Labels

Pages

Saturday, January 7, 2012

Kecemerlangan Dan Kehebatan Mahasiswa Sinergi Perubahan Negara








Tugas sebagai sebagai seorang mahasiswa memang berat tetapi tugas sebagai seorang dewasa lagi berat. Jikadikatakan bahawa mahasiswa di alam kampus yang belum lagi mendirikan rumahtangga ini sibuk dengan pelbagaitugasan maka waktu selepas mendirikan rumahtangga itu pastinya akan lebih sibuk dan diuji dengan pelbagai ujian.

Inilah lumrah sebuah kehidupan. Masing-masing ada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sekiranya dunia inihanya semata-mata kesenangan nescaya Allah SWT tidak perlu menjadikan di akhirat kelak adanya syurga danneraka.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan syurga ini iaitu kesenangan yang hakiki maka ianya memerlukan kepadapengorbanan dan usaha yang gigih serta berterusan (istiqamah).

Dewasa ini telah timbul pelbagai cerita dan kisah yang berkaitan dengan mahasiswa. Di Malaysia kita telah melihat bagaimana kebangkitan mahasiswadalam menuntut hak dan mengembalikan semula kebebasan yang selama ini dikongkong oleh pihak-pihak tertentu.

Kuasa mahasiswa cukup hebat. Kehebatannya mampu untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang angguh dan zalim. Ini jelas terbukti, erapemerintahan Suharto, Presiden Indonesia suatu ketika dahulu mampu untuk digulingkan oleh kesatuan yang ditunjukkan oleh mahasiswa.

Inilah hebatnya kuasa kerja yang ada pada mahasiswa dan anak muda.

Namun, kehandalan dan kehebatan yang ada pada mahasiswa itu perlu digunakan pada tempatnya. Mahasiswa agen perubah masa depan negara.

Justeru, usaha ke arah mempertingkatkan jati diri sebagai seorang mahasiswa yang matang dan waras dalam setiap tindakannya perlu dilaksanakanbermula daripada sekarang.

Mahasiswa sekarang perlu menonjolkan kehebatan diri mereka kepada khayalak umum bukan untuk bermegah , riak dan takabbur tetapi untuk Islamsupaya kehebatan Islam itu dapat dilihat pada jiwa mahasiswa.

Oleh yang demikian mahasiswa Islam perlu sentiasa optimis dan meletakkan diri mereka sebaris dengan mereka yang berjaya.

Kita inginkan mahasiswa yang mantap dari sudut thaqafah, hebat dari kemahiran, menarik dari sudut perancangan, cantik dari sudut gerak kerja dantindakan serta dan mahasiswa yang meletakkan kepentingan ummat dan masyarakat sejagat melebihi daripada kepentingan diri sendiri.

Selain itu, kita juga mengimpikan mahasiswa yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain mengikut apa jua posisi, supaya keberadaan dankewujudan kita dalam masyarakat dapat membantu kerja-kerja Islam.

Bukan dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya mereka memiliki kesemua ciri-ciri yang disebutkan tadi sekiranya perkara tersebut tidakdigunakan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.

Bukanlah juga dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya hanya mampu berceramah dan memberi tazkirah di merata-rata tempat semata-matatanpa dibuktikan dengan kecemerlangan prestasi akademik.

Justeru, sebagai mahasiswa yang mendokong segala prinsip dan ajaran Islam, maka semestinya kitalah orang yang sepatutnya memegang ‘title’cemerlang itu.

Oleh itu, saya berpesan kepada seluruh mahasiswa Islam yang berada di Bumi Mesir ini khususnya supaya melakukan yang terbaik di dalampeperiksaan semesta pertama yang berlangsung sepanjang Januari ini seterusnya menjayakan suptopik ucapan dasar Presiden PMRAMKecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama “.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

ABDUL AZIZ BIN ALI

TIMBALAN PRESIDEN,

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR 2011


(sumber : PMRAM)

No comments:

Post a Comment