Labels

Pages

Monday, December 23, 2013

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Pembukaan pencalonan

Pembukaan pencalonan

PENGUMUMAN RASMI BADAN PENGURUS & AJKT HEWI PMRAM 2014

Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( SPR PMRAM ) 2013 pada tahun ini telah mengadakan proses pencalonan kepimpinan Badan Pengurus & Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
bagi sesi 2014 pada 17-19 Disember 2013. Sehubungan dengan itu, pihak SPR PMRAM 2013 telah menerima 11 borang pencalonan Badan Pengurus yang terdiri daripada 2 borang Presiden dan 9 borang Badan Pengurus. Manakala bagi pencalonan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJKT HEWI), pihak SPR PMRAM 2013 telah menerima 10 borang sepanjang hari pencalonan tersebut. Oleh yang sedemikian, pihak SPR PMRAM 2013 juga telah mengadakan hari bantahan calon pada 22 Disember 2013 di Bilik Operasi SPR. Setelah berakhirnya tempoh bantahan tersebut, pihak SPR PMRAM 2013 tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana individu terhadap calon-calon Badan Pengurus & AJKT HEWI PMRAM 2014.  


Sehubungan dengan itu, pihak SPR PMRAM 2013 dengan ini mengumumkan keputusan rasmi pencalonan kepimpinan Badan Pengurus & AJKT HEWI PMRAM 2014 seperti berikut :- 

Calon Presiden : berlaku pertandingan
Calon Badan Pengurus : menang tanpa bertanding
Calon AJKT HEWI : menang tanpa bertanding 







PERHATIAN : Pihak SPR PMRAM 2013 pada kali ini akan mengadakan hari pengundian bagi jawatan Presiden untuk memilih seorang sahaja Presiden PMRAM 2014. Maklumat rasmi hari pengundian akan dimaklumkan oleh SPR PMRAM 2013 pada masa akan datang. 


Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:- 
Pengarah SPR PMRAM 2013, saudara Subki bin Zakaria : +201122941495
Timb. Pengarah SPR PMRAM 2013, saudari Sahilah binti Md Isa : +20114-2367079


Disediakan oleh,
Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )
2013

No comments:

Post a Comment