Labels

Pages

Friday, January 24, 2014

Situasi Terkini Politik Mesir

Jumaat | 23 Rabiul Awal 1435 H bersamaan 24 Januari 2014 | 11.27 pagi

Tahaluf Watoni menyeru rakyat Mesir untuk turun menjayakan gelombang kali ke-2 pada esok hari 25 Januari 2014 sehingga 11 Februari 2014 bagi mengembalikan Syar'iyyah.

Manakala, kerajaan sementara juga menyeru rakyat untuk turun pada 25 Januari bagi menggagalkan gelombang ke-2 tersebut.

Oleh itu, PMRAM menjangkakan akan berlaku pertembungan antara dua pihak dan bakal berlanjutan dalam tempoh tersebut. Justeru, kita PMRAM menasihati kepada warga Malaysia agar mematuhi beberapa langkah keselamatan seperti berikut :

1) TIDAK DIBENARKAN keluar daripada MUHAFAZAH masing-masing.
2) TIDAK DIGALAKKAN untuk mengadakan aktiviti luar diluar kawasan penempatan pelajar dalam tempoh terdekat.
3) Sentiasa membawa dokumen PENGENALAN DIRI sama ada PASSPORT ataupun KAD PELAJAR (Kad PMRAM atau Kad Kuliah).
4) Elakkan pergi ke tempat perkumpulan awam dan kawasan yang menjadi tumpuan pentadbiran.
5) Elakkan memuat turun dan menggunakan logo-logo yang boleh menggugat keselamatan.
6) Patuhi segala peraturan yang dikeluarkan di peringkat cawangan masing-masing.
7) PMRAM MENASIHATI warga Malaysia agar tidak mengikuti sebarang rehlah atau jaulah yang dibuat dalam waktu terdekat ini.
8) Diminta untuk menghubungi Yang Dipertua (YDP) BKAN dan Pengerusi DPM jika berlaku sebarang kecemasan. 

"Keselamatan Anda Tanggungjawab Kami"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Wednesday, January 22, 2014

Kuliah Jumaat


Kronologi Palestin (Siri Flash Back)

Kronologi Palestin (Siri Flash Back)
Lajnah (Unit) Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2013

PMRAM Cakna Ummah 
We Are With You!!

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Makluman Pemangkuan Jawatan


FIFA'14

Nantikan Februari ini!
Pmram Cawangan Iskandariah & Umi Alex...

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
"Julang Keilmuan Jana Keizzahan"

Kerjasama 2 Pihak Selesaikan Masalah Pengajian Mahasiswa

PMRAM telah mengadakan pertemuan baru-baru ini sebagai satu pendekatan perbincangan dua hala antara PMRAM dan EME. Antara fokus utama perbincangan dua hala antara dua pihak PMRAM
dan EME adalah berkaitan isu pendidikan mahasiswa dan mahasiswi  Mesir yang sudah tertangguh  sejak sekian lama. 
 
Antaranya isu pengeluaran  sijil syahadah asliyyah yang sudah tertangguh hampir  beberapa tahun sehingga menyulitkan graduan-graduan lepasan Maahad Qiraat Shoubra dalam profesion kerjaya
mereka. Selain itu, kita PMRAM meminta kepada pihak EME untuk mengkaji semula yuran markaz bahasa, seterusnya dibawa ke pihak berwajib bagi mengatasi isu ini memandangkan yuran markaz bahasa yang amat tinggi sehingga membebankan para mahasiswa dan mahasiswi
 
Kerjasama yang baik diantara PMRAM dan EME banyak membantu menyelesaikan isu permasalahan  pendidikan di kalangan mahasiswa di Mesir.Bahkan antara tindakan yang telah dipersetujui adalah  pihak PMRAM melalui  Exco Pendidikan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKANakan memberi kerjasama bagi sudut semakan  senarai nama pelajar yang layak mengikuti pengajian di Universiti  Al-Azhar kepada pihak EME untuk urusan pendaftaran seberapa segera sebelum peperiksaan semester  pertama bermula
 
Kita PMRAM mencadangkan supaya urusan pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi yang memohon  untuk masuk ke Universiti Al-Azhar di masa akan datang diuruskan secepat mungkin. Selain itu, 
cadangan proses  penghantaran mahasiswa baru sampai ke Mesir lebih awal, kemudian menduduki Imtihan Qabul (IQ) ini disambut baik oleh pihak EME memandangkan pelbagai masalah yang timbul  sebelum ini kesan daripada proses pendaftaran yang dilaksanakan selepas pelajar hadir ke Mesir.
 
Pihak  PMRAM sentiasa bersedia bekerjasama dengan EME dalam menyelesaikan permasalahan  
pelajar dan kita PMRAM yakin EME mampu melaksanakan tugas dan mengfungsikan sebaik yang  mungkin peranan EME selaku wakil kerajaan Malaysia bagi sudut pendidikan.
 
Kita PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada EME  atas pertemuan yang telah diadakan  demi memastikan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia terutama daripada aspek akademik terjaga.  
Selain itu, kita PMRAM sangat berbesar hati dengan perjumpaan ini semoga ianya dapat menatijahkan  satu hasil yang terbaik untuk kebaikan semua.
 
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
 
Ahmad Shahrir Bin Alias 
Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013