Labels

Pages

Tuesday, September 13, 2011

ILTIQA' MUSYRIFAH SYAQAH ( IMSAQ ) KALI PERTAMA

ISKANDARIAH , 13 SEPTEMBER : Iltiqa’ Musyrifah Syaqah atau lebih dikenali dengan IMSAQ kali pertama bagi sesi 2011/2012 telah berjaya diadakan. IMSAQ merupakan agenda bulanan bagi musyrifah di bawah anjuran Unit Perumahan .
Majlis bermula jam 10pagi bertempat di Dewan Zajlatul Abidah yang didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Unit Perumahan DPMI sesi 2011/2012, saudari Nor Azila binti Mamat. Seterusnya, majlis disajikan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh pemangku Unit Dakwan & Pembangunan Insan DPMI sesi 2011/2012, saudari Syakirah binti Muslim yang menekankan tautan ukhuwwah islamiah sesama ahli bait dan pelaksanaan biah solehah.
Antara agenda lain dalam IMSAQ kali pertama ini adalah setiap musyrifah dikehendaki mengisi borang bancian rumah, perbincangan masalah dan cara penyelesaiannya. Majlis disusuli dengan makluman kadar terkini yuran perumahan DPMI yang mana telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPMI kali ke-19 iaitu LE 5 sebulan dan LE 60 setahun.
Sebelum berakhirnya majlis, Pengerusi DPMI sesi 2011/2012, saudari Sumaiyah binti Zakaria turut menyampaikan kalam beliau yang mana menyentuh berkenaan peri pentingnya peranan musyrifah dalam sesebuah rumah dan berpesan kepada semua yang hadir agar merujuk kepada AJKT DPMI jika menghadapi sebarang permasalahan.
Majlis disudahi dengan harapan oleh pihak penganjur agar semua musyrifah dapat member komitmen yang padu pada perjumpaan akan datang. Wassalam.

Disediakan oleh :
UNIT PERUMAHAN DPMI 2011/2012

No comments:

Post a Comment