NAKBAH bermaksud malapetaka, bencana besar dan kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa orang-orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai-ramai dantertegaknya negaraharam Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15
Mei 1948 serta diikitiraf oleh Amerika Syarikat.
Tertubuhnya Negara Haram Israel pada tahun 1948 juga merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia. Kembalinya golongan Yahudi ke bumi suciini juga merupakan derita tangis ke atas umat Islam
yang belum bernoktah sehingga ke hari ini. Orang-orang Yahudi dihalau oleh Allah SWT 2000 tahunyang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para Nabi AS, membuat kerosakan di muka bumi serta mengingkari perintah daripada Allah SWT.
Penubuhan Zionis Antarabangsa dan Deklarasi Balfour
Pertubuhan Zionis Antarabangsa telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah melantikTheodor Herzl sebagai Presiden yang pertama. Tujuan utama ditubuhkan pertubuhan ini adalah untuk mendirikan sebuah negara sekular moden bagibangsa Yahudi. Maka beberapa perancangan dan strategi telah diaturkan untuk menjadikan agenda jahat mereka berjaya.
Beberapa strategi telah disusun untuk menimbulkan simpati serta persetujuan House
Of
Common di Britain. Hasil daripada itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain dikeluarkan yang dikenalisebagai Deklarasi Balfour pada November
1917. Ia juga telah dibincangkan secara mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang di London. Pada waktu itu juga,berlakunya serangan tentera British bagi menawan Palestin.
Palestin secara rasmi jatuh ke tangan penjajah pada era moden ini setelah mana ia jatuh ke tangan British
yang menjajah tanah suci tersebut.
British di bawah pimpinan General Allenby berjaya menawan Palestin daripada naungan empayar Khalifah Uthmaniyah. Beliau berjaya menawan Palestin pada Disember 1917 setelah memulakan serangan bermula 31 Oktober 1917. Pada tahun 1919, selepas PerangDunia Pertama Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British,
British akhirnya berjaya menumpaskan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Maka rentetan daripada itu, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari tahun 1918-1947.
Penubuhan Negara Haram Israel
Pada 14 Mei 1948,
Ben Gurion mengadakan upacara di Tel
Aviv Muzium untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Dalam pada itu, keganasan Israel terus memuncak ke atas penduduk Palestin.Pada hari berikutnya iaitu 15
Mei, selepas British keluar secara rasmi dari Palestin, kumpulan pengganas Yahudi Irgun telah menyerang bandar Jaffa. Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih terukdaripada itu dimana telah menyebabkan 70 ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.
Apa yang menjadi dorongan kepada Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika Syarikat Harry
Truman memberikan sokongan diikuti oleh negara-negara lainseperti Britain,
Romania dan Uruguay. Malah dua hari selepas itu, beberapa negara lain
Soviet Union, Poland,
Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi, sokongan AmerikaSyarikat terhadap Israel adalah 31 Januari 1949.
Tel
Aviv Hari Ini
Sejak kelahiran negara haram Israel
64 tahun yang lalu, dunia telah memerhatikan dengan penuh kehairanan bagaimana orang-orang Yahudi telah mengembangkan negara Israel mereka yang berasaskansekular dan bukannya berasaskan agama. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka termasuk riba, zina, penindasan, kerosakan moral dan nilai-nilai yang tidak mengikut ajaran Tuhan.
Adakah bumi yang pernah dipijak oleh para Anbiya ini rela dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi hari ini. Jawapannya tidak!,
Mereka akan dihukum oleh Allah SWT sekali lagi, danmereka akan melihat kemusnahan yang terbesar yang tidak dapat mereka bayangkan sebelum ini serta pertempuran yang
paling dahsyat antara orang-orang Muslimin dan Yahudi.
Hal ini belum berakhir, pandangan umum kelihatan seolah-olah Israel telah dikepung oleh orang-orang Arab dan sedang mengambil langkah-langkah untuk melindungi dirinya dari disembelih oleh orang-orangArab.Hakikatnya setelah kemusnahan Kem Pelarian Jenin dan penyembelihan orang-orang Arab,
Israel pada hari ini sedang bersiap sedia untuk mencetuskan satu peperangan besar ke atas orang-orang Arabuntuk menambahkan lagi keluasan tanah jajahan dan ruangan strategiknya di kawasan Timur Tengah agar menyamai keluasan wilayah Tanah Suci Biblikal, iaitu dari sungai di Mesir (penguasaan Terusan Suez)hingga ke Sungai Euphrates
(penguasaan minyak di Timur Tengah). Inilah cita-cita dan impian Yahudi la'natullah.
Mereka juga sangat obses dengan Tanah Suci serta berusaha kearah memusnahkan Masjid Al-Aqsa kerana mereka meyakini Nabi Penyelamat Agung akan turun menyelamatkan mereka serta menjadikanYahudi bangsa yang terhebat dan akan memerintah dunia dari Jerusalem seperti zaman kegemilangan Nabi Daud dan Sulaiman. Tetapi sangkaan mereka silap sama sekali, Nabi Penyelamat Agung yangdipercayai mereka itu sebenarnya adalah Al-Masih Ad-Dajjal yang akan memimpin orang-orang Yahudi dan akan melakukan penipuan terbesar dalam sejarah akhir zaman.
Kemenangan Pasti Tiba
Biar sehebat mana pun
perancangan musuh Allah untuk menghancurkan Islam, dan biar sehebat mana pun
ujian dan fitnah yang menimpa muslimin pada hari ini, jangan sesekali kita lupa
bergantung harap pada Allah SWT. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik
buat hamba-hambaNya. Semoga usaha, pengorbanan, darah kita menjadi saksi di
akhirat kelak bahawasanya inilah buktinya kasih dan cintanya kita pada agama
suci ini.
Akhirnya, genggamlah nukilan kata semangat waja yang dinyatakan oleh pakar sejarah dan pemikir Islam
Dr Raghib As-Sarjani :
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang
paling beratdalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir."
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
No comments:
Post a Comment