Labels

Pages

Sunday, March 11, 2012

Kenyataan Rasmi PMRAM Berkenaan Isu Penamatan Pinjaman Mahasiswa Terengganu


Melihat kepada isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku ke atas 9 mahasiswa Terengganu yang ditamatkanpinjaman oleh Yayasan Terengganu kerana terlibat dalam himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu, pihakPersekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihakYayasan Terengganu adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa.

PMRAM bersimpati ke atas 9 mahasiswa Terengganu tersebut dan menganggap ia merupakan isu integriti mahasiswayang dicabuli dan mesti dipertahankan oleh semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir terutamanya. Isu yangberlaku ini menunjukkan bahawa mahasiswa/wi Malaysia seolah-olah dikongkong oleh 'AUKU' secara tidak langsungkerana alasan penamatan pinjaman ke atas 9 mahasiswa Terengganu tersebut adalah tidak kukuh dan relevan.

Tindakan penamatan pinjaman yang diambil oleh Yayasan Terengganu hanya akan menimbulkan persoalan olehmasyarakat terhadap kredibiliti pengurusan Yayasan Terengganu. Hal ini demikian kerana, menamatkan pinjaman hanya akan menggelapkan masadepan mahasiswa dalam melanjutkan pengajian mereka terutama pengajian perubatan ekoran yuran yang tinggi. Secara kasarnya, PMRAM melihattindakan ini merupakan ugutan oleh pihak-pihak tertentu dalam menyekat kebebasan mahasiswa dalam mencapai ke arah kematangan dan kebebasanbersuara.

Justeru, PMRAM mendesak agar Yayasan Terengganu agar menilai semula tindakan yang telah diambil serta menyambung semula pinjamankepada sembilan mahasiswa Terengganu tersebut. PMRAM juga menyeru agar semua mahasiswa dan mahasiswi Islam Malaysia samada pengajianIslam dan perubatan agar bersama-sama dalam isu ini kerana ia merupakan kebersamaan kita atas dasar mahasiswa.

Muhamad Zuhaili Saiman

Presiden PMRAM 2011

No comments:

Post a Comment