Labels

Pages

Monday, May 31, 2010

YA ALLAH SELAMATKAN SAUDARA ISLAM KAMI


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang armada kapal induk Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan konvoi bantuan antarabangsa Gaza.

Serangan Israel yang dilancarkan pagi tadi menyebabkan sehingga kini 16 orang syahid dan 30 lagi cedera. Sehingga kini dilaporkan 9 orang warga Turki dan bakinya adalah dari negara Arab yang terkorban di dalam misi kemanusiaan terbesar ini.

Konvoi kemanusiaan Gaza-Freedom Fotilla untuk rakyat Gaza ini yang membawa 7 buah kapal dan membawa sejumlah besar aktivis sukarelawan yang terdiri daripada ulamak, ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, aktivis, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Konvoi ini juga diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Selain itu, terdapat lebih daripada 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Bahkan, tiada sebarang bentuk persenjataan dibawa oleh sukarelawan konvoi walaupun tujuan untuk mempertahankan diri.

PMRAM mendesak dan menggesa Kerajaan Malaysia, anggota PBB, OIC, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak bangkit mengutuk tindakan kejam Zionis Israel dan menuntut agar misi kemanusiaan terbesar ini dibenarkan masuk serta dapat menghantar bantuan ke bumi Palestin Gaza.

PMRAM juga menyeru kepada semua ahli PMRAM dan mahasiswa Islam di bumi Mesir agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan aktivis konvoi dan rakyat Palestin.

Sumber : http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=944:konvoi-gaza-pmram-mengutuk-tindakan-kejam-zionis-israel&catid=1:pmram&Itemid=63

Thursday, May 27, 2010

~JADUAL IMTIHAN FASA DUA~

JADUAL IMTIHAN AL AZHAR ISKANDARIAHSATU SYARIAH DAN SATU USUL

SATU LUGHAH DAN DUA SYARIAH


DUA USUL DAN DUA LUGHAH



TIGA SYARIAH DAN TIGA LUGHAH

TIGA USUL





SANAH KHORIJ TIGA USUL









EMPAT SYARIAH DAN EMPAT LUGHAH
EMPAT USUL







SANAH KHORIJ EMPAT USUL









Monday, May 24, 2010

PENAWAR HATI:TIPS MUDAHKAN BANGUN TAHAJUD



  1. Kurangkan makan makanan berat pada waktu malam

Sebahagian ulama berkata"Hai orang-orang yang menghendaki jalan kepada Allah,janganlah kamu banyak makan,sehingga minum banyak dan tidur banyak,lalu penyesalan kamu pun banyak"


2. Tidur awal malam di antara jam 10-11malam supaya kita dapat cukup tidur sekurang-kurangnya empat jam sebelum bangun tahajud


3.Tidur qailullah iaitu tidur sekejap sebelum waktu zohor


4.Berusaha untuk berazam dan berniat bangun Solat Tahajud


5.Pesan kepada ahli bait


6.Boleh berpakat dengan kawan-kawan


7.Elakkan melakukan kerja-kerja berat sebelum tidur


8.Elakkan bersukan sebelum tidur


9.Cuba tidur dalam keadaan tidak berselimut


10.Jauhi dari mengumpat


Nabi SAW bersabda"Sesungguhnya pada malam hari itu ada masa yang tidak dilalui orang muslim yang memohon sesuatu kebaikan kepada Allah pada masa itu,melainkan dia memberi kebaikan itu kepadanya,dan yang demikian itu berlaku setiap malam"

Sunday, May 23, 2010

3 Mahasiswi Qiraat Mansurah Kemalangan


2010/05/21

KUALA LUMPUR: Tiga siswi Malaysia yang menuntut di Ma’had Qiraat Al-Azhar, Mansurah cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu laju ketika melintas sebatang jalan di Mansurah, Kaherah, Mesir, kelmarin.
Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan, Kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Noor Akmaizan Yusof berkata, tiga siswi terbabit adalah penuntut tahun satu.

Menurutnya, mereka ialah Nur Mahfuzah Mohd Roslan, Nurul Ain Asmah Wahit dan Ummu Sofia Mohd Rostam, masing-masing berusia awal 20-an, namun ketiga-tiga pelajar terbabit sudah dibenarkan keluar dari wad, pagi semalam.

“Nur Mahfuzah yang cedera di tangan, menerima 11 jahitan dan ibu jari kaki dikatakan retak sedikit, Nurul Ain Asmah Wahit cedera ringan di kepala dan Ummu Sofia yang berasal dari Melaka cedera di bahagian kepala dan mengalami trauma.

“Tetapi pagi tadi (semalam), mereka dibenarkan keluar dari hospital dan pulang ke rumah sewa masing-masing,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Kemalangan itu berlaku ketika mereka bertiga mengikuti seorang lelaki tua tempatan melintas jalan menuju ke Bank HSBC. Namun, belum sempat melangkah ke bahu jalan di seberang, tiba-tiba sebuah kereta meluru laju, melanggar mereka berempat.

Noor Akmaizan berkata, akibat rempuhan itu Nur Mahfuzah diseret beberapa meter di jalan manakala lelaki tua terbabit hanya mengalami cedera ringan di dahi. Menurutnya, ketika kejadian, ketiga-tiga pelajar terbabit dikatakan pengsan dan hanya sedar di hospital.

“Mereka dalam perjalanan ke Bank HSBC dan ketika melintas jalan mereka mengikut seorang pak cik tua. Mereka bersama lelaki itu dilanggar ketika menghampiri pembahagi jalan berdekatan Bank HSBC Mansurah, hanya selangkah lagi sampai ke bahu jalan.

“Tetapi belum sempat melangkah, mereka dirempuh kereta. Ketiga-tiga mereka tercampak ke tengah jalan, Nur Mahfuzah diseret jauh ke hadapan dan paling teruk cedera,” katanya.

Sumber:www.pmram.org
hewipmram55.blogspot.com

PMRAM Mengecam Penghinaan Karikatur Rasulullah Di Facebook

KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.

Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

Sumber:www.pmram.org

KENYATAAN MANHAL PMRAM:Larangan Secara Mutlak Bagi Melukis Gambar Nabi

Sekali lagi kita seluruh ummat Islam digemparkan berkenaan berita penghinaan terhadap jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun pada kali ini dengan bentuk dan cara yang berbeza, iaitu menggunakan pendekatan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W melalui laman media Facebook. Dari isu yang mencalarkan imej penganut agama Islam ini, pihak MANHAL juga tidak ketinggalan menganggap isu ini bukan mainan dan dianggap remeh, serta menyeru kepada semua agar membantah sekeras-kerasnya akan tindakan yang biadap golongan-golongan yahudi la’natullah ini serta sekutunya. Pihak MANHAL tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan golongan tertentu yang telah berani secara terang-terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikit pun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan penganut agama islam dan agama-agama yang lain.

Dari sudut hukum pula, jangankan membuat gambar yang bersifat menghina, tetapi hanya sekadar melukis bentuk tubuh Rasulullah S.A.W sendiri pun sudah haram hukumnya walaupun pelukisnya melukis dengan niat baik dan lukisan yang indah.

Salah satu amalan jahiliah yang diperangi oleh agama Islam ialah melukis, menggambar dan membuat patung para nabi dan orang salih di masa lalu. Dan kelakuan umat terdahulu memang menjadi adat ummat terdahulu. Para nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisannya, meskipun dengan niat untuk mengagungkannya, mensucikannya atau menghormatinya. Namun di sebalik niat tersebut, syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya. Sehingga pada akhirnya gambar dan patung para nabi menjadi sembahan selain Allah.

Allah berfirman didalam surah Nuh ayat ke 23 :

Maksudnya : "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.

Para ahli mufassirin menyebutkan bahawa nama berhala itu yaitu Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nashr sebenarnya nama orang salih dan mereka bukan tuhan. Namun setelah mereka meninggal, orang-orang ingin mengenang jasa dan keagungannya, sehingga kemudian dilukislah wajah mereka, sehingga akhirnya dibuatkan patung. Dari generasi ke generasi akhirnya patung mereka sudah menjadi tuhan sembahan selain Allah.

Sedangkan yang dilakukan sekarang ini memang keterlaluan, kerana melukis nabi Muhammad S.A.W saja sudah haram, apalagi sambil membuatnya menjadi karikatur yang menghina dan merendahkan. Gambar itu sendiri dimuat di laman web secara terbuka, bahkan dicetak semula oleh media lain untuk diterbitkan lagi. Perlakuan sebegini memang begitu biadab dan sememangnya sekarang ini seluruh ummat Islam tidak patut terus membisu sahaja.

Ulama telah melarang daripada melukis para Nabi dan Rasul. Sebab-sebab bagi larangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekalipun hadis ini diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi hukumnya merangkumi semua para Nabi dan Rasul.

2. Dengan melukis para Nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka. Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah S.A.W adalah amat ditegah sama sekali. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka" (57: al-Ahzab)

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa menyakiti Nabi Muhammad s.a.w.adalah seumpama menyakiti rasul yang lain yang diutuskan Allah S.W.T kepada umat manusia.

Pendirian kita sebagai orang Islam sesekali tidak membenarkan musuh-musuh Allah terus menghina agama islam, bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan yang diimani oleh orang Islam Allah sebagai tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pesuruhnya.

Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan Nabi SAW bukanlah suatu yang baru, ia merupakan rancangan Yahudi dan sekutunya di dalam menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya. Dan mungkin selepas ini akan ada lagi rentetangan perancangan daripada pihak mereka. Apa yang penting kita selaku penuntut ilmu agama dan pejuang di jalan-Nya mesti sentiasa peka setiap isu yang berlaku dan pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji-janji para sahabat RA ketika bersama dengan Nabi SAW.

Sumber:www.pmram.org

Wednesday, May 19, 2010

3 PEROMPAK BERJAYA DIBERKAS..


KAHERAH, 15 Mei - Kecekapan Pihak Keselamatan Mesir terbukti apabila beberapa orang pencuri dilakangan warga tempatan Mesir ditangkap dalam tempoh tidak sampai 48 jam.



Kecurian yang berlaku di rumah sewa pelajar Kelantan kelmarin menyebabkan mereka kehilangan 3 buah komputer riba, 6 buah telefon bimbit, dan 1 hardisk komputer. Ketika pencuri tersebut ditangkap kira-kira jam 9.30 malam. Pihak Keselamatan Mesir terus menghubungi Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime untuk memberitahu tentang penangkapan tersebut.



Beliau dan beberapa orang pelajar Kelantan terus ke balai polis Qismu Al-Thani' di Haiyu Sadis untuk mendapat maklumat lanjut tentang kes kecurian tersebut. Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Agung PMRAM Saudara Mohd Zahid bin Abu Bakar.



Ketika di balai, terdapat 3 orang warga tempatan arab Mesir yang berusia lingkungan 20 tahun mengaku telah melakukan kecurian pada hari Jumaat kelmarin. Hampir kesemua barang yang dicuri itu telah pun dijual kepada rakan mereka.



Walaubagaimanapun, masih berbaki beberapa buah telefon bimbit dan komputer riba yang masih belum dijual.



Jelas Pihak Keselamatan Mesir kepada Presiden PMRAM "3 orang pencuri ini telah mengaku bahawa mereka juga telah memecah masuk beberapa rumah pelajar Malaysia di Kaherah ini. Antara tempat yang pernah dipecah masuk ialah Rumak Wilayah Persekutuan, Rumah Kedah dan lain-lain lagi. Mereka ini mengaku telah mencuri lebih daripada 80 buah komputer riba".



Pihak Keselamatan Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM kerana bertindak pantas dengan membawa mangsa kejadian membuat laporan polis sejurus kejadian ini berlaku. Tindakan menjejak pencuri akan menjadi mudah sekiranya laporan yang dibuat kurang daripada 10 jam daripada waktu kejadian.



Kata Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime "Walaupun Pihak Keselamatan Mesir ini cekap dalam melakukan tindakan, ini tidak bermakna pelajar Malaysia boleh leka dalam bab keselamatan terutamanya ketika waktu solat Jumaat. Kebanyakan kes pecah rumah berlaku ketika pelajar leka dan selalu mengambil dalam mudah bab keselamatan".

IKLAN MATRUH & SIWA HEWI PMRAM 2010

13.,14&15 JULAI 2010

Monday, May 17, 2010

DPMI turut simpati dengan masalah Taakhi


MAQAZ DUKACITA DI AKHBAR METRO


12 Mei telah disiarkan di dalam akbar Harian Metro yang bertajuk "Maqaz Dukacita", menceritakan tentang mahasiswa Malaysia yang gagal menduduki peperiksaan. Sila klik link di bawah ini :



1. Keratan Akhbar Metro



2. Berita di Harian Metro




Maqaz Dukacita



KUALA LUMPUR: Insiden kira-kira 140 pelajar baru Malaysia yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Qiraat di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir gagal menduduki peperiksaan Sabtu lalu berpunca daripada beberapa sebab termasuk lewat mendaftar sangat dikesali.



Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (Maqaz) Syubra, Mohammad Naim Hassan, berkata pihaknya dukacita perkara terbabit kerana sebelum ini kelewatan mendaftar tidak menjadi masalah besar.



Menurutnya, kelewatan mendaftar sering berlaku di pusat pengajian tinggi terbabit, malah cukup ketara sejak empat tahun lalu.



“Sebelum ini walaupun pelajar lewat mendaftar, mereka masih berpeluang menduduki peperiksaan. Tetapi kali ini berlainan pula, mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya, ketika dihubungi semalam.



Pelajar berkenaan tiba di negara itu mulai September tahun lalu, dibiayai pelbagai pihak termasuk tajaan kerajaan negeri dan institusi zakat negeri sepanjang tiga tahun pengajian di sana.



Mohammad Naim yang juga pelajar tahun tiga di pusat pengajian itu berkata, disebabkan masalah berkenaan mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan, Julai nanti.



“Setahu saya, sejak tiba di sini September lalu mereka tidak mendaftar mengikuti peperiksaan kerana di sini walaupun tidak mendaftar tetap boleh mengikuti kelas pengajian seperti biasa.



“Apabila hampir dengan peperiksaan berlakulah masalah kelewatan dan disebabkan kelewatan ini mereka, baik pelajar baru lelaki di Maahad Shoubra mahupun pelajar perempuan di Maahad Mansourah tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya. Sementara itu, melalui maklumat yang diperoleh daripada blog Maqaz, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) ada menerima aduan mengenai masalah terbabit.



“Jabatan ini menerima aduan daripada wakil pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir (Syubra dan Mansourah) dan penjaga pelajar berkaitan larangan menduduki peperiksaan syafawi (lisan) pada 29 April 2010 dan peperiksaan tahriri (penulisan) pada 8 Mei 2010,” katanya.



Menurut JPMK, pihaknya mendapati beberapa sebab iaitu pelajar lewat sampai ke Mesir, lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan, visa tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa, malah wakil pelajar tidak mengikut prosedur.



Berikutan itu, JPMK mengambil beberapa tindakan termasuk mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Majmak Al-Buhus Al-Islamiah, Syeikh Ali Abdul Baqi dan Imam Besar Syeikh Al-Azhar As-Syarif, Dr Ahmad Tayyib.



Namun, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Mansourah dan Syoubra menyifatkan kenyataan dan tindakan yang diambil JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas.



Katanya, pelajar terbabit tidak pernah mendapat sebarang makluman JPMK berkenaan ketetapan tarikh tiba di Mesir.




Kami barisan kepimpinan AJKT DPMI beserta penasihat mendoakan semoga kalian tabah menghadapi ujian. Moga nusrah Allah bersama kalian.



Sumber : mymaqaz92.blogspot.com


Friday, May 14, 2010

JAULAH AJKT DPMI


8 MEI -10 MEI 2010: Jaulah AJKT DPMI diteruskan ke rumah-rumah ahli. Pengembaraan kali ini dimulakan dengan kawasan Atieqah pada hari pertama, jejak kembara diteruskan lagi dengan meneroka kawasan Zinnirah, Ummu Dzar dan Nusaibah pada hari seterusnya. Alhamdulillah kunjungan AJKT ke rumah ahli PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH selama 3 hari itu disambut baik dan mendapat kerjasama yang padu daripada semua ahli. Selain dapat merapatkan ukhuwwah di antara AJKT dan ahli PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH, ziarah mahabbah ini juga dapat menguatkan ikatan taakhi angkat antara ahli PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH dengan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi masalah yang di hadapi. AJKT PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi ahli berkeluarga yang berada di Iskandariah. Sebanyak 30 buah rumah yang sempat dikunjungi termasuk rumah ahli berkeluarga. Moga dengan jaulah ini Allah akan menyatukan hati-hati kita dalam meneruskan perjuangan Islam.

Takziah atas pemergiannya


Kaherah,13 Mei 2010:Seorang bayi lelaki telah kembali ke rahmatullah semasa didalam kandungan ibunya sejak dua minggu yang lalu.Selepas waktu asar petang tadi bayi tersebut selamat dilahirkan namun takdir Allah telah menentukan segalanya. Takziah diucapkan kepada ustazah Nor Baisyatul Ahmad dan suaminya diatas ujian yang menimpa keluarga beliau.Setiap ujian yang ditentukan pasti ada hikmah yang tidak diketahui sebaliknya.Kehadiran Pimpinan HEWI PMRAM kerumahnya turut merasa sedih dan pilu atas takdir yang telah ditetapkan,namun begitu redha dan pasrah atas ketentuannya.Syukur Alhamdulillah bayi tersebut telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Melayu di Hayyu Asyir.Semoga ustazah Nor Baisyatul dan suaminya tabah dalam menempuhi ujian ini.

Sumber:www.hewipmram55.blogspot.com


Sunday, May 9, 2010

HEWI PMRAM pusat turun padang

Rabu, 5 Mei 2010-Satu pertemuan telah diadakan di antara wakil HEWI PMRAM Pusat dengan siswi Qiraat tahun satu PMRAM cawangan Mansurah berikutan dengan masalah yang berlaku ke atas mahasiswi ini disebabkan fail nama mereka masih belum sampai kepada pihak pengurusan Maahad Qiraat Fatayat Mansurah, sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat menduduki peperiksaan yang bermula pada 8 Mei 2010. Kedatangan HEWI PMRAM Pusat yang diwakili oleh ustazah Ibtisam Mohamad, Ustazah Samihah Abdullah, Ustazah Nurain Yaacob dan Ustazah Noor Akmaizan Yusof adalah untuk melihat keadaan mereka dan menunjukkan keprihatinan atas apa yang berlaku. Turut hadir Ustazah Solehah Harun dan Ustazah Siti Nuraini Salim wakil kepimpinan PMRAM cawangan Mansurah. Majlis yang ringkas ini bermula pada pukul 2 petang dan dikendalikan oleh Ustazah Samihah Abdullah selaku Ketua Unit Muhafazah, dimulai dengan sesi ta’aruf dan seterusnya Ustazah Ibtisam Mohamad Naib Pengerusi HEWI I memberikan sedikit kalam tasyji’at buat mereka.

Di dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan bahawa PMRAM Pusat begitu mengambil berat akan hal ehwal ahli, apatah lagi PMRAM adalah persatuan berkebajikan dan apabila berada dalam persatuan perlu sama-sama berganding bahu membantu antara satu sama lain. Bertepatan dengan tema HEWI PMRAM Pusat pada tahun ini iaitu “Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah” menunjukkan bahawa ukhuwah akan menjadi lebih erat serta melatih mahasiswi menjadi tabah, sabar dan matang dalam mendepani arus semasa.

Selepas itu, diselitkan satu slot bersama Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah iaitu Ustaz Muhamad Amirul Hasim untuk memberikan sedikit penerangan mengenai kenyataan yang tidak rasmi dari pihak JPMK bahawa mahasiswi Qiraat ini akan menjalani imtihan pada bulan Julai nanti dan bermakna tiada dur thani buat mereka selepas ini. Ternyata keputusan tersebut menjadi kenyataan selepas penjelasan oleh pimpinan PMRAM di dataran Hayyu ‘Asyir khamis lalu.Didoakan semoga mahasiswi ini mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti.

www.hewipmram55.blogspot.com

Jadual Takhalluf Terkini Al-Azhar Cawangan Iskandariah



Untuk mengelakkan sebarang masalah yang berlaku, sila rujuk jadual yang asal di kuliah. Harap maklum.


Disediakan oleh : Unit Pendidikan Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 09/10

Ya Allah Peliharalah PMRAM

KAHERAH, 6 Mei – Bacaan Yassin hari ini berkumandang di Pejabat PMRAM, bacaan yang dipimpin sendiri oleh Naib Presiden I, Saudara Adlan Mokhtarddin dan dilantunkan doa oleh Saudara Khairul Anwar Ismail selaku Penasihat PMRAM. Sebelum majlis bacaan Yassin berlangsung, majlis dimulakan dengan solat sunat hajat. Majlis itu berlangsung sekitar jam 10 malam dan dihadiri oleh semua Badan Pengurus dan Penasihat PMRAM.

Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dua orang Penasihat PMRAM iaitu Saudara Khairul Anwar Ismail dan Saudara Abdul Mu’izz Muhammad. Suasana ketika itu kelihatan sayu dan hiba apabila kedua-dua orang Penasihat PMRAM ini memberikan kata-kata peransang dan semangat. Mereka mengharapkan kepimpinan PMRAM pada tahun ini mampu dan berjaya menggalas amanah ini dengan sebaik-baiknya.

“Peliharalah hubungan kalian dengan Allah, yakin dan percayalah Allah pasti menjaga persatuan ini jika kalian sentiasa menjaga hak-hakNya” tegas Mantan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail.

“Jika hari ini Allah masih lagi memelihara Ka’bah, sama-samalah kita mendoakan agar Allah menjaga PMRAM sepertimana Allah memelihara Ka’bah” ujar Mantan Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mu’izz Muhammad.

Sebelum penutupan majlis, Presiden PMRAM mengharapkan kepimpinan PMRAM agar dapat mengimbangi tuntutan sebagai pimpinan mahasiswa dan tuntutan pembelajaran.
“Jangan jadikan isu yang melanda ketika ini, sebagai penghalang untuk meneruskan gerak kerja Islam dan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi” nasihat Saudara Shahrizan Mohd Hazime.

Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat di akhir majlis solat hajat dan bacaan yassin di Pejabat PMRAM malam ini.

www.pmram.org

Mencegah dan Cepat Bertindak-Naib Pengerusi HEWI II

Keselamatan jiwa dan harta ketika ini amat penting. Berada di bumi Mesir, dengan status sebagai pelajar, bukanlah satu lesen untuk mengambil sambil lewa soal keselamatan diri. Pelbagai isu keselamatan yang terancam dan pencabulan hak asasi seorang manusia terutama kepada mahasiswi sering berlaku. Isu kecurian, gangguan dan sebagainya dilihat semakin bercambah. Tidak dapat dinafikan, kebanyakan kes yang berlaku melibatkan mahasiswa/wi Malaysia dan Negara-negara asing yang lain. Keselamatan mahasiswi terutamanya perlu di ambil berat, memandangkan kes-kes yang berlaku melibatkan mahasiswi bukanlah satu kes yang kecil. Aspek-aspek keselamatan dan pencegahan perlu dititikberatkan.

Justeru, semua mahasiswi diingatkan untuk mengambil langkah terbaik bagi mengelak sebarang bahaya yang berlaku. Pencegahan dilihat satu langkah yang paling terbaik bagi menjaga keselamatan masing-masing. Beb
erapa saranan digariskan kepada semua mahasiswi :

1. Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan ketika keluar dari rumah atau
kawasan masing-masing.
2. Membaca doa dan ayat-ayat yang sesuai ketika keluar.
3. Peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa berwaspada.
4. Elakan menaiki kenderaan awam berseorangan walaupun disiang hari.
5. Elakan bertembung dengan warga Arab ketika berjalan.
6. Elakan membenarkan warga Arab masuk ke rumah.
7. Membawa bersama bahan alternative pencegahan seperti semburan minyak wangi
dan alat-alat yang sesuai.
8. Bertindak dengan cepat untuk menghubungi pihak HISBAH ,YDP atau Pengerusi
dengan kadar segera jika berlaku sebarang bahaya.

Semua langkah-langkah pencegahan merupakan jalan terbaik bagi menjamin keselamatan. Semua mahasiswi diingatkan untuk pandai menjaga diri dan dilarang melakukan perkara-perkara yang mengambil perhatian warga Arab. Semoga dengan tindakan meningkatkan keselamatan ini, mampu mengelakan daripada berlaku sebarang kes-kes yang tidak diingini. Sebarang masalah, boleh merujuk kepada Unit Hisbah cawangan masing-masing atau Timbala Ketua Unit Hisbah II saudari Norazura Rahim (011-0311537) dan Siti Nabilah Misnan ( 014-1344094) atau mana-mana wakil Unit Hisbah yang lain.

“ Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah”

Hurriyyah Abdul Mokti,
Naib Pengerusi HEWI II
( Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI PMRAM 2010)


www.hewipmram55.blogspot.com

Friday, May 7, 2010

Sejarah D.P.M.I

DPMI satu akronim nama yang terjalin indah menepati makna Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah. Disahkan penubuhannya pada tahun 1992 untuk memberi kebajikan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah.

Bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) iaitu satu-satunya persatuan induk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Seramai 18 orang mahasiswi telah dihantar ke universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah pada 16 Februari 1992. Disinilah bermulanya pelbagai keperitan hidup yang telah ditanggung oleh mereka yang bergelar kaum Hawa kerana semua urusan pengkuliahan dan kehidupan seharian terpaksa diuruskan secara berdikari tanpa golongan kaum Adam. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa golongan yang berangggapan bahawa Iskandariah satu-satunya tempat melatih kaum Hawa berdikari.

Pada tahun berikutnya, satu cabaran yang besar tepaksa mereka hadapi kerana terpaksa menerima kehadiran pelajar-pelajar baru seramai 80 orang. Walaubagaimanapun, PMRAM yang merupakan badan induk pelajar telah memberi bantuan dan kerjasama yang padu kepada mereka dalam setiap keperluan dan urusan.

Hasil jerih payah perintis inilah yang menjadi pemangkin keteguhan DPMI hingga kini. Semangat pengorbanan dan kesabaran yang menyala di hati mereka menjadi tauladan kepada mahasiswi Iskandariah untuk mempertahankan keutuhan PMRAM dan DPMI.

Berbekalkan semangat berdikari, hingga kini DPMI terus megah mengukir nama hingga dapat membuktikan bahawa golongan mahasisiwi Azhariah juga mampu menerajui kepimpinan. Sehingga kini sudah tercatat 22 orang pimpinan tertinggi selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah, iaitu :

1992 : Shamsuriyah Binti Mohamad
1992/1993 : Enezah Binti Jamali
1993/1994 : Siti Mariam
1994/1995 : Natrah Binti Ghulam Ahmad
1995/1996 : Rokiah Binti Jaafar (Perak)
1996/1997 : Riza Yusnita Binti Mohd Rasyid
1997/1998 : Nor Qasidah Binti Nordin (Negeri Sembilan)
1998/1999 : Nor Hayati Binti Khamis
1999/2000 : Norliza Binti Hassan (Selangor)
2000/2001 : Rohaiza Binti Zakaria (Pulau Pinang)
2001/2002 : Maheran Binti Basri (Perak)
2002/2003 : Norlah Binti Azizun (Kedah)
2003/2004 : Wan Nadiah Binti Wan Mohd Ali (Terengganu)
2004/2005 : Jamilah Binti Dzulkafly (Pahang)
2005/2006 : Rashidah Binti Jamalludin (Negeri Sembilan)
2006/2007 : Wan Nor Azizun Binti Wan Aziz (Kelantan)
2007/2008 : Norhayati Binti Abu Sopian (Kedah)
2008/2009 : Suriaty Binti Nayan (Perak)
2009/2010 : Rabi'atul Hazirah Binti Ramli (Kedah)
2010/2011 : Norliza Binti Mat Salleh (Pahang)
2011/2012 : Sumaiyah Binti Zakaria (Terengganu)
2012/2013 : Nur Amnani Faten Binti Paiman (Selangor)

Mahasiswi Iskandariah terdiri daripada pelbagai negeri. Mereka disatukan dibawah satu wadah. Kesatuan yang ada sekarang sebagai lambang kekentalan semangat Azhariah memikul amanah Allah di bumi ini. Semenjak penubuhannya DPMI telah beberapa kali mengalami perpindahan markaz bermula dari imarah Ibrahim Rehal, imarah Safa wa Marwa, Rumah Putih dan imarah Noorul Huda yang mana terletaknya Dewan Zajlatul Abidah sekarang ini.

Penempatan ahli DPMI berpusat di Assofirah dan Mandarah dimana ianya terbahagi kepada 4 mantiqah iaitu mantiqah Ummu Dzar, Nusaibah, Atiqah dan Zinnirah. Ahli DPMI tinggal di 84 buah rumah yang disewa oleh pihak Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan arab tempatan. Bilangan rumah ahli yang berkahwin pula adalah sebanyak 40 buah rumah yang mana penempatannya sekitar penempatan akhawat Iskandariah.

Menyelami kesukaran generasi awal merentas kehidupan mengundang hikmah, siapalah kita tanpa DPMI dan di manakah kita tanpa PMRAM. Oleh itu, kesatuan fikrah dan kesatuan amal perlu dipertahankan untuk mendaulatkan ketulenan Islam.

Thursday, May 6, 2010

PENGUMUMAN PENTING!!!


6 Mei 2010...Unit Pendidikan DPMI (Nur Amnani Faten Paiman) telah mendapat makluman daripada SYUUN WAFIDAT Al-Azhar cawangan Iskandariah (Ustaz Nadir) berkenaan dengan madah Bahasa Inggeris yang perlu diambil semula pada semester ini. Ia melibatkan semua tahun dan semua negara di sini. Sebarang maklumat sila rujuk jadual yang akan dikeluarkan di kuliah. Dan yang melibatkan kitab dan muqarar sila berhubung dengan doktor/doktorah masing-masing.

CINTAILAH KEJAYAAN
















CARA-CARA UNTUK MENJADIKAN DIRI SEORANG YANG ISTIQAMAH,LEBIH BERJAYA DAN DISAYANGI OLEH ALLAH


  • Menjaga hubungan dengan Allah
  • Masukkan matlamat di dalam doa
  • Mulakan sesuatu pekerjaan dengan berdoa
  • Berterusan dalam mencari ilmu
  • Amalkan perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah
  • Kenali diri(negatif kepada positif)
  • Menolong insan lain untuk berjaya
  • Iklankan matlamat

Firman Allah

"Katakanlah,hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"(Surah Al-Zumar:53)

Tuesday, May 4, 2010

Dakwah Tidak Boleh Dipikul OLeh Orang yang MANJA


Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi dengan hamparan permaidani merah dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh rintangan, mehnah dan tribulasi. Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu yang merasa pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diseksa, ada yang harus berpisah dengan sanak-saudara, ada pula yang diusir dari kampung halamannya dan berderetan lagi kisah perjuangan manusia lain yang telah mengukir bakti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap jalan dakwah yang suci ini.

Cuba kita renungkan kisah peperangan Dzatur Riqa’ yang dialami oleh sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercungkil. Namun mereka tetap mengharungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya kerana keikhlasan mereka dalam perjuangan. Keikhlasan membuatkan mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya…

Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Kerana sumbangan yang telah mereka berikan, dakwah ini tumbuh bersemi dan kita pun dapat menikmati hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan umat Islam telah mengembangkan populasi dalam jumlah besar. Semua itu kurnia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para as-Sabiqun al-Awwalun dalam medan dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka. Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat At-Taubah: 42.

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُون) التوبة : 42)

"Kalaulah apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu adalah jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). "

Mereka juga telah melihat pengajaran daripada orang yang dapat bertahan dalam mengharungi perjalanan yang berat itu, hanya kesetiaanlah yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan pancaroba perjuangan. Ia menjadikan mereka optimis dalam menghadapi kesulitan dan siap berkorban untuk meraih kejayaan. Kesetiaanlah yang menghantarkan jiwa-jiwa patriotik ini untuk berada pada barisan paling depan dalam perjuangan. Kesetiaan jualah yang membuat pelakunya berbahagia dan sangat menikmati beban hidupnya serta setia dalam kesempitan dan kesukaran mahupun kelapangan dan kemudahan.

Sebaliknya orang-orang yang manja jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka selalu mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikan dakwah dengan pelbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak berjuang. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahan telah menyerang jiwa-jiwa mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa kepahitan adalah sebahagian risiko dan sunnah dakwah ini. Malah kesanggupan dalam dakwah mereka tergugat lantaran anggapan mereka bahawa perjuangan dakwah tidak harus mengalami kesulitan.

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ* وَلَوْ أَرَادُواْ الْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَـكِن كَرِهَ اللّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُواْ مَعَ الْقَاعِدِينَ ) التوبة : 45-46)

“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. (At-Taubah ; 45-46)

Kesetiaan yang ada pada mereka merupakan kayu ukur ampuh untuk menilai daya ketahanannya dalam misi dakwah. Sikap ini membuatkan mereka sentiasa bersiap-siaga untuk menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai perajurit paling hadapan dengan segala akibat yang akan dihadapinya, ia sentiasa berada pada posisinya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau apabila mereka ditempatkan pada bahagian belakang, ia akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah dan terliur dengan apa yang diperolehi oleh barisan depan sebagaimana yang disebutkan Rasulullah saw. dalam beberapa riwayat tentang pejuang yang baik.

Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Beliaulah yang disebutkan Hasan Al Banna sebagai orang yang sebaik sahaja pulang dari bekerja, beliau sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah dan kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari detik ke detik secara ‘maraton’. Beliau selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Akan tetapi, sesudah menunaikan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya, beliau merupakan orang yang pertama sekali datang ke tempat kerjanya. Malah, beliaulah yang membukakan pintu gerbang pejabatnya.

Pernah beliau mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya itu tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk ke kota lainnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan duit untuk beliau menaiki taksi. Abdul Fattah mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Aku sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi aku tetap dapat memikul dakwah ini dan aku pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Karana itu, pakailah duit ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.” Beliau pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmat an itu. Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.” :nangis:

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran.

يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ] الأنفال : 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (al-Anfal ; 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini. Dan mereka pun tahu bahawa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah mau merubah janji kepada-Nya.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً] الأحزاب : 23]

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar, menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab ; 23)

Pernah seorang pejuang Palestin yang telah lama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana ditemubual; “Apakah yang membuat anda dapat meninggalkan keluarga dan kampung halaman sebegini lama?” Jawabnya, “Kerana perjuangan. Dan, dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. Kalau bukan karena dakwah dan perjuangan, kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” ungkapnya lirih.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahawa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuat mereka kuat menghadapi pelbagai rintangan dakwah. Jika dibandingkan apa yang kita sumbangkan serta apa yang kita harungi dalam jerit perih perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini hanyalah secebis pengorbanan waktu untuk dakwah, secubit pengorbanan tenaga dalam amal khairiyah untuk kepentingan dakwah dan sekelumit pengorbanan harta dari keseluruhan harta kita yang banyak. Cubalah bandingkan dengan pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disisir dengan sisir besi, ada yang digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangny a hingga robeklah orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat mengharungi kegetiran ini kerana kesabaran yang ada pada dirinya. :nangis:

Kesabaran adalah kubu pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah swt.Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah rang yang menakjubkan yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini, “Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini atau kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?”

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Ketabahan, keseriusan dan kesungguhan aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkannya kepada kejayaan dan kegemilangan. Semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan. Wallahu’alam.

Adaptasi dari tulisan : Drs. DH Al Yusni
Baitul_Irfan yahoogroups :)

Iskandariah Berpindah Ke Kaherah Atau Tidak?

Nun di hujung sana, Iskandariah menerima tempias-tempias isu penghapusan muhafazah yang tidak diketahui dalang disebaliknya.

Saya telah menghubungi Pengerusi PMRAM Cawangan Iskandariah, Ustazah Rabi'atul Hazirah Ramli untuk mengetahui perkara ini. Beliau memberitahu bahawa beliau, pimpinan Indonesia yang bernama Ustazah Mariana, dan Unit Pendidikan, Ustazah Nur Amnani Faten bin Paiman telah bertemu Syu'un Ta'lim sebanyak 2 kali.

Kali pertama pada 20 April lalu, jam 10.30 pagi. Pertemuan kali pertama bersama unit pendidikan. Apa yang dimaklumkan ketika itu, bahawa Madam Fadwa, Syu'un Ta'lim menyifatkan bahawa "tiada sebarang perpindahan ke Kaherah".

Kali kedua, Ustazah Rabi'atul Hazirah Ramli bertemu lagi Syu'un Ta'lim, iaitu pada 29 April lalu, jam 11 pagi bersama pimpinan Indonesia, Ustazah Mariana, untuk mengesahkan perkara ini kali kedua. Jawapan yang sama diterima, Madam Fadwa mengatakan bahawa "tiada sebarang perpindahan.."

Tetapi Ustazah Rabi'atul Hazirah Ramli menambah, "biasanya Iskandariah agak lambat mendapat maklumat dari al Azhar pusat... Memang biasa terjadi kelewatan maklumat.." Erm.. risau juga apabila mendengar kalam terakhir ini. Kita doakan supaya ia tidak terlaksana.

Sumber: ibnuirfadzil.blogspot.com

Solat Hajat Khusus Untuk Mahasiswa/wi Qiraat Shoubra dan Mansurah

“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut :2)


PMRAM pada hari ini sedang berhadapan dengan pelbagai ujian. Sesungguhnya ujian ini merupakan satu proses kematangan kepada gerakan mahasiswa seperti PMRAM. Islam mengajar kepada kita apabila ditimpa dengan sesuatu ujian agar sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah dalam keadaan sabar. Pastinya, ujian ini akan mendidik kita tentang kemanisan dalam perjuangan. Firman Allah SWT:-


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang”
(Al-Baqarah : 45)

Justeru, pihak Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM menyeru kepada semua ahli PMRAM yang berada di cawangan masing-masing untuk melakukan solat hajat secara khusus buat sahabat-sahabat kita di Shoubra dan Mansurah yang masih lagi belum dapat menduduki peperiksaan sehingga ke hari ini. Kita memohon agar kesulitan yang dialami oleh mereka ini dipermudahkan oleh Allah Taala seterusnya berharap agar pihak berwajib segera menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"

Mohd Adlan Mokhtarddin

Naib Presiden 1

(Lajnah Dakwah Pembangunan Insan PMRAM)

www.pmram.org

Sunday, May 2, 2010

Tentang ARMA : Fakta Yang Tidak Mungkin Berubah

Perintis permulaan perjuangan mendapatkan sebuah penempatan anak Melayu bukanlah satu usaha yang baru malahan usahanya menjangkau puluhan tahun melepasi beberapa dasawarsa kewujudan PMRAM di bumi Anbiya’ ini.Langkahan pertama diatur pada tahun 1932 ,pelbagai usaha telah diperhebatkan samada dari segi pengumpulan dana, pancarian lokasi dan penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali dengan “ Panitia Rumah Melayu ”.Kewujudan jawatankuasa ini secara langsung bertindak dalam segala pengurusan yang berkaitan dengan ARMA.

Pengumpulan dana merangkumi dari pelbagai pihak termasuk jemaah-jemaah haji yang datang ke tanah suci Mekah.Di antara yang terlibat secara langsung untuk mendapatkan ARMA adalah Almarhum Dato’ Haji Abdul Jalil Hasan yang merupakan Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1960. Beliau juga terlibat dengan penubuhan PPS ( Persekutuan Putera-putera Semenanjung ) pada tahun 1930 telah menyatakan bahawa jumlah dana Rumah Melayu yang terkumpul pada Bendahari PPS adalah sebanyak RM 1544.50.

Dengan usaha gigih generasi ketika itu ,beberapa sumbangan derma telah diperolehi di antaranya kunjungan Tuan Haji Hussien bin Haji Ya’qub (seornag peniaga Melayu terkenal di Kelantan), begitu juga yang berlaku pada 1952, Persidangan Raja-raja Melayu telah memutuskan supaya setiap Majlis Agama Negeri dan Pejabat Agama di setiap negeri melancarkan sumbangan dengan menetapkan jumlah yang tidak kurang daripada RM 6500.00.

Pada tahun 1954, Badan Pengurus telah mengambil inisiatif untuk terus berjumpa dengan Almarhum Presiden Mesir ,Jamal Abdul Nasir bagi memohon sebidang tanah yang bertujuan untuk pembinaan. Hubungan yang baik terjalin di antara PPS dan Kerajaan Mesir dibuktikan lagi dengan perjanjian Jamal Abdul Nasir yang akan memberikan sebidang tanah kepada PPS.

Setahun kemudian pada 1955,beliau telah memperuntukkan sebidang tanah dengan keluasan 600 meter persegi di dalam kawasan Bandar Kaherah [ Tahrir ] yang diberikan secara percuma yang pada ketika itu telah ditukar nama kepada PMM pada tahun 1952.
Akhirnya pada tahun pada tahun 1959 sebidang tanah yang berkeluasan 2,212 meter persegi telah sah menjadi milik PMM melalui sebuah majlis penyerahan geran tanah yang telah dihadiri oleh YDP PMM ketika itu Ustaz Wan Mokhtar Ahmad. Maka dengan itu telah termaktubnya pemilikan tanah tersebut yang diakui oleh Kerajaan Republik Arab Mesir malahan juga diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Maka peraturan - peraturan Asrama Rumah Melayu Abbasiah diwujudkan dengan disahkan oleh ketiga-tiga pihak iaitu Duta Besar Kaherah,Pengarah Jabatan Penuntut dan YDP PMRAM.Di antaranya peraturan-peraturan yang telah termaktub pada 1981 adalah seperti berikut :

- Pada ceraiaan 1.2 [ Pendahuluan ] – Asrama ini dibina oleh Kerajaan Malaysia dan diletakkan dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
- Pada ceraiaan 1.3 [ Pendahuluan ] – Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 1.6 [ Pendahuluan ] – Anjung tingkat bawah Asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 2.3 [ Pentadbiran dan Pengurusan ] – Dasar pentadbiran ARMA ini dapat diputuskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada :
• Pengarah JPM ( Pengerusi)
• Penyelia Asrama ( Setiausaha )
• Pegawai Kebajikan 1 ( AJK )
• Pegawai Kebajikan 2 ( AJK )
• Juruwati Asrama ( AJK )
3 Wakil PMRAM ( AJK )

** Jawatakuasa in bertindak dalam sebarang bentuk perubahan dasar dan membuat keputusan serta menjadi penasihat dan mempertimbangkan segala rayuan yang berkaitan dengan Asrama Rumah Melayu Abbasiah .
11.jpg
Namun begitu ,pada tahun 1992 KBMK telah memutuskan hubungan dengan PMRAM sekaligus menyatakan peraturan ARMA yang telah dipersetujui dahulu secara langsung dimansuhkan.Jika diteliti tiada satu ceraian dalam peraturan tersebut menyatakan apabila tiada kerjasama antara KBMK dan PMRAM maka secara langsung peraturan ARMA dimansuhkan. Usaha PMRAM tidak pernah pudar dek zaman yang terus laju melangkah ke hadapan oleh kerana yang sedemikian pada 13 November 2000, satu mesyuarat telah diadakan di antara Badan Pengurus PMRAM dan Duta Besar Malaysia Kaherah .Dalam perjumpaan tersebut ,beliau sendiri telah mengakui bahawa peraturan ARMA yang baru pada 1999 tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak PMRAM.Wakil Penasihat dan Badan Pengurus PMRAM yang hadir bersama ketika itu, Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh, Ketua Penasihat Ustaz Anhar Opir, AJK Penasihat Ustaz Azhar Yahya, Badan Pengurus ,Ustaz Ahmad Arif bin Mohd Arshad, Ustaz Hasri Hassan dan Ustaz Muhidir Tamjis. Seterusnya pada ketika itu juga Peraturan ARMA 1971 dan 1986 masih diterima pakai ataupun dengan erti kata lain diiktiraf .

Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia. Pindaan nama itu dibuat oleh PMRAM hanya semata-mata bertujuan mematuhi protokol bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak 250,000.00 Ringgit Malaya yang telah dijanjikan. Perkara ini berlaku pada tahun 1959 apabila Tan Sri Khir Johari yang datang ke Mesir sebagai Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa wang peruntukan tersebut tidak dapat dikeluarkan melainkan setelah nama tanah itu ditukar kepada nama Persekutuan Tanak Melayu. Bagi menunaikan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Panitia Rumah Melayu telah berusaha pula untuk menukarkan nama yang tercatat pada geran tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Akhirnya pada bulan Jun 1960, sempurnalah proses penukaran tersebut dan wang bantuan yang dijanjikan dapat disalurkan.

Perihal ini telah menjadi bukti bahawa,PMRAM masih lagi mempunyai hak ke atas ARMA sehingga kini. Cuma apa yang berlaku hari ini adalah beberapa peraturan ARMA telah diubah tanpa sebarang makluman dan persetujuan daripada pihak PMRAM seperti yang telah termakbtub di dalam peraturan ARMA.

www.pmram.org


Borang Aduan Hak Mahasiswa- Naib Presiden III PMRAM 2010

Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini telah melancarkan `Borang Aduan Hak Mahasiswa’ bagi memberi ruang kepada seluruh mahsiswa/wi untuk mengaju sebarang aduan berkaitan hak mereka.

Borang tersebut boleh digunapakai untuk sebarang aduan mengenai pencabulan hak mahasiswa terhadap pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui Unit Kebajikan PMRAM Cawangan masing-masing untuk diisi. Untuk teknikal pula, borang tersebut akan dicop rasmi apabila pihak PMRAM Pusat menerima aduan tersebut. PMRAM berharap semua ahli berani tampil untuk mengambil kesempatan ini mengajukan sebarang aduan pencabulan hak mahasiswa agar ianya terbela.


Mohd Farkhan Md Zain

Naib Presiden 3

(Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


www.pmram.org

PMRAM tidak pernah menyusahkan mahasiswa : PRESIDEN PMRAM 2010

Sebagai sebuah persatuan induk yang menyatukan suara anak-anak Melayu di Mesir ini, PMRAM tidak pernah melaksanakan suatu polisi gerak kerja yang menyusahkan mana-mana pihak. Bahkan PMRAM dikenali dengan persatuan yang beorientasikan kebajikan kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir.

ISU KEBAJIKAN

Di peringkat PMRAM, kebajikan yang disalurkan bukanlah hanya tertumpu pada kewangan samata-mata bahkan lebih meluas daripada perkara tersebut. PMRAM menekankan kebajikan mahasiswa dari segi keselamatan, pendidikan, thaqafah, kesihatan dan lain-lain.

Dengan bahasa realitinya, PMRAM mementingkan soal akademik mahasiswa dengan melaksanakan 'study group' berpusat, kelas tutorial, kempen sifar rasib dan lain-lain. Sebagai bukti kesungguhan PMRAM dalam perkara ini, setiap tahun PMRAM mengkaji statistik keberjayaan mahasiswa Malaysia di Mesir. Sehingga kini, PMRAM cuba menghadapi isu mahasiswa qiraat Shoubra dan Mansurah dengan melibatkan pihak berwajib dalam menangani masalah ini.

ISU PERPINDAHAN MUHAFAZAH

Berkenaan isu perpindahan muhafazah, PMRAM menggunakan pendekatan mengkaji maklumat secara terperinci sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi. Walaupun begitu, PMRAM mengharapkan semua mahasiswa memberikan fokus terhadap peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Serahkan perkara tersebut pada pimpinan untuk menyelesaikannya.

ISU KESELAMATAN

PMRAM memandang serius isu keselamatan mahasiswa Malaysia di Mesir.Sebagai contoh masalah visa pelajar, sosial penempatan, hubungan dengan warga tempatan, program dan aktiviti yang dianjurkan oleh setiap BKAN dan DPM. Baru-baru ini, PMRAM telah membantu seorang mahasiswa Shibin El-kom daripada ditahan polis akibat tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Sementara itu, PMRAM juga sedaya upaya membantu mengenai penangkapan 4 orang mahasiswa Malaysia pada pertengahan bulan ini melalui hubungan terus dengan pihak keselamatan Mesir, namun pihak keselamatan Mesir belum bersedia untuk melepaskannya. Dalam pada itu juga, pihak KBMK bertungkus lumus membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Justeru, PMRAM tidak pernah sesekali menafikan peranan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) sebagai wakil Malaysia di Mesir. Pada 28 April yang lalu, PMRAM mengadakan kunjung hormat ke pejabat KBMK untuk bertemu dengan Kuasa Usaha Sementara En Shaiful Anuar bin Mohammad. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha 2 KMBK Encik Shamsul Kahar bin Kamaruddin bagi membincangkan isu mahasiswa Malaysia di Mesir. Hal ini membuktikan kerjasama yang baik antara PMRAM dan KBMK.

Selain itu, PMRAM juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu tuduhan terhadap Pengerusi DPM Tanta. Pada 27 April yang lalu, beberapa orang wakil Badan Pengurus PMRAM membuat temujanji untuk bertemu dengan salah seorang pegawai JPMK En Khairi Jalaluddin bagi mendapatkan penjelasan dan bukti tuduhan terhadap Pengerusi DPM Tanta Saudara Dzulhilmi bin Roslan.

Dalam pertemuan tersebut, beliau gagal mendatangkan bukti yang kukuh bagi tuduhan yang dibuat. Demi melihat suasana yang baik dan harmoni, PMRAM meminta kepada En Khairi Jalaluddin untuk menunaikan hasrat mahasiswa Malaysia di Mesir bagi memohon maaf secara terbuka terhadap tuduhan tidak berasas tersebut.

Semoga Allah s.w.t memberi perlindungan dan petunjuk kepada PMRAM dalam melakukan sebarang tindakan.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime
Presiden PMRAM 2010.


www.pmram.org

Kalam Ketua Unit HISBAH PMRAM 2010

Alhamdulillah marilah sama-sama kita tuturkan lafaz kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kita kehidupan yang sempurna didunia yang fana ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad Sallahu A’laihi Wassalam nabi sekalian alam.Utusan Allah yang telah memberikan kepada kita ilmu dan pengajaran didalam menjalankan aktiviti seharian dan juga menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep amar makruf nahi munkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yg terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa.

Maksud firman Allah swt :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya". Surah Ali 'Imran, ayat 104.

Saya pada tahun ini ditaklifkan oleh pihak PMRAM pusat untuk memegang Ketua Hisbah Pusat yang berkuatkuasa selepas daripada muktamar PMRAM kali yang ke 77.Di saat ini kita melihat peranan Unit Hisbah semakin besar oleh kerana banyak perkara-perkara maksiat yang telah berlaku yang melangkaui tahap merbahaya.

Baru-baru ini pihak Unit Hisbah peringkat pusat telah mengadakan mesyuarat kali pertama selepas daripada pelantikan. Didalam perbincangan tersebut pihak Unit Hisbah telah mengariskan empat factor utama dalam memperkasakan Unit Hisbah diperingkat pusat mahupun cawangan. Antara empat faKtor yang menjadi garis panduan untuk pembawakan pada tahun ini ialah :-

1.Tenaga Pengerak
2. Penerangan Hisbah dan Dakwah
3. Kewangan Unit Hisbah
4. Operasi bersepadu

Kempat-empat faKtor ini perlu dititik berat oleh semua Unit Hisbah peringkat pusat dan juga cawangan demi untuk menjalankan gerak kerja yang lebih teratur dan dinamik.

Berbalik kepada usul Muktamar PMRAM baru-baru ini, yang berbunyi “Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :- Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius. Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan”.

Usul tersebut telah dibawa oleh Saudara Shahrizan Mohd Hazime Presiden PMRAM dan telah diterima secara bulat oleh semua perwakilan dengan perbahasan yang panjang.Disini kita lihat usul adalah perkara yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Memandangkan usul ini menitik beratkan soal Hisbah,maka saya berharap kepada semua Pimpinan dan juga Jawatankuasa Hisbah peringkat pusat mahupun cawangan dapat melaksanakan tugas dengan berhemah dan penuh tangungjawab agar kita sama-sama dapat merialisasikan tema Hisbah "AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" dan juga PMRAM "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

Diakhir kata saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang menetap dibumi Mesir agar sama-sama kita dapat memberikan kerjasama dengan baik kepada Unit Hisbah dan dapat menjaga keselamatan memandangkan sejak kebelakangan ini banyak kes-kes cabul,mencuri dan lain-lain berlaku.Jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sila laporkan kepada pihak Hisbah pusat ataupun cawangan dan Presiden PMRAM agar perkara ini dapat dibendung dengan sempurna in sya Allah. Saya juga berharap kepada semua Mahasiswi dapat menggunakan khidmat musrif yang telah disediakan oleh pihak BKAN dan DPM.Jagalah diri agar kita tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan mungkar yang boleh membawa kita ke alam yang hina. Jangan jadikan bumi barokah ini tempat bermadu asmara dan membuat perkara yang dilarang oleh agama kita Islam.Ayuh banagkitlah sama-sama kita bergerak untuk merialisasikan impian kita ” Negara Yang Baik Mendapat Keampunan Allah”.

Semoga kewujudan unit Hisbah ini dapat membantu individu-individu yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) khususnya dan pelajar Malaysia amnya menerapkan tuntutan nilai Ihsan dalam diri mereka sepanjang tempoh mereka menuntut ilmu lantas mengahasilkan suasana landskap biah solehah yang di citakan di bumi mesir ini. Sekian, terima kasih.

"AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

(MAJDI BIN ZAKARIA)
KETUA HISBAH PMRAM 2010

http://hisbahpmram.blogspot.com