Labels

Pages

Thursday, September 29, 2011

Kursus Jenazah MSA : Medium Terbaik Membentuk Mahasiswi

KAHERAH, 28 Sept - Bertempat di Dewan Tok Kenali Rumah Kelantan Baru. Madrasah Saidatina Aisyah (MSA) diteruskan lagi dengan pengisian Kaedah Pengurusan jenazah yang telah disampaikan oleh Ustazah Dayang Siti Nuraini Bt Awang Damit Yahaya.

Program yang bermula sekitar jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari seluruh mahasiswi, ini termasuk mahasiswi perubatan dan mahasiswi baru.

Peserta bukan sahaja dibentangkan dengan teori semata-mata bahkan, dibentangkan dengan kaedah praktikal.

Pengisi juga, adalah insan yang berpengalaman luas dalam pengurusan jenazah khususnya mahasiswi Malaysia di bumi Mesir ini.

“Ilmu berbentuk praktikal merupakan bekalan yang ampuh disamping ilmu yang didapati dalam pengajian. Justeru,kaedah praktikal memberikan impak yang besar berbanding teori semata-mata ” ujar Ustazah Dayang Siti Nuraini Bt Awang Damit Yahaya.

“ Pengetahuan tentang pengurusan jenazah tidaklah tertumpu hanya kepada pengajian islam sahaja bahkan merupakan ilmu asas bagi semua mahasiswa/wi yang belajar di negara kiblat ilmu ini” jelas Saudari Intan Soraya Bt Hashim.

Komitmen daripada ahli dapat dilihat apabila pelbagai persoalan diajukan kepada tenaga pengisi. Pengajian diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada pihak penganjur sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

(sumber : HEWI PMRAM)

No comments:

Post a Comment