Labels

Pages

Wednesday, June 30, 2010

PERINGATAN AKHAWAT KELUAR MALAM TANPA MUSHRIF


ISKANDARIAH 29 MEI - Pelbagai laporan Hisbah Iskandariah telah diterima mengenai terdapat pelajar akhwat yang keluar malam tanpa musyif selepas peperiksaan yang telah tamat. Justeru itu, hisbah memperingatkan kepada akhwat keseluruhannya supaya menjaga keselamatan anda semua dan bersegera untuk pulang ke rumah sebelum Maghrib.

Untuk makluman tentang peraturan ini telah lama dipratikkan di seluruh muhafazah. Jadi perkara ini bukan isu baru. Jangan keraskan hati anda semua. Hisbah telah membuat kajian peratusan besar keluar malam adalah disebabkan pelbagai faktor .

Antaranya:

1) Membeli belah sempena untuk pulang ke tanah air.
2) Bersiar-siar dan melawat di kawasan bersejarah sekitar Iskandariah.
3) Rehlah dan jaulah.

Cadangan Hisbah :-

1) Keluar awal selepas zohor atau asar.
2) Mesti berada di rumah sebelum Maghrib.
3) Sekiranya melepasi waktu Maghrib, sila hubungi pakdam-pakdam terdekat.

Tindakan Hisbah :-

1) Ambil nama akhawat yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh DPMI dan UMI
2) Menegur dengan hikmah atau sebagainya walaupun kepada orang yang sama saja yang FLY.
3) Akan dihantar pulang ke rumah masing-masing oleh pakdam-pakdam yang ditaklifkan.
4) Tindakan lain yang munasabah dengan kesalahan tertentu.

Nasihat Hisbah :-

1) Jagalah keselamatan dan maruah anda semua. Ingatlah selalu kepada peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku kepada pelajar Malaysia.
2) Berjalan biarlah dalam berkumpulan.
3) DILARANG keluar malam terutamanya pergi ke CARREFOUR, GREEN PLAZA, MANSYIAH, QOL'AH, MUNTAZAH dan lain-lain di waktu malam.
4) DILARANG berdua-duan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tindakan tegas akan diambil oleh Hisbah.
5) Sila bersedia dengan alat bantu saat kecemasan seperti serbuk lada hitam dan sebagainya.


Ketika Kecemasan :-

1) Elakan keluar seorang diri walaupun keadaan terdesak
2) Jangan panic ketika keadaan kecemasan berlaku
3) Banyakan selawat tafrijiah dan lain-lain amalan agar kita tidak alpa
4) Sila hubungi Presiden ,Pengerusi PMRAM cawangan atau mana-mana wakil Hisbah dengan segera mengikut keadaan tempat.

Sumber:www.umi-pmram.blogspot

IKLAN BAZARIA (SUQ AL-AKALAAT AL-MAALIZIAH)


Bazar tahunan Iskandariah kembali menemui anda semua. Kami barisan AJKT dan Penasihat PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2009/2010 serta ad-hoc dan ajk mengalukan kedatangan seluruh ahli PMRAM cawangan Iskandariah, pasangan mutazawwijin, ahli PERUBATAN Iskandariah dan taakhi.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini akan bermula pada :

TARIKH : 1, 2 & 3 SYA'BAN 1431 bersamaan 13, 14 & 15 JULAI 2010.

TEMPAT : DEWAN ZAJLATUL ABIDAH.

HARI : SELASA, RABU & KHAMIS.

WAKTU BERMULA BAZAR : 9 PAGI - 6 PETANG.

Hadirlah beramai-ramai. Kami menanti kedatangan anda. Terima kasih.

Tuesday, June 29, 2010

Penawar Hati: Ruhiyah Menjadi kekuatan Berdakwah



Ruhiyah adalah bekal yang terbaik bagi setiap muslim, terutama bagi seorang da’i. Ruhiyah inilah yang akan memotivasi, menggerakkan dan kemudian menilai setiap perbuatan yang dilakukannya. Keberadaan ruhiyah yang baik dan stabil menentukan kualiti kejayaan hidup seseorang, begitu juga dengan dakwah. Sangat tepat ungkapan yang menyatakan, “Ar-Ruhiyah qablad dakwah kama Annal Ilma qablal qauli wal amal”. Ungkapan ini merupakan “iqtibas” dari salah satu judul bab dalam kitab shahih Al-Bukhari, “Berilmu sebelum berbicara dan beramal, demikian juga memiliki ruhiyah yang baik sebelum berdakwah dan berjuang”.

Dalam konteks dakwah, menjaga dan mempertahankan ruhiyah harus sentiasa ke atas daie sebelum terjun ke medan dakwah dan berhadapan dengan madu',selain berdakwah dengan cara hikmah,berdoa dan bertawakkal kepada Allah adalah satu pengharapan yang tidak boleh diabaikan.

Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kalian bersama-sama, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, kemudian lakukanlah amal kebaikan, dan berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad”. (Al-Hajj: 77-78)

Menurut susunannya, ayat di atas memuat perintah Allah kepada orang-orang yang beriman berdasarkan skala kepentingan; diawali dengan perintah menjaga dan memperbaiki kualiti ruhiyah yang tercermin dalam tiga perintah Allah: ruku’, sujud dan ibadah, kemudian diiringi dengan menerapkan dari ruhiyah tersebut dalam bentuk amal dan jihad yang benar. Yang diharapkan dari menjalankan perintah ayat ini sesuai dengan urutannya adalah agar kkita meraih kemenangan dan keberuntungan dalam seluruh aspek kehidupan, lebih-lebih lagi urusan yang kental dengan ruhiyah oaitu dakwah. Tentunya susunan ayat Al-Qur’an yang demikian bijak dan tepat bukan semata-mata hanya memenuhi aspek keindahan bahasa atau ketepatan makna, namun lebih dari itu, terdapat hikmah yang layak untuk digali kerana susunan ayat atau surah dalam Al-Qur’an memang bersifat “tauqifiy” (berdasarkan wahyu, bukan ijtihad).

Peri pentingnya ruhiyah dalam dakwah dapat difahami juga dari sejarah turunnya surah Al-Muzzammil. Surah ini secara hukum dapat dibagikan menjadi dua kelompok; kelompok yang pertama dari awal surah hingga ayat 19 yang berisi arahan kewajipan solat malam dan kelompok kedua yang berisi rukhshah dalam hukum qiyamullail menjadi sunnah mu’akkadah, iaitu pada ayat yang terakhir, ayat 20. Boleh dibayangkan satu tahun lamanya generasi terbaik dari umat ini melaksanakan kewajipan qiyamullail layaknya solat lima waktu semata-mata untuk mengisi dan memperkuat ruhiyah mereka sebelun segala sesuatunya. Baru di tahun berikutnya turun rukhshah dalam menjalankan solat malam yang merupakan inti dari aktiviti memperkuat ruhiyah. Hal ini dilakukan, kerana mereka memang dipersiapkan untuk mengemban amanah dakwah yang cukup berat dan berkesinambungan.

Pada tataran aplikasinya, kestabilan ruhiyah harus diuji dengan dua ujian sekaligus, iaitu ujian nikmat dan ujian cubaan atau musibah. Kerana boleh jadi seseorang mampu mempertahankan ruhiyahnya dalam keadaan susah dan banyak mengalami ujian dan cubaan, namun saat dalam keadaan lapang dan senang, mudah saja ia lengah dan lupa dengan tugas utamanya. Inilah yang dikhawatirkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya,

“Bukanlah kefaqiran yang sangat aku khwatirkan terjadi pada kalian, tetapi aku sangat khwatir jika (kemewahan, kesenangan) dunia dibentangkan luas atas kalian, kemudian kerananya kalian berlumba-lumba untuk meraihnya seperti yang pernah terjadi pada orang-orang sebelum kalian. Maka akhirnya kalian binasa sebagaimana mereka juga binasa kerananya”. (Bukhari dan Muslim).

Maka seorang mukmin yang kualiti ruhiyahnya baik adalah yang mampu mempertahankannya dalam dua keadaan sekaligus. Demikianlah yang pernah Rasulullah isyaratkan dalam sabdanya, “Sungguh mempesona keadaan orang beriman itu; jika ia mendapat anugerah nikmat ia bersyukur dan itu baik baginya. Namun jika ia ditimpa musibah ia bersabar dan itu juga baik baginya. Sikap sedemikian ini tidak akan muncul kecuali dari seorang mukmin”. (Al-Bukhari)

Dalam konteks ini, contoh yang sempurna adalah Nabi Muhammad saw. Beliau mampu memelihara kestabilan ruhiyahnya dalam keadaan apapun; dalam keadaan suka dan duka, senang dan sukar, ringan dan berat. Justeru, semakin besar nikmat yang diterima seseorang, semestinya semakin bertambah rasa syukurnya. Semakin besar rasa syukurnya, maka akan semakin tinggi voltan dakwahnya. Begitu seterusnya sehingga wajar jika Rasulullah tampil sebagai abdan syakuran. Kerana memang demikian jaminan Allah swt, “Barang siapa yang bersyukur, maka pada hakikatnya ia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya” (Luqman: 12). Orang yang bersyukur akan memperoleh hasil syukurnya, iaitu kenikmatan ruhiyah yang ditandai dengan hidup menjadi lebih bahagia, tenteram dan sejahtera. Kerana bersyukur hakikatnya adalah untuk dirinya sendiri.

Dan ternyata kejayaan dakwah Rasulullah saw yang diteruskan oleh para sahabatnya sangat ditentukan –selain dari pertolongan Allah- dengan kekuatan ruhiyahnya. Selain dari qiyamullail yang menjadi amalan rutin sepanjang masa, cahaya Al-Qur’an juga sentiasa menyinari hatinya. Allah swt menegaskan dalam firman-Nya, “Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ia dibawa turun oleh Ar-ruhul Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan”. (Asy-Syu’ara’: 192-194). Demikian persiapan Muhammad sebelum menjadi Rasul yang akan memberi peringatan yang merupakan tugas yang berat dan mengandung risiko adalah dengan dibekali Al-Qur’an yang akan sentiasa mengarahkan hatinya.

Dalam hal ini, Dr. Yusuf Al-Qaradawi pernah menyatakan dengan tegas rahsia kekuatan Al-Qur’an, “

القرآن روح رباني تحيا به القلوب والعقول

“Al-Qur’an adalah kekuatan Rabbani yang akan menghidupkan hati dan fikiran”. Al-Qur’an akan sentiasa memancarkan kekuatan Allah yang akan kembali menghidupkan hati dan fikiran yang sedang dirundung duka dan kemaksiatan. Kekuatan nabi Muhammad sendiri ada pada kekuatan hatinya yang sentiasa dicharge dengan cahaya Al-Qur’an. Dan demikian seharusnya, kekuatan dakwah seseorang ditentukan oleh kekuatan ruhiyahnya, bukan dengan aspek secondary dan formalitas lainnya.

Pada masa yang sama, agar ruhiyah tetap stabil terpelihara, maka harus dijaga dengan banyak beramal, meskipun hanya sedikit. Karena amal yang terbaik menurut Rasulullah saw adalah amal yang berkesinambungan, “Sebaik-baik amal adalah yang berkesinambungan meskipun sedikit demi sedikit”. (Tirmidzi). Dalam konteks ini, Inkonsistensi ruhiyah pernah ditegur oleh Rasulullah saw, “Janganlah kamu seperti si fulan; dahulu ia rajin qiyamul lail, kemudian ia tinggalkan”.

Penguatan aspek ruhiyah sebelum yang lainnya pada hakikatnya merupakan bentuk kewaspadaan seorang mukmin di hadapan musuh besarnya iaitu syaitan yang seringkali berganding bahu dengan manusia untuk melancarkan serangannya dan merealisasikan misinya. Tepat ungkapan Prof. Muhammad Mutawlli Asy-Sya’rawi:.

يأتى الشيطان من نقطة الضعف للانسان


“Syaitan akan sentiasa mengintai dan mencari titik lemah manusia”. Dengan licik dan komit, syaitan sentiasa mengincar kelemahan manusia tanpa henti, kerana ia tahu bahawa setiap manusia memiliki kelemahan dan oleh kerananya manusia diperintahkan untuk berlindung hanya kepada Allah dengan memperkuat aspek ruhiyahnya.

Demikianlah, aspek ruhiyah selalu menjadi potensi andalan para pemimpin dakwah yang telah menoreh tinta emas dalam sejarah dakwah ini. Mereka adalah orang-orang yang terbaik dalam kualiti ruhiyah dan amalnya. “Ruhbanun bil Lail wa Fursanun bin Nahar”. Ruhiyah ini menjadi benteng dan pendinding bagi pendokong agama Allah,kita kembali kepada sirah sahabat-sahabat nabi yang begitu kuat ruhiyah dan ubudiah kepada Allah sehingga mereka yang terpilih untuk berperang adalah mereka yang bangun malam.

Hubungan Dengan Israel Akan Pulih Dengan 4 Syarat -Erdogan-

Dalam wawancara dengan surat kabar Toronto Star, Perdana Menteri Erdogan, yang menghadiri KTT G-20 di kota Toronto Kanada, mengatakan, "hubungan dengan Israel akan tetap tegang sampai Israel memenuhi empat syarat:

1. Israel harus meminta maaf atas serangan pasukan komando mereka pada tanggal Mei 31 terhadap kapal Turki yang merupakan bagian dari armada kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza,

2. Israel harus membayar kompensasi kepada para keluarga dari 10 orang yang tewas dalam serangan itu, sembilan orang Turki dan satu warga Turki-Amerika,

3. Israel harus setuju untuk dilakukannya penyelidikan internasional, sebagaimana yang diminta oleh Sekretaris Jenderal PBBBan Ki Moon-atas insiden ini (bukan dengan penyelidikan yang dilakukan oleh Israel sendiri),

4. dan yang terakhir Israel harus mengangkat embargo atas Jalur Gaza.

Mengingatkan bahwa Israel telah mengumumkan pengurangan embargo, Erdogan mengatakan, "kami telah mendengar laporan itu tapi tidak ada langkah-langkah konkrit yang telah diambil Israel. Pernyataan tersebut serupa dengan yang pernah dilakukan israel di masa lalu."

Israel pekan lalu mengatakan mereka telah melonggarkan blokade di Jalur Gaza pada setelah kelompok-kelompok HAM dan dunia internasional sikap Israel yang telah menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah yang terkepung tersebut.

Erdogan juga mengatakan bahwa Turki sedang merencanakan untuk menuntut Israel atas nama para korban yang tewas maupun terluka oleh serangan brutal pasukan komando militer Israel.

Erdogan mengatakan armada bantuan ke Gaza diselenggarakan oleh organisasi-organisasi non-pemerintah, yang membawa relawan dari puluhan negara, bersama dengan bantuan kemanusiaan yang terdiri dari makanan, obat-obatan, mainan, dan bahan konstruksi.

"Armada itu diserang di perairan internasional, 72 mil dari perairan teritorial Israel Sayangnya, israel menggunakan senjata dan senapan dan peluru plastik untuk menyerang para relawan. Kami telah akrab dengan argumen Israel bahwa mereka berhak untuk mempertahankan diri. Tentu saja, Anda dapat melindungi perbatasan Anda terhadap orang-orang bersenjata atau melawan musuh militer, dan Anda dapat mempertimbangkan aksi tersebut dalam batas-batas negara anda sendiri. Tapi Anda tidak punya hak untuk melakukan itu di perairan internasional. Saya menafsirkan hal ini adalah sebagai teror negara."

Erdogan menegaskan beberapa orang yang mati telah ditembak dari jarak dekat, dari dada ke atas, dari belakang leher. "Jika tujuannya bukan untuk membunuh, peluru plastik bisa ditembakkan di bawah lutut, " katanya menegaskan. (fq/agenceies)

Sumber:www.ibnuirfadzil.blogspot.com

Friday, June 25, 2010

Muslimat Dan Gerakan Mahasiswa



Era modenisasi dan globalisasi masakini telah membuktikan kepada sesebuah negara itu tidak dapat menafikan kepentingan gerakan mahasiswa bagi membentuk generasi yang mampu membawa perubahan yang baik kepada lebih baik untuk masa depan ummah yang cemerlang didunia dan akhirat.

Seperti yang kita maklumi mahasiswa merupakan golongan pelajar yang berpendidikan diperingkat tinggi di universiti sama ada dalam jurusan BA, Master atau PHD. Apa itu gerakan mahasiswa? Gerakan mahasiswa adalah satu unit sosial yang melibatkan mahasiswa dan berperanan dalam membawa agenda atau revolusi kebangkitan suara mahasiswa bagi membuat sesuatu perubahan kearah yang lebih positif dan realistik.

Oleh itu, mahasiswa kini telah membuktikan kebangkitan suara mereka dalam menegakkan kebenaran berdasarkan ilmu pengetahuan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kesedaran kefahaman Islam dan semangat yang kuat dapat membentuk jatidiri mahasiswa kearah yang lebih efektif dan rasional. Kebangkitan gerakan mahasiswa bukanlah semata -mata di atas desakan ekstrimis tetapi kerana kesedaran dalam membawa kefahaman Islam yang sebenar kepada diri, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.

Mahasiswa yang terdiri diantara lelaki dan perempuan merupakan aset modal insan yang amat penting bagi sesebuah negara dalam melahirkan generasi pemimpin rabbani yang bakal mejadi pemimpin masa depan negara dan mempunyai pemikiran Islam yang tulen tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pemikiran sekular, liberal dan sebagainya sepertimana yang telah dirancang oleh musuh-musuh Islam dalam merosakkan ummat Islam didunia ini.

Golongan lelaki (siswa) adalah ketua dan perempuan (siswi) pelengkap kepada lelaki bagi menjalankan tugas dan peranan masing -masing seperti yang telah ditetapkan dalam firman Allah Subhanahu wataala.

Muslimat (siswi) dalam gerakan mahasiswa masakini mempunyai peranan yang penting dalam membantu medan pergerakan ini supaya lebih seimbang antara dua genetik lelaki dan perempuan untuk mencapai tujuan dan matlamat yang sama tanpa ada perbezaan kedua-dua golongan ini.

Sejarah telah membuktikan kepentingan peranan muslimat dalam membantu perjuangan Rasulullah S.A.W seperti Saidatina Asma’ Abu Bakar membantu baginda, ayahnya dan sahabat yang lain dengan menghantar makanan kepada mereka ketika dalam perjalanan hijrah ke Mekah. Usianya ketika itu masih muda remaja dan berani dalam melaksanakan arahan dan perintah baginda S.A.W.

Awal sejarah kebangkitan Islam muslimat merupakan elemen yang penting dalam perjuangan yang telah dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sama seperti sejarah Islam yang lampau muslimat kini berperanan dalam gerakan mahasiswa seperti membantu dalam pengurusan organisasi, pemikiran, ideologi dan memberi kesedaran kefahaman Islam yang jelas kepada masyarakat khususnya golongan hawa.

Kefahaman tersebut bukanlah hanya semata-mata teori tetapi sama-sama mempraktikkan dalam kehidupan seharian. seperti kata-kata Saidina Umar r.a “Perbaikilah diri kamu dan serulah kepada yang lain”.

Pendekatan muslimat lebih efisyen bagi kaum sejenis, kanak-kanak dan golongan tua dalam memberi kesedaran revolusi baru untuk membuat sesuatu perubahan yang lebih baik kerana wanita mempunyai sifat yang sinonim dengan kelembutan dan ketekunan dalam melakukan sesuatu.

Kisah sejarah srikandi Sumayyah dan keluarganya di bunuh oleh kaum musyrikin telah membuktikan kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita yang mempertahankan aqidah hanya untuk mentauhidkan Allah yang Esa.

Justeru itu,beliau merupakan salah seorang srikandi Islam yang tercatat dalam sejarah Islam.Namun begitu,itulah hakikat yang menyatakan bahawa muslimat mampu untuk melakukan “Jangan disangka tangan yang lembut tidak mampu untuk menggoncang dunia”.

Selain itu, peranan muslimat dalam membawa organisasi politik kampus mahasiswa juga penting dalam membentuk dan melatih diri seorang muslimah untuk lebih tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran semasa.

Secara tidak langsung keterlibatan muslimat dalam berorganisasi samaada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti dan pelbagai peringkat yang lain dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk amali dan lebih efisien berbanding cakap tak serba bikin.

Justeru, kita tidak boleh mempertikaikan bahawa muslimat tidak perlu berperanan dalam gerakan mahasiswa kerana kita merupakan mata rantai perjuangan yang akan membawa risalah Ad-Deen. Maka terbantutlah perjuangan tanpa muslimat kerana muslimat merupakan sayap kiri perjuangan, bukan sahaja di rumah malah di medan perang masa kini.

Saudari Ibtisam Mohamad,
Naib Pengerusi Hewi I
(Unit Perancang dan Panitia HEWI PMRAM 2010)

Sumber:www.pmram.org

Thursday, June 24, 2010

DPMI Sokong Siasatan Serangan Ke Atas Flotilla



Khamis, 24/06/2010 – Peristiwa 31 Mei yang lalu amat memberi kesan kepada jiwa-jiwa orang islam,serangan yang dilakukan oleh Rejim Zionis keatas Freedom Flotilla yang melibatkan banyak nyawa terkorban syahid itu masih meniti di bibir-bibir umat Islam.Berikutan peristiwa tersebut Majlis Hak Asasi Manusia yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah disahkan mendapat Suara Majoriti Selesa ke atas cadangan untuk membentuk suatu Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa

Dan berkatanya “Kempen Kesatuan Eropah Demi Memberhentikan Sekatan Ke Atas Gaza” iaitu salah satu daripada pertubuhan yang bergabung dengan Freedom Flotilla dan merupakan pertubuhan yang sering mengambil bahagian di dalam perjalanan Perjumpaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia : “Sesungguhnya Majlis Hak Asasi Manusia telah pun mengisytiharkan nama-nama untuk ke Misi Siasatan Antarabangsa iaitu pada hari Isnin (21/6) untuk menyiasat dan mengkaji segala fakta-fakta yang berkaitan untuk mengesahkan pencabulan Undang-Undang Antarabangsa yang berpunca daripada serangan Pihak Israel terhadap Kapal Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.

Dan pertubuhan tersebut menambah di dalam suatu kenyataan bertulis dan Pusat Informasi Palestin telah menerima satu salinan daripada kenyatan tersebut : “Sesungguhnya draf resolusi tersebut telah diutarakan oleh salah seorang daripada perwakilan Pakistan ( di atas nama Jemaah Perwakilan Bangsa Arab ) berdasarkan di atas permintaan Turki yang menjadi korban pada malam serangan tersebut yang mana telah mengorbankan 9 orang ahli konvoi warganya,dan draf resolusi tersebut telah dikeluarkan bersama-sama dengan nama-nama anggota suruhanjaya yang ditubuhkan itu,sambil memberitahu bahawa misi siasatan tersebut akan menggabungkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada : Dino Criciotbs yang merupakan seorang peguam bertaraf antarabangsa dari Zimbabwe yang sekarang ini bertugas di Jabatan Awam Undang-Undang Antarabangsa di University Nottingham di dalam jurusan undang-undang,Puan Singh yang merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Diskriminasi Terhadap Wanita dari India,dan Dmitry Rafik yang merupakan mantan Ahli Perwakilan Hak-Hak Asasi Manusia di Serbia,dan Anaguiborg Sólrún Zdzisladottir yang merupakan mantan Menteri Luar Iceland dan merupakan mantan Pegawai Tertinggi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Canada.

Rentetan dari serangan tersebut juga,kita selaku umat Islam harus menggembleng tenaga yang ada untuk menuntut hak kemanusiaan yang melibatkan nyawa saudara-saudara seislam kita,kesatuan umat Islam adalah senjata utama untuk membantu mereka.Ayuh!bangkit dan tanamkan sensitiviti terhadap isu-isu melibatkan hak dan maruah umat Islam.Moga usaha yang murni ini diiringi dengan doa yang tidak putus-putus mendapat nusrah.

Tuesday, June 22, 2010

Ceroboh,ratakan tanah di timur Gaza



Sumber peta, google map. Kedudukan Khan Yunus adalah di nombor 12 hijau, manakala Abbasan di nombor 1 dan 2. Kedudukan Qararah pula berada di anak panah berwarna kuning. Dinyatakan, 12 buah kereta kebal Israel keluar dari pos kawalan tentera Kissufim yang bernombor 57 warna biru.

KHAN YUNUS - Sumber melaporkan beberapa buah jentera perang tentera Israel telah menceroboh kawasan tanah pertanian pagi tadi di buah bandar kecil, Abbasan dan Qararah yang berada di timur dan timur laut Wilayah Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita bahawa 12 buah jentera perang Israel, termasuk jentolak keluar dari pos kawalan tentera Kissufim. Enam buah dari jentera itu menghala ke kawasan Farahain di timur Abbasan serta menceroboh sejauh 400 meter. Lantas jentolak Israel meratakan tanah pertanian yang dimiliki penduduk Gaza.

Sebagaimana dilaporkan, Israel turut menceroboh ke kawasan Qararah sejauh 400 meter serta meratakan tanah pertanian penduduk. Di samping itu, tentera penjajah turut melepaskan tembakan secara putus-putus ke arah petani-petani dan rumah penduduk Palestin di kawasan terbabit. Sumber (08.26 pagi, Mesir/Palestin) 21/06/2010, web berita safa.ps

Sumber:MAP 2 STREET pmram

Penawar Hati:Wanita Seindah namamu



Sedar atau tidak tirai imtihan akan berlabuh meninggalkan kita di bumi anbia' ini,terkadang kita terlupa untuk mengkoreksi cukupkah nilai-nilai akhlak islam yang kita praktikkan dalam diri seorang azhari dan azhariah khususnya muslimah. Adakah setiap gerak-geri kita dan setiap penampilan kita mengikut norma-norma yang digariskan Islam atau mengikut telunjuk hati semata.Wanita adalah ciptaan Allah yang amat unik,menjadi fitrah setiap muslimah untuk kelihatan cantik dan anggun tapi bagaimana muslimahku?

TABARRUJ

Abu A'la Al-maududi berpendapat bahawa kalimat "tabarruj" apabila ditujukan kepada wanita mempunyai tiga makna:

1.Menampak kecantikan wajah dan bahagian-bahagian merangsang kepada lelaki yang bukan mahram

2.Menampakkan kecantikan,pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan mahram

3.Menampakkan diri sambil berjalan lenggang lenggok dan bergaya kepada lelaki yang bukan mahram

Kamus Lisan al-Arab,perhiasan(al-zinah) adalah segala benda yang menambahkan kecantikan dan kehebatan.Ia tidak terhad kepada barang dandanan atau solekan wanita atau pakaian semata-mata,bahkan perhiasan yang paling berharga kepada wanita adalahapa yang diciptakan Allah pada tubuh badannya daripada fitnah-fitnah.

Konsep TABARRUJ
Perhiasan dibahagikan kepada 2 jenis

1.Perhiasan semulajadi
merangkumi segala kecantikan semulajadi anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

2.Perhiasan buatan,umpamanya
pakaian
pewarna rambut
wangi-wangian

HUKUM BERHIAS

Situasi melibatkan lelaki yang bukan mahram

Menurut Abu a'la Al-maududi adalah haram menurut Al-quran,hadis dan ijma'

Firman Allah
"Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu"

Perkataan "mendedahkan diri" dalam ayat diatas bermakna kaum wanita yang memakai kain penutup diatas kepalanya tetapi tidak mengemaskannya,maka terlihat leher,anting-anting dan rantai lehernya

Sabda Nabi

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,maka apabila dia keluar dari rumah,syaitan mengunggul-unggulkannya(menampakkan kejelitaannya)

Situasi melibatkan suami

Sekiranya melibatkan suami,maka isteri diwajibkan berhias untuk menggambirakan hati suami selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak

Situasi melibatkan lelaki yang mahram

Perlu di jelaskan bahawa menampakkan perhiasan kepada lelaki yang mahram dengan syarat tidak timbul fitnah sekiranya perhiasan tersebut menyebabkan berlakunya zina,rogol maka haram

Al-Qurtubi pula telah memberikan tafsirannya tentang makna perhiasan yang diperintahkan Allah kepada muslimah agar tidak menampakkannya.Beliau berkata"Perhiasan itu ada dua,perhiasan semulajadi dan perhiasan buatan.Perhiasan semulajadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yang tercipta sejak manusia lahir.Perhiasan buatan adalah barang-barang yang dipakai oleh wanita untuk menambahkan kecantikan.

Tafsiran Al-Qartubi tidaklah bercanggah dengan tafsiran sebelum ini,Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat melarang wanita yang berhijab berhias dengan menimbulkan fitnah seperti bergaya dengan tudung dengan dibentuk dengan pelbagai sehingga tudung itu menjadi perhiasan kepada orang yang melihat.

Kesimpulannya,Allah melarang muslimah tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali muka dan tapak tangan

Monday, June 21, 2010

Gerakan Mahasiswa: Berani Atas Dasar Kefahaman



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan bagi sekalian makhluk. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Keberanian merupakan akhlak yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai salah satu sifat orang mukmin. Berani yang dimaksudkan oleh Islam ialah berani menyatakan kebenaran serta berani untuk mencegah kebatilan.

Tetapi malangnya, sesetengah mahasiswa Islam tidak memahami konsep sebenar keberanian yang diajar oleh Islam. Mereka berani menyatakan kebenaran, tetapi tidak berani mencegah kebatilan yang berlaku di sekeliling. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan tarbiyah.

Mereka berani serta lantang untuk berhujah dan berdebat, tetapi tidak berani untuk melakukan dengan perbuatan. Kemudian mendabik dada bahawa mereka adalah golongan ilmuan. Inilah antara penyakit yang menimpa kelompok yang mengaku bahawa mereka adalah aktivis Islam.

Melihat kepada realiti syakhsiah mahasiswa Islam yang berlaku, PMRAM berusaha untuk mengembalikan identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2010, sifat berani yang ada pada mahasiswa Islam bukanlah berani yang kosong tetapi BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN.

Sebagai mahasiswa Islam, kita sepatutnya berani menyatakan kebenaran pada perkara yang hak serta berani mencegah kebatilan pada perkara yang salah. Allah SWT sengaja menjadikan sejarah terdahulu sebagai kamus panduan untuk membentuk corak kehidupan di masa hadapan.

ZAMAN RASULULLAH SAW

Jika kita mengimbau kembali sejarah di zaman penurunan wahyu, Nabi Muhammad SAW mengumpul kekuatan para sahabat seramai 313 orang untuk menuju ke Medan Badar demi untuk mengambil kembali harta umat Islam yang dirampas oleh kaum musyrikin Mekah ketika berlakunya penghijrahan.

Keberanian yang ditunjukkan oleh Baginda SAW serta para sahabat demi semata-mata menjaga hak umat Islam yang dirampas. Walaupun kekuatan tentera musyrikin seramai 1000 orang, namun perkara tersebut sedikit pun tidak melunturkan keberanian mereka untuk mendapatkan kembali hak umat Islam kerana mereka adalah golongan yang FAHAM.

PEMERINTAHAN KHULAFA' YANG PERTAMA

Dengan sifat berani dan tegas yang ada pada Saidiana Abu Bakar As-Siddiq RA, beliau memerangi golongan yang enggan membayar zakat dengan melaksanakan hukuman bunuh. Walaupun hukuman tersebut ditegur oleh Saidina Umar Al-Khattab RA, tetapi Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA tetap bertegas kerana beliau FAHAM tentang kehendak dan maksud sabda nabi SAW

"Aku disuruh untuk memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semua itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam dan hisab mereka terserah kepada Allah SWT." (Al-Bukhari dan Muslim)

Beliau melontarkan satu persoalan kepada Saidina Umar Al-Khattab RA sebagai jawapan bagi soalan yang ditanya. "Adakah kamu membezakan antara golongan yang murtad dengan mereka yang menafikan hukum pembayaran zakat?."

SELEPAS KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYAH

Keberanian dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebabkan kefahaman masyarakat tentang gerakan Islam semakin subur. Walaupun diuji dan ditimpa dengan pelbagai mehnah dan rintangan, tetapi beliau tetap istiqamah dalam meneruskan risalah Rasulullah SAW kerana FAHAM yang ada dalam diri beliau.

Kalaulah bukan dengan kefahaman yang jelas, keberanian yang membara di peringkat awal akan terpadam sedikit demi sedikit. Dan saya yakin, kefahaman yang tidak diterapkan dalam keberanian akan membuahkan hasil natijah yang tidak sempurna.

PENGALAMAN DIRI

Sehingga kini banyak kisah dan pengalaman yang saya lalui mengajar untuk sentiasa berwaspada dalam melakukan sebarang tindakan. Berapa ramai di kalangan rakan-rakan seperjuangan yang bersemangat dan berani suatu ketika dahulu, kini menyendiri tidak mahu terlibat dengan gerakan Islam atau gerakan mahasiswa.

Berapa ramai di kalangan abang-abang yang memberi tarbiyah kepada adik-adik, kini bersalahan dengan apa yang mereka ucapkan suatu ketika dahulu. Sifat berani seperti inilah yang PMRAM istilahkan sebagai 'berani kosong'.

Selaku mahasiswa Islam, sifat berani yang kita tonjolkan adalah berdasarkan kefahaman. Bukanlah hanya semangat semata-mata. Semangat kerja yang membara tanpa kefahaman akan tidak akan membuahkan istiqamah dalam tindakan. Akhirnya berputus asa dengan sifat berani yang ditunjukkan.

Kefahaman yang mendalam tanpa semangat bekerja tidak akan merubah keadaan mahasiswa sekitarnya. Bahkan golongan inilah yang seringkali mempertikai gerak kerja yang dilakukan oleh aktivis Islam. Sifat seperti ini akan menyebabkan timbulnya penyakit dalam gerakan mahasiswa.

Justeru sifat berani yang seringkali PMRAM laungkan adalah BERANI ATAS DASAR KEFAHAMAN kerana inilah sebenarnya identiti akhlak islamiyah yang diajar oleh Rasululllah SAW kepada umatnya. Inilah unsur yang akan melahirkan sifat istiqamah dalam jiwa aktivis Islam.



KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.

Friday, June 18, 2010

Berat Sama Dipikul

Pada 7 & 8 Jun 2010 yang lalu, wakil kepimpinan HEWI PMRAM Pusat dan kepimpinan PMRAM cawangan Iskandariah telah bersama turun ke rumah ahli DPMI. Bertujuan untuk mengutip sumbangan bagi seorang bayi lelaki yang mempunyai masalah simptom komplikasi jantung yang memerlukan pembedahan yang cepat dan intensif.

Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.

Kerjasama yang diberikan oleh semua ahli samada dari pasangan yang berkeluarga ataupun akhawat, amat memberangsangkan. Jumlah kutipan sepanjang 2 hari jaulah ini berlangsung mencecah LE 3000. Syukran di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang sedikit ini, dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh saudara Ahmad Mufti Hamdani dan isteri.

Untuk terus menyalurkan sumbangan, sila berkunjung ke markaz PMRAM cawangan Iskandariah atau terus berhubung dengan Ketua Unit Kebajikan & Kemanusiaan DPMI (Ustazah Suhana Binti Idris).

Sunday, June 13, 2010

KEMALANGAN MAUT DIHERET KERETAPI DI ASSAFIRAH



ASSAFIRAH, KHAMIS,10 JUN 2010. Satu kemalangan ngeri dan maut telah berlaku ke atas seorang penduduk tempatan melibatkan dua buah keretapi di kawasan Assafirah, Iskandariah. Kejadian itu berlaku berhampiran dengan kawasan penempatan akhwat dirasat dan mutazawwijin.

Mangsa dikatakan maut serta merta di tempat kejadian. Saksi yang berada di lokasi berkenaan membuat satu kesimpulan bahawa mangsa tersepit di antara dua buah keretapi yang sedang bergerak dari arah yang bertentangan. Lalu dia diheret hampir 60 meter jauh. ( link )

Sehubungan dengan rentetan kejadian tersebut, pihak Hisbah Iskandariah mengharapkan kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan landasan keretapi tersebut yang selalu menggunakan artenatif jalan pintas melalui landasan itu supaya dapat menjaga keselamatan anda semua. Perhatikan kiri dan kanan anda sebelum melintasinya. Biar lambat asal selamat. Sayangilah orang yang tersayang.

Saturday, June 12, 2010

Makluman Iqamah

Kepada nama-nama di bawah ini, sila serahkan paspot anda ke markaz secepat mungkin untuk urusan khatim iqamah. Terima kasih.

-Nor Haslinda Abdul Mutalib
-Siti Zunaidah Abu Hassan
-Norzila Mohd Said
-Suriati Shaharuddin
-Wan NorFadzillah Mohd Tahir @ Wan Abdullah
-Siti Zakiah Zakaria
-Nor Shuhada Zulkifli
-Safiyah Badrishah
-Khairunnisa Helmi Azhar
-Nurul Husna Muhammad
-Siti NurShuhada Ghazali
-Sharifah Nadzrah Hanafi
-Nor Adilah Mohamed
-Nadia Hanim Jaafar
-Nor Faizah Mohammad
-Nor Aziela Adnan Shah
-Nurul Fahimah Muda
-Nurul Sakinah Madin
-Nurul Hidayah Abdul Rahim
-Nor Rifidah Asmadi
-Nur Asiah Mukhtar
-Saripah Faizah Syed Mahmad Hadzari
-Siti Aishah Ramli
-Siti Aishah Mohd Nashir
-Siti Khalijah Mohamad
-Siti Hanisah Abdullah
-Siti NorHalimah SAlleh
-Sri Masitah Ngadiran
-Nur Fauzan Ahmad Termizi
-Khairun Nisa Zikri

*Sekiranya anda telah menghantar paspot ke markaz, sila abaikan pesanan ini. Terima kasih.

Monday, June 7, 2010

Derma Kilat : Bayi Memerlukan Kos Pembedahan Jantung LE 50,000




KAHERAH, 2 Jun – Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, begitulah suatu ungkapan yang dialami oleh sepasang suami isteri yang baru sahaja menerima kehadiran seorang cahaya mata lelaki.

Dalam keadaan si ayah dan si ibu ingin menimang si cahaya mata dalam keadaan kegembiraan, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita bahawa bayi lelaki itu mempunyai masalah simptom komplikasi jantung yang memerlukan pembedahan yang cepat dan intensif. Muhammad Maazin Mufti, yang lahir pada 4 April lalu akan dibedah di Arab Saudi dan anggaran kos pembiayaan sebanyak LE 50,000. Bayi tersebut merupakan anak kepada Saudara Ahmad Mufti Hamdani, ahli Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI) yang merupakan lepasan Master di Sudan Pengkhususan Hadis.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan menyeru kepada seluruh ahli PMRAM di bumi Mesir ini agar dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh pasangan suami isteri itu.

“Sebagai persatuan induk yang menaungi 20 PMRAM Cawangan di bumi Mesir ini, PMRAM menyeru kepada seluruh ahli untuk menggemblengkan kebajikan bagi membantu saudara seaqidah kita bagi mengurangkan beban yang di alami oleh beliau, mudah-mudahan dengan bantuan yang di hulurkan akan membantu kita di akhirat sana nanti, insya-Allah”, ujar Naib Presiden III Saudara Mohd Farkhan Mat Zin.
Beliau berharap dengan bantuan yang dihulurkan oleh seluruh mahasiswa di bumi Mesir ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang di alami oleh pasangan suami isteri tersebut.

Beliau yang ditemui selepas pertemuan dengan Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime dan Presiden PPMI Saudara Muhammad Taufik Muhammad Akhyar Rifki di Pejabat PMRAM semalam.

Rentetan dari ujian yang melanda pasangan tersebut,Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM Cawangan Iskandariah menyeru kepada semua ahli PMRAM Cawangan Iskandariah agar kita sama-sama dapat membantu dalam meringankan beban mereka yang memerlukan.
Moga didalam fatrah peperiksaan ini Allah memudahkan segala urusan kalian dgn kalian membantu insan yang AMAT MEMERLUKAN,pembedahan ini perlu dilakukan SEGERA mungkin setelah mendapat kewangan yang secukupnya
."

Segala sumbangan bolehlah disalurkan terus kepada :

SUHANA BINTI IDRIS : NO TEL 011-6826467
UNIT KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH 09/10.


Kerjasama dan bantuan amatlah diharapkan.Hulurkan sumbangan ringankan beban.

PENAWAR HATI: INDAHNYA SIFAT SABAR



Ibrahim al-Khawwash rahimahullah berkata, “Hakikat kesabaran itu adalah teguh di atas al-Kitab dan as-Sunnah.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7]). Ibnu ‘Atha’ rahimahullah berkata, “Sabar adalah menyikapi musibah dengan adab/cara yang baik.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7]). Abu Ali ad-Daqqaq rahimahullah berkata, “Hakikat dari sabar iaitu tidak membantah sesuatu yang sudah ditetapkan takdir. Adapun menampakkan musibah yang menimpa selama bukan untuk berkeluh-kesah kepada makhluk, maka hal itu bukan meninggalkan kesabaran.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7])

Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafizhahullah menjelaskan, “Sabar secara bahasa ertinya adalah menahan diri. Allah ta’ala berfirman kepada nabi-Nya (yang ertinya), ‘Sabarkanlah dirimu bersama orang-orang yang berdoa kepada Rabb mereka’. Maksudnya adalah tahanlah dirimu untuk tetap bersama mereka. Adapun di dalam istilah syari’at, sabar adalah: menahan diri di atas ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan untuk meninggalkan kedurhakaan/kemaksiatan kepada-Nya. …” (I’anat al-Mustafid bi Syarhi Kitab at-Tauhid [3/134] software Maktabah asy-Syamilah)

Macam-Macam Sabar

Al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata, “Sabar yang dipuji ada beberapa macam: [1] sabar di atas ketaatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [2] demikian pula sabar dalam menjauhi kemaksiatan kepada Allah ‘azza wa jalla, [3] kemudian sabar dalam menanggung takdir yang terasa menyakitkan. Sabar dalam menjalankan ketaatan dan sabar dalam menjauhi perkara yang diharamkan itu lebih utama daripada sabar dalam menghadapi takdir yang terasa menyakitkan…” (Jami’ al-’Ulum wa al-Hikam, hal. 279)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk diibadahi oleh hamba di saat tertimpa musibah, sebagaimana ketika dia mendapatkan kenikmatan.” Beliau juga mengatakan, “Maka sabar adalah kewajipan yang selalu melekat kepadanya, dia tidak boleh keluar darinya untuk selama-lamanya. Sabar merupakan penyebab untuk meraih segala kesempurnaan.” (Fath al-Bari [11/344]).

Syaikh as-Sa’di rahimahullah berkata, “Adapun sabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan sabar dalam menjauhi kemaksiatan kepada-Nya, maka hal itu sudah jelas bagi setiap orang bahwa keduanya merupakan sebahagian dari keimanan. Bahkan, kedua hal itu merupakan pokok dan cabangnya. kerana pada hakikatnya iman itu secara keseluruhan merupakan kesabaran untuk menetapkan apa yang dicintai Allah dan diridhai-Nya serta untuk sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya, demikian pula keperluan untuk sabar dalam menjauhi hal-hal yang diharamkan Allah. Dan juga kerena sesungguhnya agama ini berporos pada tiga pokok utama: [1] membenarkan berita dari Allah dan rasul-Nya, [2] menjalankan perintah Allah dan rasul-Nya, dan [3] menjauhi larangan-larangan keduanya…” (al-Qaul as-Sadid fi Maqashid at-Tauhid, hal. 105-106)

Sabar Merupakan Akhlak Para Rasul

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Sungguh telah didustakan rasul-rasul sebelummu maka mereka pun bersabar menghadapi tindakan pendustaan tersebut, dan mereka pun disakiti sampai datanglah kepada mereka pertolongan Kami.” (QS. al-An’am: 34)

Sabar Membuahkan Kebahagiaan Hidup

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Demi masa, sesungguhnya seluruh manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.” (QS. al-’Ashr: 1-3)

Umar bin Khatthab radhiyallahu’anhu mengatakan, “Kami berjaya memperolehi penghidupan terbaik kami dengan jalan kesabaran.” (HR. Bukhari secara mu’allaq dengan nada tegas, dimaushulkan oleh Ahmad dalam az-Zuhd dengan sanad sahih, lihat Fath al-Bari [11/342] cet. Dar al-Hadits tahun 1424 H)

Sabar Topang Keimanan

Dari Shuhaib radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik untuknya. Dan hal itu tidak ada kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan maka dia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan untuknya. Apabila dia tertimpa kesulitan maka dia pun bersabar, maka hal itu juga sebuah kebaikan untuknya.” (HR. Muslim [2999] lihat al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [9/241])

Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu mengatakan, “Sabar adalah separuh keimanan.” (HR. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Baihaqi dalam az-Zuhd, lihat Fath al-Bari [1/62] dan [11/342]). Diriwayatkan bahwa Ali bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu mengatakan, “Sabar bagi keimanan laksana kepala dalam tubuh. Apabila kesabaran telah lenyap maka lenyap pulalah keimanan.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya [31079] dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman [40], bagian awal atsar ini dilemahkan oleh al-Albani dalam Dha’if al-Jami’ [3535], lihat Shahih wa Dha’if al-Jami’ as-Shaghir [17/121] software Maktabah asy-Syamilah).

Sabar Perisai Fitnah

Dari Abu Malik al-Asy’ari radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “…Dan sabar itu adalah cahaya -yang panas-…” (HR. Muslim [223], lihat al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/6] cet. Dar Ibn al-Haitsam tahun 2003). Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “… Fitnah syubhat bisa ditepis dengan keyakinan, sedangkan fitnah syahwat dapat ditepis dengan bersabar. Oleh kerana itulah Allah Yang Maha Suci menjadikan kepemimpinan dalam agama tergantung pada kedua perkara ini. Allah berfirman (yang artinya), “Dan Kami menjadikan di antara mereka para pemimpin yang memberikan petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bisa bersabar dan senantiasa meyakini ayat-ayat Kami.” (QS. as-Sajdah: 24). Hal ini menunjukkan bahwasanya dengan bekal sabar dan keyakinan itulah akan bisa dicapai kepemimpinan dalam hal agama. Allah juga memadukan keduanya di dalam firman-Nya (yang artinya), “Mereka saling menasehati dalam kebenaran dan saling menasehati untuk menetapi kesabaran.” (QS. al-’Ashr: 3). Saling menasehati dalam kebenaran merupakan sebab untuk mengatasi fitnah syubhat, sedangkan saling menasehati untuk menetapi kesabaran adalah sebab untuk mengekang fitnah syahwat…” (dikutip dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir yang disusun oleh Syaikh Ali ash-Shalihi [5/134], lihat juga Ighatsat al-Lahfan hal. 669)

Sabar Membuahkan Hidayah Bagi Hati

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Tidaklah menimpa suatu musibah kecuali dengan izin Allah. Barang siapa yang beriman kepada Allah maka Allah akan berikan petunjuk ke dalam hatinya.” (QS. at-Taghabun: 11)

Ibnu Katsir menukil keterangan al-A’masy dari Abu Dhabyan. Abu Dhabyan berkata, “Dahulu kami duduk-duduk bersama Alqomah, ketika dia membaca ayat ini ‘barangsiapa yang beriman kepada Allah maka Allah akan menunjuki hatinya’ dan beliau ditanya tentang maknanya. Maka beliau menjawab, ‘Orang yang dimaksud dalam ayat ini adalah seseorang yang ditimpa musibah dan mengetahui bahawasanya musibah itu berasal dari sisi Allah maka dia pun merasa redho dan pasrah kepada-Nya.” Atsar ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim di dalam tafsir mereka. Sa’id bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan ketika menafsirkan ayat itu, “iaitu -Allah akan menunjuk hatinya- sehingga mampu mengucapkan istirja’ iaitu Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” (Tafsir al-Qur’an al-’Azhim [4/391] cet. Dar al-Fikr)

Hikmah Dibalik Musibah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya mendapatkan kebaikan maka Allah segerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan untuknya maka Allah akan menahan hukumannya sampai akan disempurnakan balasannya kelak di hari kiamat.” (HR. Tirmidzi, hadits hasan gharib, lihat as-Shahihah [1220])

Di dalam hadits yang agung ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberitakan bahwa ada kalanya Allah ta’ala memberikan musibah kepada hamba-Nya yang beriman dalam rangka membersihkan dirinya dari kotoran-kotoran dosa yang pernah dilakukannya selama hidup. Hal itu supaya nantinya ketika dia berjumpa dengan Allah di akherat maka beban yang dibawanya semakin bertambah ringan. Demikian pula terkadang Allah memberikan musibah kepada sebagian orang akan tetapi bukan kerana rasa cinta dan pemuliaan dari-Nya kepada mereka namun dalam rangka menunda hukuman mereka di alam dunia sehingga nanti pada akhirnya di akherat mereka akan menyesal dengan tumpukan dosa yang sedemikian besar dan begitu berat beban yang harus dipikulnya ketika menghadap-Nya. Di saat itulah dia akan merasakan bahwa dirinya memang benar-benar layak menerima siksaan Allah. Allah memberikan karunia kepada siapa saja dengan keutamaan-Nya dan Allah juga memberikan hukuman kepada siapa saja dengan penuh keadilan. Allah tidak perlu ditanya tentang apa yang dilakukan-Nya, namun mereka -para hamba- itulah yang harus dipertanyakan tentang perbuatan dan tingkah polah mereka (diolah dari keterangan Syaikh Muhammad bin Abdul ‘Aziz al-Qor’awi dalam al-Jadid fi Syarhi Kitab at-Tauhid, hal. 275)

Setelah kita mengetahui betapa indahnya sabar, maka sekarang pertanyaannya adalah: sudahkah kita mewujudkan nilai-nilai kesabaran ini dalam kehidupan kita? Sudahkah kita menjadikan sabar sebagai pilar kebahagiaan kita? Sudahkah sabar mewarnai hati, lisan, dan gerak-gerik anggota badan kita?

sumber:www.halaqah-online.com

Pendirian Turki Wajar Dicontohi



Dunia menyaksikan kezaliman dan keangkuhan satu-satunya rejim yang mengganas tanpa belas ehsan. Rejim Zionis Israel yang sejak dulu tidak pernah henti membuat kerosakan di muka bumi, kini membuktikan kezalimannya bukan hanya pada rakyat Palestin.

Kelakuan zalim yang takkan diterima oleh mana-mana kepercayaan dan anutan agama di dunia ini, apatah lagi agama Islam yang sama sekali menolak sebarang unsur perpecahan dan penindasan kepada sesama manusia dan makhluk Allah. Misi Pelayaran Kemanusiaan yang menghimpunkan pelbagai latar belakang bangsa yang punya hati dan semangat persaudaraan dicabuli dengan sewenang-wenangnya.

Apakah hak bangsa ini untuk menafikan bantuan kemanusiaan yang memang sepatutnya sudah lama diberikan kepada rakyat Palestin yang cukup lama menderita dengan keganasan rejim zionis ini.

Bantuan kemanusiaan yang dirancang untuk diberikan kepada rakyat Palestin dinafikan. Baru-baru ini, Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel hingga menyebabkan 19 terbunuh dan puluhan lagi cedera. Ia adalah salah satu daripada konvoi beberapa buah kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 buah negara.

Misi tersebut kebanyakkannya dari negara Eropah, selebihnya dari Turki, Indonesia, Malaysia dan negara lain. Ini menunjukkan bahawa misi tersebut benar-benar untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang terkepung.

Amerika Syarikat dilihat seolah-olah memberikan ‘lampu hijau’ kepada tentera Israel untuk menyerang sebuah misi kemanusiaan ini. Meskipun pentadbiran Amerika Syarikat berpura-pura hendak menyiasat serangan tentera Israel terhadap konvoi kapal Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan menuju ke Gaza, tetapi laporan yang diterima menyatakan bahawa Israel telah lebih dulu memberitahu pihak perisikan Amerika beberapa ketika sebelum serangan itu diancarkan.

Maknanya di sini, Amerika lebih dulu mengetahui bahawa tentera Israel dalam perjalanan untuk merampas dan menyerang konvoi kapal Flotilla walaupun masih di perairan antarabanga. Inilah realiti yang sebenarnya, apabila segala tindakan Israel disokong secara senyap oleh Amerika Syarikat yang dikenali sebagai kuasa besar dunia.

Sementara itu, Hamas dan negara Arab dan Islam menuntut PBB supaya mengutuk Israel dan mengadakan siasatan terbuka mengenai serangan biadap Israel itu.Namun amat menyedihkan, Washington sedang berlengah-lengah untuk mengarahkan wakilnya di PBB mengutuk Israel.

Tindakan negara sekutu Israel ini memang telah diduga, mengingat sepanjang sejarahnya, Amerika lebih dari 10 kali menggunakan kuasa vetonya menentang keputusan mengutuk Israel.


Kewibawaan Turki terserlah


Turki sebuah Negara yang dilihat cukup memberikan keperihatinan dan kesediaan dalam membantu rakyat Palestin. Peristiwa baru-baru ini menyerlahkan kewibawaan negara Turki yang dipimpin oleh Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menterinya,

Recip Tayyip Erdogan kerana berjaya mengusahakan misi kemanusiaan yang penuh cabaran ini bersama NGO negara Eropah dan negara lain. Walaupun bantuan kemanusiaan itu dirampas oleh Israel dan tidak sampai kepada rakyat Gaza, namun usaha mereka ini sangat mulia dan sangat dituntut oleh Islam.

Tindakan mereka berjaya membuka mata dunia, khususnya pemerintah negara Arab dan pemerintah negara umat Islam bahawa masih tetap ada insan yang sangat perihatin membela kemanusiaan di dunia ini.

Tindakan berani Perdana Menteri Turki, Erdogan yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dengan cara menghalau pulang duta Israel yang berada Turki tersebut merupakan suatu serangan balas ke atas Israel ekoran serangan yang dilakukan oleh rejim zionis Israel ke atas kapal LL4G dalam menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Ini membuktikan pendirian yang jelas telah ditunjukkan oleh pemimpin ini.


Persedian Turki untuk menyerang dan diserang


Turki mempersiapkan diri untuk membalas serangan Israel bagi menyekat bantuan kapal-kapal Turki yang mengibarkan bendera-Gaza di perairan antarabangsa. Ia sebagai satu isyarat agar akur kepada undang-undang antarabangsa dan bagi hak-hak kemanusiaan, berikutan keputusan kecaman dari organisasi-organisasi antarabangsa.

Jurucakap Jabatan Luar Negeri Turki, Burak Ozugergin mengatakan Israel jelas melanggar semua undang-undang antarabangsa, undang-undang perang, undang-undang kemanusiaan dan marin, sama seperti serangan rampasan geng lanun laut Somalia.Ini adalah hakikat yang berlaku, sememangnya Israel tidak pernah tunduk dengan mana-mana undang-undang dunia, bahkan setakat ini, tidak ada undang-undang yang akan dipatuhi oleh zionis ini.

Ozugergin berkata: "Hukum Kemanusiaan melarang menyerang orang awam bahkan pada masa perang. Ini bukan kapal perang. Menurut undang-undang antarabangsa, ini adalah kapal awam, jadi mereka yang bertanggung jawab untuk operasi ketenteraan harus memberikan perhatian kepada orang awam "

Ozugergin lebih banyak mengatakan hal yang dilakukan Israel menyalahi undang-undang antarabangsa. Beliau menambah: "Tidak ada yang harus mendakwa bahawa ini adalah kebuntuan Muslim-Yahudi. Tidak ada yang harus mendakwa kita sedang Anti-Semit. Orang-orang dari semua agama yang berada di atas kapal ketika serangan itu. Mereka berangkat untuk sesuatu yang mereka percaya, untuk menamatkan ketidakadilan dan menarik perhatian awam dunia. "

Pendirian yang ditunjukkan oleh Turki membuktikan keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Keberanian pimpinan dan warga Turki wajar dicontohi oleh semua negara di dunia ini, terutama negar-negara Islam dan Arab.

Demontrasi yang ditunjukkan oleh warga Turki yang melibatkan lelaki dan perempuan adalah satu tindakan yang menunjukkan kesungguhan warga Turki dari segenap peringkat.

Nasib dan penderitaan rakyat Palestin adalah tanggungjawab semua manusia yang cintakan kedamaian, terutama orang Islam.

Justeru, umat Islam sepatutnya terkehadapan bagi memberi sokongan kepada Palestin, sama ada dalam apa jua bentuk usaha seperti berdoa, solat hajat, bacaan yasin, qunut nazilah, memboikot barangan Israel dan sebagainya.


"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"

"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiah"

Hurriyyah Abdul Mokti,
Naib Pengerusi HEWI II (Unit Dakwah dan Pembangunan Insan),
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)


sumber:www.pmram.org

Thursday, June 3, 2010

PRODUK MAKANAN DARI ANJING DAN KELDAI MASUKI PASARAN MESIR


Amat menjijikkan apabila daging anjing dan keldai dijadikan santapan harian. Ini berikutan harga daging yang kian meningkat di Mesir. Produk sampingan itu telah menjadi menu gantian kepada daging lembu.

Daging-daging anjing dan keldai tersebut tidak dijual dalam bentuk asli, melainkan setelah diproses menjadi daging hancur (ada beberapa jenis daging untuk dijadikan makanan di Mesir). Daging tersebut telah tersebar luas di restoren dan hotel sekitar Iskandariah.

Berikut petikan dari Laman web EraMuslim
Beriringan dengan melonjaknya harga daging yang tembus hingga angka 50 persen di Mesir, beberapa produk olahan daging anjing dan keledai (semisal sosis, soguk, hawawshi, daging giling, dan lain-lain) beredar di pasaran kota-kota negara itu.

Surat kabar independen Mesir Al-Mashri Al-Yaum (27/4) menguak kasus beredarnya produk olahan daging tersebut di kota Alexandria. Beberapa puluh potongan kepala anjing dan keledai ditemukan di tempat jagal di bilangan Amiriya, Alexandria.

Salah seorang penduduk bilangan tersebut, Mahmoud Ali, mengaku jika beredarnya beberapa produk olahan daging anjing dan keledai di bilangannya sudah terjadi cukup lama. Kebanyakan produk tersebut dikemas dalam bentuk daging giling atau hawawshi.

"Produsen daging olahan itu kemudian menjual dan mendistribusikannya ke toko-toko dan warung-warung kebab," kata Ali.

Seorang penduduk yang lain, Salim Ahmad, mengatakan jika peredaran produk olahan daging tersebut tidak hanya terbatas di pasar-pasar kawasan kumuh (slum/ashwa'iyyah), tetapi juga di restoran-restoran dan hotel di Alexandria.

Namun, peredaran produk olahan daging anjing dan keledai itu lebih banyak terkonsentrasi dan sudah berlangsung sangat lama di kawasan penduduk menengah ke bawah dan kumuh (ahya ahu'biyyah wa ashwa'iyyah).

"Para penduduk di kawasan menengah ke bawah dan kawasan kumuh adalah konsumen produk tersebut. Mereka sebenarnya tahu itu produk daging anjing dan keledai, tetapi tetap saja mengkonsumsinya karena harganya yang terjangkau oleh uang mereka," jelas Gamal Abdul Lathif, seorang penduduk lainnya.

Pasca terungkapnya kasus ini secara publik, pihak pemerintahan daerah Alexandria kini segera melakukan penyelidikan serius.

Sementara itu, harian berbahasa Arab lainnya, Al-Quds (27/4), melansir, jika kasus beredarnya produk daging olahan anjing dan keledai ini juga terjadi di beberapa kawasan kumuh ibu kota Kairo dan provinsi Giza, semisal Kadrasah, Bulaq Daqrur, Warraq, dan lain-lain.

Di kawasan-kawasan tersebut, bukan hanya daging anjing dan keledai saja yang beredar, tetapi juga produk olahan daging kucing dan daging ternak tiren (mati kemaren).

Sekitar seminggu yang lalu, pihak keamanan Kairo berhasil meringkus petugas di salah satu rumah jagal di kota tersebut yang kedapatan tengah mengolah 'bangkai' daging kerbau. Petugas jagal itu mengaku jika dirinya mengumpulkan hewan-hewan ternak yang sudah mati dari para petani, untuk kemudian ia sembelih dan kuliti, dan dijadikan produk daging olahan. (my/qs)

SUMBER: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/edan-produk-olahan-daging-anjing-keledai-dan-kucing-beredar-di-mesir.htm

BAGAIMANA KESELAMATAN RUMAH ANDA...


Assalamualaikum. Sempena dengan musim peperiksaan fasa kedua ini, Hisbah Iskandariah ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapan yang cemerlang. Insya-Allah, dengan inayah dan taufiq-Nya akan membantu sahabat-sahabat sekalian menjawab kertas peperiksaan dengan hati yang tenang, fikiran yang lapang dan persedian yang mantap. Amin.

Baru-baru Hisbah Iskandariah telah menerima aduan tentang kes percubaan pecah rumah mutazawwijin di Asafirah. Ini disebabkan pasangan tersebut mempunyai urusan di Kaherah hampir selama seminggu. Tetapi kejadian tersebut hanya percubaan sahaja. Pencuri tersebut hanya cuba untuk memecahkan pintu tetapi tidak berjaya. Cuma terdapat kesan rompakan pada pintu rumah pasangan itu .

Jadi di sini Hisbah ingin mengingatkan tentang keselamatan bagi pasangan mutazawwijin yang menduduki peperiksaan di luar Iskandariah supaya semasa ketiadaan suami,dan kepada akhawat Iskandariah supaya mengambil perhatian terhadap faktor keselamatan rumah dan keadaannya yang perlu dijaga dengan baik dan selamat.

Jadi :

1) Pastikan pintu dan kunci rumah dalam keadaan yang selamat.
2) Pastikan isteri dan anak bersama dengan akhwat yang boleh menjaga semasa ketiadaan anda di rumah.
3) Pastikan bekalan gas mencukupi.
4) Saling menghubungi jiran-jiran terdekat atau Padam2 apabila terdapat kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera.

Oleh itu, pihak kami sangat mengharapkan kepada sahabat memastikan faktor keselamatan ini perlu diambil berat sebelum meninggal rumah masing-masing.

sumber:umi-pmram.blogspot.com