Dewasa ini Islam semakin hari semakin diterima dalam kehidupan masyarakat. Ini merupakan satu petanda yang positif bagipendokong Islam agar meningkatkan lagi kualiti amalan dan penyampaian dakwah agar manusia terus meyakini hanya denganIslam manusia beroleh gaya hidup terbaik dan sempurna.
Pengiktirafan Islam telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sekaligus memberikan gambaran awal untukmengaplikasikan Islam dalam seluruh aspek kehidupan seharian.
Keunggulan Islam dapat dilihat dengan pelbagai
keadaan dan pelaksanaan Islam yang bersifat adil tanpa mengira
darjat danlatar belakang kedudukan. Contohnya ibadah solat yang telah diwajibkan kepada kita sama
ada di kalangan Muslim di desa dankota, lelaki mahupun perempuan, kaya ataupun miskin semua wajib melaksanakannya.
Kualiti keunggulan Islam memberikan impak besar dalam konteks
masyarakat ialah "Amar maaruf nahi mungkar"
kerana dengan melaksanakannya bakal menatijahkan kesempurnaan hidup dan
dijanjikan keredhaan Allah SWT.
Menurut pandangan Dr. Muhammad Imarah, tranfomasi kehidupan
masyarakat hasil implikasi daripada pelaksanaan "Amar
maaruf nahi mungkar" ini akan memberikan peluang untuk
meneruskan beberapa langkah pembaikan kepada masyarakat, antaranya :
- Menegakkan keadilan melalui pelbagai sudut pembelajaran
ataupun praktikal.
- Melaksanakan sistem syura samada dalam institusi
kekeluargaan, masyarakat dan pentadbiran negara.
- Berjihad dalam membantu golongan dizalimi dan membebaskan
golongan lemah yang tidak berdosa.
- Mengutamakan aktiviti kebajikan untuk membantu manusia
dalam segala bentuk sama ada duniawi atau ukhrawi.
- Memberikan kefahaman nilai kebebasan berlandaskan syariat
Islam, teori diasimilasikan dalam ideologi dan pengetahuan semasa.
Ini adalah sejajar dengan kehendak Islam sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 71 yang bermaksud : "Dan orang-orangYang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang
lain mereka mengajak kepada kebaikan, dan melarangdaripada kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan dikurniakankerahmatan oleh Allah SWT, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Kita masih berpeluang membuka mata dunia untuk mengetahui
keunggulan Islam untuk semua lapisan masyarakat. Apa yang pasti tanggungjawab
ini bukan terletak pada bahu seseorang tetapi ianya diamanahkan kepada semua
dalam melunaskannya.
Umpama pepatah Melayu menyebut "Yang bulat tidak datang
menggolek, yang pipih tidak datang melayang", maka usaha gigih
perlu diteruskan demi melihat generasi rabbani direalisasikan agar Islam
dijulang tinggi.
Sinergi kekuatan Islam terletak pada satu senjata ampuh dikenali
dengan kesatuan. Dengan senjata ini sahaja mampu menggugat segala kesempitan
yang berlaku, oleh itu ada benarnya kata pepatah "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat".
Kepentingan menjaga kesatuan ini adalah momentum unggul bagi
umat Islam dipandang tinggi berbanding yang lain. Peristiwa sejarah kemenangan
tentera Islam dalam beberapa siri peperangan adalah kerana kerjasama dan
kebersamaan yang dibentuk atas dasar kefahaman Islam untuk berjuang.
Justeru, selagi umat Islam bersatu dengan keyakinan penuh kepada
Allah SWT selagi itu Islam tertegak di bumi Allah SWT.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Ahmad Baihaki bin Rashid
Naib Presiden I
(Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012
No comments:
Post a Comment