Labels

Pages

Wednesday, September 22, 2010

Himpunan Aktivis PMRAM




KAHERAH, 21 September - Makluman penting kepada seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi unit-unit di bawah PMRAM sesi 2010, Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 akan diadakan dalam masa terdekat ini. Seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah diminta untuk melaporkan diri kepada Badan Pengurus dan HEWI PMRAM yang melibatkan portfolio masing-masing, dan mengosongkan waktu yang akan dimaklumkan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PESAT.

Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 merupakan kesinambungan bagi Himpunan Aktivis PMRAM kali pertama dalam memperkasakan gerak kerja setiap unit di bawah PMRAM. Selain itu, ia adalah untuk menilai akan kekuatan dan kelemahan bagi memperkemaskan gerak kerja di seluruh peringkat unit dengan tugasan dan objektif masing-masing.

"Pada sesi ini, PMRAM optimis untuk memperkasakan kekuatan di seluruh peringkat. Ia termasuk juga akan unit-unit di bawah PMRAM yang membawa misi dan dasar PMRAM dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru, himpunan ini adalah bagi membina kekuatan dari masa ke semasa di samping menyelesaikan kekurangan yang berlaku di beberapa unit." jelas Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, Timbalan Presiden PMRAM merangkap Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia.

Justeru, PESAT pada sesi ini akan lebih fokus dalam menjayakan pembawakan ucapan dasar Presiden dalam subtajuk 'Ke arah melahirkan Aktivis Islam' dengan mengadakan beberapa aktiviti, dan yang paling utama ialah Himpunan Aktivis PMRAM yang lebih memfokuskan seluruh unit di bawah PMRAM dengan permulaan membentuk kekuatan bersepadu di kalangan Pengarah dan Timbalan Pengarah unit, di samping beberapa perancangan yang lain.

Dijangkan lebih 20 unit akan dilibatkan dalam himpunan ini di antaranya ialah PMC, MANHAL, Hisbah, Bait Muslim, Fityan, Unit Penerangan Umum, Mini Pavilion dan lain-lain lagi.

Sebarang makluman lanjut berhubung Himpunan Aktivis PMRAM kali ke-2 akan diberikan secara langsung oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah PESAT kepada seluruh Pengarah dan Timbalan Pengarah.

sumber dari: pmram.org

Wednesday, September 15, 2010

DIREKTORI KEPIMPINAN PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH 2010/2011

JEMPUTAN MAJLIS AIDILFITRI



Dengan penuh takzim PMRAM pusat akan mengadakan Majlis Aidilfitri sahabat MANHAL dan Pelancaran KEMPEN MEMBACA PMRAM 2010,maklumat adalah seperti berikut:

TARIKH:11 SYAWAL 1431H,20/9/2010
TEMPAT:RUMAH KELANTAN BARU
MASA:10 PAGI-5 PETANG


Dijemput kepada semua ahli DPMI untuk hadir memeriahkan majlis tersebut.
Sesiapa yang berkelapangan boleh mendaftar pada mana-mana AJKT DPMI.

Kerjasama anda amat dihargai.

Tuesday, September 14, 2010

JOM BALIK KAMPUNG




Pihak PMRAM dengan segala hormatnya menjemput seluruh ahli-ahlinya yang berada di Perlembahan Nil ini untuk menghadiri Haflah Aidilfitri PMRAM (HATI PMRAM 10') yang akan diadakan pada 18 september ini,bertempat di Dataran Haiyyu Asyir.Tema yang amat menarik iaitu 'Jom Balik Kampung' cuba ditampilkan disamping cuba menghidupkan suasana kampung ala-ala tanah air.Nantikan agenda menarik di sana.Jom pakat ramai-ramai datang ke HATI PMRAM 10'.

Perhatian kepada semua ahli DPMI,Unit Sambutan Dan Rehlah akan membuka koster untuk pulang ke kampung. Bagi sesiapa yang ada kelapangan masa untuk pulang kampung bersama kami pada 18 september 2010, sila hubungi Ustazah Nur Jihan Binti Junaidi selaku Unit Sambutan Dan Rehlah DPMI 2010/2011 untuk maklumat lanjut.

Friday, September 10, 2010

UCAPAN EIDULFITRI PENGERUSI PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH 2010/2011

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Rabbul ‘Izzati, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dalam menyempurnakan misi dan visi penyebaran Ad-Din kepada seluruh manusia. Dengan melaungkan takbir, melafazkan tasbih dan mengucapkan tahmid kerana masih lagi menganugerahkan kepada kita nikmat Iman dan Islam mampu menyempurnakan kewajipan serta dapat mengharungi bulan tarbiyah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT . Dengan nikmat tersebut, terbukti pada hari ini kita mampu meraikan satu kemenangan bagi umat Islam serata dunia, yang berbilang bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Madrasah ramadhan yang lalu banyak mengajar kita selaku hamba Allah yang diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan. Maha suci Allah, Tuhan sekalian Alam.

Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir, bertahmid, bertahlil dan bertasbih”.

Sampai saatnya ramadhan al-mubarak meninggalkan kita, lalu bulan syawal menggantinya. Berlalunya bulan ramadhan mencetuskan rasa sayu dan sedih dihati para solihin. Mereka sedih dan menangisi kerana peluang untuk mendapat pahala beribadah yang berlipat ganda sudah tiada lagi. Kesedihan ini bukan sahaja dirasai oleh manusia, malah turut ditangisi oleh para malaikat dan makhluk Allah SWT yang lain.

Riwayat daripada Jabir r.a yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Menjelang akhir malam Ramadhan , maka menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, kerana dengan berlalunya ramadhan, maka berlalunya fadhilatnya. Ini merupakan musibah bagi umatku. Ditanya seseorang, apakah musibah itu ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW “dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah termakbul, segala kebajikan digandakan pahalanya dan seksaan kubur dikecualikan, maka adakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu”

Marilah bersama-sama memohon kepada Allah agar memanfaatkan kita dengan bulan ramadhan dan bekalan puasa. Kita juga memohon semoga Allah mengembalikan kemenangan Islam dan menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan reformasi untuk saling mengislah diri dan memperelokkan amalan kita serta menguatkan kesatuan yang kita nikmati kini. Sedarlah, sesungguhnya kita sesekali tidak akan dikalahkan kerana sedikit bilangan kita, tidak juga lemahnya peralatan kita dan juga kerana ramainya musuh kita, akan tetapi kita akan dikalahkan apabila rosaknya hati dan apabila tiadanya kesatuan hati, serta kesatuan fikrah.
Imam Hasan Al-Banna menyebutkan di dalam artikelnya “sesungguhnya kekuatan yang paling utama adalah kekuatan kesatuan”.

Islam tidak pernah mengajar umatnya hanya berfikir tentang diri sendiri tanpa menghiraukan saudara-mara di sekeliling.Sempena hari yang berbahagia ini, kami ingin menyeru kepada sahabat-sahabat dan diri yang kerdil ini untuk menguatkan ukhuwah dan kefahaman dan ketinggian agama Islam dengan cara kita semua kembali kepada budaya hidup Islam yang sebenar. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Kita bina kembali jati diri sebagai penganut ajaran agama yang dipilih Allah iaitu, agama Islam. Satukan Ukhuwwah Islamiah dan laksanakan Tarbiyah dalam segenap aspek kehidupan.
Buat akhirnya saya mewakili barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir serta seluruh mahasiswi PMRAM Cawangan Iskandariah mengucapkan Salam Eidulfitri kepada kepimpinan PMRAM pusat, Taakhi Zon B serta seluruh ahli PMRAM Cawangan menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan andainya di sana ada kesalahan dan terkasar budi bicara ataupun ada hak-hak yang tidak tertunai. Sama-samalah kita berdoa agar kesatuan yang kita bina atas dasar takwa kepada Allah SWT akan berterusan demi memastikan survival Islam terus agung di atas muka bumi Allah ini.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
“KESATUAN UKHUWWAH MANIFESTASI TARBIYAH”

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

Sirru a’la barakatillah

Norliza Binti Mat Salleh,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2010/2011

Thursday, September 9, 2010

IKLAN HEWI'S TOUR 2010




Terbaru daripada Unit Sambutan & Rehlah HEWI PMRAM 2010

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..
Unit Sambutan & Rehlah HEWI PMRAM Pusat bakal menganjurkan jaulah ke Mansurah, Dumyat & Port Said. Program yang julung kalinya diadakan ini dinamakan HEWI'S TOUR 2010 dan dijangka mendapat sambutan hangat dari kalangan ahli HEWI.

Program yang memakan masa selama satu hari ini akan berlangsung pada 21 september bersamaan 12 syawal 1431 H. Tempat yang bakal dilawati di Mansurah ialah makam sahabat Nabi S.A.W iaitu Abdullah Salam R.a dan kebun buah-buahan. Di Dumyat pula tempat yang bakal dikunjungi ialah Ra'su Bahr, manakala di Port Said peserta berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Besar Asia, melihat terusan Suez selain membeli-belah di sana.

Pendaftaran akan ditutup pada 14 september ini. Anda boleh mendaftar degan mana-mana Ketua Unit Sambutan & Rehlah PMRAM Cawangan masing-masing. Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

sumber daripada:hewipmram55.blogspot.com

Friday, September 3, 2010

Aktivis PMRAM:Laksanakan Tugas Di Posisi Masing-Masing


Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan kepada sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan mulia kekasih hati, Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul.

Melaksanakan kerja-kerja Islam marupakan tanggungjawab bagi mereka yang melafazkan dua kalimah syahadah. Islam mengajar umatnya memahami kalimah syahadah bukan hanya sekadar bermain di bibir bahkan meyakini dengan hati yang ikhlas serta membuktikan dengan tindakan dan perbuatan.

Untuk melaksanakan kerja-kerja Islam tersebut, Rasulullah SAW tidak hanya menyuruh umatnya tetapi ditinggalkan cara dan gaya stategi melalui sejarah jatuh bangun Islam bermula di zaman Nabi Adam AS sehingga wafatnya Rasulullah SAW.

Sejarah berharga tersebut perlu dijadikan sebagai kamus pedoman bagi menyusun kerangka strategi perlaksanaan kerja-kerja Islam dalam masyarakat. Justeru dengan kesedaran yang ada, PMRAM menyusun gerak kerja untuk aktivis PMRAM bermain di posisi masing-masing.

Terdapat beberapa peringkat kerja-kerja yang perlu difahami oleh aktivis PMRAM agar tugasan yang dilakukan tidak terkeluar daripada landasan matlamat yang disasarkan. Peringkat tersebut adalah :-

1. At-Ta'rif (pengenalan dan pengajaran)
2. At-Takwin (pembentukan dan penyusunan)
3. At-Tanfiz (perlaksanaan menuju ke arah matlamat)


AT-TA'RIF

Di peringkat permulaan ini, banyak ilmu-ilmu pengetahuan tentang Islam disebarluaskan kepada masyarakat. Sasaran bagi peringkat permulaan ini adalah masyarakat yang umum. Justeru di peringkat ini pelbagai cara bertindak digunakan demi menarik minat pelbagai golongan di setiap peringkat.

Memahami situasi mahasiswa di Mesir, PMRAM tidak terlepas daripada menyusun aktiviti dan program demi menyebarkan ilmu-ilmu Islam serta menonjolkan wajah Islam yang sebenar. Antara agenda yang dilaksanakan ialah Kolokium Ilmuan, muhadharah bersama masyaikh, Madrasah Imam As-Syafie, diskusi kitab dan lain-lain.

Matlamat utama bagi peringkat at-ta'rif ini adalah mengubah keadaan masyarakat daripada kejahilan kepada berilmu. Akidah serta mentaliti orang awam diubah agar berpegang teguh dengan ajaran dan ilmu Islam.

Aktivis PMRAM yang culas dalam melaksanakan tugasan di peringkat ini bakal melahirkan kelompok masyarakat yang bersemangat memperjuangkan Islam tanpa ilmu dan kefahaman. Situasi ini akan menyebabkan mereka berputus asa (futur) di pertengahan jalan membawa risalah Islam.

PMRAM berusaha membendung virus putus asa (futur) dikalangan petugas-petugas Islam dengan menanam kefahaman yang mendalam dari sudut akidah serta syariat Islam.


AT-TAKWIN

Peringkat yang kedua dalam perlaksanaan kerja-kerja Islam ialah at-takwin atau dikenali dengan pembentukan dan penyusunan. Di tahap ini, kelompok yang melepasi peringkat pertama akan dikumpulkan kemudian diikat dengan ikatan ukhuwah dan pembinaan syakhsiah.

Matlamat utama posisi ini adalah mengubah keadaan individu atau kumpulan daripada berilmu kepada berfikrah dan bersama persatuan. Tugasan yang perlu dimainkan oleh aktivis PMRAM di posisi ini ialah membina pemikiran masyarakat supaya ilmu pengetahuan yang dipelajari itu digunakan pada jalan yang benar. Bentuk pemikiran juga berubah menjadi lebih matang serta mampu menganalisis sesuatu peristiwa mengikut kaedah yang ditetapkan oleh agama Islam.

Justeru PMRAM menjadikan peringkat yang kedua ini sebagai medium pembentukan fikrah Islam. Ilmu yang dipelajari di peringkat permulaan tadi disusun mengikut manhaj yang telah ditetapkan oleh ilmuan Islam.

Antara medium penbentukan fikrah yang dilaksanakan oleh PMRAM ialah muzakarah berkelompok, mukhayyam (perkhemahan), qiamullail, program mega serta aktiviti-aktiviti PMRAM dikalangan mahasiswa Islam di Mesir.

Sebab itulah PMRAM mengecam golongan yang menjadikan muzakarah berkelompok sebagai tempat bertalaqqi atau pengajian. Bagi PMRAM, golongan ini sebenarnya tidak memahami peranan yang perlu dimainkan di posisi yang kedua ini.

Aktivis PMRAM yang culas dalam melaksanakan tugasan di peringkat ini bakal melahirkan kelompok yang hanya berfikir tentang diri sendiri. Isu semasa atau kemungkaran yang dilakukan mahasiswa sekeliling tidak diendahkan. Kebajikan yang diajar oleh Islam hanya tinggal teori semata-mata.

Sekiranya virus ini tidak dibendung, masalah pertikaian terhadap aktivis PMRAM akan terus berlaku. Virus ini akan melahirkan golongan yang hanya mampu bercakap lantang tanpa membuktikan dengan tindakan. Padahal Islam itu tidak akan tertegak dengan kata-kata.


AT-TANFIZ


Di peringkat yang terakhir ini, individu atau kumpulan yang telah melalui tahapan dakwah akan memiliki peribadi yang bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja Islam. Mereka ini bersedia menerima arahan dan melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh pimpinan.

Matlamat utama di peringkat ketiga adalah menjadikan golongan pelaksana ini bersama persatuan mencapai matlamat mencari redho Allah SWT. Kelompok ini akan menjalankan tugas dan amanah demi menonjolkan wajah Islam yang sebenar dalam masyarakat.

Aktivis PMRAM yang berada di posisi ini wajib melakukan amal soleh sebagai bekalan menghadapi ujian yang terbentang di hadapan. Bukan hanya sekadar itu bahkan mereka juga perlu melaksanakan keja-kerja Islam secara berkumpulan. Tugasan yang dilakukan secara 'lone ranger' bakal melahirkan jiwa yang putus asa (futur).

Justeru PMRAM melaksanakan aktiviti seperti mesyuarat, merangka strategi, membuat kajian serta menyusun jadual dan graf pencapaian demi mencapai matlamat yang disasarkan. Aktivis PMRAM yang culas bermain di posisi ini akan menjadikan kesatuan yang dibawa tidak seimbang.

Oleh itu posisi yang ketiga inilah sebenarnya yang akan menentukan pembawakan persatuan kini dan masa hadapan. Tamadun PMRAM akan terbina kukuh dengan pemahaman yang jelas oleh aktivis PMRAM di peringkat ini.

Semoga aktivis PMRAM memahami serta menjalankan tugas di posisi masing-masing demi keseimbangan pembawakan PMRAM pada sesi ini iaitu KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH.


Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.

di petik daripada Minda Presiden
www.pmram.org

Sambut seruan "Kempen Membaca"


KAHERAH, 2 September - Para mahasiswa dan mahasiswi samada pengajian Islam mahupun perubatan di Perlembahan Nil hari ini diseru untuk sama-sama sambut seruan 'Kempen Membaca ' diperingkat PMRAM dengan mengisytiharkan bulan September sebagai bulan membaca. Kempen membaca tersebut merupakan satu alternatif dalam menaikkan lagi imej mahasiswa yang berpengathuan, pemikir dan kreatif.

Sebelum ini, pada bulan Jun dan Julai, Unit Biah Solehah telah pun menjalankan kajian medan dalam mencula kekerapan para ahli PMRAM khususnya dalam pembacaan. Bagi meneruskan kelangsungan usaha ke arah memupuk para mahasiswa rajin membaca, PMRAM melalui Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa (BPKB) akan membawa agenda tersebut dalam menjayakan 'Kempen Membaca' dengan pelbagai pengisian dan penerangan yang akan dilakuakan secara berperingkat.

www.pmram.org