Labels

Pages

Thursday, September 29, 2011

Sambutan Jelajah 'EMBUN PADANG PASIR' di Madinatul Ahlam Menggalakkan



ISKANDARIAH, 29 September 2011- Jelajah ' EMBUN PADANG PASIR' akhirnya tiba di bumi Madinatul Ahlan pada Selasa, 27 September 2011 baru-baru ini selepas Kaherah . Buku tersebut dibentangkan sendiri oleh penulisnya , Saudara Muhammad Mujahid bin Hj Ir Fadzil.Ia merupakan salah satu karya beliau yang diwakafkan kepada Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM.



Majlis diskusi anjuran Unit Dakwah & Pembangunan Insan ini dipengerusikan oleh Saudara Tengku Muhammad Fakhrudin bin Tengku Md. Fauzi bertempat di Dewan Zajlatul Abidah mendapat sambutan yang menggalakkan sama ada di peringkat pelajar Pengajian Islam dan juga pelajar Perubatan. Semua hadirin yang hadir menumpukan perhatian kepada diskusi buku terbabit yang menceritakan tentang 130 lakaran sirah umat Islam.Hadirin terkesan apabila pendiskusi menceritakan tentang sirah dakwah Islam dan kaitan dengan kini yang patut diambil penekanan kerana sesungguhnya orang yang tidak mengetahui sejarah tidak akan dapat mencipta sejarah.



Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab daripada peserta seterusnya penyampaian cenderahati kepada pendiskusi.

Disediakan oleh : Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMI 2011/2012

No comments:

Post a Comment