Labels

Pages

Saturday, February 11, 2012

KEPIMPINAN BERKUALITI MENDEPANI ARUS GLOBALISASI




ISKANDARIAH , 8 Februari 2012-PMRAM Cawangan Iskandariah,di bawah Jabatan Pengerusi  telah menjayakan satu program MUHASABAH SEPARUH PENGGAL DPMI SESI 2011/2012 yang bertemakan “Kepimpinan Berkualiti Mendepani Arus Globalisassi” telah berjaya dilaksanakan pada 16 Rabiul Awal1433H bersamaan 8 Februari 2012M,bertempat  di Markaz DPMI.

     Agenda menarik yang ada pada program muhasabahkali  ini adalah di sebelah pagi, diskusi kitab yang bertajuk “Pemuda Islam Yang Berjuang” yang didiskusikan oleh PRESIDEN PMRAM 2011 sendiri,iaitu Saudara  Muhammad Zuhaili Saiman. Seusai diskusi, program diteruskan lagi dengan sesi perasmian yang disempurnakn  oleh Presiden PMRAM 2011. Turut hadir bersama Hewi PMRAM 2011, Saudari Nurul Arifah binti Hilmi (Ketua Unit  Kebudayaan, Kesenian & Sukan) merangkap hewi angkat bagi PMRAM Cawangan Iskandariah.

Di antara objektif program MUHASABAH SEPARUH PENGGAL ini adalah seperti : 1) Bertujuan sebagai  satu muhasabah gerak kerja pengurusan dan pentadbiran DEWAN PERWAKILAN MAHASISWI ISKANDARIAH sepanjang separuh sesi 2011/2012. 2) Memberi ruang kepada ahli untuk memberi sebarang muhasabah, pandangan dan cadangan untuk kecemerlangan DPM Iskandariah pada masa akan datang.

Alhamdulillah, program  berjalan dengan  lancar dan mendapat respon yang baik daripada ahli. InsyaAllah segala muhasabah dan cadangan yang dilontarkan akan dibincangkan dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Akhir kalam, syukran jazilan diucapkan kepada  seluruh barisan adhoc pelaksana &AJKK program  MUHASABAH SEPARUH PENGGAL DPM Iskandariah 2011/2012 serta mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Segala jasa baik kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan selaut kemaafan dipohon di atas kesilapan yang dilakukan. Wallahu a’lam.

Disediakan oleh,
NUR AMNANI FATEN BINTI PAIMAN
(Pengarah Muhasabah Separuh Penggal DPMI 2011/2012)

No comments:

Post a Comment