Labels

Pages

Tuesday, February 7, 2012

DPM Melestari Kesatuan Mahasiswa




PMRAM semakin utuh bertapak dipersada arena kepimpinan mahasiswa Islam yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Usia PMRAM yang sudah mencecah 80 tahun bermukim di Perlembahan Nil ini mak sudah sokongan dan dorongan pendokongnya tidak berbelah bagi.

Kewujudan PMRAM sekaligus membuktikan bahawa generasi muda juga mampu memimpin dalam membentuk ideologi yang setanding dengan pemikir Islam yang tersohor.

Dewan Perwakilan Mahasiswa ( DPM ) ditubuhkan bermula pada tahun 1992 membuka satu lembaran sejarah bagi anak-anak Melayu yang berkelana dibumi anbiya'.

Ini kerana ketika itu menjadi perintis kehidupan anak Melayu di beberapa cawangan Universiti Al-Azhar diseluruh Mesir.

Agenda kebajikan PMRAM tetap diteruskan biarpun terpaksa dihantar ke cawangan, ini sekaligus mengangkat fungsi keberadaan PMRAM yang mengutamakan kebajikan antara matlamat penubuhannya.

Semakin lama, DPM menjadi pilihan mahasiswa menyambung pengajian Islam dengan menerima kedatangan pelajar saban tahun.

Anak-anak Melayu di DPM juga dilenturi dengan sikap berdikari dalam mengharungi kehidupan yang sedikit berbeza dari sudut suasana dan budayanya.

Gambaran ini jelas menunjukkan PMRAM terus dikuatkan dengan ahli DPM yang memberikan komitmen yang semaksima mungkin. Senstiviti melindungi keutuhan PMRAM sudah sebati dalam jiwa kerana begitu memahami dasar dan matlamat yang diperjuangkan.

Apabila menyoroti sejarah penubuhan setiap DPM sudah pasti akan mengheret naluri seorang insan memahami betapa manisnya kesatuan yang terbina.

Kebersamaan PMRAM dan DPM adalah satu momentum bagi menyemai kesefahaman agar ukhuwah yang terjalin bukan dilestarikan atas kepentingan individu tetapi kepentingan bersama.

Sempena penganjuran Konvensyen pada kali ini, diharapkan agar dapat menjalinkan keterikatan untuk memelihara keindahan berukhuwah dikalangan kepimpinan DPM dan ahli tanpa mengira latar belakang dan kefahaman.

Mohd Solehuddin bin Mohd Safien
Naib Presiden II
Ketua Lajnah Muhafazah
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
2011

(sumber : pmram.org)

No comments:

Post a Comment