3,4 & 5 Julai 2012
Alexandria Foods
Court (AFC ‘12) di bawah anjuran Jabatan Bendahari DPMI telah berlangsung
dengan jayanya selama tiga hari berturut-turut yang mana telah dirasmikan oleh
Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2012, saudari Nurul Hasanah Yahuza. Bertemakan ‘Ekonomi
Menjana Kekuatan Ummah’, AFC’12 berjalan
dengan lancar dan lebih meriah dengan penyertaan warga Indonesia dan Thailand
yang turut serta menjadi peniaga dalam AFC’12 kali ini. Pelbagai juadah menjadi
santapan para pengunjung yang mana terdiri daripada mahasiswi Pengajian Islam
dan juga Perubatan sama ada warga Iskandariah sendiri mahupun muhafazah lain.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Penasihat I DPMI, saudari Norliza Mat
Salleh. Hasil undian para pengunjung dan mesyuarat, piha penganjur telah
menobatkan Penender Terbaik kepada Gerai 3 yang diketuai oleh saudari Mashitah
Abd Aziz.
14 Julai 2012
Jaulah Ath-Thaqafi 2012 anjuran Unit Sambutan & Rehlah DPMI
ke sekitar Mansurah telah berjaya diadakan. Rombongan jaulah seramai 54 orang yang
menaiki 2 buah bas telah bertolak dari Iskandariah seawal jam 8.00pagi. Antara
tempat yang dilawati adalah seperti Maqam Imam Sya’rawi dan beberapa maqam di
sekitar Mansurah. Rombongan jaulah turut berpeluang singgah ke Markaz DPM
Mansurah. Bertemakan ‘Menyoroti Jejak Ilmuan Islam’, Jaulah Ath-Thaqafi 2012
dilihat memberikan kesan yang positif kepada para peserta yang mana menghayati
kisah-kisah para ulama’ Islam di sini.
17 Julai 2012
Muslimah’s Video Talent telah berlangsung dengan jayanya.
Program yang mengajar para peserta kaedah menghasilkan video menggunakan Sony
Vegas di bawah anjuran MICYS dan juga Unit Penerangan & Penerbitan DPMI
telah disampaikan oleh Ustaz Aubidullah Fahim bin Ibrahim yang mana dijemput
khas dari DPM MAQAZ Shoubra. Penyertaan ahli seramai 20 orang telah berjalan
dengan lancar.
No comments:
Post a Comment