Labels

Pages

Tuesday, September 20, 2011

Pertemuan En.Khairi Jalalludin : HEWI PMRAM Pertahankan Suara Mahasiswi

KAHERAH, 19 Sept -Satu pertemuan telah diadakan antara beberapa pimpinan HEWI PMRAM yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi HEWI Saudari Nurain Yaacob, Naib Pengerusi HEWI I Siti Fathiyah Mohd Razi, Naib Pengerusi HEWI II Saudari Nurul Hasanah Yahuza, Ketua Unit Kebajikan HEWI Saudari Nor Hashimah Majid beserta wakil dari mahasiswi Qiraat dan Pengajian Islam pagi tadi .

Pertemuan yang diadakan itu adalah bertujuan menyuarakan suara mahasiswi yang tidak bersetuju berkenaan isu tindakan Encik Khairi Jalaluddin selaku Pegawai EME yang telah memaksa dan mengenakan syarat bagi mahasiswi tahun akhir dalam pengurusan sijil supaya menyertai Konvokensyen yang bakal dianjurkan oleh EME.

Tindakan yang dilakukan Encik Khairi Jalaluddin ditafsirkan sebagai tindakan peribadi memandangkan tiada sebarang penetapan syarat di peringkat EME supaya graduan menyertai Konvokensyen.

Hal ini amatlah tidak bersesuaian memandangkan di peringkat Malaysia sendiri memberi kebebasan kepada mahasiswa/wi untk memilih samada menyertai ataupun sebaliknya konvokensyen yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Dalam pertemuan tersebut Naib Pengerusi HEWI II Saudari Nurul Hasanah Yahuza dengan tegas berkata "Tindakan profesional perlu dipraktikkan selaku pegawai dalam membezakan apa yang dinamakan sebagai etika kerja, syarat-syarat yang telah diputuskan bersama ataupun tindakan peribadi".

Melalui pertemuan yang telah dijalankan didapati salah faham telah berlaku diperingkat Encik Khairi Jalaluddin apabila beliau menyatakan PMRAM telah memboikot Konvokensyen EME yang bakal dianjurkan, "PMRAM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi supaya ahli memboikot Konvokensye EME dan segala pendirian PMRAM adalah berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui web PMRAM," tegas Timbalan Pengerusi HEWI mengakhiri pertemuan tersebut.

( sumber : PMRAM )

No comments:

Post a Comment