Labels

Pages

Sunday, May 8, 2011

2 Usul Telah Disepakati Oleh Perwakilan Dalam Muktamar Sanawi Kali Ke-78

KAHERAH, 6 Mei – Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78 tahun ini telah membuka usul muktamar bermula pada tarikh 25 April 2011 hingga 30 April 2011 .

Dengan berdasarkan mempertahankan hak dan maruah mahasiswa juga isu intergriti mahasiswa , maka satu usul yang telah dibawa oleh Saudara Mohd Fahmi bin Abdul Rashid daripada PMRAM Cawangan Pahang seperti berikut :
“ Bersama Mempertahankan Kesatuan BKKIMM dengan beberapa tindakan :
Pertama : Sumbangan Material
Kedua : Menjana Ekonomi Bersama Taakhi

Usul yang kedua dengan misi untuk meneruskan perjuangan keluaran Azhari yang bakal menjadi tumpuan masyarakat sekaligus mengembalikan kepentingan peranan mahasiswa Islam dalam memacu arus globalisasi daripada setiap aspek, usul ini yang telah disuarakan oleh Saudara Mohamamad Hanif bin Haron dengan usul yang berbunyi ," Mempertahankan kelangsungan mahasiswa Mesir dengan beberapa tindakan berikut :
Pertama : Mengemaskini sistem pendidikan di BKAN dan DPM
Kedua : Mempertingkatkan hubungan dengan NGO di Mesir seperti WAMY,WAAG ,Markaz Bahasa dan lain-lain.
Ketiga : Mengadakan hubung jalin antara ILMAM dan PMRAM
Keempat : Mengenalpasti sumber modal Insan keluaran Mesir di Malaysia.
Kedua-dua usul ini telah diperbahaskan oleh perwakilan dengn keperluan semasa. Sokongan daripada semua perwakilan juga menjadikan kedua-dua usul ini telah diterima dalam muktamar kali ini .

Di akhir sesi usul dan cadangan, Presiden PMRAM 2010 mengingatkan kepada semua perwakilan agar mewujudkan suasana kebersamaan dalam menjayakan dan mengaplikasikan lagi kekuatan mahasiswa dan mahasiswi di setiap peringkat Cawangan PMRAM di BKAN dan DPM dalam menjayakan lagi usul yang telah disepakati.

Semoga usul pada tahun ini akan menjadi satu isyarat petanda bahawa kebangkitan gelombang mahasiswa bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng samada mahasiswa dalam Pengajian Islam mahupun Perubatan juga tidak terkecuali .

sumber:pmram.org

No comments:

Post a Comment