Labels

Pages

Saturday, July 10, 2010

PMRAM Mengetuai Perbincangan Isu Perpindahan Muhafazah


KAHERAH, 2 Julai - Satu pertemuan telah diadakan oleh pihak PMRAM bersama-sama PPMI dan Persatuan induk bagi mahasiswa/wi Thailand bagi membincangkan isu perpindahan muhafazah. Perbincangan tersebut telah berlangsung di pejabat PMRAM pada jam 3.30 petang.

Perbincangan tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, serta turut terlibat daripada wakil PMRAM ialah Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Azlan Hj Alias. Turut terlibat sama Presiden PPMI, Saudara Taufik, Presiden Persatuan induk mahasiswa/wi Thailand, Saudara Fakhrulrazi bersama 2 pengiring.

Dalam perbincangan tersebut, pelbagai isu dan permasalahan yang berkaitan dengan isu perpindahan mahasiswa/wi ke Kaherah diutarakan hasil maklumat yang diterima oleh setiap wakil. Sehingga kini maklumat yang diterima adalah berbeza dan sekadar makluman secara lisan sahaja.

Keputusan yang diambil hasil daripada perbincangan tersebut, ketiga-tiga pihak secara sepakat kurang bersetuju dengan khabar berita akan perpindahan tersebut berdasarkan kesan negatif yang difikirkan bersama. Selain itu, usaha dalam mendapatkan kepastian secara jelas dan rasmi berikutan isu perpindahan ini akan dilakukan secepat yang mungkin. Beberapa gerak kerja telah disusun dan akan dijalankan bersama.

"Sehingga kini, qarar rasmi daripada pihak Al-Azhar masih belum kita dapat lagi. Apa yang kita dengar-dengar sebelum ini hanya sekadar makluman lisan sahaja. Kita harap mana-mana pihak tidak cepat melatah." jelas Saudara Azlan Hj Alias ketika dihubungi selepas perbincangan tersebut dilakukan.

"Pihak PMRAM memandang perkara ini sebagai satu isu bersama bagi mahasiswa/wi Asia Tenggara. Kita dari semasa ke semasa akan berbincang dan bertindak apa jua cara bagi menyelesaikan masalah ini bersama-sama.Dan kita harap ahli semua bertenang, dan serahkan kepada pimpinan. Segala maklumat terkini akan dimaklumkan kemudian" tambah saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

Sumber:hewipmram55.blogspot.com

No comments:

Post a Comment