Labels

Pages

Wednesday, December 18, 2013

Kalam Imtihan

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri,berat terasa olehnya penderitaan yang kamu lalui,(Dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman.Maka,jika mereka berpaling (dari keimanan),maka katakanlah (Muhammad),cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy  (singgahsana) yang agung".
                                                                                                                              (At-Taubah:128-129)

Dari Anas,sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang kiamat.Ia berkata,"bilakah terjadinya kiamat ya Rasulullah"?Rasulullah berkata,"apa yang engkau telah siapkan untuknya"?Lelaki itu berkata,"aku tidak menyiapkan apapun kecuali sesungguhnya aku mencintai Allah dan RasulNya".Rasulullah S.A.W bersabda,"engkau bersama apa yang engkau cintai".Anas berkata,"kami tidak merasa bahagia dengan sesuatu pun yang membahagiakan kami seperti bahagianya kami dengan perkataan nabi,"Engkau bersama apa yang engkau cintai",Anas kemudian berkata,"maka aku mencintai Nabi,Abu Bakar,dan Umar.Dan aku berharap aku bersama dengan mereka kerana kecintaanku kepada mereka meskipun aku belum bisa beramal seperti mereka".
                                                                                                                                      (Muttafaq Alaih)

    PEPERIKSAAN (EXAM) hanya medan pertempuran,ianya menjadi satu wasilah untuk menggerakkan jiwa kita untuk mencari satu kepentingan ILMU.Dengan ilmu ianya membawa jiwa kita untuk kepentingan amalan.Dengan amal ianya membawa jiwa kita kepada kecantikan.Ikhlas lahir dari dalaman yang terpancar secara zahir dengan kecantikan taqwa dan tawadhu'.Kepentingan satu institusi dan peperiksaan itu hanyalah titik gerakan yang melahirkan garisan-garisan yang besar kepentingannya.BERJAYA atau GAGAL pada natijah peperiksaan bukan tempat untuk bersedih dan keluh-kesah. 
    
    Wahai saudaraku,aku ingin dirimu tahu bahawa Allah Yang Maha Mencipta telah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu sejak azali.Dialah yang telah mencipta sabab dan musabab,dan percayalah bahawa tidak akan datang kesan dan natijah ( التأثير) kecuali daripadaNya.

    Dan aku ingin engkau tahu saudara-sudaraku,bahawa setiap langkahmu untuk ilmu,kefahaman,amalan,dan kecantikan semua itu pasti dikira sebagai kebaikan dan kecantikan,yang maha membalas kebaikan dan kejahatan.Biarlah penat lelah,suka-duka,dan gelisah kita segala-galanya ternilai dengan nilai ibadah.Tenangkan dan rehatkan hatimu dengan siraman cinta kepadaNya dan RasulNya.

    Dalam hadith muttafaq alaih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,ia berkata,Rasulullah S.A.W bersabda:"Allah SWT berfirman:"Aku tergantung prasangka hambaku kepadaku.Aku bersamanya ketika dia mengingatiku.Apabila dia mengingatiku dalam dirinya ,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diriku.Apabila dia mengingatiku dalam satu kaum,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam satu kaum yang lebih baik daripada mereka.Apabila dia mendekatiku dengan jarak sejengkal,nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.Apabila dia mendekatiku dengan jarak sehasta,nescaya Aku mendekatinya dengan jarak sedepa.Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan,nescaya Aku datang kepadanya dengan keadaan berlari".

                       . مع التمنيات بالتوفيق والنجاح                           
 


Disediakan oleh:
Nur Hidayati Binti Suwarso,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
Dewan Perwakilan Mahasisiwi Iskandariah 2013/2014.

No comments:

Post a Comment