Tuesday, June 22, 2010
Penawar Hati:Wanita Seindah namamu
Sedar atau tidak tirai imtihan akan berlabuh meninggalkan kita di bumi anbia' ini,terkadang kita terlupa untuk mengkoreksi cukupkah nilai-nilai akhlak islam yang kita praktikkan dalam diri seorang azhari dan azhariah khususnya muslimah. Adakah setiap gerak-geri kita dan setiap penampilan kita mengikut norma-norma yang digariskan Islam atau mengikut telunjuk hati semata.Wanita adalah ciptaan Allah yang amat unik,menjadi fitrah setiap muslimah untuk kelihatan cantik dan anggun tapi bagaimana muslimahku?
TABARRUJ
Abu A'la Al-maududi berpendapat bahawa kalimat "tabarruj" apabila ditujukan kepada wanita mempunyai tiga makna:
1.Menampak kecantikan wajah dan bahagian-bahagian merangsang kepada lelaki yang bukan mahram
2.Menampakkan kecantikan,pakaian dan perhiasannya kepada lelaki yang bukan mahram
3.Menampakkan diri sambil berjalan lenggang lenggok dan bergaya kepada lelaki yang bukan mahram
Kamus Lisan al-Arab,perhiasan(al-zinah) adalah segala benda yang menambahkan kecantikan dan kehebatan.Ia tidak terhad kepada barang dandanan atau solekan wanita atau pakaian semata-mata,bahkan perhiasan yang paling berharga kepada wanita adalahapa yang diciptakan Allah pada tubuh badannya daripada fitnah-fitnah.
Konsep TABARRUJ
Perhiasan dibahagikan kepada 2 jenis
1.Perhiasan semulajadi
merangkumi segala kecantikan semulajadi anggota badan kecuali muka dan tapak tangan
2.Perhiasan buatan,umpamanya
pakaian
pewarna rambut
wangi-wangian
HUKUM BERHIAS
Situasi melibatkan lelaki yang bukan mahram
Menurut Abu a'la Al-maududi adalah haram menurut Al-quran,hadis dan ijma'
Firman Allah
"Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu"
Perkataan "mendedahkan diri" dalam ayat diatas bermakna kaum wanita yang memakai kain penutup diatas kepalanya tetapi tidak mengemaskannya,maka terlihat leher,anting-anting dan rantai lehernya
Sabda Nabi
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,maka apabila dia keluar dari rumah,syaitan mengunggul-unggulkannya(menampakkan kejelitaannya)
Situasi melibatkan suami
Sekiranya melibatkan suami,maka isteri diwajibkan berhias untuk menggambirakan hati suami selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak
Situasi melibatkan lelaki yang mahram
Perlu di jelaskan bahawa menampakkan perhiasan kepada lelaki yang mahram dengan syarat tidak timbul fitnah sekiranya perhiasan tersebut menyebabkan berlakunya zina,rogol maka haram
Al-Qurtubi pula telah memberikan tafsirannya tentang makna perhiasan yang diperintahkan Allah kepada muslimah agar tidak menampakkannya.Beliau berkata"Perhiasan itu ada dua,perhiasan semulajadi dan perhiasan buatan.Perhiasan semulajadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yang tercipta sejak manusia lahir.Perhiasan buatan adalah barang-barang yang dipakai oleh wanita untuk menambahkan kecantikan.
Tafsiran Al-Qartubi tidaklah bercanggah dengan tafsiran sebelum ini,Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat melarang wanita yang berhijab berhias dengan menimbulkan fitnah seperti bergaya dengan tudung dengan dibentuk dengan pelbagai sehingga tudung itu menjadi perhiasan kepada orang yang melihat.
Kesimpulannya,Allah melarang muslimah tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali muka dan tapak tangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment