Labels

Pages

Saturday, June 4, 2011

PERISTIWA DI BULAN REJAB :


Dalam bulan ini berlaku dua peristiwa penting iaitu :

1. Peristiwa Israk dan Mikraj

Peristiwa ini berlaku pada 26 atau 27 haribulan Rejab. Dalam peristiwa inilah sembahyang fardhu lima waktu disyariatkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam.

2. Peristiwa peperangan Tabuk

Peperangan ini berlaku pada bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah, bersamaan dengan tahun 631 Masihi. Ia merupakan peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah S.A.W.

Peperangan ini juga dipanggil ''Ghazwatul 'Asrah''. Ia berpunca apabila Raja Heraclius mempersiapkan tentera-tenteranya yang begitu ramai di Syam untuk berhadapan dengan tentera-tentera Islam. Beberapa kabilah Arab yang beragama Nasrani turut bergabung di dalam pasukan tentera musuh iaitu Kabilah Lakham, Jazam, Ghassan dan 'Amalah. Barisan mereka mengambil tempat di Balqa' iaitu sebuah perkampungan kecil dalam wilayah Damsyik yang terletak di antara Syam (Syiria) dan Wadi Qurra.

Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah S.A.W, Baginda S.A.W terus menghantar bala tenteranya yang berjumlah seramai 30 000 orang tentera pejalan kaki dan 10 000 tentera berkuda ke Tabuk yang terletak di antara Hijaz dan Syam, di samping menyeru umat Islam supaya mengorbankan harta benda demi kemenangan Islam.

Maka datanglah Saidina Abu Bakar menyerahkan semua hartanya yang berjumlah 40 000 dirham. Saidina Umar pula menyerahkan separuh hartanya, manakala Saidina Uthman menyerahkan hartanya yang begitu banyak sehingga boleh membiayai satu pertiga daripada keperluan tentera.

Para munafiqin seramai 80 orang tidak menyertai pasukan Rasulullah S.A.W, manakala ada sebilangan orang Arab lain pula menyatakan keuzuran mereka tanpa alasan sebenar bertujuan untuk mengelak diri. Pun begitu keuzuran mereka diterima oleh Baginda S.A.W.

No comments:

Post a Comment