Labels

Pages

Wednesday, July 25, 2012

Jangan Cabuli Hak Mahasiswa - BKPJM





KAHERAH, 17 Julai 2012 -- PMRAM telah menerima dua aduan berkaitan hak mahasiswamelalui Borang Aduan Hak Mahasiswa berkaitan isu campak borang  dan arahan mengosongkanpejabat rasmi BKPJM kelmarin
Berkenaan isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku kepada saudara Muhammad Yassarudinbin Shamsul dan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir(BKPJMini ,pihak Persekutuan MelayuRepublik Arab Mesir (PMRAMmenyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihakpengurusan pejabat HEP Anak Johor Mesir adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa.

Borang Aduan Hak Mahasiswa telah diserahkan oleh saudara Muhammad Yazid bin Hanzir selakuYDP BKPJM 2011/2012 dan saudara Muhammad Yassarudin bin Samsul di pejabat PMRAM padajam 8 malam melalui Naib Presiden III, Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzimerangkap KetuaLajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012.

Berkaitan Isu campak borangsaudara Yassaruddin menjelaskan bahawa beliau telah menyerahkan borang permohonan menghuni Asrama PelajarJohor (APJ) pada 1 Julai 2012. 

Pada 3 Julai 2012,  saudara Yassaruddin bersama YDP dan salah seorang penasihat BKPJM saudara Miftahul Ulum telah bertemu dengan pengurus Asrama Pelajar Johor Mesir, Tuan Hj Maulan Asmoni bagi mendapat penjelasan berkenaan isu tersebut. Namun malang tak diduga apabila merekadihalau dari pejabat Pegawai Pengurus Asrama Rumah Johor.

Pada hari yang sama, pihak pengurusan rumah Johor telah mengeluarkan surat arahan supaya Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) mengosongkan Pejabat Rasmi BKPJM dengan alasan penambahan staf HEP.

Badan kebajikan pelajar Johor Mesir (BKPJMdiberi tempoh sehingga 15 julai 2012 untuk mengosongkan pejabat tersebutPihak BKPJM telahmenjawab balas surat tersebut dengan bertegas bahawa mereka tidak akan keluar daripada pejabat tersebut. Dan pada 12 Julai 2012, sekali lagi BKPJMmenerima surat daripada pihak pengurusan asrama  yang bertarikh 10 julai 2012 mengatakan bahawa arahan tersebut adalah muktamad.

"PMRAM akan mengkaji isu ini melalui laporan yang telah diserahkan dan akan menyusun tindakan susulan mengikut situasi dan keadaan. PMRAM menegaskan sekali lagi bahawa isu ini juga berkait dengan salah satu usul PMRAM yang telah disepakati dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali-79, 'Memperkasakan Slogan KITA PMRAM' dengan beberapa tindakan, antaranya mempertahankan hak mahasiswa", ujar Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi selaku Naib Presiden III PMRAM 2012.

No comments:

Post a Comment