Labels

Pages

Saturday, June 4, 2011

http://map2street.blogspot.com/2011/06/hari-itu-menjadi-sejarah.html

Pada 05 Jun 1967 tercetusnya perang besar yang berlarutan selama enam hari. Walaupun pada mulanya, radio Arab menghebahkan ketika awal perang enam hari bahawa tentera-tentera Arab bakal menang setelahmana khabar-khabar berita menunjukkan beratus-ratus pesawat tempur Israel berjaya digugurkan. Namun, realiti di medan tempur menangkis segala perkhabaran ini. Ketika malam pertama perang meletus, tentera-tentera Arab dibuai rasa senang dan tidak dapat tidur malam. Serentak dengan itu, pesawat-pesawat tempur zionis telah berjaya memusnahkan pesawat-pesawat tempur tentera Mesir, Syria dan Jordan yang masih berada di lapangan terbang tentera. Lalu diikuti dengan kemusnahan logistik ketenteraan Arab yang besar.

Kesan selepas perang enam menjadikan ia satu tragedi yang menyingkap kekalahan teruk apabila zionis dapat menjajah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Tambahan pula, zionis dapat menakluk dataran tinggi Golan(Syria) dan tanah Mesir, Sinai.

Fakta lagi:

1. 393 buah pesawat tempur tentera Arab dari jumlah asal 416 telah musnah ketika masih di pengkalan tentera udara Arab. Dicatatkan, tragedi ini berlaku 80 minit pertama ketika perang meletus.

2. 80% logistik perang Mesir musnah.

3. Jumlah tentera Mesir yang terkorban sebanyak 10 000, diikuti tentera Jordan sebanyak 6100 tentera, 1000 tentera Syria dan ribuan lagi mengalami kecederaan.

4. 330 000 penduduk Palestin dihalau keluar dari tanah mereka. Tanah-tanah tersebut diagih-agihkan kepada Yahudi.

5. Peluang zionis meluaskan lagi penempatan-penempatan di tanah Palestin.

6. Bintang Jamal Abdul Naseer, Presiden Republik Arab Mesir terus gelap.

7. Laungan Arab dari bebaskan tanah Palestin yang dijajah pada 1948 telah berubah kepada laungan pembebasan tanah-tanah yang dijajah selepas perang 1967. Masyarakat Arab mengecam pemerintah-pemerintah Arab berikutan kekalahan dalam perang 1967.

Kesimpulannya, tragedi ini disebut Naksah 1967 yang lebih kecil skop kekalahannya berbanding Nakbah Palestin 1948.

Sumber:

فلسطين..التاريخ المصور, صفحة 299

No comments:

Post a Comment