Labels

Pages

Wednesday, July 25, 2012

Ops Bersih Tarik Perhatian Akhbar Soutul Azhar Dan Rektor Al-Azhar




KAHERAH, 15 JULAI 2012 -- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAMhari inimelancarkan kempen Ops Bersih Mesir '12 secara serentak di Kaherah dan seluruh cawangan-cawangan pengajian yang menempatkan pelajar Malaysia di seluruh Mesir iaitu Iskandariah,DamanhurTantaDumyatMansurahZaqaziq dan Shoubra.
Kempen yang dilancarkan itu sebagai menyahut seruan manifesto Presiden Mesir 2012, Dr. Muhammad Mursi yang telah menggariskan 5 perkara yang akan diselesaikan di bawahpentadbirannya dalam tempoh 100 hari setelah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir baruiaitu :

-Keselamatan yang adil dan undang-undang
-Memastikan kelancaran lalu lintas
-Membersihkan sampah sarap di jalanan dan memulihkan keadaan biologi
-Memberikan royalti roti yang berkualiti dan sihat untuk rakyat
-Mendapat bantuan bahan bakar daripada sumbangan republik

PMRAM sebagai sebuah NGO yang berdaftar di bawah Kementerian Perpaduan dan Kemasyarakatan Mesir tidak ketinggalan untuk bersama-sama dalam menjayakan manifesto ini sebagai menyokong hasrat Presiden yang telah dipilih secara sah oleh warga Mesir dalam pilihan raya Presiden yang lepas.

Kempen yang bermula seawal jam 6 pagi dan tamat sekitar jam 8 pagi itu dimulai dengan ucapan daripada wakil Badan Pengurus PMRAM di setiap premis BKAN yang berada di sekitar Hayyu Thamin, Hayyu Sabie' dan Hayyu 'Asyir. Walaupun sibuk dengan aktiviti di peringkat masing-masing, kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh mahasiswa Malaysia.

Turut hadir dalam kempen tersebut adalah wartawan daripada akhbar Soutul Azhar, En. Hamad Saad yang merupakan Ketua editor bahagian berita Akhbar Soutul Azhar bersama dekan Fakulti Dirasat Islamiah Universiti al-Azhar untuk membuat liputan berkaitan kempen tersebut. 

Semalam Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali sempat menghubungi Rektor Universiti al-Azhar, Dr. Usamah al-Abd selepas diminta menghubunginya daripada wakil wartawan untuk menerangkan berkaitan kempen tersebut. Beliau mengucapkan tahniah kepada PMRAM dan seluruh mahasiswa mahasiswi Malaysia atas kesungguhan dan keprihatinan mereka untuk sama-sama menjayakan manifesto yang telah dibawa oleh Dr Muhammad Mursi. Bahkan, Dr. Usamah juga memohon agar PMRAM menjalankan aktiviti tersebut di Universiti al-Azhar, Hayyu Sadis dan bersedia bersama-sama PMRAM dalam memastikan perkara tersebut dapat direalisasikan dalam waktu terdekat.

"PMRAM mengucapkan terima kasih kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang bersama-sama PMRAM dalam menjayakan kempen Ops Bersih Mesir hari ini. Sesungguhnya penyertaan kita dalam aktiviti seumpama ini pastinya akan mengukuhkan dan memperkuatkan lagi ikatan ukhuwah di kalangan kita. Semoga dengan kebersamaan kita dalam aktiviti ini dapat menjadi benteng terampuh kepada usaha pihak-pihak tertentu yang cuba melemahkan kesatuan di antara kita". Ujar Presiden PMRAM 2012, Saudara Abdul Aziz Bin Ali..

(sumber: pmram.org)

No comments:

Post a Comment