Labels

Pages

Tuesday, February 7, 2012

Bengkel Lukisan & Karya Kreatif ( BALKIS '12 )




5 & 6 Februari 2012 – Iskandariah, telah berlangsungnya program Bengkel Lukisan dan Karya Kreatif (BALKIS ’12) yang dianjurkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan DPMI sesi 2011/2012 dengan kerjasama Al-Fityan PMRAM. Hasil usaha jitu dari jentera pelaksana program ini telah membuahkan hasil.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2011 iaitu Saudari Kamilah Che Razali dan disertai lebih daripada 30 orang peserta. Pada hari pertama para peserta dibentangkan dengan 3 slot. Slot pertama adalah mengenai pengenalan karya, teknik asas melukis, melukis asas rupa, mimik muka dan karakter. Manakala slot kedua diisi dengan pengisian berkaitan anatomi bentuk badan dan aksi, lipatan pakaian dan teknik garisan. Pengisi slot adalah terdiri daripada  ikhwah dan akhawat. Slot ketiga bermula pada sebelah petang di mana para peserta diberi tugasan melukis dan diakhiri dengan pembedahan karya dari pengisi.

Pada hari kedua,peserta diketengahkan  dengan 3 slot yang mana slot pertama adalah pendedahan grafik dan reka bentuk karya. Slot kedua pula ialah penerangan mewarna kartun secara digital. Para peserta turut diberi tugasan oleh pengisi. Hasil karya peserta telah dibedah dan dinilai oleh pengisi.

Sekitar jam 4 petang, program diteruskan dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pengerusi DPMI sesi 2011/2012, Saudari Sumaiyah binti Zakaria. Majlis diserikan lagi dengan ucapan penutup dari krew Al-Fityan PMRAM sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menghasilkan karya lukisan dan mewarna secara kreatif iaitu Saudari Nur Atiqah binti Azman dan Saudari Nawal Faiza Naim binti Mahadzir. Sebelum majlis berakhir, cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan telah disampaikan oleh Pengerusi DPMI sesi 2011/2012 kepada Pengarah Al-Fityan PMRAM, Saudara Mohd Taufik bin Nordin  .

Bertemakan ‘Mengareh Seni Lukisan Dakwah’ pihak penganjur mengucapkan sekalung penghargaan buat Krew Al-Fityan yang terlibat dan mengharapkan kepada peserta agar segala ilmu dan input yang diperoleh dapat diaplikasikan oleh para peserta seterusnya dapat melahirkan mahasisiwi yang  serba boleh dalam segenap bidang dan berjiwa kreatif bagi melancarkan perjalanan gerak dakwah seiring dengan hasrat PMRAM  dan DPMI .

Disediakan oleh :
Unit Penerangan & Penerbitan DPMI 2011/2012

No comments:

Post a Comment