Labels

Pages

Saturday, March 15, 2014

KURSUS PENGURUSAN ISLAM (KPI '14)


Kursus Pengurusan Islam (KPI ‘14) anjuran Jabatan Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah sesi 2013/2014 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Zajlatul Abidah pada 8 Mac baru-baru ini.

Seramai 37 orang peserta telah mendaftarkan diri seawal jam 7.15 pagi bagi menyertai kursus ini. Seterusnya pada jam 8 pagi, majlis perasmian KPI ‘14 disempurnakan dengan didahului ucapan alu-aluan daripada pengarah program, Saudari Zainab Binti Mohamad dan Pengerusi DPMI, Saudari Nur Atiqah Binti Azman dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Naib Presiden II (Ketua Lajnah Muhafazah) PMRAM 2013, Saudara Muhammad Syazwan Bin Hamzah.

Kemudian, pada jam 9 pagi, para peserta telah dibentangkan mengenai Strategi Pengurusan Berorganisasi yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Syazwan Bin Hamzah. Manakala, slot kedua iaitu Komunikasi Berkesan yang dibentangkan oleh Saudara Jamal Najmuddin Bin Sulaiman, dimulai pada jam 11.30 pagi dan tamat pada jam 1.15 tengahari. Kedua-dua slot ini diselitkan dengan beberapa modul yang dilaksanakan secara berkumpulan.

Kursus kemudian berhenti rehat bagi memberi laluan pada solat Zohor dan makan tengahari. Pada jam 2 petang, KPI ‘14 diteruskan lagi dengan pembentangan Protokol Program yang disampaikan oleh Saudara Abdul Hakim Bin Khairuddin, Timbalan Yang Dipertua I BKSAM. Kemudian, kursus berhenti rehat selama 20 minit bagi memberi laluan kepada solat Asar.
Seterusnya, kursus bersambung semula dengan slot yang terakhir iaitu ceramah berkenaan Konsep Wala’ dan Bara’ pada jam 4 petang. Ceramah tersebut disampaikan oleh Saudara Muhamad Shahir Bin Shah Budin. Dengan berakhirnya ceramah tersebut pada jam 5 petang, maka berakhirlah Kursus Pengurusan Islam (KPI ‘14).

Kursus ini diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ahli dalam bidang pengurusan, suapaya segala gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan bersistematik.

Pihak pelaksana KPI ‘14 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat yang bertungkus-lumus bagi menjayakan kursus ini. Semoga kursus sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.  


“Kemantapan Pengurusan, Sinergi Kesatuan”

Zainab Binti Mohamad,
Pengarah,
Kursus Pengurusan Islam (KPI ‘14),
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2013/2014.

Saturday, March 1, 2014

ADOBE PHOTOSHOP TUTORIAL 2014 (TOP'14)

Iskandariah,24 dan 25 Februari 2014-Unit Penerangan dan Penerbitan PMRAM Cawangan Iskandariah telah menganjurkan Adobe Photoshop Tutorial 2014 (TOP'14).Penyertaan TOP'14 terdiri daripada ahli dan AJKT PMRAM Cawangan Iskandariah.Tenaga pengajar yang dijemput khas merupakan Naib Setiausaha Agung (Ketua Lajnah Pendaftaran) PMRAM 2013,saudara Muhammad Mu'aaz Bin Ramli.sepanjang berlangsungnya TOP'14,banyak teknik baru tentang Adobe Photoshop dapat dipelajari.TOP'14 berakhir pada hari kedua,pukul 1.30 petang dengan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengisi.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
"Julang Keilmuan Jana Keizzahan"