Labels

Pages

Thursday, June 24, 2010

DPMI Sokong Siasatan Serangan Ke Atas Flotilla



Khamis, 24/06/2010 – Peristiwa 31 Mei yang lalu amat memberi kesan kepada jiwa-jiwa orang islam,serangan yang dilakukan oleh Rejim Zionis keatas Freedom Flotilla yang melibatkan banyak nyawa terkorban syahid itu masih meniti di bibir-bibir umat Islam.Berikutan peristiwa tersebut Majlis Hak Asasi Manusia yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah disahkan mendapat Suara Majoriti Selesa ke atas cadangan untuk membentuk suatu Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa

Dan berkatanya “Kempen Kesatuan Eropah Demi Memberhentikan Sekatan Ke Atas Gaza” iaitu salah satu daripada pertubuhan yang bergabung dengan Freedom Flotilla dan merupakan pertubuhan yang sering mengambil bahagian di dalam perjalanan Perjumpaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia : “Sesungguhnya Majlis Hak Asasi Manusia telah pun mengisytiharkan nama-nama untuk ke Misi Siasatan Antarabangsa iaitu pada hari Isnin (21/6) untuk menyiasat dan mengkaji segala fakta-fakta yang berkaitan untuk mengesahkan pencabulan Undang-Undang Antarabangsa yang berpunca daripada serangan Pihak Israel terhadap Kapal Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.

Dan pertubuhan tersebut menambah di dalam suatu kenyataan bertulis dan Pusat Informasi Palestin telah menerima satu salinan daripada kenyatan tersebut : “Sesungguhnya draf resolusi tersebut telah diutarakan oleh salah seorang daripada perwakilan Pakistan ( di atas nama Jemaah Perwakilan Bangsa Arab ) berdasarkan di atas permintaan Turki yang menjadi korban pada malam serangan tersebut yang mana telah mengorbankan 9 orang ahli konvoi warganya,dan draf resolusi tersebut telah dikeluarkan bersama-sama dengan nama-nama anggota suruhanjaya yang ditubuhkan itu,sambil memberitahu bahawa misi siasatan tersebut akan menggabungkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada : Dino Criciotbs yang merupakan seorang peguam bertaraf antarabangsa dari Zimbabwe yang sekarang ini bertugas di Jabatan Awam Undang-Undang Antarabangsa di University Nottingham di dalam jurusan undang-undang,Puan Singh yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Diskriminasi Terhadap Wanita dari India,dan Dmitry Rafik yang merupakan mantan Ahli Perwakilan Hak-Hak Asasi Manusia di Serbia,dan Anaguiborg Sólrún Zdzisladottir yang merupakan mantan Menteri Luar Iceland dan merupakan mantan Pegawai Tertinggi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Canada.

Rentetan dari serangan tersebut juga,kita selaku umat Islam harus menggembleng tenaga yang ada untuk menuntut hak kemanusiaan yang melibatkan nyawa saudara-saudara seislam kita,kesatuan umat Islam adalah senjata utama untuk membantu mereka.Ayuh!bangkit dan tanamkan sensitiviti terhadap isu-isu melibatkan hak dan maruah umat Islam.Moga usaha yang murni ini diiringi dengan doa yang tidak putus-putus mendapat nusrah.

No comments:

Post a Comment