Labels

Pages

Thursday, June 3, 2010

BAGAIMANA KESELAMATAN RUMAH ANDA...


Assalamualaikum. Sempena dengan musim peperiksaan fasa kedua ini, Hisbah Iskandariah ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapan yang cemerlang. Insya-Allah, dengan inayah dan taufiq-Nya akan membantu sahabat-sahabat sekalian menjawab kertas peperiksaan dengan hati yang tenang, fikiran yang lapang dan persedian yang mantap. Amin.

Baru-baru Hisbah Iskandariah telah menerima aduan tentang kes percubaan pecah rumah mutazawwijin di Asafirah. Ini disebabkan pasangan tersebut mempunyai urusan di Kaherah hampir selama seminggu. Tetapi kejadian tersebut hanya percubaan sahaja. Pencuri tersebut hanya cuba untuk memecahkan pintu tetapi tidak berjaya. Cuma terdapat kesan rompakan pada pintu rumah pasangan itu .

Jadi di sini Hisbah ingin mengingatkan tentang keselamatan bagi pasangan mutazawwijin yang menduduki peperiksaan di luar Iskandariah supaya semasa ketiadaan suami,dan kepada akhawat Iskandariah supaya mengambil perhatian terhadap faktor keselamatan rumah dan keadaannya yang perlu dijaga dengan baik dan selamat.

Jadi :

1) Pastikan pintu dan kunci rumah dalam keadaan yang selamat.
2) Pastikan isteri dan anak bersama dengan akhwat yang boleh menjaga semasa ketiadaan anda di rumah.
3) Pastikan bekalan gas mencukupi.
4) Saling menghubungi jiran-jiran terdekat atau Padam2 apabila terdapat kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera.

Oleh itu, pihak kami sangat mengharapkan kepada sahabat memastikan faktor keselamatan ini perlu diambil berat sebelum meninggal rumah masing-masing.

sumber:umi-pmram.blogspot.com

No comments:

Post a Comment