KAHERAH, 4 Okt- HEWI PMRAM, WEHDAH (Ittihad Tolabah Indonesia), dan WISA (HEWI Sabah) terus memperkukuhkan jalinan ikatan dalam agenda kebajikan.
Satu perbincangan telah diadakan bagi membincangkan permasalahan di peringkat masing-masing dan kerjasama yang boleh dilaksanakan.
Perbincangan tersebut diketuai oleh HEWI PMRAM yang dihadiri oleh Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Saudari Nurain Yaacob, Naib Pengerusi HEWI I(Unit Perancang & Panitia), Saudari Siti Fathiyah Mohd Razi, Setiausaha HEWI, Saudari Noor Akmaizan Yusof, Ketua Unit Penerangan & Penerbitan, Saudari Kamilah Che Razali dan Ketua Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa, Saudari Shazazierra Sharif.
Tujuan utama perbincangan dilakukan adalah untuk mengenali Ketua HEWI dengan lebih dekat lagi disamping berkongsi pendapat dan permasalahan yang berkaitan hal seputar mahasiswi dalam persatuan masing-masing.
Perbincangan ini bersetuju untuk terus memantapkan kerjasama semua pihak dalam segenap aspek samada sudut kebajikan, kebudayaan & kesenian, akademik dan sebagainya demi ketrampilan mahasiswi itu sendiri.
"HEWI PMRAM akan terus memperkasakan hubungan antarabangsa ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang kerjasama dan mengharapkan agar hubungan ini akan sentiasa berkekalan dan terus ke hadapan dalam aspek pembangunan mahasiswi selari dengan perkembangan semasa," ujar Saudari Nurain Yaacob,Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM.
"Kita bersetuju untuk terus memperkasakan hubungan dan kerjasama antara semua pihak. Diharapkan pertemuan ini akan mencambahkan lagi kelangsungan mahasiswi berintegriti dan berdaya saing," tambah, wakil HEWI BKPSM.
"Hubungan antara mahasiswi di Asia Tenggara sudah lama terjalin dan kita mewarisi ikatan hubungan tersebut. WEHDAH (Ittihad Tolabah Indonesia) sentiasa mengalu-alukan kerjasama dalam bidang ini demi manfaat semua pihak," jelas Saudari Wafiyah 'Ahdiyah Raisah (Ketua HEWI) WEHDAH.
(sumber : PMRAM)
No comments:
Post a Comment