Labels

Pages

Thursday, March 31, 2011

SEORANG LELAKI ARAB MENYAMAR UNTUK MEMASUKI RUMAH AKHAWAT

Iskandariah, 31 Mac - Sebuah rumah sewa di kawasan Assofirah yang di huni oleh seorang dan ditemani dua orang sahabatnya kerana ahli rumah yang berbaki masih belum sampai dari Malaysia setelah bercuti baru-baru ini.

Kejadian berlaku seawal jam 3.00 petang ketika Mangsa dan dua orang sahabatnya menunggu kehadiran ustaz untuk mengaji Al-Quran, kedengaran ketukan pintu rumah, kemudian kelihatan seorang lelaki arab berusia lingkungan 30-an meminta untuk memeriksa paip gas. Sahabat mangsa yang membuka pintu rumah tersebut mengizinkan masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur.

ketika menghubungi mangsa tersebut, dimaklumkan pada minggu lepas Tuan rumah telah menukar dapur dengan menggantikan yang baru dan berjanji akan membeli sakhonah yang baru untuk menggantikan yang lama kerana melihat keadaan tidak selamat untuk digunakan. Mangsa tersebut menjangkakan lelaki arab tersebut datang untuk menggantikan sakhonah baru yang di janjikan dari tuan rumah pada minggu yang lalu.

Kemudian lelaki arab tersebut meminta air sabun untuk memeriksa paip gas tersebut, setelah itu, lelaki arab mengatakan paip gas tersebut bocor dan meminta sejumlah wang sebanyak LE100 untuk membeli barang alatan membaiki paip gas berkenaan.

Akhawat tersebut meragui kebocoran itu kerana tidak terdapat tanda-tanda kebocoran melalui deria bau serta pemeriksaan yang dibuat oleh lelaki arab tersebut tidak kelihatan ada kebocoran. Kemudiaan akhawat tersebut menghubungi tuan rumah untuk mendapatkan pertolongan. setelah itu, tuan rumah sendiri hendak bercakap dengan lelaki arab tersebut.Tuan rumah mula mempercayai lelaki arab tersebut dan menyarankan akhawat tersebut membayar sahaja, tetapi akhawat tersebut tetap tidak mahu menyerahkan wang itu dan meminta lelaki arab tersebut untuk datang membaiki pada hari lain dan akan membayar apabila sudah siap membaikinya.

Malangnya lelaki arab tersebut tetap tidak mahu keluar selagi tidak dapat wang tersebut dan mengatakan akan kembali semula apabila siap membeli barang alatan untuk membaiki paip gas itu.

Melihat keadaan yang agak tegang, akhawat tersebut memberi wang yang dikehendaki oleh lelaki arab itu kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk. Setelah itu, lelaki arab tersebut meminta lagi sejumlah wang sebanyak LE100 lagi kerana tidak cukup, akan tetapi akhawat tersebut tidak memenuhi kehendaknya.

Setelah itu, tanpa disedari oleh mangsa, lelaki arab itu telah berjaya mengambil telefon bimbitnya sebelum keluar rumah. Setelah mangsa menyedari kejadian itu, terus bergegas mengejar lelaki arab tersebut, akan tetapi tidak berjaya kerana sudah tidak nampak kelibat arab tersebut.

Sebentar kemudian tuan rumah bersama anaknya datang untuk memastikan keadaan rumah tersebut dalam keadaan baik, tetapi malangnya lelaki arab tersebut telah lari dengan sejumlah wang LE 100 dan sebuah telefon bimbit. Ini merupakan helah ataupun lakonan sahaja dari lelaki arab tersebut. Mangsa dan dua orang sahabatnya Alhamdulillah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Tuan rumah tersebut menasihatkan supaya berhati-hati dan mengkhabarkan kepada mangsa keadaan di Mesir kini masih lagi tidak aman.

Berikutan kejadian ini, AJKT PMRAM Cawangan Iskandariah menasihatkan agar mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di dalam mahupun diluar rumah. Diingatkan supaya mengikuti pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Seboleh-bolehnya perlu ada tuan rumah atau musyrif sebelum mengizikan orang arab masuk ke dalam rumah anda.

Sebarang permasalahan atau kejadian yang berlaku dan mencurigakan, sila laporkan kepada Pengerusi DPMI Saudari Norliza Mat Salleh ditalian 011 205 3385. Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala.

Saturday, March 26, 2011

Pekeliling Keselamatan Terkini Di Mesir

PEKELILING KESELAMATAN

1. Sila patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

2. Sila patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang bermula jam 12 malam hingga 6 pagi. Namun, diminta untuk berada di dalam kediaman masing-masing selewat-lewatnya jam 10 malam.

3. Sentiasa membawa pasport dan pengenalan diri lain ketika keluar rumah, dan digalakkan membawa kad PMRAM bersama-sama.

4. Dilarang menyertai sebarang perhimpunan atau aktiviti yang berbaur politik.

5. Elakkan mengulas sebarang isu politik yang berlaku di Mesir dengan warga Arab tempatan.

6. Tidak digalakkan keluar seorang diri samada siswa atau siswi.

7. Pastikan kediaman dikunci rapi sebelum keluar.

8. Jangan terpedaya dengan dakwaan warga Arab tempatan sebagai “mabahis”.

9. Sebarang aktiviti PMRAM Cawangan, hendaklah diadakan di premis masing-masing, selepas merujuk kepada Lajnah Perancang PMRAM dan tidak dibenarkan dibuat di luar buat masa ini.

10. Sebarang masalah, boleh terus menghubungi nombor telefon Presiden PMRAM di talian +20113771841.

sumber: pmram.org

Rumah Pelajar Dimasuki Pencuri, Tingkatkan Tahap Keselamatan

KAHERAH, 25 Mac – Rumah Kelantan di Hayyu Sabi’ dilaporkan telah dimasuki pencuri ketika solat Jumaat tengahari tadi. Beberapa mahasiswa yang menyedari kehilangan barangan mereka terus melaporkan kejadian tersebut kepada Pemangku Presiden PMRAM, saudara Muhammad Zuhaili Saiman.

Antara barang yang telah dicuri adalah 3 buah laptop, 6 biji telefon bimbit , 1 external hadrdisk , serta wang USD 50 dan LE 150.

Beliau yang kemudiannya terus menghubungi pihak polis diatas kejadian tersebut. Sementara itu, 3 orang polis datang untuk memantau serta menyiasat tempat kejadian dan mengambil beberapa keterangan.

Turut hadir di tempat kejadian saudara Mohd Farkhan bin Md Zain sebagai Badan Pengurus Angkat bagi PMRAM Cawangan Kelantan.

Ketika ditemui, Saudara Md Farkhan menasihati mahasiswa serta mahasiswi agar dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan di kediaman masing-masing dan menjaga barang-barang yang berharga dengan sebaiknya.

sumber: pmram.org

Wednesday, March 23, 2011

AJKT PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH KEMBALI BERTUGAS




Pmram cawangan Iskandariah mengucapkan Selamat kembali buat semua mahasiswa/wi Al-Azhar khususnya buat mahasiswi Iskandariah yang telah sampai dengan selamatnya bagi menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar.
Makluman kepada ahli DPMI, markaz DPMI telah mula beroperasi seperti sediakala. Sebarang urusan boleh dibuat pada waktu pejabat bermula pada pukul 1 petang sehingga 5 petang, setiap hari kecuali hari jumaat bermula 15minit selepas asar sehingga 5 petang.
AJKT PMRAM cawangan Iskandariah kembali bertugas seperti sediakala bagi menunaikan kewajipan sebagai pimpinan. Sehubungan itu, seramai lapan orang AJKT DPMI termasuk Penasihat II yang telah kembali bertugas. Sebarang urusan dan permasalahan boleh menghubungi AJKT DPMI:
1. Norliza binti Mat Salleh (Pengerusi) 011 205 3385
2. Nur Amnani Faten binti Paiman (Timb. Pengerusi) 011 6455 481
3. Nur Atiqah binti Azman (Setiausaha Agung) 011 6455 682
4. Syakirah binti Muslim (Timb. Setiausaha) 014 7740 527
5. Wan Nur Hidayah binti Wan Fadhil (Unit Pengetahuan) 011 6968 270
6. Rabiatun Adawiyah binti Ramli (Unit Perumahan) 014 7745 823
7. Nur Jihan binti Junaidi (Unit Sambutan dan Rehlah) 014 6793 214
8. Nor Hayati binti Abu Sopian (Penasihat II) 014 4413 048

Antara perkara yang perlu dipatuhi oleh seluruh mahasiswi di Mesir dan perlu diambil perhatian ialah:

i) Perintah berkurung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi.
ii) Hendaklah berada di premis masing-masing sebelum jam 6 petang untuk keselamatan diri masing-masing.
iii) Disyorkan untuk berteman sekurang-kurangnya 3 orang apabila hendak keluar ke mana-mana.

Sebarang permasalahan atau kejadian yang mencurigakan, sila laporkan kepada Pengerusi DPMI. Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala.