Dengan Nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat.
Sedar ataupun tidak, kita bakal meninggalkan bulan Jamadil Akhir 1432 H dan akan menyusul bulan-bulan Islam yang penuh dengan keberkatan. Disamping kita berimtihan janganlah dilupakan bulan mulia ini, iaitu bulan REJAB yang penuh dengan kemuliaan. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bermaksud: "REJAB adalah bulan Allah SWT, SYA'BAAN adalah bulanku ( Rasulullah SAW ) dan RAMADHAN adalah bulan umatku".
Oleh itu, ana menyeru kepada semua, untuk kita sama-sama menghidupkan bulan ini dan bulan-bulan yang seterusnya. Dari hadis tersebut, menunjukkan bahawa ketiga-tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Islam mengerjakan berbagai-bagai amal ibadah, yang diberi sebesar-besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.
Buat akhirnya, ana mewakili seluruh kepimpinan PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2010/2011 mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab yang mulia dengan penuh kerendahan hati. " YA ALLAH, ENGKAU BERKATILAH BULAN REJAB DAN SAMPAIKANLAH AKU KE BULAN SYA'BAAN DAN BULAN RAMADHAN".
" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"
KESATUAN UKHUWAH MANIFESTASI TARBIYAH"
SUMAIYAH BINTI ZAKARIA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
Semoga dibulan rejab tahun ini dan musim imtihan yg sedang berlangsung pd waktu ini juga akan membuahkan kenangan yg paling indah buat warga DPMI khususnya seluruh umat islam amnya. Mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala. Berusaha sehabis baik.apapun natijahnya ia milik Allah yang abadi. Kepada Allah jua kita pinjam dan dikembalikan. Taufiq wannajah,kullu daqaiq waantum bikhair...
ReplyDelete