Labels

Pages

Thursday, September 15, 2011

DPM ISKANDARIAH : KEKESALAN TERHADAP TINDAKAN PEGAWAI EME

Assalamualaikum warahmatullah..Alhamduillah,setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Rabbul Izzati, yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, tabi’ dan tabi’in seterusnya seluruh penyambung risalah Islam seluruhnya hingga ke hari kiamat.

DPM Iskandariah melahirkan kekesalan berhubung tindakan tidak profesional Encik Khairi Jalalluddin yang merupakan Pegawai Atase Education Malaysia Egypt ( EME ) terhadap mahasiswa/mahasiswi . Hal ini berpunca apabila beliau mengenakan syarat kepada mahasiswa/mahasiswi yang ingin membuat pengesahan terjemahan sijil tamat pengajian seperti yang menimpa Mahasiswa Qiraat Shoubra dan Mansurah , perlu mendaftar diri dalam Konvokesyen anjuran EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan sijil.

Menurut laporan yang diterima, adalah lebih malang bila mana ketetapan perlu mendaftar Konvokesyen EME tersebut merupakan cadangan di peringkat Encik Khairi Jalalludin sahaja, bukannya ketetapan daripada pihak EME. Hal ini jelas membuktikan bahawa Encik Khairi telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai seorang Pegawai Atase Pendidikan EME yang tersedia amanah dan tanggungjawab terhadap mahasiswa/mahasiswi Malaysia yang menuntut di bumi Mesir.

Tidak dapat dinafikan lagi, tindakan Encik Khairi ini merupakan suatu bentuk kezaliman terhadap mahasiswa/mahasiswi kerana hak mereka telah diperkotak-katikkan daripada yang sepatutnya diterima selaku seorang mahasiswa/mahasiswi.

Sehubungan itu, Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah memandang berat terhadap isu yang berlaku dan bersedia menghulurkan bantuan dalam menangani isu seperti ini, agar ianya tidak berulang lagi dan seluruh mahasiswa/mahasiswi mendapat hak mereka yang sewajarnya. Sebarang aduan dan permasalahan sama ada berkaitan isu ini atau sebagainya di peringkat DPM Iskandariah, boleh terus dimaklumkan kepada AJKT DPM Iskandariah . Wallahu taala a’lam.



‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’


SUMAIYAH BINTI ZAKARIA
Pengerusi ,
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah ,
Sesi 2011/2012 .

No comments:

Post a Comment