Labels

Pages

Wednesday, March 28, 2012

RANGKAIAN TALIAN KOMUNIKASI MEMERIAHKAN ITHAR '12 DPMI


ISKANDARIAH, 17- 20 Mac 2012 : Pada tahun ini Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah telah berjaya menjalankan program Hari Keluarga yang diberi nama Ihtifal Ath-Thaqafah War Riadhah Iskandariah (ITHAR ’12) yang telah berlangsung selama empat hari berturut-turut. Dua lokasi digunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik iaitu acara dewan yang telah berlangsung pada 17,18,20 Mac di Dewan Zajlatul Abidah (Markaz DPMI) dan antara acara yang dipertandingkan ialah seperti Minda Azhari, Pantun, Mainan Serambi, Game of Thaqafah & Ilmiah dan sebagainya. Manakala acara padang pula berlangsung pada 19 Mac di Tusun Basha. Antara permainan yang diadakan pada hari tersebut ialah bola jaring, bola tampar, badminton dan acara sukaneka.

Ihtifal Ath-Thaqafah War Riadhah Iskandariah (ITHAR’12) telah membuka tirai dengan ucapan Pengarah Program ITHAR ’12 iaitu Saudari Rosleena binti Sahit dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasisiwi Iskandariah, saudari Sumaiyah binti Zakaria seterusnya kalam daripada Penasihat I DPMI, saudari Norliza binti Mat Salleh yang sekaligus menjadi perasmi program ITHAR ’12 pada kali ini. Lagu tema ITHAR ’12 yang bertajuk “Kau, kawan, Sahabat danTeman” dilihat memenuhi cita rasa semua. Sepertimana kalam Perasmi Program pada hari itu, dalam mencapai objektif program yang mana bukan sahaja bersukan atau bersuka ria bahkan merapatkan ukhuwah sesama ahli.

Vodafone, Mobinil, Etisalat merupakan tiga kumpulan yang bertanding dalam ITHAR ’12 pada kali ini. Ketga-tiga kumpulan bersemangat dalam memasuki pertandingan yang diadakan pada hari tersebut. Pada awalnya kumpulan Etisalat menampakkan kejuaraannya dalam acara padang apabila menjuarai pertandingan Bola jaring akan tetapi, Mobinil dan Vodafone terlebih dahulu menjuarai Etisalat dalam pertandingan acara dewan dan padang. Juara keseluruhan Hari Keluarga Iskandariah telah digondol oleh kumpulan Vodafone, manakala Mobinil menduduki tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Etisalat. Pihak penganjur merakamkan penghargaan buat ketiga-tiga kumpulan kerana telah memberikan komitmen yang sangat menggalakkan dalam ITHAR ’12 pada kali ini.

Banyak pengisian yang menarik tersedia dalam ITHAR ’12 kali ini. Antaranya ialah Ceramah bertajuk ‘ Harakah Islamiah Warasatul Anbiya’ yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mujahid Ir Mohammad Fadzil dan Diskusi Kitab ‘ Takwin Asy-Syakhsiah Al-Insaniah fi Nazoril Islam’ oleh Ustaz Mohamad Sarkawi Mohmad Saleh dari BKAN Penang (taakhi zon B) juga pengisian kesihatan daripada wakil Perubatan Cawangan Iskandariah, Dr. Maryam Khadijah binti Badrul Hisham tentang Asas Sokongan Hayat. Alexandria Medical Team juga dari PCI turut sama-sama menjayakan Hari Keluarga Iskandariah pada kali ini dengan membuka kaunter Medical Check Up yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan pada hari ketiga di Tusun Basha.

Ihtifal Ath-Thaqafah War Riadhah Iskandariah (ITHAR’12) telah melabuhkan tirai dengan ucapan perasmian penutup dari Penasihat II DPMI, saudari Nurul Bazilah binti Hussin . Beliau menekankan kepada semua yang hadir agar ukhuwah yang terjalin ketika di ITHAR ’12 akan berkekalan serta menyeru kepada semua untuk terus bersama PMRAM dan DPMI yang mana merupakan wadah kesatuan mahasiswa/wi Melayu di bumi Mesir.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua adhoc pelaksana ITHAR ‘12 dan kepada yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kecacatan sepanjang program berlangsung. Akhirnya sama-samalah kita menjayakan tema ITHAR ’12 pada kali ini iaitu ‘Ukhuwah Dipatri Kesatuan Dihati’ bukan sahaja pada hari program sahaja bahkan setiap masa.

Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan

Julang Keilmuan Jana Keizzahan

No comments:

Post a Comment