Labels

Pages

Sunday, September 11, 2011

Urusan Tahwil Kuliah Bagi Mahasiswa Mafsul

KAHERAH , 10 Sept - Peluang untuk meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar telah pun dibuka bagi mahasiswa mafsul di dalam pengajian mereka.

Mahasiswa yang masih lagi ingin meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Universiti tersebut boleh mendapatkan borang tahwil dengan harga LE 205.00 di Maktab Tansik, tingkat 2.

Setelah mengisi borang tersebut dengan lengkap, urusan pengambilan sijil-sijil boleh dirujuk ke Syuun Kuliah masing-masing.

Borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil hendaklah dihantar semula ke Maktab Tansik untuk mendapatkan resit urusan.

"Pihak PMRAM berharap kegigihan mahasiswa-mahasiswa tersebut dijadikan contoh kepada semua ahli di dalam menghadapi dugaan kehidupan yang penuh dengan onak dan duri." Ulas Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM.

( sumber : PMRAM )

No comments:

Post a Comment