Tuesday, June 22, 2010
Ceroboh,ratakan tanah di timur Gaza
Sumber peta, google map. Kedudukan Khan Yunus adalah di nombor 12 hijau, manakala Abbasan di nombor 1 dan 2. Kedudukan Qararah pula berada di anak panah berwarna kuning. Dinyatakan, 12 buah kereta kebal Israel keluar dari pos kawalan tentera Kissufim yang bernombor 57 warna biru.
KHAN YUNUS - Sumber melaporkan beberapa buah jentera perang tentera Israel telah menceroboh kawasan tanah pertanian pagi tadi di buah bandar kecil, Abbasan dan Qararah yang berada di timur dan timur laut Wilayah Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut agensi berita bahawa 12 buah jentera perang Israel, termasuk jentolak keluar dari pos kawalan tentera Kissufim. Enam buah dari jentera itu menghala ke kawasan Farahain di timur Abbasan serta menceroboh sejauh 400 meter. Lantas jentolak Israel meratakan tanah pertanian yang dimiliki penduduk Gaza.
Sebagaimana dilaporkan, Israel turut menceroboh ke kawasan Qararah sejauh 400 meter serta meratakan tanah pertanian penduduk. Di samping itu, tentera penjajah turut melepaskan tembakan secara putus-putus ke arah petani-petani dan rumah penduduk Palestin di kawasan terbabit. Sumber (08.26 pagi, Mesir/Palestin) 21/06/2010, web berita safa.ps
Sumber:MAP 2 STREET pmram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment