Labels

Pages

Saturday, October 30, 2010

Sekalung Tahniah Dan Penghargaan



KAHERAH, 30 Okt - Lapangan Terbang Antarabngsa Kaherah semalam telah menerima tetamu yang istimewa setelah setahun kerusi TYT Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir dikosongkan. Ketibaan TYT Prof. Dr Fakhruddin Abdul Mukti dilapangan terbang telah disambut oleh kakitangan pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah serta kakitangan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pada awal jam 10 pagi.

Deligasi dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang diketuai oleh Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Timbalan Presiden, Saudara Mohd Zuhaili Saiman dan Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias turut bersama-sama menyambut kedatangan TYT Duta yang baru bersama keluarga.

Hampir 2 jam penantian kakitangan kedutaan dan deligasi dari PMRAM menunggu dari pintu luar VIP, namun dengan pertemuan yang singkat dilapangan terbang tersebut diambil kesempatan sebaiknya untuk berramah mesra dengan TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin.

Sebelum itu, pihak PMRAM telah mengucapkan tahniah dan selamat datang ke bumi anbiya' kepada TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukti atas lantikan beliau sebagai TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru bagi menggantikan TYT Duta Dato' Zainal Abidin Abd. Kadir.

TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru amat terharu dengan kehadiran kakitangan KBMK, JPMK dan PMRAM serta beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan yang dilakukan dilapangan terbang tersebut serta aktiviti yang dilakukan untuk sambutan kedatangan beliau ke bumi Mesir ini.

Wednesday, October 27, 2010

PENGUMUMAN PENTING BUAT MAHASISWI AL-AZHAR CAWANGAN ISKANDARIAH

Perhatian kepada seluruh Mahasiswi Al-Azhar Cawangan Iskandariah. Pihak syuun ta’lim kuliah Al-Azhar Cawangan Iskandariah meminta maklumat mahasiswi tahun 4 yang sedang tawaquf fursoh 4-10 untuk semakan semula sesi pengajian tahun ini 2010/2011. Diharap sesiapa yang mengenali maklumat mahasiswi ini diminta terus menghubungi Unit Pendidikan PMRAM Cawangan Iskandariah Saudari Najwa Binti Anas di talian +2014 5786758

SYARIAH ISLAMIAH:
1. NORSIAH JAAFAR
2. RAIHANAH ABD HAMID
3. LILI AZNIRA UMAR
4. AFIDAH ATAN
5. SITI NOR ASMA ABD SAMAD
6. SA’DIAH GHAZALI
7. SITI HAJAR ABDULLAH
8. SHARIZAN ISMAIL
9. NOR AZLINA JAAFAR
10. NOR HASHIMAH ISMAIL
11. NOR ZAHANA ABD WAHID
12. NOR AIDAH ABD RAHIM
13. ZALINA ABD.
14. SITI ROHAYU MOHD SALLEH
15. FAIRUS SAFIAH MAT DALI

USULUDDIN TAFSIR:
1. ZAHIRAH MOHD
2. MASHITAH AHMAD
3. NOR ZAKIAH ZAKARIA
4. WAN HAZIRAH WAN HASSAN

USULUDDIN HADIS:
1. ANITA ALI

BAHASA ARAB:
1. NOR FAIZAH MOHD
2. FARIZA MOHD FAUZI
3. NOR FADHILAH MOHD YASSIN
4. NOR LIZA ISMAIL
5. AZLI WAHID
6. HAMIZA MOHD SHAFIE
7. RAFIDAH SADRI
8. AIDAH ABDULLAH
9. SOFIAH JUSOH
10. MAZLINA MURSYIDA RAZALI
11. MASNIDA MOHD FAUZI

Mohon maaf jika ejaan nama diatas ada kesalahan. Mohon maklum balas kepada pihak kami dengan segera. Kami dahului dengan ucapan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.

Isu Pegawai JPMK : Kenyataan Rasmi Presiden




Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu yang melibatkan penindasan mahasiswa Islam di Mesir berlaku. Bermula daripada isu Kutub Sittah pada tahun 2009 sehinggalah sekarang ini, ia berlaku bagaikan dirancang. Namun PMRAM meminta agar ahli bertenang serta bertindak mengikut arahan pimpinan.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pihak-pihak berwajib yang melanggar polisi dan etika sebagai seorang penjawat awam. Bagi PMRAM, tindakan Pengarah JPMK Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasyim yang menandatangai surat sokongan bagi penubuhan 'Academy Center' di Tanta merupakan tindakan yang tidak profesional.

Di dalam surat tersebut terdapat beberapa kesalahan mengikut format rasmi surat kerajaan. Bahkan beliau juga menafikan peranan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang selama ini menjaga keselamatan mahasiswa-mahasiswi Islam di sana. PMRAM menyifatkan kata-kata ini sebagai tuduhan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa walaupun DPMT mampunyai autoriti untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pihak keselamatan Mesir, PMRAM tidak pernah sesekali membelakangi peranan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam isu-isu keselamatan mahupun menafikan kewujudannya.

Beralih kepada isu yang berlaku di Mansurah pada 16 Oktober lalu. PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap salah seorang pegawai JPMK yang menyalahgunakan kuasa. PMRAM menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Atase Akademik En. Khairi bin Jalaluddin juga sebagai tindakan yang tidak profesional.

Sebagai penjawat awam beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika taklimat biasiswa tersebut untuk mengedarkan borang Kelab Umno. Tindakan tersebut seolah-olah mengajak mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Walaupun tindakan tidak profesional ini dilakukan oleh beberapa orang pegawai JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan bahawa hubungan rasmi tetap akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih profesional dalam melaksanakan tugasnya demi menjaga nama baik negara Malaysia. PMRAM juga mengharapkan agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada halangan dan ancaman.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan mahasiswa Islam ini.

Sekian.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.

Sumber: pmram.org

Tuesday, October 19, 2010

Bengkel Kem Latihan Penulis Siri I Pada 23hb Oktober ini




Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM dan Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI PMRAM dibawah satu Unit Kem Latihan Penulis (KELAP) akan mengadakan program Seminar & Bengkel Penulisan:

Tarikh : 23 Oktober 2010
Tempat : Rumah Kelantan, Hayyu Sabiek
Waktu : 7 pagi hingga 4 petang

Tarikh tutup pendaftaran : 22 Oktober 2010
Untuk pendaftaran hubungi (Ahmad Ulwan-0149476256)
(Siti Hajar -0146797847)

Yuran : LE 10

Harap maklum.





SUMBER: PMRAM

Monday, October 18, 2010

Isu Keselamatan: Pengerusi Kesal Wakil Agen Medic Mesir Tidak Bekerjasama



TANTA, 10 Oktober - Tanta sejak 2 tahun kebelakangan ini semakin dibanjiri dengan pelajar-pelajar daripada pengajian Perubatan. Saban tahun kuantitinya semakin bertambah. Sebilangan ramai daripada pelajar tersebut datang melalui tajaan JPA, agen QAS dan Medic Mesir. Pihak persatuan DPMT tetap mengambil sikap untuk memberikan seberapa banyak kerjasama dan bantuan terutamanya kepada pelajar-perlajar yang baru tiba di bumi Tanta melalui hubungan yang telah dijalinkan dengan Persatuan Perubatan Cawangan Tanta ( PCT ) yang telah dilakukan sejak awal penubuhan persatuan tersebut.

Pada tahun lepas semua agen dapat memberikan kerjasama yang amat baik terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu keselamatan. Namun yang menjadi masalah pada hari ini, sebuah agen yang dikenali sebagai agen Medic Mesir telah mengambil langkah menganjurkan aktiviti-aktiviti di bawah seliaannya sendiri dan baru-baru ini agen terbabit telah mengadakan program Sambutan Mahasiswa Baru di imarah pelajar-pelajar akhawat agen Medic Mesir. Sebelum ini, wakil agen tersebut telah mengatakan bahawa tempat tersebut sebagai ‘centre’ sahaja dan bukannya markaz. Apa yang dikatakannya itu hanyalah perbezaan dari sudut istilah sahaja tetapi fungsiya tetap sama seperti markaz. Tindakan agen tersebut amat membimbangkan pihak kami kerana jelas telah melanggari qarar ( ketetapan ) yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan Mesir.

Pihak keselamatan Mesir telah menetapkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya dibenarkan untuk beroperasi dengan sebuah markaz sahaja yang telah diluluskan dan tidak dibenarkan untuk menubuhkan markaz yang lain. Hal ini menjadi satu perkara yang amat kita titikberatkan demi kemaslahatan dan keselamatan semua pelajar. Sebab itulah, pihak DPMT tidak dapat menunaikan permintaan daripada persatuan PCT untuk menubuhkan markaz yang lain dan mengambil keputusan untuk berkongsi markaz sehingga ke hari ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kami telah berusaha untuk berbincang dengan wakil agen tersebut bagi menyelesaikan masalah ini. Namun, apa yang menjadi masalah wakil agen tersebut jelas tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami. Sedangkan ianya adalah untuk kemaslahatan kita bersama termasuk pelajar-pelajar daripada agen tersebut. Saya melihat di dalam isu ini wakil agen tersebut seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan. Saya sendiri telah menghubungi beliau dan mengatakan bahawa pihak keselamatan Mesir ingin bertemu dengan beliau.

Beberapa kali temujanji dengan pihak keselamatan Mesir terpaksa kami batalkan kerana apabila tiba masa untuk bertemu dengan pihak keselamatan Mesir beliau telah mematikan telefon bimbitnya. Bahkan, pesanan ringkas yang dihantar melalui SMS juga tidak dibalas oleh beliau. Apabila ditanya, beliau memberi alasan yang tidak munasabah. Secara peribadi saya merasa begitu kesal dengan tindakan beliau ini. Jelas membuktikan bahawa pihak agen tersebut cuba untuk mengelak apabila kita mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai sebuah agen yang besar ,saya menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh wakil agen terbabit adalah satu tindakan yang kurang professional.

Sekali lagi saya melahirkan rasa sedih dan kesal kerana pihak agen terbabit tidak membantu untuk menyelesaikan isu ini dalam keadaan yang baik dan harmoni. Sedangkan kita tahu, bahawa negara Mesir ini terkenal sebagai sebuah negara yang darurat. Kita sepatutnya bersyukur, kerana ini pihak keselamatan Mesir masih memberikan kerjasama yang baik sehingga hari ini. Saya menasihatkan kepada wakil agen tersebut supaya memikirkan akan kemaslahatan dan kebaikan seluruh pelajar Malaysia yang berada di bumi Tanta ini .



sumber: http://edpmt.org/v03

Sunday, October 17, 2010

Roadshow Gempur Syakhsiah di Iskandariah





Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM dibawah Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM akan menganjurkan siri jelajah seluruh cawangan PMRAM. Siri ini yang diberi nama Roadshow Gempur Syakhsiah hasil gabungan tiga Unit utama dibawah Lajnah tersebut iaitu Unit Biah Solehah, Unit Hisbah dan Unit Bait Muslim.

Ketiga-tiga unit ini berperanan dalam menjaga dan memastikan Biah yang baik di Mesir ini berterusan dan berkekalan bahkan bertindak memperbaikinya dari masa ke semasa. Memandangkan suasana di Mesir adalah dalam keadaan membimbangkan terutamanya bagi mahasiswi, oleh itu, gabungan tiga unit ini dalam roadshow kali ini diharap dapat memberikan lagi pendedahan dan perkongsian ilmu yang baik.

Roadshow kali ini bertemakan " Membina Langkah Mungkar Dicegah" akan menjelajah ke seluruh cawangan PMRAM mengikut permintaan yang akan bermula pada 18 Oktober ini di Damanhur, dan beberapa lagi cawangan antaranya Iskandariah pada 19 Oktober ini.

Oleh itu, semua mahasiswa dan mahasiswi dari Pengajian Islam dan Perubatan Iskandariah dijemput hadir untuk mendengar penerangan dan kupasan yang akan diadakan pada:

Tarikh: 19 oktober 2010
Masa : 1.00 petang
Tempat: Dewan Zajlatul Abidah (Markaz Pmram Cawangan Iskandariah)

" Membina Langkah Mungkar Dicegah "
"Kemantapan Fikrah membina syakhsiah"
"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah"

sumber: PMRAM
unit dakwah pembangunan insan DPMI 10/11

Monday, October 4, 2010

ARMA DAN DANA SYAQAH:PMRAM OPTIMIS


KAHERAH, 2 Oktober - Pameran bergerak Unit Panitia ARMA bersama-sama dengan Unit Dana Syaqah yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar. Pameran yang diadakan di hadapan rumah BKAN Pulau Pinang tadi bermula seawal 9.30 pagi dengan sesi lawatan untuk pihak akhwat.

Pameran tadi diserikan juga dengan kehadiran daripada mahasiswi baru daripada beberapa BKAN terutama BKAN Pulau Pinang.

Sesi lawatan untuk akhwat berakhir pada jam 1 petang, kemudian pada jam 1.30 petang pula adalah sesi lawatan bagi ikhwah.

Pengunjung pameran bergerak diberikan pamplet penerangan berkaitan bersama-sama buku penerangan kronologi khas mengenai ARMA yang menceritakan sejarah penubuhan Unit Panitia seawal 1932 sehingga rentetan kronologi peristiwa dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak PMRAM dalam mendapatkan kembali hak beroperasi di anjung ARMA.

Pameran bergerak yang mengganbungkan antara Unit Panitia ARMA dan Unit Dana Syaqah ini merupakan siri yang pertama dalam menyebarkan penerangan dan informasi yang berkaitan serta bagi menghidupkan kembali sensitiviti ahli dalam cakna isu ARMA dan Dana Syaqah.

"Pada tahun ini, pihak PMRAM melalui Unit Panitia ARMA khususnya begitu optimis dalam berusaha menaikkan sensitiviti ahli terhadap ARMA. Dan pameran bergerak ini adalah langkah permulaannya" ujar Timbalan Presiden yang ditemui di tapak pameran bergerak petang tadi.

SUMBER WWW.PMRAM.ORG

LAWATAN KERJA BADAN PENGURUS PMRAM DAN HEWI PMRAM PUSAT KE ISKANDARIAH DAN DAMANHUR


KAHERAH, 28 September - Badan Pengurus dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI PMRAM 2010 telah mengadakan lawatan kerja ke Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah ( DPMI ) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur ( DPMDM ).

Majlis lawatan kerja Badan Pengurus Dan HEWI PMRAM telah diadakan diwaktu yang berasingan di dua buah Markaz DPM tersebut.

Kunjungan lawatan kerja pertama telah diadakan dimarkaz Dewan PErwakilan MahasiswI ISkandariah ( DPMI ), Mandarah, Iskandariah sebelah petang.

Disebelah pagi, pihak DPM Iskandariah telah mengadakan program motivasi 5 M bersempena dengan pembukaan kuliah bagi sesi 2010/2011 di peringkat DPM.

Pada jam 2 petang ahli-ahli DPM Iskandariah beramah mesra dalam sebuah majlis dialog bersama pimpinan PMRAM pusat yang diadakan sejurus tamat program motivasi 5 M itu.

Seramai 14 orang Badan Pengurus dan 15 orang HEWI PMRAM 2010 yang diketuai Presiden Saudara Shahrizan Mohd Hazimie telah turun padang bersama-sama dengan ahli DPM Iskandariah bagi mendengar suara ahli dan permasalahan didalam pelbagai perkara yang berlaku sekitar ahli di Iskandariah.

Kehadiran ahli Iskandariah yang memberangsangkan itu telah menggunakan peluang yang ada bersama pimpinan itu telah melontarkan pelbagai cadangan dan soalan bagi mengukuhkan kesatuan serta perpaduan diantara ahli PMRAM.

Majlis ramah mesra itu diakhiri dengan seluruh ahli DPM iskandariah mendengar amanat daripada Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazimie.

Pada sebelah malam pula, Badan Pengurus PMRAM yang diketua Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Haizimie telah mengadakan kunjungan lawatan kerja ke Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur bertempat di markaz Darul Huda.

Majlis ramah mesra diadakan sejurus selepas solat isya' secara berjemaah dengan kehadiran ahli Damanhur yang memenuhi markaz Darul Huda itu.

Majlis tersebut juga dihadiri seramai 12 orang pimpinan Badan Pengurus yang ingin mendengar suara ahli di peringkat Damanhur telah menerima respon yang baik serta menerima cadangan dan muhasabah yang bernas daripada ahli-ahli Damanhur yang cukup prihatin tentang kesatuan badan induk mahasiswa PMRAM bagi sentiasa bergerak seiringan dengan era semasa.

Diakhir majlis ramah mesra itu, ahli-ahli Damanhur telah mendengar amanat emas daripada Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazimie.

Pihak DPM Damanhur amat menghargai kehadiran pimpinan PMRAM pusat bagi menjenguk ahli-ahli yang berada jauh dari Kaherah dan mengharapkan hubungan ahli Damanhur dengan Badan Pengurus PMRAM dibina denga lebih akrab lagi.

sumber:www.pmram.org