Labels

Pages

Saturday, June 18, 2011

Peluang Terbaik Bagi Mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar

KAHERAH, 17 Jun - Mahasiswa matrikulasi Al-Azhar yang mengikuti Kursus Bahasa di Hayyu Sadis Universiti Al-Azhar akan melanjutkan pelajaran mereka di bidang yang telah mereka pohon sebelum ini.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa mereka akan dimasukkan ke Kuliah Ulum Islamiyah,Universiti Al-Azhar yang telah ditubuhkan pada tahun 2008.

Setelah pertemuan PMRAM bersama pihak pengurusan Al-Azhar maka inilah makluman yang berjaya diperolehi.

Bagi mahasiswa yang berada di tahap pencapaian sederhana dan rendah ketika mengikuti Kursus Bahasa tersebut,mereka akan mengikuti Kelas Intensif Musim Panas.

Untuk mahasiswa yang sudah menguasai pencapaian yang tinggi dalam Kursus Bahasa ,Matrikulasi Al-Azhar akan terus melanjutkan pengjian ke peringkat Sarjana Muda,Universiti Al-Azhar mengikut bidang yang telah dipohon sebelum ini .

Begitu juga untuk mahasiswa baru sesi 2011/2012, mereka akan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang dipohon dengan syarat mereka lulus dalam peperiksaan kelayakan yang diadakan.

Perkara ini telah disahkan oleh Prof. Madya Dr. Haji Suaidi bin Dato’ Haji Safei , Pengarah EME ketika pertemuan yang diadakan bersama PMRAM beberapa hari yang lepas.

"Ini merupakan peluang yang terbaik untuk mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam mencapai cita-cita" ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan menasihatkan kepada semua pelajar agar tidak berputus asa di dalam perjuangan menuntut ilmu.

" Cabaran dan ujian yang dihidangkan untuk kita hari ini amatlah ringan jika dibandingkan dengan mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh ulama' silam" tambah beliau lagi.


Sumber : pmram.org




Wednesday, June 8, 2011

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul



ISKANDARIAH , 8 JUN - Kepimpinan Hewi PMRAM telah meluangkan masa untuk menziarahi mahasiswi Perubatan Saudari Aisyah Noraini bt Md. Nor yang dimasukkan ke hospital pada Jumaat yang lalu. Beliau disahkan menghidapi penyakit
pulmonary tuberculosis (TB) oleh doktor yang merawatnya.

Semasa lawatan ziarah dari kepimpinan HEWI PMRAM yang diwakili oleh Noor Akmaizan binti Yusof, Suhana binti Idris, Nurul Nadhirah binti Aw. Mohd. Nor, Nurul Arifah binti Hilmi yang ditemani oleh Saudari Norliza binti Mat Salleh Pengerusi DPMI, melihat keadaan Saudari Aisyah Noraini masih berada dalam keadaan lemah. Beliau demam dan masih lagi batuk berdarah, doktor yang merawatnya pada pagi tadi memberitahu tempoh rawatan akan dilanjutkan dan kemungkinan hampir sebulan.

Diakhir kunjungan tersebut, Kepimpinan HEWI PMRAM telah memberi suntikan kata-kata semangat kepada saudari Aisyah Noraini moga beliau cepat sembuh dan dapat kembali ke kuliah seperti biasa. Pihak HEWI PMRAM telah menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh beliau. Kami mengharapkan agar beliau tabah dan cekal menghadapi uijian Allah SWT ini, dan menasihati sahabat-sahabat sekalian untuk menjaga kesihatan masing-masing.

Seorang Mahasiswi Perubatan Disahkan Mengidap Penyakit TIBI

ISKANDARIAH, 5 Jun - Seorang mahasiswi perubatan tahun empat yang disahkan menghidap penyakit TIBI (Tubercle Bacilli) telah dimasukkan ke Hospital Sodri Makmurah, Iskandariah.

Saudari Aisyah Nurani binti Mohd Nor yang berasal dari Terengganu telah disyaki mengidap TIBI positif sebelum revolusi di Mesir lagi.

Namun begitu, beliau bertahan dengan bekalan ubat yang diberikan dan sehingga pada hari jumaat lepas beliau dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang kritikal kerana mengalami batuk berdarah.


Sehubungan dengan itu, pihak hospital terpaksa menahan beliau untuk rawatan selanjutnya selama 10 hari di hospital tersebut.

Di samping itu, Saudari Norhashima Majid, Ketua unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM, menyarankan kepada semua mahasiswa/mahasiswi agar menjaga kesihatan dan segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya mempunyai masalah dan simptom-simptom penyakit yang disyaki.

HEWI PMRAM bersimpati dengan ujian yang menimpa beliau dan mendoakan beliau kuat serta tabah kerana memandangkan beliau akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

sumber:hewipmram55.blogspot.com

Saturday, June 4, 2011

http://map2street.blogspot.com/2011/06/hari-itu-menjadi-sejarah.html

Pada 05 Jun 1967 tercetusnya perang besar yang berlarutan selama enam hari. Walaupun pada mulanya, radio Arab menghebahkan ketika awal perang enam hari bahawa tentera-tentera Arab bakal menang setelahmana khabar-khabar berita menunjukkan beratus-ratus pesawat tempur Israel berjaya digugurkan. Namun, realiti di medan tempur menangkis segala perkhabaran ini. Ketika malam pertama perang meletus, tentera-tentera Arab dibuai rasa senang dan tidak dapat tidur malam. Serentak dengan itu, pesawat-pesawat tempur zionis telah berjaya memusnahkan pesawat-pesawat tempur tentera Mesir, Syria dan Jordan yang masih berada di lapangan terbang tentera. Lalu diikuti dengan kemusnahan logistik ketenteraan Arab yang besar.

Kesan selepas perang enam menjadikan ia satu tragedi yang menyingkap kekalahan teruk apabila zionis dapat menjajah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Tambahan pula, zionis dapat menakluk dataran tinggi Golan(Syria) dan tanah Mesir, Sinai.

Fakta lagi:

1. 393 buah pesawat tempur tentera Arab dari jumlah asal 416 telah musnah ketika masih di pengkalan tentera udara Arab. Dicatatkan, tragedi ini berlaku 80 minit pertama ketika perang meletus.

2. 80% logistik perang Mesir musnah.

3. Jumlah tentera Mesir yang terkorban sebanyak 10 000, diikuti tentera Jordan sebanyak 6100 tentera, 1000 tentera Syria dan ribuan lagi mengalami kecederaan.

4. 330 000 penduduk Palestin dihalau keluar dari tanah mereka. Tanah-tanah tersebut diagih-agihkan kepada Yahudi.

5. Peluang zionis meluaskan lagi penempatan-penempatan di tanah Palestin.

6. Bintang Jamal Abdul Naseer, Presiden Republik Arab Mesir terus gelap.

7. Laungan Arab dari bebaskan tanah Palestin yang dijajah pada 1948 telah berubah kepada laungan pembebasan tanah-tanah yang dijajah selepas perang 1967. Masyarakat Arab mengecam pemerintah-pemerintah Arab berikutan kekalahan dalam perang 1967.

Kesimpulannya, tragedi ini disebut Naksah 1967 yang lebih kecil skop kekalahannya berbanding Nakbah Palestin 1948.

Sumber:

فلسطين..التاريخ المصور, صفحة 299

ISTIGHFAR REJAB


Amalkan istighfar ini setiap hari pada bulan Rejab :

* أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ( 3 ) الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعاَصِى وَالذُّنُوب وأَتوُبُ إِلَيه مِن جَمِيعِ مَا كَرِهَ اللهُ قَولًا وَ فِعلاً وَ سَمْعًا وَبَصرًا وَخَاطِرًا .

* اَللَّهُمَّ إِنىِ أَستَغفِرُكَ مِن كُلِ ذَنبٍ تُبتُ إِلَيكَ مِنهُ ثُمَّ عُدتُ فِيهِ وَأَستَغفِرُكَ بِمَا أَرَدتُ بِهِ وَجهَكَ الكَرِيمَ فَخَالَطتُهَ بِماَ لَيسَ لَكَ بِهِ رِضًى وَأَستَغفِرُكَ بِمَا وَعَدتُكَ بِهِ نَفسِى ثُمَّ اخْلَفْتُكَ .

* أَستَغفِرُكَ مِنَ الذُّنُوبِ الَّتِى لاَ يَغفِرُهَا غَيرُكَ وَلَا يَطَّلِعُ عَلَيْهَا أَحَدٌ سِوَاكَ وَلاَ يَسِعُهَا إِلَّا رَحمَتُكَ وَحِلمُكَ وَلَا يُنَجِّى إِلَّا عَفوُكَ .

* وَأَستَغفِرُكَ يَا لَا إِلَهَ أَنتَ سُبحَانَكَ إِنّى كُنتُ مِنَ الظَالِمِينَ . وَأَستَغفِرُكَ يَا اَلله لَا إِلَهَ أَنتَ وَحدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ .

* سُبحَانَكَ يَا رَبَّ العَالَمِينَ , لَكَ المُلكُ وَلَكَ الحَمدُ وَلَكَ الشُّكرُ , أَنتَ حَسبُنَا وَنِعمَ الوَكيِلُ وَنِعمَ المَوْلَى وَنِعمَ النَّصِيرُ . وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلَّمَ تَسلِيمَا كَثِيرَا وَالحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ .

AMALAN BULAN REJAB :


1. Berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W :

فى الجنة نهر يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل , من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر .

Maksudnya : " Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut Sungai Rejab, airnya putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu. "

2. Bersedekah bagi mereka yang lemah atau tidak mampu berpuasa.

3. Sembahyang sunat mengiringi solat fardhu.

4. Sembahyang sunat Dhuha, Witir, Tahajjud dan sembahyang sunat Tasbih.

5. Bertaubat, beristighfar dan berdoa kerana bulan Rejab adalah bulan pengampunan dan bulan mustajab doa. Sabda Rasulullah S.A.W :

انيبوا الى ربكم واستغفروا من ذنوبكم واجتنبوا المعاصى فى الشهر الحرام وهو رجب .

Maksudnya : " Bertaubatlah kamu sekalian kepada Tuhanmu dan minta ampunlah dari segala dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan maksiat di dalam bulan Haram iaitu bulan Rejab ."

Digalakkan bagi orang mukmin beristighfar sebanyak 70 kali atau 100 kali sehari, sekurang-kurangnya dengan istighfar :

أستغفر الله العظيم وأتوب اليه .

Digalakkan berdoa untuk kedua-dua ibu bapa pada bulan ini dan digalakkan berdoa dengan doa Rasulullah S.A.W apabila masuk bulan Rejab :

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان .

6. Berzikir ( لا إله إلا الله ) dan ( الله أكبر ) 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.

7. Bertasbih dengan tasbih berikut :

* سبحان ربى الأعلى 100 kali

* سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 100 kali

* الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر سبحان

ولا حولا ولا قوة إلا بالله العلى العظيم 100 kali

PERISTIWA DI BULAN REJAB :


Dalam bulan ini berlaku dua peristiwa penting iaitu :

1. Peristiwa Israk dan Mikraj

Peristiwa ini berlaku pada 26 atau 27 haribulan Rejab. Dalam peristiwa inilah sembahyang fardhu lima waktu disyariatkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam.

2. Peristiwa peperangan Tabuk

Peperangan ini berlaku pada bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah, bersamaan dengan tahun 631 Masihi. Ia merupakan peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah S.A.W.

Peperangan ini juga dipanggil ''Ghazwatul 'Asrah''. Ia berpunca apabila Raja Heraclius mempersiapkan tentera-tenteranya yang begitu ramai di Syam untuk berhadapan dengan tentera-tentera Islam. Beberapa kabilah Arab yang beragama Nasrani turut bergabung di dalam pasukan tentera musuh iaitu Kabilah Lakham, Jazam, Ghassan dan 'Amalah. Barisan mereka mengambil tempat di Balqa' iaitu sebuah perkampungan kecil dalam wilayah Damsyik yang terletak di antara Syam (Syiria) dan Wadi Qurra.

Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah S.A.W, Baginda S.A.W terus menghantar bala tenteranya yang berjumlah seramai 30 000 orang tentera pejalan kaki dan 10 000 tentera berkuda ke Tabuk yang terletak di antara Hijaz dan Syam, di samping menyeru umat Islam supaya mengorbankan harta benda demi kemenangan Islam.

Maka datanglah Saidina Abu Bakar menyerahkan semua hartanya yang berjumlah 40 000 dirham. Saidina Umar pula menyerahkan separuh hartanya, manakala Saidina Uthman menyerahkan hartanya yang begitu banyak sehingga boleh membiayai satu pertiga daripada keperluan tentera.

Para munafiqin seramai 80 orang tidak menyertai pasukan Rasulullah S.A.W, manakala ada sebilangan orang Arab lain pula menyatakan keuzuran mereka tanpa alasan sebenar bertujuan untuk mengelak diri. Pun begitu keuzuran mereka diterima oleh Baginda S.A.W.

Doakan sahabat kita

Iskandariah 2 Rejab 1432 H - Berita terkini mengenai mahasiswi Iskandariah Ustazah Nur Farhana binti Mokhtar tahun 3 Usuluddin Akidah Falsafah yang pulang ke Malaysia akibat kecederaan kaki terpaksa menangguhkan pengajiannya untuk fasa ini. Ini disebabkan kecederaan yang dialami belum pulih dari sediakala.

Mengikut sumber maklumat dari ahlibait, pada 30 Mei yang lalu beliau telah pergi ke hospital di Malaysia untuk membuka simen. Setelah dibuka, tulang yang cedera itu masih belum bersambung lagi. Doktor menasihatkan agar membuat pembedahan untuk menyambung wayar pada tulang yang cedera.

Beliau sekarang dinasihatkan oleh doktor untuk makan ubat yang telah ditetapkan. Dalam 4 minggu dari sekarang, sekiranya tiada perubahan, pembedahan akan dijalankan.

Marilah kita sama- sama mendoakan agar sahabat kita yang berada di Malaysia sekarang akan tabah menghadapi dugaan ini. Ana mewakili seluruh sof kepimpinan PMRAM Cawangan Iskandariah mengharapkan agar beliau semakin tabah dan cekal.

" KEBAJIKAN AHLI DIUTAMAKAN"

Friday, June 3, 2011

Al- Quds menurut keyakinan umat Islam

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, umat Islam, sama ada bangsa Arab (dan bangsa-bangsa lain) mahupun warga Palestin, bersepakat tentang isu keakraban Al-Quds dengan keislamannya. Maka, beliau telah merumuskan kedudukan & kepentingan Al-Quds seperti berikut,




Huraian & Penjelasan


Al-Quds Sebagai Kiblat Pertama



Al-Quds merupakan kiblat pertama Rasulullah SAW dan para sahabat menghadap ke arahnya ketika solat sejak perintah kewajipan solat diturunkan. Selama be
rada di Makkah (sebelum hijrah) dan ditambah enam belas bulan di Madinah (selepas hijrah), umat Islam berkiblatkan Al-Quds sehingga turun ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya menghadap Kaabah atau Masjidil Haram,

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya”
(Al-Baqarah : 150)



Bukti peristiwa bersejarah (penukaran kiblat) , masih kekal hingga hari ini iaitu dengan kewujudan Masjid Qiblatain di Madinah Al-Munawwarah.

Masjid Qiblatain –bukti peristiwa tapisan mereka yang benar-benar beriman


Bagaimana
respon orang-orang Yahudi Madinah tentang peristiwa tersebut?


Allah rakamkan dalam Al-Quran :

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?..”
(Al-Baqarah: 142)



Kemudian Allah membalas pertanyaan mereka,

…” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus” (Al-Baqarah :142)


.....bersambung.......


Rujukan :


Paletin : Masalah Kita Bersama (Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

KELEBIHAN BULAN REJAB


bersambung dari pengertian bulan rejab....

Di antara kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab ialah:

1. Malam awal Rejab adalah di antara malam yang dimustajabkan doa oleh Allah SWT.
2. Orang yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan pada hari akhirat.

3. Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT manakala bulan Sya'ban adalah bulan Nabi Muhammad SAW dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam.

4. Beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 70 kali atau 100 kali pada waktu pagi dan petang dalam bulan Rejab akan diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

5. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidup dan berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 hari pahalanya. Jika disertakan dengan sedekah pula, pahalanya seperti berpuasa seribu tahun.

6. Barangsiapa yang melapangkan seseorang mukmin daripada kesusahan pada bulan Rejab akan dikurniakan mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

7. Sesiapa yang menghidupkan malam pertama pada bulan Rejab untuk melakukan ibadah nescaya hatinya tidak mati ketika hati orang lain mati. Allah SWT melimpahkan kebaikan yang banyak dari arah kepalanya bahkan dibersihkan daripada dosa seumpama ia dilahirkan dan dia boleh memberi syafaat kepada 70 000 orang yang berdosa yang sepatutnya dimasukkan ke dalam neraka oleh Allah SWT.

8. Berpuasa satu hari dalam bulan ini akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT, berpuasa dua hari akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT, berpuasa tiga hari akan diselamatkan dari bahaya dunia dan akhirat serta selamat daripada penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal, berpuasa tujuh hari ditutup pintu neraka, berpuasa lapan hari akan dibuka lapan pintu syurga, berpuasa sepuluh hari akan makbul permintaaanya, berpuasa lima belas hari Allah SWT akan memadamkan dosa- dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikkan dan orang yang berpuasa sebulan di bulan Rejab wajib baginya pengampunan dosa yang lalu, dipeliharakan umurnya yang berbaki oleh Allah SWT dan terlepas daripada dahaga pada hari akhirat.

9. Siapa yang bersedekah pada bulan Rejab akan dituliskan bagi setiap helaian bulu romanya seribu kebajikan dan diangkat seribu darjat serta dihapuskan seribu kejahatan.
Wallahu'alam.

bersambung lagi, lepas kita akan mengetahui peristiwa yang berlaku pula...

sumber : panduan lengkap kehidupan muslim

Thursday, June 2, 2011

http://palestineevergreen.blogspot.com/2011/05/palestin-alu-alukan-keputusan-mesir.html

Selasa 31 Mei - Keputusan kerajaan Mesir untuk membuka gerbang Rafah secara berkekalan disambut dengan gembira oleh HAMAS dan kerajaan Palestin. Hal ini jelas bakal memudahkan kemasukan barang- barang keperluan ke Palestin bermula Sabtu depan.

Menurut laporan Press TV, Duta Besar Mesir di Tebing Barat, Yasser Othman, menyebut bahawa dengan membuka pintu masuk Rafah, 70 peratus penduduk Gaza akan dapat melintas masuk ke Mesir tanpa visa atau sekatan keselamatan.Namun begitu, mereka yang berumur antara 18 dan 40 tahun masih perlu melalui pelepasan keselamatan untuk melintas sempadan.



HAMAS berkata dalam satu kenyataan yang dipetik dari biro medianya, " Sesungguhnya kami di Hamas mengalu-alukan dan menghargai keputusan saudara kami di Mesir untuk membuka sempadan Rafah selama-lamanya. Ini menggambarkan betapa kuatnya ikatan ukhuwwah antara rakyat Palestin dan rakyat Mesir yang mula sedar akan tanggungjawab mereka sebagai saudara seakidah.

HAMAS turut berkata : “Kami menganggap keputusan kerajaan Mesir ini sebagai inisiatif berani untuk meruntuhkan tembok pemisah Gaza, yang telah menyebabkan penderitaan bertahun-tahun. Kami berharap agar langkah ini meningkatkan lagi keterikatan dan semangat kerjasama selain menjadi sokongan kepada rakyat Palestin yang masih berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka.”

Pintu akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti rasmi, mulai 9.00am hingga 5.00pm.



Walau bagaimanapun, harus disedari bahawa tindakan ini belum lagi menghapuskan sekatan ke atas Gaza. Resolusi Mesir ini hanyalah sebagai langkah pertama ke arah pembebasan Palestin. Justeru, kita sebagai mahasiswa yang sedar akan kepentingan Palestin perlulah terus berdoa dan berusaha agar Palestin merdeka suatu hari nanti.

`Silence is not an option`

sumber: http://palestinkini.info/

Bulan REJAB


Bulan REJAB adalah bulan ketujuh daripada tahun Qamariah. Dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada Zaman Jahiliyah. Dari segi bahasa, Rejab membawa maksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan. Tiga huruf ejaan Rejab pula dikaitkan dengan tiga pengertian iaitu:

1. Huruf (ra) adalah rahmah yang bererti rahmat (sifat kasihan belas) Allah SWT ke atas umat Nabi Muhammad SAW kerana telah menerima permintaan baginda SAW agar dikurangkan jumlah sembahyang fardhu daripada 50 kali kepada 5 kali sahaja.

2. Huruf ( jim) adalah juudun yang bererti betapa pemurahnya Allah SWT yang telah memberikan pahala untuk lima kali sembahyang setiap hari bersamaan pahala 50 kali sembahyang.

3. Huruf ( ba) adalah birru yang bererti kebaikan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

sumber : panduan lengkap kehidupan muslim

BULAN REJAB( BULAN HARAM)

Dengan Nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat.

Sedar ataupun tidak, kita bakal meninggalkan bulan Jamadil Akhir 1432 H dan akan menyusul bulan-bulan Islam yang penuh dengan keberkatan. Disamping kita berimtihan janganlah dilupakan bulan mulia ini, iaitu bulan REJAB yang penuh dengan kemuliaan. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bermaksud: "REJAB adalah bulan Allah SWT, SYA'BAAN adalah bulanku ( Rasulullah SAW ) dan RAMADHAN adalah bulan umatku".

Oleh itu, ana menyeru kepada semua, untuk kita sama-sama menghidupkan bulan ini dan bulan-bulan yang seterusnya. Dari hadis tersebut, menunjukkan bahawa ketiga-tiga bulan tersebut merupakan tempoh yang panjang untuk umat Islam mengerjakan berbagai-bagai amal ibadah, yang diberi sebesar-besar ganjaran pahala, khasnya untuk pelaburan di akhirat kelak.

Buat akhirnya, ana mewakili seluruh kepimpinan PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2010/2011 mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab yang mulia dengan penuh kerendahan hati. " YA ALLAH, ENGKAU BERKATILAH BULAN REJAB DAN SAMPAIKANLAH AKU KE BULAN SYA'BAAN DAN BULAN RAMADHAN".

" KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"
KESATUAN UKHUWAH MANIFESTASI TARBIYAH"

SUMAIYAH BINTI ZAKARIA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN