
tambahnya lagi.
(sumber : PMRAM)
No comments:
Post a Comment