Wednesday, June 30, 2010
PERINGATAN AKHAWAT KELUAR MALAM TANPA MUSHRIF
ISKANDARIAH 29 MEI - Pelbagai laporan Hisbah Iskandariah telah diterima mengenai terdapat pelajar akhwat yang keluar malam tanpa musyif selepas peperiksaan yang telah tamat. Justeru itu, hisbah memperingatkan kepada akhwat keseluruhannya supaya menjaga keselamatan anda semua dan bersegera untuk pulang ke rumah sebelum Maghrib.
Untuk makluman tentang peraturan ini telah lama dipratikkan di seluruh muhafazah. Jadi perkara ini bukan isu baru. Jangan keraskan hati anda semua. Hisbah telah membuat kajian peratusan besar keluar malam adalah disebabkan pelbagai faktor .
Antaranya:
1) Membeli belah sempena untuk pulang ke tanah air.
2) Bersiar-siar dan melawat di kawasan bersejarah sekitar Iskandariah.
3) Rehlah dan jaulah.
Cadangan Hisbah :-
1) Keluar awal selepas zohor atau asar.
2) Mesti berada di rumah sebelum Maghrib.
3) Sekiranya melepasi waktu Maghrib, sila hubungi pakdam-pakdam terdekat.
Tindakan Hisbah :-
1) Ambil nama akhawat yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh DPMI dan UMI
2) Menegur dengan hikmah atau sebagainya walaupun kepada orang yang sama saja yang FLY.
3) Akan dihantar pulang ke rumah masing-masing oleh pakdam-pakdam yang ditaklifkan.
4) Tindakan lain yang munasabah dengan kesalahan tertentu.
Nasihat Hisbah :-
1) Jagalah keselamatan dan maruah anda semua. Ingatlah selalu kepada peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku kepada pelajar Malaysia.
2) Berjalan biarlah dalam berkumpulan.
3) DILARANG keluar malam terutamanya pergi ke CARREFOUR, GREEN PLAZA, MANSYIAH, QOL'AH, MUNTAZAH dan lain-lain di waktu malam.
4) DILARANG berdua-duan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tindakan tegas akan diambil oleh Hisbah.
5) Sila bersedia dengan alat bantu saat kecemasan seperti serbuk lada hitam dan sebagainya.
Ketika Kecemasan :-
1) Elakan keluar seorang diri walaupun keadaan terdesak
2) Jangan panic ketika keadaan kecemasan berlaku
3) Banyakan selawat tafrijiah dan lain-lain amalan agar kita tidak alpa
4) Sila hubungi Presiden ,Pengerusi PMRAM cawangan atau mana-mana wakil Hisbah dengan segera mengikut keadaan tempat.
Sumber:www.umi-pmram.blogspot
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment