BismillahirRahmanirRahim
…
Alhamdulillah,segala puja dan
puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kepada kita nikmat yang paling
sempurna ,menjadi orang beriman dan seterusnya terpilih sebagai pendokong
perjuangan Islam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad
sollahu ‘alaihi wassalam yang telah memberikan keteladanan yang baik untuk para
pendakwah di sepanjang zaman.
Syukur selayaknya saya panjatkan
pada Rabbul Izzati yang memberikan ruang dalam ruang maya ini untuk mencoretkan
kalam taujihat untuk dikongsikan bersama.
Sahabat Sahabiah yang
dirahmati Allah SWT,
Satu kata-kata yang ingin
dikongsikan bersama pada kali ini iaitu “ Kejayaan Milik Setiap Insan”. Mari
kita fikirkan bersama. Jika diajukan pertanyaan @ persoalan kepada setiap insan
di dunia ini, “Adakah anda ingin berjaya? Sudah pasti jawapannya ialah “YA”.Tidak kira siapa insan tersebut sama
ada lelaki,perempuan,tua,muda,miskin,kaya,bekerja,belajar,mahasiswa ataupun
mahasiswi Islam,bukan Islam malah individu yang kurang waras semuanya inginkan
KEJAYAAN .
Ketika ini seluruh mahasiswa
mahupun mahasiswi Islam di Perlembahan Nil berhempas pulas mengulangkaji kitab masing-masing sebagai
bekalan untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi. Perlu
diingatkan, betapa banyak peratusan yang
dapat kita habiskan untuk membaca
kesemua kitab akan tetapi dalam masa yang sama kita tidak meletakkan
pengharapan kepada Allah SWT, maka semua
itu adalah sia-sia. Selaku mahasiswa/wi Islam, kita hendaklah mewujudkan
keikhlasan dalam menuntut ilmu bukan hanya sekadar membaca sempena peperiksaan semata-mata. Selain itu,
menjaga hubungan dengan ALLAH SWT adalah faktor penting untuk menuju kejayaan
disamping juga menjaga hubungan sesama
manusia.
Pelbagai amalan yang boleh
dilakukan bagi mendorong kita mencipta kejayaan. Antaranya , bangun malam (qiamullail)
,solat sunat,berbuat baik sesama manusia ,mendoakan sahabat yang lain dan
sebagainya.
Sahabat-sahabiat yang
disayangi kerana Allah SWT ,
Teringat saya satu rangkaian kata ‘datang membawa
harapan, pulang membawa kejayaan‘. Ingatlah!
Semua menantikan kepulangan kita. Keluarga ,masyarakat dan seluruh rakyat
Malaysia sangat memerlukan dan dahagakan ilmu dari kita yang bergelar
mahasiswa/wi Islam. Maka persiapkan diri
dengan ilmu yang dapat membantu mereka.
Buat akhirnya ,semoga secebis
coretan ini mampu meniupkan semangat sahabat-sahabiat untuk terus berusaha
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam
imtihan dunia dan seterusnya memperolehi kejayaan akhirat. Insya Allah.
Selamat menduduki
imtihan soifiah sesi 2011/2012 dari kepimpinan PMRAM Cawangan Iskandariah.
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
“JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN”
Najwa Binti Anas,
Ketua Unit Pendidikan DPMI 2011/2012
No comments:
Post a Comment