Labels

Pages

Friday, September 2, 2011

Kehangatan RAMAH'11 Bakal Dirasai


KAHERAH, 30 Ogos -Suasana lebaran diperantauan masih terasa juga kemeriahannya biarpun berada jauh dari tanahair tercinta.

PMRAM bakal menganjurkan Rumah Terbuka & Malam Mahabbah Aidilfitri [ RAMAH'11 ] tidak lama lagi.Penganjuran program ini tidak dapat tidak dapat mengubati kerinduan anak rantau yang berada di perlembahan Nil dalam menyambut kemeriahan Syawal.

Untuk memeriahkan lagi suasana kehangatan Aidilfiti RAMAH'11 telah mengadakan Pertandingan Puisi Lebaran & Kad Raya Kreatif yang dibuka penyertaannya semalam.

Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah sebelum 2 September 2011 dan setiap penyertaan boleh dihantarkan kepada pmram30@yahoo.com

" Penganjuran RAMAH'11 pada tahun ini menampilkan sedikit perbezaan berbanding pada tahun sebelumnya, maka dijemput semua warga Malaysia diperlembahan Nil untuk memeriahkannya" ujar Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Pengarah RAMAH'11 yang juga merupakan Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.



( sumber : PMRAM )

No comments:

Post a Comment