Labels

Pages

Wednesday, August 31, 2011

AHLAN WASAHLAN KE KONVENSYEN PMRAM DAN DPM 2011

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh..

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Konvensyen PMRAM dan DPM tak lama lagi,
Ahlan wasahlan kami ucapkan.
Bahang kehangatan Konvensyen PMRAM dan DPM 2011 kian dirasai oleh mahasiswa/mahasiswi Malaysia di bumi Mesir dan ketibaannya semakin dinantikan oleh semua ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) seluruhnya.
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi merupakan wakil PMRAM di muhafazah yang bertanggungjawab melaksanakan misi dan visi PMRAM kepada ahli di peringkat muhafazah. Antara tujuan Konvensyen DPM diadakan ialah untuk memartabat dan menyedarkan para mahasiswa tentang sikap, peranan serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap mahasiswa/wi di Mesir. Justeru, sempena Konvensyen PMRAM dan DPM 2011 yang bakal berlangsung September ini, kami di seluruh PMRAM Cawangan DPM mengalu-alukan kehadiran seluruh ahli PMRAM sama ada pelajar Pengajian Islam dan Perubatan di semua peringkat untuk sama-sama mengikuti dan menjayakan konvensyen pada kali ini.
Semoga segala yang direncanakan dipermudahkan oleh ALLAH Taala dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, seterusnya memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa/wi Malaysia di bumi Mesir. Selamat berkonvensyen buat semua.
Siiru ‘ala barakatillah.


‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’
‘KESATUAN UKHUWWAH MANIFESTASI TARBIAH’

PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH SESI 2011/2012

No comments:

Post a Comment