Labels

Pages

Thursday, September 22, 2011

RUMAH MAHASISWI DIPECAH MASUK

ISKANDARIAH, 22 SEPT. - Berlaku satu kes pecah masuk di sebuah rumah mahasiswi di kawasan Mandarah. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar waktu asar sehingga maghrib. Ketika kejadian, penghuni dilaporkan tiada di rumah. Sebaik pulang, mangsa menyedari keadaan rumah mereka yang agak berselerak kesan dipecah masuk. Setelah memeriksa semua sudut rumah, mangsa mendapati rumah mereka telah dicerobohi melalui pintu utama.
Hasil pemeriksaan, anggaran kerugian adalah sebanyak 10 USD dan 20 EURO. Tindakan susulan yang diambil oleh mangsa adalah dengan menghubungi AJKT DPMI. Berikutan laporan yang diterima, selepas solat Isya’, Ketua Unit Mutazawwijin Iskandariah iaitu saudara Mohd Hafiz bin Omar, Pengerusi DPM Iskandariah iaitu saudari Sumaiyah binti Zakaria dan Timbalan S/U ( Unit Kebajikan & Kemanusiaan ) DPMI iaitu saudari Syakirah binti Muslim telah melawat mangsa. Turut sama hadir dari wakil UMI iaitu saudara Mohd Khairul Nizam bin Mohd Rozali.
Walaupun tiada kehilangan barang berharga, namun diminta kepada semua mahasiswi agar sentiasa memastikan keselamatan rumah seperti mengunci pintu dan tingkap rumah masing-masing sebelum keluar meninggalkan rumah. Selain itu, para mahasiswi dinasihatkan supaya berhati-hati dalam setiap pergerakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku . Semua ahli DPM Iskandariah diseru supaya segera menghubungi AJKT DPMI atau mana-mana ahli UMI yang berdekatan jika berlaku sebarang permasalahan.

No comments:

Post a Comment