Labels

Pages

Tuesday, February 28, 2012

Ragam Kita, Isu Syria



Ragam Kita, Isu Syria

Tayangan-tayangan video YouTube dari rakyat Syria sendiri menjadi isu yang sangat hangat. Mereka dibunuh, disembelih, dibakar, dipijak dan dihina oleh rejim Bashar Asad.

Namun, ia tidak mendapat liputan yang sangat luas dari Al-Jazeera. Kita tidak tahu mengapa, namun kita mengharapkan semua umat Islam prihatin terhadap Isu ini.

Ragam Orang Malaysia

Suatu ketika dahulu, saat pergolakan Libya menjadi Isu dunia, umat Islam di Malaysia pula sibuk mempertahankan Muaamar Gadafi – Sedangkan dia adalah penjenayah umat Islam.

Gadafi membunuh rakyatnya dengan sewenang hati sehinggakan Dr. Yusof al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa supaya dia dibunuh.

Akhirnya, Gadafi terbunuh di alas tangan rakyatnya sendiri. Walaupun begitu, Facebook masih mempertahankan bahawa “GADAFI ADALAH TOKOH YANG TIDAK PATUT DIBUNUH”

Gerak Tangkas Al-Qaradhawi

Isu Libya sudah tamat, rakyatnya juga sedang bangkit membina semula negara baru.

Kini, Syria pula menjadi isu gempar.

Alhamdulillah, Dr.Yusof al-Qaradhawi telah bertindak cepat dengan menghantar setiausaha sulitnya untuk menjelajah Asia bagi menerangkan situasi Syria.

Dengan penerangan itu, rakyat Malaysia sedikit terbuka melihat isu kekejaman rejim Bashar Asad.

Lalu ramai yang mengutuk perbuatan tersebut. Tanda sokongan.

Ia sangat bagus dan baik, namun perlu tertegak atas kapasiti Wasatiah (Sederhana).

Jangan Ghulu (Berlebih-lebihan) dan Tafrit (Mengabai-abaikan).

Wajah Ghuluw

Seorang muslim yang baik, akan melihat suatu perkara dengan tenang dan adil.

Rakyat dibunuh, disembelih, atau diletupkan oleh Bashar Asad yang merupakan seorang pendokong Syiah Alawi, dan ibunya juga dikatakan menggunakan fatwa-fatwa al-Khoumini yang menghalalkan darah ahli Sunnah. Namun, tidak sepatutnya kita mengkeji seluruh pendokong Syiah Alawi dalam hal ini.

Dr. Yusof al-Qaradhawi telah menjelaskan hal ini dalam khutbah beliau di Doha pada 17Febuari 2012:

“Tentera-tentera (Penyokong Asad) itu adalah (Syiah) Alawi, tetapi tidak semua orang-orang Alawi yang sedemikian. Ada diantara pendokong Alawi yang menentang kerajaan kerana mereka juga dizalimi!”

Wajah Tafrit

Ada pula muncul satu golongan lagi yang mengabaikan isu ini.

Mereka menutup telinga,tidak mahu mendengar berita umat Islam Syria.

Mereka memejam mata, tidak mahu melihat kekejaman Bashar Asad.

Mereka membatukan hati, tidak mahu merasai kepedihan rakyat Syria.

Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab, kerana umat Islam adalah seperti sebatang tubuh, sekiranya luka satu bahagian, maka bahagian-bahagian lain juga akan terasa sakitnya.

Firman Allah :

Dan demikianlah kami jadikan kamu (umat Muhammad) sebuah masyarakat yang wasatiah (besederhana) supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia, dan Rasul pula menjadi saksi kepada kamu.

[Al-Baqarah: 143]

Umatan Wasata

Tuntasnya, marilah kita menyeru diri kita kepada pembentukan masyarakat yang besederhana dan adil. Jangan bersikap Ghuluw dan Tafrit.

Ayuh juga kita berusaha berdoa buat sahabat seakidah kita di Syria, Palastin, Yaman dan sebagainya.

Ayuh yakin seperti Dr.Yusof al-Qaradhawi :

“Yakinlah kamu semua, sepertimana aku yakin!! Rakyat Syria akan Menang! Allah bersama rakyat Syria!!”

Tanah ARMA : Masih Sah Milik PMRAM

KAHERAH, 23 Feb - Tanah ARMA seluas 2,212 meter persegi yang dianugerahkan oleh Almarhum Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasir kepada PMRAM atau Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada tahun 1959 masih lagi sah dimiliki oleh PMRAM sehingga ke hari ini.

Perkara tersebut disahkan dengan pengesahan surat akuan rasmi telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah bahagian Selatan Kaherah yang bertempat di Ramsis. Kandungan dalam surat tersebut menunjukkan tidak ada sebarang makluman penukaran hak milik tanah tersebut kepada mana-mana pihak seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden PMRAM, hasil daripada perjumpaan beliau pertengahan Januari lalu dengan pegawai tanah di jabatan tersebut, En Syaaban memberitahu bahawa dengan pembuktian surat akuan itu jelas menunjukkan PMRAM adalah pemilik sah tanah tersebut dari sudut undang-undang (qanun) Mesir sehingga ke hari ini.

" Adapun sejarah PMRAM pada tahun 1960 sebagaimana yang tercatat berlaku pertukaran hak milik tanah daripada nama PMRAM kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu itu sebenarnya tidak berlaku dari sudut undang-undang secara sah akan tetapi ia adalah pertukaran dari sudut pengurusan ke atas tanah itu sahaja " ujar Saudara Abdul Aziz Ali.

Pembuktian surat akuan ini akan menguatkan lagi usaha PMRAM untuk menuntut semula hak ruang pejabat PMRAM di ARMA kepada pihak-pihak berkenaan di masa akan datang. PMRAM mengharapkan agar seluruh ahli terus bersama-sama PMRAM dalam mengembalikan semula hak PMRAM sebagaimana yang dipersetujui sebelum daripada ini.


(sumber : PMRAM)

SYIAH AL-KHOMEINIAH(BAHAGIAN 1&2)

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)


TERJEMAHAN KITAB

(AL-KHOMEINIAH/KHOMEINISMA)

karangan oleh : Saied Hawwa

PENDAHULUAN KITAB

Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat menyebabkan kecintaan kepada Ahli Bait Nabi s.a.w. disalah ertikan.

Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan serta membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah acuannya (Khomenisma) secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik dan ganjil. Akibatnya konsep taqrib (pendekatan) antara Syiah dan Sunni semakin tidak menemui jalan penyelesaian.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.

Al-Khomeini telah mencampur adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan, bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripada Zoroastrianism (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.

Tiga tujuan utamanya :
1. Merosakkan Akidah umat Islam
2. Menghapuskan petanda-petanda Islam dan memutar belitkan petunjuk-petunjuk

yang mulia
3. Memenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah

Kitab kecil ini mengandungi Dua Bab, Bab Pertama menceritakan tentang aqidah dan pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala Bab Dua pula menjelaskan Pendirian-pendirian pelik oleh dia. Penutup kitab menerangkan kepada pemuda pemudi dikalangan umat islam supaya berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.

BAB PERTAMA : Antara Pegangan-pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh Ayatullah Khomeini

Semenjak tersebarnya pengaruh Syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang akan membawa kepada kekufuran.

Setelah itu timbullah pelbagai firqah (puak/kumpulan) dalam Syiah seperti Ismailiah, Nusairiah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak-puak Batiniah yang bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan Syiah Isna ‘Asyar.

Sesungguhnya Syiah Isna ‘Asyar (yang diimani oelh al-Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah Usul dan Furu’ dengan puak-puak tersebut namun mereka itu dianggap rakan karib dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara Aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas :

1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka (konsep Imamah)

Sebagaimana maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa Imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut Syiah menganggapnya sebagai perkara Usul yang perlu diimani.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya Usul al-Kafi (kitab yang paling muktabar selepas Al-Quran disisi Syiah) mereka mengatakan bahawa Imam-imam mereka lebih tinggi kedudukan daripada Nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w.[2]

Mereka juga berpendapat bahawa Imam-imam mereka menyamai dengan Ilmu Allah dalam mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]

Perkara-perkara tersebut dinyatakan senndiri oleh Khomeini dalam kitabnya : “Adapun perkara yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai kedudukan Imam-imam kita walaupun mana-mana Malaikat dan Nabi sekalipun yang diutus.”[4]

2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai

dan diputarbelitkan

Mereka berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan pengurangan. aqidah ini muncul secara jelas ketika kurun ke-2 Hijrah.

Kemudian dihidupkan kembali pada era kerajaan Safavid oleh Mirza Hussien al-Nuri al-Thabarisi pada kurun ke-13 Hijrah melalui kitabnya "Faslu al-Khitab fi Ithbat Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab". Dalamnya memuatkan lebih daripada 2000 riwayat yang dianggap Syiah sudah diseleweng.


Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya : “Sesungguhnya apa yang benar pada kita sekarang adalah Mushaf daripada Fatimah sahaja”
[5]

Begitu juga Imam al-Baqir ada menyatakan : “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]


Al-Khomeini ada menyatakan dalam Kasyful Asrar : "Perkara ini amatlah mudah bagi mereka (sahabat-sahabat Nabi), bahawasanya mereka semua telah mengeluarkan sebahagian daripada riwayat dan ayat-ayat Al-Quran dan memindah masuk daripada kitab-kitab Samawi lain dengan penelewengan".

3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.

Telah bersepakat kesemua pengikut Syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh dijadikan hukum dan panduan) daripada Sunnah Nabi kecuali apa yang selari dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya telah murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).

Banyak daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith Sahih yang tidak selari dengan pandangan mereka dikatakan palsu.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’ : “Adapun periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, disisi Syiah Imamiah tidak mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]

Al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebut : “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telah mereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka beriman pula dengan pendapat-pendapat khurafat yang dinisbahkan kepada para Imam-imam mereka sebagaimana yang terdapat dalam Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini. Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ Syiah ini adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa kurun selepas imam berkenaan!

Al-Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke martabat Al-Quran dengan kata-katanya : "Sesungguhnya pengajaran para imam adalah seperti pengajaran Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi".

3. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.

Mereka secara terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengatakan sesat dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain. Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.

Al-Khomeini ada menyebut : “Adapun kita tidak bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]

Mereka tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w. Namun para sahabat telah mengingkari dan mengkhianati Ali arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai pengganti.

4. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.

Pada pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan) kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.

Mereka menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w. bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi dengan mata kepala akan Dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar Kalamullah al-Qadim sahaja.[11]

5. Mengingkari dan menyalahi daripada Ijma’

Antaranya adalah mereka mengharuskan Nikah Mut’ah[12] yang menyalahi dengan Ijma’ (Imam Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua Imam-imam Muslim kecuali Syiah).

Sedangkan Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin Jabir bahawa : “Sesungguhnya Nikah Mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan daging babi (yang haram dimakan)”.

Ianya umpama memperdagangkan wanita-wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]

7. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah

Syiah Isna 'Asyar berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka diharamkan baginya Syurga dan wajib masuk Neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahinya.

Al-Khomeini dalam kitabnya : “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah terbahagi kepada dua : Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan kesemuanya”.[14]

Sebab itulah mereka tidak berpegang dengan Sunnah Nabi dan fatwa Imam-imam Mujtahid seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.

8. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’

Dalam kitab-kitab Syiah menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu daripada Allah taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu. Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.

Kenyataannya ketika menghuraikan Usul al-Kafi : “Setelah wafat Rasulullah 75 hari, telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku nanti (sebagaimana wahyu yang diterima oleh Rasulullah)”.

Al-Khomeini mendakawa bahawa keberjayaannya dalam Revolusi Iran adalah sebahagian daripada apa yang diberitakan Jibril kepada Fatimah.

Dia berkata lagi : “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara yang remeh temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”


Syiah al-Khomeiniah (bahagian 2)

BAB KEDUA : Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang di Asaskan oleh al-Khomeini

Pelbagai cerita dan kisah yang menunjukkan Syiah bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat agama sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata menjayakan misinya, lebih-lebih lagi mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara mereka yang tidak akan dilupakan dalam memori umat Islam adalah Nasiruddin al-Tusi yang pernah menolong Hulagu Khan demi menggulingkan khalifah Abbasiah kerana semata-mata bermusuhan dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.[1]

Begitu juga Muhammad Ibn ‘Alqami yang telah mengkhianati khalifah Abbasiah ketika itu demi menolong Tatar menjatuhkan pemerintahan Abbasiah[2]. Kedua-dua mereka adalah merupakan menteri kepada al-Mu’tasim Billah.

Setelah Monggol berkuasa menjatuhkan kerajaan Abbasiah, mereka berdua dilantik sebagai Gabenor sebagai penghormatan dan imbalan ketika zaman pemerintahan Monggol.

Namun al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebutkan dengan mengagung-agungkan pengkhianat kepada umat Islam : “Sekian orang akan merasa kerugian atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.[3]

Sultan Abdul Hamid[4] dalam peringatannya : “Sesungguhnya permusuhan antara kerajaan Safavid (Syiah) dan Uthmaniah (Sunni) bukanlah untuk kepentingan umat Islam tetapi merupakan keperluan kepada kufur dan kaumnya.”

Kita sebenarnya tidak menginginkan persengketaan antara Syiah dan Sunni, akan tetapi al-Khomeini telah mencetuskan kembali konflik tersebut bahkan menjadikannya sebagai satu kewajipan kepadanya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam seluruhnya.

Begitulah kanvas sejarah telah memprtontonkan kepada kita pengkhianatan Syiah Safavid yang bekerjasama dengan Belanda menentang kerajaan Islam Uthmaniah. Bahkan sebelum itu mereka telah berperanan menatuhkan kerajaan Abbasiah lalu berterusan ke zaman Salahuddin al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiah.

Seterusnya membawa kepada jangka masa yang panjang dan diteruskan lagi oleh al-Khomeini sekarang.

Antara pendirian pelik dan konflik yang telah dilakukan oleh al-Khomeini / Khomeinisma :

1. Semangat ingin menguasai Dunia Islam dan berusaha ingin menyebarkan fahamannya

Apa yang berlaku di Turki, Lubnan dan Syiria, begitu juga proses Revolusi Iran, peperangan di Iraq, merupakan langkah awal bagi al-Khomeini untuk mengusai dunia Islam dan menyebarkan fahamannya. Mereka mula membenihkan pelbagai propaganda dan memaksa Sunni untuk bersama memeluk Syiah.

Mereka telah mewujudkan Gerakan Amal Syiah[5] dan Gerakan Hizbullah[6] merupaka gerakan bersenjata Syiah yang kononnya diasaskan di Lebanon untuk membantu rakyat Palestin yang ditawan dengan mendapatkan bantuan daripada Syria. Namun tujuan sulit sebenar mereka adalah untuk mengadakan proses penjernihan daripada rakyat Sunni secara sulit di Beirut melalui cara ketenteraan[7].

Mereka juga mendapatkan bantuan daripada kerajaan Syiah Syria untuk penyingkiran kelompok Sunni di Tripoli (Lebanon Utara). Dalam masa yang sama, bantuan ketenteraan melalui Gerakan Amal Syiah dan Hizbullah disalurkan kepada Israel untuk membasmi Sunni dibumi Palestin.

Dendam mereka kepada Sunni yang membuak menggalakkan kerajaan Syiah Syria juga berusaha sedaya upaya membantu penyingkiran Kerajaan Turki dengan menolong parti-parti berhaluan kiri dan Armenia. Mereka masuk meresap kedalam pelbagai pertubuhan dan kumpulan-kumpulan yang melampau sebagai propaganda menimbulkan provokasi kepada kerajaan Uthmaniah.

Syiah juga melalui perancangannya untuk menghapuskan kelompok Sunni di Sind, salah satu wilayah di Pakistan, dengan menyertai parti-parti disana dan mewujudkan gelombang penentangan terhadap Sunni agar mereka dapat kekal dan berpengaruh di Paskistan.

Catatan paling hitam penah berlaku apabila tercetusnya peperangan Syiah Iran dan Sunni Iraq sehingga Iran mengugut dan mengancam bagi mendapatkan teluk-teluk yang bersempadanan.[8] Ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada umat Islam terhadap peang saudara yang berlaku itu.

Itulah revolusi yang telah dilakukan oleh puak Syiah demi meluaskan pemerintahan mereka dan menguasai seluruh semenanjung Tanah Arab dan Dunia Islam.

2. Strategi pakatan yang jahat (Tahaluf)

Demi melunaskan hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi mencapai keinginannya untuk memerintah Negara-negara Islam yang lain. Disana dalam sejarah telah tercatat bahawa al-Khomeini melalui kerajaan Republik Iran melakukan banyak pakatan.

Pasti kita akan dapati mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan Syiah Nusairiah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika).[9]

Apa yang kita dapati, terdapatnya delegasi daripada Soviet Union yang datang ke Iran, begitu juga delagasi Iran sentiasa mengunjungi Soviet Union.

Semua ini adalah bukti daripada keinginan dan hasrat al-Khomeini demi mendapatkan seluruh Dunia Islam dalam menyebarkan fahamannya dan mengusai dunia umat Islam dengan pelbagai cara dan bermacam-macam pakatan rahsia. Ianya benar-benar bertentangan dengan slogan dan dakwaannya ketika mula-mula mencetuskan era Revolusi Iran dahulu.

3. Kemajuan umat Islam dan kekayaan mereka dirampas

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini. Al-Khomeini mempergunakan hasil bumi negara dan menguasai ekonomi rakyat untuk melunaskan kehendaknya yang ingin berkuasa.

Dia sanggup mencagarkan pelbagai janji demi meminta pertolongan daripada kerajaan-kerajaan besar dunia ketika itu (Russia) dalam tempoh dan jangka masa yang panjang sehinggalah berkahirnya peperangan.[10]


Peperangan tersebut tidak ada keuntungan langsung kepada kebangkitan Islam melainkan memberi pengaruh dan keluasan kepada kuasa-kuasa besar ketika itu untuk menebus balik apa yang dipinjamkannya dengan beberapa siri perkomplotan dan kerjasama.

Bahkan kebangkitan umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah dalam gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden.

4. Melembapkan kebangkitan Islam

Sebelum kedatangan al-Khomeini, dunia Islam ketika itu sedang membina tenaga dan posisi masing-masing disetiap penjuru-penjuru dunia umat Islam demi kebangkitan Islam.

Namun, apabila munculnya al-Khomeini, dia telah membawa satu gambaran buruk kepada sebuah bentuk pelaksanaan sistem Republik Iran teokratis. Ini telah melembabkan kebangkitan umat Islam apabila dalam dustur (perlembagaan) yang dipindanya banyak membawa kepada ketidakseimbangan politik umat Islam ketika itu.

Penglibatan Syiah dipersada gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden ini tidak menunjukkan sesuatu perubahan positif melainkan umat Islam dimusibahkan dengan pelbagai kerugian. Yang untung hanyalah Syiah semata-mata.

Ketika mana ada tangan-tangan mujaddid dan reformasi yang ingin mengembalikan kedaulatan Islam, lalu disekatnya dan dibantutkan perancangan tersebut dengan pelbagai cara dan helah.

Antara strategi dan perancangannya sejak awal lagi adalah dengan meletakkan mazhab Syiah sebagai tunjang dan akta dalam perlembagaan negaranya. Minoriti daripada pihak Sunni disana dinafikan hak-hak mereka.

Sebagaimana yang diketahui, tidak ada walaupun satu daripada masjid kepada penduduk Sunni. Begitulah sepanjang tempoh pemerintahannya, dia menyempitkan pengamalan bagi puak-puak yang tidak sealiran dengan mazhab mereka dengan pelbagai kongkongan tanpa diberikan peluang.

Dalam pentadbirannya, kesemua kanak-kanak telah dikerah dan dipaksa untuk direkrut sebagai tentera sebelum mencapai usia dewasa. Kehidupan remaja mereka dikekang dengan pelbagai latihan-latihan ketenteraan.

Al-Khomeini sentiasa menghadang telinga dan menutupnya daripada mendengar rintihan suara-suara yang menginginkan hak mereka yang diabaikan didengari. Apa yang kita dapati sekarang bahawasanya dunia sedang mencemuhnya dengan pelbagai cacian dan penghinaan akibat daripada kekerasaan sistem perundangan yang dipeloporinya.

5.Pura-pura (Taqiyyah) dan Persenjataan.

Kebanyakan daripada puak Syiah, mereka telah memanipulasi konsep taqiyyah (berpura-pura) melebihi daripada apa yang diharuskan dalam syariat Islam. Apa yang kita dapati selepas Revolusi Iran, al-Khomeini mengharuskan penipuan dan kepua-puraan dalam apa jua keadaan sehingga menjangkau kepada penglibatan senjata api.

Apa yang berlaku, pemerintahan puak al-Nasiriah di Syria, Gerakan Amal Syiah, Gerakan Hizbullah, kerajaan Iran menggunakan konsep taqiyyah tersebut untuk mengadakan kerjasama dan kesepakatan bersama Israeil secara rahsia untuk mendapatkan bekalan persenjataan. Itulah yang berlaku sekarang.

Mereka sentiasa ber taqyyiah dalam slogan memerangi golongan-golongan anti Islam dan isme-isme berhaluan kiri namun apa yang berlaku adalah sebagai mengaburi mata umat Islam semata. Sedangkan mereka bersembunyi dengan penipuan tersebut utk menjaga modus operandi utama mereka menawan seluruh dunia Islam.

Kita boleh lihat apa yang telah dan sedang berlaku di Syria, Turki, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain negara umat Islam. Mereka meresap masuk secara sulit dalam parti-parti dan kumpulan-kumpulan NGO disana. Mereka menjalankan beberapa perancangan dan strategi secara halus bagi menguasai kelompok-kelompok tersebut untuk mencapai kehendak mereka.

Nasihat Saied Hawwa kepada pemuda-pemudi Islam

"Seharusnya umat Islam menyedari penipuan-penipuan yang telah dilakukan. Apa yang dirancang oleh al-Khomeini merupakan pengkhianatan besar-besaran keatas umat Islam. Kegilaan ingin menguasai dalam dirinya merupakan jenayah besar kepada Islam. Berhati-hatilah umat Islam daripada disengat dalam satu lubang dua kali.

Begitulah sebagaimana dinyatakan, beberapa pegangan dan pendirian pelik Syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini yang akan mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada dikalangan Ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyanka bahawa Iran itu adalah sebuah Daulah Islam yang sebenar.

Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah).

Wahai para pemuda, idamlah kamu semua akan sebuah Daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang mengispirasikan Daulah Islam yang Batil yang akan membawa umat Islam terkebelakang.

Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan elbagai kekacauan, kerosakan dan wala’(tunduk) kepada musuh-musuh Allah."

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Bahawasanya Dajjal akan keluar daripada Khurasan, bersamanya 70 ribu daripada kota Yahudi Isfahan (Khurasan)”.[11]

Bersambung pada Bab Penutup… (nasihat Saied Hawwa supaya berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah al Jamaah

(sumber : MANHAL PMRAM)