Labels

Pages

Monday, December 30, 2013

Tingkatkan keselamatan diri masing-masing pada hari-hari tersebut. Dinasihati agar seluruh warga Malaysia yang berada di sini berwaspada khususnya ketika berada di luar premis.

Jika berlaku sebarang kecemasan, diminta untuk menghubungi Yang Dipertua atau Pengerusi PMRAM Cawangan masing-masing. Harap maklum.

"Keselamatan Anda Tanggungjawab Kami"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Saturday, December 28, 2013

[PERINGATAN PENTING ]


Kaherah | Sabtu | 09.33 pagi

Makluman kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al-Azhar Mesir :

Berikutan kejadian yang berlaku di kuliah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminta kepada semua ahli mempertingkatkan keselamatan masing-masing.

PMRAM menyarankan beberapa langkah keselamatan yang boleh dipraktikkan untuk semua ahli.

Langkah-langkah keselamatan:

SEBELUM

1- Digalakkan datang awal ke kuliah (2 jam sebelum waktu imtihan)
2- Simpan nombor telefon penting.
3- Sediakan beg kecemasan yang mengandungi barang kecemasan:

* Salinan passport.
* Air gas 1 botol.
* Tisu dan sapu tangan.
* Handphone (bateri penuh/topup).
* Air mineral.
* Ubatan peribadi.

4- Bawa kerneh dan barang persiapan imtihan.
5- Elakkan memakai dan menggunakan simbol yang sensitif.
6- Elakkan memakai pelembap muka.

SEMASA

1- Duduk berkelompok dengan syukbah masing-masing.
2- Jauhi tempat himpunan dan pastikan sentiasa duduk dalam kelompok syukbah.
3- Tidak sewenang-wenangnya tangkap gambar.
4- Sentiasa mengamalkan ayat kursi .
5- Sekiranya menghadapi gas pemedih mata :

* Hembus hidung.
* Kumur mulut dan jangan telan.
* Tekup kain basah di muka.
* Elak diri daripada mengikut arah lawan angin.
* Elak daripada memakai contact lense.

6- Cakna dengan arahan pimpinan PMRAM cawangan masing-masing.

SELEPAS

1- Semua ketua syukbah lapor pada ikhwah/akhawat.
2- Sebelum pulang, ahli-ahli syukbah perlu maklumkan keadaan semasa pada ketua syukbah.
3- Ketua syukbah berperanan dengan syukbah masing-masing.
4- Ikhwah/akhawat cakna dengan ahli bait.

P/S :
* Elakkan daripada menimbulkan suasana yang panik di alam maya.
* Sila cakna berkaitan masalah kesihatan.
* Jika berlaku sebarang keadaan kecemasan, pastikan berada di tempat yang selamat dan hubungi masul masing-masing untuk sebarang bantuan.

Sebarang permasalahan serta perkembangan sila maklumkan pada PMRAM Cawangan masing-masing. Harap maklum.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"