9 Jun 2012 Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria (KPS) melihat situasi Syria kebelakangan inidengan penuh kebimbangan dan kekecewaan. Ini kerana pembunuhan yang berlaku sejak tercetusnyarevolusi telah melebihi 15, 000 nyawa, namun dunia terus berdiam diri terutama Liga Arab dan MajlisKeselamatan PBB yang 'bisu' apatah lagi 'blok penyokong kuat' Syria iaitu Iran dan Hizbullah yangmeneruskan sokongan kepada rejim tanpa henti.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan telah berlaku dua penyembelihan beramai-ramai iaitu di Haulahpada 25 Mei dan El-Qobair pada 8 Jun yang kedua-duanya mengorbankan lebih 200 nyawa,sebahagiannya kanak-kanak dan wanita.
Menurut saksi, askar rejim Syria memasuki kampung dan membakar rumah kediaman penduduk menyebabkan sebahagian mangsa meninggal duniaakibat terperangkap dalam kebakaran manakala sebahagian yang
lain disembelih menggunakan pisau.
Hati dan sanubari umat Islam bagai disiat dan dihiris apabila rejim Syria terus menafikan penglibatannya dalam pembunuhan di Haulah. BahkanPresiden Syria, Basyar Al-Assad berjanji akan memperhebatkan kempen perang ke atas tentera bebas Syria yang disifatkan sebagai 'pengganas' yangmemudaratkan keselamatan negara.
Pada 4 Jun lalu, beberapa hari sebelum penyembelihan di El-Qobair berlaku, Presiden Syria,
Basyar Al-Assad melantik Perdana Menteri baru RiyadhHijab, yang merupakan penyokong kuat parti pemerintah untuk menubuhkan kerajaan baru menggantikan kerajaan 'Adil Safar.
Serangan dan pembunuhan kecil saban hari terus berlaku di seluruh Syria. Lebih membimbangkan lagi apabila kes penculikan wanita dan beberapaorang yang menyertai demonstrasi aman anti kerajaan turut terjadi. Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang adalah dilaporkansebagai menyatakan, kebanyakan mereka terdedah kepada pembunuhan seperti nasib yang menimpa Zainab Al-Husni dan mangsa lain sebelum ini.
Untuk itu, Kempen Prihatin Syria
(KPS) menyeru:
1) Seluruh mahasiswa dan mahasiswi
Mesir cakna dan meneruskan doa masing-masing walaupun dalam tempoh peperiksaan
pada waktu ini. Memang tidak dapat dinafikan, fokus terhadap peperiksaan dan
sesekali terhadap politik semasa di Mesir menyebabkan kita terlepas pandang
berkaitan isu di Syria.
2) Menyemarakkan semangat kempen di bulan Rejab yang mulia ini bagi pembebasan Palestin dan Syria. Kedua-dua tempat ini dirakam dalam sejarahIslam yang mana terletak dalam lingkungan negara Syam seperti disebut dalam al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat pertama surah Al-Isra'.
3) Jawatankuasa KPS akan
menggerakkan semula kempen bagi fasa kedua selepas peperiksaan nanti dan
mengharapkan sokongan dari seluruh mahasiswa dan mahasiswi sekalian.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan
kepada saudara kita di Syria untuk terus thabat.
"Mahasiswa Mendepani Isu
Sejagat"
"Memartabat Keilmuan
Memimpin Kesatuan"
Muhammad Abdul Malik Hj. Abdul
Karim
Koordinator Kempen Prihatin
Syria / Penasihat PMRAM 2012
No comments:
Post a Comment